Bilangan Pengunjung:

Thursday, October 28, 2010

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri

Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis merehatkan diri dari menulis sebarang artikel hari ini penulis tampil dengan artikel terbaru yang bertajuk "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri". Sebenarnya artikel ini lebih merujuk kepada suasana kempen parti-parti yang bertanding di PRK DUN Galas. Bagi PRK Parlimen Batu Sapi penulis akan mengulasnya di dalam artikel yang berasingan.

Sesuai dengan tajuk artikel ini iaitu "Ku Li Dengan Caranya Yang Tersendiri" hari ini penulis ingin mengulas beberapa perkara yang cuba diekploitasikan oleh PAS untuk dijadikan isu bagi memenangi PRK tersebut. Ketiadaan Ku Li di tempat penamaan calon telah dipolitikkan PAS dengan menyebarkan dakwaan bahawa 'Ku Li merajuk' sebab itu Ku Li tidak ada di tempat penamaan calon.

Itulah PAS, sudah terbiasa dengan taktik kotor dari dulu sampai sekarang. Mungkin bagi mereka 'matlamat menghalalkan cara' jadi mereka boleh adakan apa sahaja untuk memenangi PRK di kerusi yang disandangnya sebelum ini itu.

Ku Li menjawab berkenaan dakwaan itu di satu sidang media. Daripada penjelasan Ku Li dari sidang media tersebut, penulis ingin mengambarkan bahawa Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas bekerja dengan caranya yang tersendiri atau dengan kata lain cara Ku Li adalah cara yang lain daripada yang lain.

Apa yang penulis dapat lihat dari cara Ku Li yang lain daripada lain itu adalah satu cara yang amat istimewa dan mungkin pendekatan ini boleh digunapakai oleh BN dalam PRK mahupun PRU yang bakal mendatang.

Cara Ku Li itu lebih bersifat 'hamba kepada rakyat' atau dan bersesuaian dengan nama Ku Li yang sanggup menjadi Kuli kepada rakyat. Jarang benar kita nak dapat lihat pemimpin yang menggunakan pendekatan Ku Li ini. Tabik spring penulis berikan kepada Ku Li.

Beralih pula kita kepada peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas, setakat ini apa yang penulis lihat peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas adalah cerah, namun sekiranya jentera-jentera BN tidak bekerja dengan keras pastinya PRK ini menyaksikan kemenangan PAS dan kejayaan PAS mempertahankan kerusi DUN Galas.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, October 14, 2010

Anwar Boleh Selesai Masalah Malaysia-Indonesia Dalam 2 Minggu

P36: Kubang Ikan, Kuala Terengganu. Anwar Ibra...Image via WikipediaAnwar Boleh Selesai Masalah Malaysia-Indonesia Dalam 2 Minggu
Oleh: yieMEGA

WOW! HEBATNYA mungkin itulah yang boleh dikatakan dengan dakwaan Ketua UMUM PKR yang juga Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. Beliau membuat dakwaan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri dia boleh menyelesaikan hal itu dalam masa 2 minggu sahaja. Memang hebat percakapan Anwar Ibrahim yang sudah lama 'mengidam' ingin jadi Perdana Menteri ini.

Mungkin mereka-mereka yang menjadi pemuja setia Anwar Ibrahim akan bangga dengan kenyataan terbaru Anwar Ibrahim itu tambah lagi pemuja-pemuja yang sama perangainya dengan perangai pemuja-pemuja pengikut sebuah ajaran sesat yang dikenali dengan Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin. Pengikut-pengikut ajaran ini akan tetap 'setia' pada Ayah Pin biarpun apa jua orang kata terhadap Ayah Pin. Penulis percaya juga, kebanyakkan blogger-blogger pro Pakatan Rakyat akan menghiaskan blog mereka dengan artikel memuatkan kenyataan Anwar ini.

Baguslah kalau Anwar betul-betul boleh menyelesaikan isu yang timbul yang membawa hubungan dingin di antara rakyat kedua-dua negara ini. Namun, penulis kurang yakin yang Anwar boleh menyelesaikan isu tersebut dalam masa minggu, dan penulis kenyataan Anwar itu lebih kepada 'ayat-ayat politik' yang lebih kurang sama dengan 'ayat-ayat cinta' walaupun kedua-dua perkara tersebut dalam maksud yang berlainan namun ianya tetap ada persamaan.

Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Mari kita fikirkan secara mudah. Cuba bayangkan 'kemelut pemilihan' di dalam PKR yang sampai kini tidak selesai sedangkan Anwar Ibrahim merupakan Ketua Umum PKR, masalah kemelut ini sudah lama tapi sampai sekarang tidak dapat diselesaikan oleh Anwar.

Bagaiamana kita hendak percaya isu yang lebih besar daripada pemilihan PKR dapat diselesaikan Anwar dalam masa yang begitu singkat yakni 2 minggu. Bagi penulis sebelum menyelesaikan isu-isu besar yang melibatkan hubungan dengan dua negara secara 'Ekspres' adalah lebih baik Anwar menyelesaikan isu yang lebih kecil seperti pemilihan PKR secara ekspres.

Kita sebagai manusia yang rasional hendaklah berfikir secara rasional, bukanya menyokong apa sahaja kenyataan seseorang itu secara membuta tuli. Ingat ada perbezaan dengan pemimpin yang hebat dengan pemimpin yang berlagak hebat walaupun kedua-duanya adalah pemimpin tetapi ia tetap tidak sama.

Sementara itu, blogawan bumiyang turut mengulas perkara sama dan mungkin artikel beliau tidak sama dengan penulis tetapi boleh juga menjadi rujukan kepada pembaca-pembaca setia blog penulis.

Wahai rakyat-rakyat Malaysia yang budiman marilah kita fikir-fikirkan perkara ini dengan fikiran yang waras lagi rasional dan jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan oleh orang yang berkepentingan diri sendiri.

Akhir kalam, rasional-rasionalkanlah permikiran anda kerana penulis percaya pembaca dan juga rakyat Malaysia akan lebih bijak sekiranya berfikir secara rasional dan bukannya emosional.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, October 13, 2010

MENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger

Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Dr. Rais...Image via WikipediaMENTERI KABINET Janganlah Cari Gaduh Dengan Blogger
Oleh: yieMEGA

KEJADIAN Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan 'cari gaduh' dengan blogger bukan baru, malah telah lama berlaku dan ia terus berlaku tanpa ada langkah-langkah untuk mengelakkanya oleh menteri-menteri kabinet.

Malah perkara ini sudah terjadi sebelum ini iaitu sebelum 'tsunami politik' melanda Malaysia yang membawa kepada kejatuhan beberapa buah empayar-empayar yang dikuasai oleh BN sebelum ini. Malah kejatuhan empayar-empayar tersebut juga ada kena mengena dengan Menteri Kabinet yang 'kurang ajar' dengan blogger. Hasilnya lihat sahaja beberapa empayar-empayar BN telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Mungkin, menteri kabinet yang ada hari ini tidak mengambil pengalaman lalu sebagai pengajaran mereka, oleh yang demikian mereka tidak serik-serik mencari pasal dengan blogger. Adakah mereka tidak sedar yang perana blogger di dalam politik negara kita pada hari ini sungguh penting, adalah tidak wajar seseorang Menteri Kabinet memusuhi blogger.

Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr. Rais Yatim yang berkemungkinan mengambil tindakan saman terhadap blogawan Rocky Bru's. Penulis memang menghormati Dr. Rais sebagai Menteri Kabinet yang 'berbudi bahasa' apabila bercakap. Tapi bukan soal berbudi bahasa yang penulis ingin cakapkan di sini.

Penulis sendiri telah membaca artikel blog Rockybru's, di sini penulis melihat tidak ada apa-apa pun yang blogawan RockyBru's boleh dipersalahkan dengan hal ini kerana beliau menyiarkan 'link asal' rumor atau maklumat tersebut. Jadi tidak nampak keperluan untuk RockyBru's dipersalahkan berhubung hal ini.

Penulis ingin memberi amaran kepada semua menteri-menteri kabinet supaya menghormati pandangan blogger, kerana 'persengketaan dengan blogger' bakal memberikan implikasi yang cukup tinggi, lebih-lebih lagi kita ada dua PRK yang sedang menunggu kita iaitu Galas dan Batu Sapi.

Peranan blogger-blogger di dalam PRK tersebut semangnya AMATLAH PENTING. Apa yang penulis bimbangi sekiranya para blogger 'memboikot' PRK tersebut mungkin akan mengundang kecelekaan kepada BN sendiri. Tambahan pula, mengikut maklumat yang penulis terima sudah ada beberapa blogger yang akan 'memboikot' kedua-dua PRK tersebut disebabkan isu ini.

