Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 16, 2009

80% Golongan Muda Tidak Menyokong BN - DAIM

80% Golongan Muda Tidak Menyokong BN - DAIM
Oleh: yieMEGA

80% Golongan Muda Tidak Menyokong Bn itulah fakta angka yang diberikan oleh Tun Daim Zainuddin. Penulis memohon maaf sekiranya fakta ini membuat hati seseorang terluka, namun inilah hakikatnya walaupun pahit kita perlu menelanya juga sebagaimana di waktu kita sakit kita akan menelan ubat yang pahit untuk menyembuhkan penyakit yang dialami.

Bagi penulis fakta angka yang dikemukakan oleh Daim itu ada kebenaranya ini berdasarkan kebanyakkan rakan yang sebaya dengan penulis bukan sahaja tidak berminat dengan BN tetapi langsung terus membenci BN walau apa sahaja yang BN buat ia tidak akan menarik minat mereka.

Kebanyakkan rakan yang sebaya dengan penulis hampir 80% tidak menyokong BN sebaliknya mereka lebih gemar menyokong PAS ataupun PKR atau dengan kata lain Pakatan Rakyat. Penulis pernah bertanya kenapa mereka menyokong Pakatan Rakyat, mereka jawab "peluang untuk kami jadi pemimpin adalah lebih cerah" di dalam Pakatan Rakyat berbanding BN.

Penulis juga bertanya kenapa mereka berpendapat sedemikian? Mereka menjawab di dalam BN sukar untuk golongan-golongan muda untuk membarisi jawatan-jawatan penting bukan sahaja di dalam parti malah di peringkat kerajaan kerana ada pemimpin-pemimpin yang lebih tua seolah-olah ingin menjadi pemimpin seumur hidup dan tidak membenarkan golongan muda naik dengan menggunakan cara-cara tertentu, ianya tidak berlaku pada Pakatan Rakyat.

Penulis berpendapat jika BN mahu Golongan Muda lebih meminati mereka, adalah lebih baik mereka membuat perubahan agar kepimpinan golongan muda di dalam parti tidak diperkecilkan kebolehanya dan tidak disekat untuk mereka bergelar pemimpin parti.

Sebaiknya golongan yang lebih veteran di dalam parti tidak menyekat 'ruang' golongan muda untuk menjadi pemimpin, adalah lebih baik mereka bertindak sebagai 'mentor' kepada golongan muda di dalam parti daripada bertindak sebagai pemimpin golongan muda di dalam parti.

Akhir kalam, BN perlu membuka peluang yang lebih luas kepada golongan muda untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai pemimpin yang serba boleh. Pemimpin-pemimpin yang lebih veteran memberi tunjuk ajar yang sewajarnya demi kesinambungan parti.
Reblog this post [with Zemanta]
Blog Widget by LinkWithin