Sehubungan dengan itu, penulis dengan ini mendesak agar Dr. Rais Yatim menarik balik semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rockybru's di samping kembali semula bekerjasama dengan blogger. Sebagaimana lagu P.Ramlee yang berbunyi "Barang yang lepas jangan dikenang".
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, October 12, 2010

Cara Ku Li Memang Bijak...

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrCara Ku Li Memang Bijak...
Oleh: yieMEGA

PAGI KELMARIN berlangsung satu pertemuan di antara Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas YBM Tengku Razaleigh Hamzah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Pertemuan itu bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan PRK DUN Galas.

Walabagaimanapun, selepas pertemuan yang melibatkan perbincangan itu dibuat, siapa calon untuk menggalas semangat juang BN di Galas masih terus menjadi tandatanya. Menurut maklumat, berkemungkinan besar calon BN untuk menghadapi PRK Galas mungkin hanya diketahui selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Sebenarnya penulis tertarik dengan jawapan yang diberikan Ku Li kepada media sebaik sahaja beliau selesai mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri. Ada seorang wartawan menanyakan beliau "Adakah peluang BN untuk memenangi PRK DUN Galas" lalu dijawab oleh Ku Li "Itu saya kena turun padang dahulu barulah saya boleh menjawab kenyataan itu".

Kata-kata Ku Li bagi penulis sungguh bijak, kerana beliau tidak membuat kenyataan yang berupa terlalu yakin sebelum melihat realiti sebenar di Galas berkenaan dengan 'mood pengundi' yang bakal memangkah kertas undi di Galas.

Ini berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO sebelum ini, yang belum apa-apa sudah pun mengeluarkan kenyataan yang BN mungkin berpeluang cerah untuk memenangi PRK DUN Galas tanpa melihat realiti sebenar rakyat di dalam DUN tersebut.

Penulis berharap YBM Ku Li akan mengekalkan cara sedemikian semasa menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Galas yang akan dihadapi oleh parti-parti yang bertanding tak lama lagi. Sebenarnya dunia politik hari ini ia lebih memerlukan kepada 'strategi psikologi' berbanding 'strategi-strategi politik dalam kitab-kitab lama politik'

Contoh sungguh jelas apabila BN menggunakan strategi Psikologi di Bagan Pinang dan juga Hulu Selangor membawa kepada kemenangan BN di dalam PRK tersebut. Walaubagaimanapun 'strategi psikologi' ini belum 'diuji' oleh BN di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Penulis masih ternanti-nanti apakah strategi yang bakal diguna Ku Li untuk menghadapi PRK DUN Galas yang hangat diperkatakan ketika ini. Sebagai 'otai' politik beliau tentu sudah arif dengan sepak terajang politik dan penulis juga masih tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi calon BN di Galas.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, October 11, 2010

Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas


Ladang Rakyat Mungkin Menjadi Isu di Galas
Oleh: yieMEGA

PROJEK Ladang Rakyat mungkin menjadi satu isu besar di PRK DUN Galas semasa kempen nanti. Ini sedikit sebanyak akan menyukarkan PAS untuk berkempen di Galas kerana Ladang Rakyat adalah di dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri dan mungkin mereka terpaksa menyelesaikan segera beberapa isu yang berbangkit di Galas.

Sebelum ini, penulis menjangkakan PAS mungkin akan menggunakan tanah sebagai senjata untuk menghadapi PRK DUN Galas. Berkemungkinan besar PAS akan menyelesaikan dengan segera isu ini dengan menggunakan jabatan di bawah Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Pejabat Tanah dan Jajahan. Bagus benar sekiranya isu ini dapat diselesaikan oleh PAS dengan seberapa segera, tapi yang tak bagusnya PAS yang sebelum ini melarang BN daripada menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen, akhirnya PAS sendiri menggunakan Agensi/Jabatan Kerajaan di dalam bidang kuasa mereka untuk berkempen.

Jangkaan penulis sebelum ini nampaknya sudah menjadi kenyataan, malah Hussam Musa dalam kenyataanya sebelum ini seperti mengesahkan kenyataan ini, apabila beliau berkata Kerajaan Negeri akan menyegerakan pemberian tanah-tanah di Galas. Untuk rekod kenyataan itu dikeluarkan semasa merasmikan program Dewan Pemuda PAS di Gua Musang.

Mungkin mereka-mereka yang mendengar ucapan Hussam yang kecewa dengan janji Kerajaan Negeri sebelum ini akan 'lembut hati' dan apa lagi bulan lah menjadi pilihan mereka. Mungkin juga ada yang sudah tak sanggup untuk ditipu untuk kali kedua, jadi pada mereka 'janji' Hussam ini sekadar bertanam tebu di pinggir bibir sahaja.

Isu Ladang Rakyat ini telah lama penulis dengar, namun sampai sekarang masih belum selesai. Kalau Kerajaan PAS Kelantan dapat menyelesaikanya semasa PRK Galas nanti sudah tentu ia bermakna PAS parti yang akan menyelesaikan masalah rakyat apabila pilihan raya tiba.

Sebenarnya, PAS tidak perlu menunggu pilihan raya sekiranya mereka benar-benar ingin membantu dan menolong rakyat marhaen. Sepatutnya isu ini telah lama diselesaikan oleh Kerajaan Negeri dan bukanya menjadi bahan k.i.v untuk diselesaikan menjelang pilihan raya.

Dengan hanya menyelesaikan permasalahan rakyat menjelang pilihan raya, sudah pasti rakyat akan ragu-ragu mengenai keikhlasan PAS di dalam membantu rakyat dalam segala segi. Mari bersama-sama kita saksikan bagaimana suasana kempen semasa PRK DUN Galas nanti adakah isu Ladang Rakyat ini akan menjadi isu hangat di sana, sama-samalah kita nantikanya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, October 9, 2010

Tanah mungkin jadi Senjata PAS di Galas

Flag of the Parti Islam Se-Malaysia (1956-present)Image by Vibracobra23 via FlickrTanah mungkin jadi Senjata PAS di Galas
Oleh: yieMEGA

INI maklumat yang baru sahaja penulis terima daripada skuad perisik penulis. Mengikut maklumat yang penulis terima PAS berkemungkinan besar akan mengadakan pemberian tanah secara besar-besaran bagi mengumpan atau memancing undi dari kaum-kaum Cina yang berada di Galas.

Sebelum ini PAS meminta agar Barisan Nasional tidak menggunakan agensi kerajaan untuk berkempen. Bagaimana pula dengan tindakan mereka yang akan mengadakan pemberian tanah secara besar-besaran tidakkah PAS mengguna agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Jajahan sebagai 'alat' untuk kempen PAS di PRK DUN Galas.

Mengikut maklumat yang diterima penulis, pembahagian tanah secara meluas itu akan diberikan kepada pengundi-pengundi berdaftar di Galas dan berketurunan Cina. Oleh yang demikian, Barisan Nasional diminta bersedia untuk menghadapi 'senjata' PAS ini.

Sekiranya 'senjata' PAS ini benar-benar menjadi, ini bermakna BN akan menghadapi kesukaran untuk menghadapi PRK DUN Galas kali ini. BN diminta berhati-hati dengan senjata yang berkemungkinan besar akan digunakan oleh PAS ini.

Terima kasih penulis ucapkan kepada pemberi maklumat yang mendedahkan perkara ini untuk kebaikkan kita semua.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Ku Li Jeneral BN di Galas

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrKu Li Jeneral BN di Galas
Oleh: yieMEGA

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah mengesahkan yang beliau menerima jawatan Pengarah Pilihan Raya BN PRK DUN Galas di dalam Sidang Media Khas yang diadakan beliau sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sidang Media tersebut telah menjawab polemik yang timbul sejak kebelakangan ini yang mengatakan kemungkinan beliau (Ku Li) berkemungkinan tidak akan menerima jawatan PPR BN untuk PRK DUN Galas tetapi setelah beliau membuat Sidang Media akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan untuk menerima jawatan tersebut.

Bagaimanapun Ku Li masih belum mengesahkan atau tidak adakah beliau akan menerima sekiranya beliau sendiri dicalonkan untuk PRK DUN Galas itu. Kerana katanya perkara itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlebih dahulu.

Walaubagaimapun impian PAS untuk melihat Ku Li membuat perangai dan tidak menerima jawatan PPR BN untuk PRK DUN Galas sudah pun berkecai dengan penerimaan jawatan tersebut yang dibuat sendiri oleh Ku Li.

Kini cuma tinggal satu harapan PAS iaitu agar Ku Li tidak menjadi calon BN untuk PRK DUN Galas. Untuk rekod sebelum banyak cadangan dan harapan termasuk dari akar umbi yang mahukan YBM Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon untuk PRK tersebut.

Adakah harapan kedua PAS itu menjadi kenyataan atau sebaliknya, sama-sama kita nantikan keputusanya pada 24 Oktober 2010 nanti.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Friday, October 8, 2010

BN Jangan Terlalu Yakin di Galas

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia
BN Jangan Terlalu Yakin di Galas
Oleh: yieMEGA

BARISAN NASIONAL nampaknya terlalu yakin menang di Galas. Sindrom terlalu yakin ini amatlah merbahaya buat BN kerana ia boleh makan diri. Kenyataan Pengarah Pilihan Raya Kecil Galas PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pada dasarnya kelihatan mengambarkan PAS mungkin lemah di Galas tetapi sebenarnya ia adalah 'strategi psikologi' PAS untuk melekakan lawanya, kalau tersilap tafsir pasti petugas-petugas BN akan terleka di dodoikan cerita-cerita sebegitu.

Ini bukan masanya untuk BN terlalu yakin dengan kemenangan. Kita lihat di pengalaman-pengalaman PRK yang lalu apa akan jadi sekiranya BN terlalu yakin dengan kemenangan mereka, akhirnya mereka tewas, ini berbeza dengan apa yang berlaku di Bagan Pinang di mana BN tidak kelihatan terlalu yakin untuk menang.

Penulis akui sekiranya BN mempertaruhkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah mereka berpeluang untuk menang di Galas, namun perlu diingatkan di sini walaubagaimanapun mereka tidak boleh merendahkan kemampuan PAS kerana PAS pun mempunyai peluang untuk menang di sana dengan alasan yang tersendiri.

Apa yang penulis lihat, tujuan sebenar PAS melabelkan mereka sebagai 'underdog' adalah untuk membuat petugas-petugas BN terleka dan dengan strategi ini mereka akan mendapat 'laluan mudah' untuk memenangi PRK tersebut.

Penulis meminta semua petugas-petugas pilihan raya BN supaya tidak terpengaruh dengan 'strategi Psikologi' PAS ini kerana kelak ia akan membahayakan pencapaian parti. Tindakan PAS melabelkan PAS sebagai 'underdog' sebenarnya bukan perkara baru, malah Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri sebelum ini telah mengatakan BN adalah 'underdog' dan hasilnya BN menang di Pilihan Raya tersebut kerana petugas-petugas kempen PAS terjerat dengan 'strategi psikologi' BN.

Dalam masa yang sama, penulis ingin meminta kesemua pemimpin-pemimpin UMNO menghentikan kenyataan-kenyataan yang mereka terlalu yakin untuk memenangi PRK tersebut.

Apa yang boleh penulis katakan sekiranya selain daripada Tengku Razaleigh menjadi calon di Galas, penulis percaya peluang untuk memenangi pilihan raya tersebut agaklah tipis, ini menjadikan calon BN akan menjadi 'Calon Underdog'.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, October 7, 2010

Menunggu Kepulangan Ku Li

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrMenunggu Kepulangan Ku Li
Oleh: yieMEGA

HARI INI tanggal 7 Oktober 2010, ini bermakna cuma tinggal dua hari sahaja lagi Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air. Di mana kepulangan beliau dijadualkan 9 Oktober 2010. Penulis percaya orang ramai di luar sana sudah tidak sabar menanti kepulangan Ku Li bagi menamat desas-desus yang timbul sebelum ini. Mungkin keputusan berhubung permintaan akar umbi yang mahukan Ku Li selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Galas menjadi calon untuk PRK tersebut.

Penulis sendiri ternanti-nanti apakah keputusan yang bakal dibuat Ku Li, sekiranya beliau tidak menjadi calon siapa yang bakal menjadi pertaruhanya. Namun, bagi penulis adalah amat elok sekiranya Ku Li menggalas tanggungjawab menjadi calon di PRK DUN Galas ini ekoran suara akar umbi ramai yang mahukan beliau menjadi untuk PRK tersebut.

Bercakap mengenai cadangan menjadikan YBM Ku Li sebagai calon untuk PRK DUN Galas, teringat pula penulis dengan artikel blog yang ditulis oleh Sayuti Omar di blognya Merah Tinta MSO. MSO berkata kalau Ku Li menjadi calon, PAS sedia meletakkan orang Asli menjadi calonya. Berita ini sudah pasti mengembirakan orang asli, namun apa yang kurang enaknya sepertinya PAS ingin menghina dan menjatuhkan martabat Ku Li dengan meletakkan orang asli untuk berhadapan dengan Ku Li.

Bagaimana pula PAS sanggup menghina Ku Li sedemikian sedangkan Ku Li lah orang yang paling banyak membantu di dalam usaha-usaha tuntutan royalti yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kelantan. Tindakan PAS itu boleh dilihat sebagai membuatkan Ku Li seperti melepaskan anjing yang tersepit, selepas dilepaskan akhirnya anjing itu mengiggit tangan orang yang melepaskanya itu.

Bagi penulis meletakkan orang Asli sebagai calon untuk berentap dengan Ku Li ianya adalah satu penghinaan terhadap Ku Li, pelik juga dengan PAS ni sebelum ni mereka kata Ku Li ni seorang Negarawan dan tidak layak untuk bertanding di DUN dan merendahkan martabat Ku Li sebagai anak raja tetapi tiba-tiba PAS pula cuba merendahkan Ku Li dengan meletakkan orang asli sebagai calon untuk melawan Ku Li. Sekiranya Ku Li tewas mungkin akan keluar di muka hadapan Harakah Ku Li Tewas dengan Orang Asli. Memang hebat sandiwara PAS ini. Mungkin juga ini salah satu strategi PAS untuk mengagalkan usaha untuk menjadikan Ku Li sebagai calon BN untuk PRK DUN Galas.

Penulis berharap benar agar Ku Li tidak mengecewakan permintaan akar umbi UMNO yang mahukan beliau menjadi calon di PRK DUN Galas. Tak sabar rasanya menunggu keputusan Ku Li. Bersama-samalah kita nantikanya.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, October 6, 2010

4 November 2010 Hari Penentuan Di Galas


4 November 2010 Hari Penentuan Di Galas
Oleh: yieMEGA

SEBENTAR tadi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan beberapa tarikh penting yang ada hubungkait dengan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas Gua Musang, Kelantan. Seperti yang dilaporkan Utusan Online, tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Galas ialah 26 Oktober 2010, manakala hari pengundian untuk PRK DUN Galas ditetapkan pada 4 November 2010.

Parti-parti politik yang bakal bertanding sedang mempersiapkan jentera-jentera Pilihan Raya mereka untuk memastikan parti yang menjadi tempat mereka bernaung memenangi pilihan raya tersebut.

Berkenaan dengan PRK DUN Galas, ada jupa laporan yang kendengaran bahawa parti serpihan PAS yakni Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) ingin turut serta dalam pertandingan merebut kerusi DUN Galas, sekiranya ini menjadi kenyataan berkemungkinan besar PRK Galas bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Tak kisahlah pertandingan berapa penjuru sekalipun, asal proses pengundian dan kempen berjalan lancar tanpa ada insiden-insiden yang boleh mencemarkan proses demokrasi negara sepertimana beberapa pilihan raya sebelum ini.

Dalam masa yang sama, penulis dapat rasakan yang orang ramai ternanti-nanti kepulangan Tengku Razaleigh Hamzah yang dijangka pada 9 Oktober ini terutamanya sidang akhbar khas yang akan dikendalikan beliau sebaik sahaja tiba di Malaysia pada 9 Oktober ini.

Adalah dijangka ramai yang akan datang menyambut kepulangan beliau di Lapangan Terbang terutamanya yang mengharapkan beliau menjadi calon untuk Pilihan Raya Kecil DUN Galas. Mungkin di dalam sidang media khas itu terjawablah persoalan-persoalan yang timbul mengenai beliau sejak akhir-akhir ini.

Ia juga akan menjawab adakah Ku Li akan mengecewakan penyokongnya ataupun tidak bersama-samalah kita nantikan detik bersejarah itu dengan penuh sabar. Bagi penulis Ku Li merupakan calon terbaik untuk PRK DUN Galas.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, October 5, 2010

10 Dalil Mengapa PAS Tak Mahu Ku Li Di Galas

One!Image by Syed Azidi AlBukhary via FlickrSETELAH begitu lama penulis merehatkan diri dari menulis sebarang artikel di blog ini akhirnya pada hari ini penulis merasa terpanggil untuk turut serta mengulas berhubung Pilihan Raya Kecil DUN Galas, Gua Musang, Kelantan. PAS nampaknya begitu 'ghairah' untuk masuk campur urusan UMNO di dalam soal pemilihan calon dan juga Pengarah Pilihan Raya Kecil tidak sepertimana sebelum ini, ini sudah tentunya ada udang di sebalik batu.

Pembaca jangan hairan dengan 'perangai' yang ditunjuk oleh PAS beberapa hari ini. Pelbagai 'taktik' yang mereka gunakan bagi mengagalkan usaha-usaha untuk menjadikan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan nama Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya dan juga Calon BN DUN Galas. Mereka juga telah mencuba untuk buat 'reverse psychology' agar Ku Li menolak bukan sahaja untuk menjadi calon malah Pengarah Pilihan Raya. Sebenarnya ada beberapa dalil yang membuatkan mereka berusaha agar Ku Li tak jadi PPR dan juga Calon untuk PRK DUN Galas. Antara dalil-dalilnya iailah:

1 Pengaruh Tengku Razaleigh atau Ku Li yang terlalu kuat di Gua Musang, Kelantan mungkin akan menyukarkan usaha-usaha mereka(PAS) untuk mempertahankan kerusi DUN Galas. Ini bermakna mereka tidak boleh menang dengan cara mudah di sini sekiranya Ku Li menjadi calon.

2 Menyukarkan mereka menggunakan 'taktik' yang seringkali digunakan mereka semasa menghadapi mana-mana pilihan raya iaitu taktik serangan peribadi berkemungkinan besar tidak dapat digunakan mereka memandangkan PAS telah terhutang budi dengan Ku Li.

3 Mereka tidak boleh mempergunakan Ku Li sebagai 'Political Tools' untuk berkempen bagi pihaknya dengan menggunakan isu royalti dan beberapa isu yang berbangkit. Sanggupkah Ku Li untuk terus menjadi 'political tools' PAS?

4 PAS takut untuk berhadapan dengan Ku Li semasa pilihan raya kecil DUN Galas.

5 PAS juga bimbang mengalami kekalahan di Dewan Undangan Negeri Galas sekiranya Ku Li adalah calon sah BN adalah Ku Li.

6 Berkemungkinan besar Ku Li akan dilantik Menteri Besar sekiranya BN berjaya menawan Kelantan, ini mungkin memberi implikasi terhadap PAS dan dalam masa masa yang sama mengganggu gugat kedudukan MB Kelantan sekarang iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat.

7 PAS takut Ku Li marah apabila mengetahui mereka antara yang terlibat di dalam 'konspirasi diraja' yang tak perlu dijelaskan disini kerana dikhuatiri mengundang kontroversi dengan kerabat diraja.

8 Kepakaran Ekonomi yang ada pada Tengku Razaleigh juga bakal menggangu gugat Kerajaan PAS Kelantan.

9 Bimbang kerajaan PAS Kelantan tidak mendapat 'nama' sekiranya Ku Li berjaya membawa menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan.

10 PAS bimbang kepincangan-kepincangan dan penyelewengan-penyelewengan yang ada di dalam kerajaan negeri didedahkan oleh Ku Li sekiranya Ku Li berjaya menjadi ADUN Galas.

PAS nampaknya begitu gelisah dengan cadangan menjadikan Ku Li sebagai calon PRK DUN Galas. Mereka cuba mempengaruhi penyokong-penyokong setia Ku Li agar mempengaruhi Ku Li untuk tidak menjadi PPR dan juga calon di PRK DUN Galas.

Kepada penyokong setia Tengku Razaleigh jangan mudah terpengaruh dengan 'dakyah-dakyah' PAS yang kelak tidak akan memberikan apa-apa keuntungan kepada anda. Bagi penulis, berikanlah peluang kepada Ku Li untuk membuat keputusan sendiri tak payah ada diantara kita nak mempengaruhi keputusan beliau. Hormatilah keputusan beliau.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin