Bilangan Pengunjung:

Monday, August 21, 2017

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2

Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib Bahagian 2
Oleh: yieMEGA

BARU-baru ini penulis ada mendedahkan berkenaan dengan Skandal Seks Songsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib, tak sangka juga penulis artikel tersebut mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sehinggakan ramai yang bertanya siapakah gerangan Menteri Kabinet tersebut dan siapakah gerangan artis lelaki yang disebutkan penulis itu. 

Harap maaf penulis masih mengambil pendekatan untuk merahsiakan identiti Menteri Kabinet terbabit kerana penulis belum bersedia untuk mendedahkan identiti mereka berdua. Cuma apa yang penulis boleh cakap mengenai artis tersebut adalah seorang artis popular yang namanya bermula dengan huruf 'A' terpulang kepada anda untuk meneka siapakah gerangan artis tersebut. 

Manakala Menteri Kabinet tersebut penulis belum bersedia untuk mendedahkan namanya bermula dengan huruf apa, In Shaa Allah satu hari nanti pasti akan penulis dedahkan. Namun, bagi memberi sedikit petunjuk kepada anda portfolio yang dipegang oleh menteri tersebut boleh dikatakan amat penting bagi negara kita. Setakat itu sahaja penulis boleh dedahkan tentang menteri tersebut. Harap pembaca faham dengan situasi ini. 

Baca Lagi!

Saturday, August 19, 2017

PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi

PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi
Oleh: yieMEGA

KEBELAKANGAN ini kerap kali kita mendengar tentang Tsunami Melayu. Tsunami Melayu ini adalah melibatkan perubahan undian kaum Melayu di negara kita tanah tumpahnya darahku ini yang dijangka berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Dalam PRU tersebut dijangka ramai rakyat kita yang berbangsa Melayu yang pada pilihan raya umum yang lalu telah memberi undi yang tak berbelah bahagi kepada Barisan Najib dijangka mengalih arah undian mereka kepada pembangkang ekoran beberapa isu yang timbul sejak kebelakangan ini. Kerajaan Barisan Najib mendakwa perkara ini hanyalah fantasi semata-mata malah ada konco-konconya yang mendakwa pembangkang bermimpi di siang hari dan perkara ini tidak akan terjadi sama sekali. 

Itulah yang penulis hendak kupas hari ini berkenaan tajuk PRU14: Tsunami Melayu, Antara Realiti dan Fantasi, penulis akan cuba kupas dengan semampu yang penulis boleh kupas khas untuk pembaca setia blog penulis yang tidak berapa popular ini. Mungkin tidak ramai yang menjadi pembaca blog ini, tetapi ia tidak boleh dijadikan ukuran namun penulis meminta jasa baik pembaca-pembaca yang budiman untuk meviralkan artikel penulis dengan membuat sharing di Social Media milik anda tidak kiralah samaada Twitter, Facebook, Wechat, Whatsapp dan lain-lain lagi. 

Kerajaan Barisan Najib juga mendakwa Tsunami Melayu ini hanyalah rekaan ataupun propaganda pembangkang semata-mata. Adakah benar dakwaan ini? Jika benar dakwaan ini maka terbuktilah Tsunami Melayu hanyalah Fantasi bukanlah Realiti. Namun, apa yang penulis hendak ingatkan di sini bahawa untuk apa pembangkang buat propaganda sedemikian kalau sekadar nak menarik sokongan langsung tidak masuk akal. Daripada maklumat yang penulis dapat ialah Tsunami Melayu tersebut bukanlah sebuah ramalan semata-mata malah ia lahir dari satu kajian yang dibuat secara rawak terhadap rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu yang sudah layak mengundi. Mungkinkan ini juga dikatakan Fantasi? Adakah kita masih hendak menafikan realiti dan mendakwa benda sepatutnya realiti adalah fantasi. 

Baca Lagi!

Thursday, August 17, 2017

Minyak Naik Lagi... Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib

Minyak Naik Lagi... Jangan Bimbang Rakyat Terus Setia Di Belakang Najib
Oleh: yieMEGA

BULAN ini merupakan bulan kemerdekaan negara kita. Di mana pada bulan ini kita menyambut ulang tahun kemerdekaan dan pada bulan ini kita akan memperingati jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu yang sememangnya telah banyak berjasa kepada negara kita tanah tumpahnya darahku ini. Memang patut pun jasa-jasa pejuang-pejuang kemerdekaan negara tidak sepatutnya dilupakan, pengorbanan mereka bukanlah kecil tapi sanggup 'bergadai nyawa' demi negara yang tercinta padamu bakti ku serah. 

Cuma tinggal tak berapa hari lagi negara kita yang tercinta ini akan menyambut ulang tahun kemerdekaan. Kalau 6o tahun yang lalu laungan merdeka menguasai angkasa negara kita pada tanggal 31 Ogos 1957, kini laungan merdeka turut menguasai angkasa negara kita, malah lebih meriah dengan bunyi dentuman dan percikkan bunga api menghias ruang udara negara kita diekori perarakan para mat motor di seluruh negara mengibarkan bendera negara kita yakni Jalur Gemilang berkibar megah. 

Namun, bulan kemerdekaan kali ini kita dihadiahkan oleh Yang Amat Berkuasa Perdana Menteri yang sangat disayangi oleh rakyat dan pak-pak menteri termasuklah bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad yang di dalam tahanan reman SPRM berhubung isu pembelian dua buah hotel dengan hadiah yang cukup bermakna bagi rakyat iaitu harga minyak naik lagi tetapi rakyat tetap setia di belakang Najib dan sedikitpun tidak peduli tentang kenaikkan tersebut kerana mereka sememangnya menyanyangi Najib tanpa Najib siapalah mereka walaupun sebenarnya tanpa mereka siapalah Najib. 

Baca Lagi!

Tuesday, August 15, 2017

Trojan Nothing2Hide 2.0

Trojan Nothing2Hide 2.0
Oleh: yieMEGA

PROGRAM Nothing2Hide 2.0 yang berlangsung semalam telah dicemari insiden yang tidak diingini. Insiden tersebut sedikit sebanyak telahpun mencemarkan imej penganjur. Ekoran daripada kejadian itu telah membuatkan Stesen TV Swasta Pengampu, Pembodek dan Pencacai Najis No 1 Negara telah mempergunakan isu tersebut untuk memperlihatkan bahawa penganjur gagal mengawal etika peserta program tersebut. Kononnya lah.

Media-media arus perdana turut memainkan peranan untuk menghangatkan insiden tersebut dengan meletakkan kesalahan kerana berlakunya insiden tersebut terhadap penganjur program tersebut kerana kononya dikatakan gagal mengawal keselamatan peserta Nothing2Hide 2.0 tersebut. Malah ada yang mendakwa kekecohan itu berlaku kerana tidak puas hati dengan jawapan Ayahnda Tun Dr. Mahathir berhubung isu tragedi memali. Entah ke betul ke tidak tak tahulah tu. Tapi bagi penulis sememangnya Media Arus Perdana terutamanya TV3 yang merupakan stesen tv pembodek no 1 negara memang suka spin isu yang melibatkan pembangkang.

Namun daripada penelitian penulis, jelas sekali kekecohan yang berlaku di dalam Program Nothing2Hide 2.0 sememangnya telah dirancang dengan teliti. Sememanya ada trojan yang menyelinab masuk menyamar menjadi peserta program dengan memakai Pakaian yang kononya mereka ahli Armada Bersatu. Cuma setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah yang menghantar trojan tersebut? Adakah Yang Amat Berkuasa? Mereka kata mereka tidak buat kemukakan bukti yang menunjukkan mereka buat. Namun, mungkin juga betul mereka tak buat tetapi pastinya ada orang yang buat tapi apa yang pasti mereka bukan datangnya daripada kumpulan pembangkang tetapi ianya dari kerajaan dan mungkin juga kekecohan itu dibuat tanpa pengetahuan Yang Amat Berkuasa oleh individu-individu tertentu yang ada kaitan dengan UMNO tapi dibuat tanpa restu UMNO.


Baca Lagi!

Sunday, August 13, 2017

Skandal Seks Sonsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib???

Skandal Seks Sonsang Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib???
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini penulis ada bertemu seseorang yang berceritakan mengenai satu skandal seks sonsang membabitkan seorang Menteri Kabinet yang masih lagi menjadi Menteri Kabinet. Khabarnya hubungan seks sonsang tersebut dikaitkan dengan seorang artis lelaki yang terkenal tak lama dahulu, malah suara artis tersebut memang merdu bak buluh perindu. 

Informer tersebut turut memberitahu penulis bahawa menteri kabinet tersebut turut 'membiayai' kewangan dan keperluan hidup artis tersebut. Siapakah menteri kabinet tersebut? Siapakah artis tersebut? Maaf penulis memilih untuk merahsiakan identiti kedua-dua mereka untuk kebaikkan semua. Namun, siapakah mereka berdua tidak penting di sini apa yang penting adalah di dalam Kerajaan Barisan Najib ada pengamal seks sonsang, adakah menteri ini sengaja dikekalkan kerana Yang Amat Berkuasa memikirkan bahawa menteri berkenaan tidak akan melawan beliau kemudian hari kerana 'rahsia besar' yang mungkin diketahui Yang Amat Berkuasa tetapi tidak ketahui pemimpin bawahan yang bertaraf rakyat marhaen. 

Sebenarnya berdasarkan maklumat yang penulis terima, hubungan mereka berdua bukanlah baru tetapi sudah lama sangat. Cuma ia tidak diketahui umum, mungkin lazimnya pak-pak menteri ni bijak menyembunyikan kegiatan gelapnya bagi memastikan imej mereka tidak tercalar demi kesinambungan kuasa mereka sebagai manusia yang berpangkat menteri. Itulah hebatnya Menteri Kabinet Kerajaan Barisan Najib bersandiwara sehinggakan ia tidak dapat dihidu oleh rakyat marhaen sepertimana penulis ini. 

Baca Lagi!

Friday, August 11, 2017

Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel

Terima Kasih Najib Kerana Naikkan Harga Petrol dan Diesel
Oleh: yieMEGA

UMUM sudah mengetahui bahawa pada minggu ini sekali lagi harga Petrol dan Diesel naik harga. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pemerintah Agung Malaysia Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menghadiahkan rakyat dengan hadiah yang akan meringankan beban rakyat ini. Mungkin ini menepati slogan yang kerap kali dilaunkang-laungkan beliau "1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Rakyat tidak marah dengan kenaikkan ini malah rakyat suka sangat dengan kenaikkan ini. Jangan bimbang Yang Amat Berkuasa, rakyat sentiasa berada di belakang anda walau apa jua keadaan pun. Mereka sanggup berkorban wang ringgit mereka demi mempertahankan kepimpinan Yang Amat Berkuasa. Hebat bukan, rakyat merelakan sahaja apa yang Yang Amat Berkuasa buat walaupun ia akan membebankan rakyat. 

Mungkin ada juga rakyat yang marah, tapi sebenarnya rakyat tak perlu marah kerana dinasti Kerajaan Barisan Najib inilah yang menjadi pilihan saudara dan saudari di luar sana. Malah saudara-saudari jugalah yang tetap mempertahankan kepimpinan beliau walau apa pun isu yang timbul. Solidariti saudara-saudari dalam mempertahankan kempimpinan manusia bernama Najib Bin Razak akhir dibalas dengan hadiah yang membebankan ini. Walaupun saudara-saudari memberi susu tetapi ianya dibalas tuba, tak mengapalah redha ajelah dengan pilihan anda. Teruskanlah mempertahankan kepimpinan Ayahnda Najib Bin Razak demi kesinabungan pemerintahan dinastinya. 

Baca Lagi!

Wednesday, August 9, 2017

Rakyat Mahu Najib dan Tun Mahathir Sepentas

Rakyat Mahu Najib dan Tun Mahathir Sepentas
Oleh: yieMEGA

PROGRAM khas yang diberinama Nothing2Hide 2 dirancang
diadakan tak lama lagi. Ramai netizen yakni rakyat Malaysia yang mahukan Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dan Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa Najib Tun Razak duduk sepentas di dalam program itu. Sepertimana yang disahkan oleh pihak pengajur bahawa program itu bukanlah beformat sepertimana perdebatan tetapi lebih kepada dialog ilmiah dan rakyat boleh tanya apa sahaja dari kedua-kedua mereka. Ini adalah bersesuaian dengan tajuk program itu iaitu Nothing2Hide apabila diterjemahkan menjadi "Tiada apa yang perlu disembunyikan".

Sememangnya rakyat mahukan penjelasan yang lebih jelas lagi terang serta bersuluh berhubung beberapa isu
yang melibatkan negara terutamanya yang melibatkan penggunaan duit rakyat. Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa perlu berpegang kepada prinsip berani kerana benar, jadi sekiranya beliau di pihak yang benar tiada apa yang perlu beliau takutkan untuk menghadirkan diri ke program tersebut. Sekiranya Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa tidak menghadirkan diri ke program tersebut ia akan membuatkan seolah mengiya-iyakan bahawa beliau seorang yang bacul dan penakut dan mungkin juga rakyat akan menilai beliau sebagai benar-benar bersalah. Jangan nanti dapat gelaran Perdana Menteri Yang Amat Bacul pula. 

Peluang menghadiri forum seumpama ini perlulah diperguna sewajarnya oleh manusia bernama Najib Tun Razak ini bagi membuktikan bahawa beliau tidak melakukan kesalahan selama ini. Jawab setiap persoalan rakyat di dalam program ini dan akhir sekali biarkanlah rakyat sendiri yang menilai siapa yang betul dan siapa yang salah. 

Janganlah menjadi Perdana Menteri yang bacul dan penakut kerana sebagai pemimpin nombor wahid negara beliau sepatutnya berani menghadapi cabaran dan bukanya mengelak untuk melaksanakan cabaran dengan memberi alasan-alasan yang tidak masuk akal dan tidak mudah dipercayai oleh rakyat. Sebagai pemimpin nombor satu negara, beliau sepatutnya memperlihatkan gaya kepimpinan yang tidak bacul dan penakut. Tiada guna menjadi Perdana Menteri sekiranya anda seorang yang bacul dan penakut. Lebih baik letak jawatan dan serahkan jawatan tersebut kepada orang yang benar-benar layak. Jadi jangan bazirkan lagi duit rakyat untuk membayar gaji Perdana Menteri yang bacul dan penakut. Bagaimana kita berhadapan dengan musuh sekiranya Perdana Menteri kita sendiri seorang yang bacul dan penakut. 

Oleh yang demikian sepatutnya Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa tidak mensia-siakan peluang keemasan ini kerana inilah masa yang sesuai kepada beliau untuk membuktikan kepada rakyat yang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan di dalam memimpin negara bagi memenuhi tanggungjawab seorang Khalifah di atas muka bumi milik Allah tuhan seru sekian alam ini. 

Sekiranya beliau terus mengelak untuk menghadiri program ini, rakyat akan membuat penilaian sendiri dan mungkin penilaian tersebut akan membuatkan rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada pemerintahan dinasti beliau. 

Akhirkalam, Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa Najib Razak perlu hadir ke program Nothing2Hide 2 ini demi membersihkan namanya dan juga mengembalikan semula maruahnya yang tercalar sejak akhir-akhir ini. Jadi jangan fikir lama-lama nanti lama-lama lain pula jadinya. Wallahualam...

Baca Lagi!

Monday, August 7, 2017

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat?

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat?
Oleh: yieMEGA

PENULIS terbaca satu laporan yang disiarkan oleh Sinar Harian Online, tajuk laporan tersebut ialah "Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat". Betulkah dengan dakwaan ini, ataupun ini satu lagi dakwaan bagi terus mempertahankan kekuatan Dinasti Barisan Najib dan konco-konconya. Dakwaan itu dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata "Tindakan Tun Mahathir Mohammad melaga-lagakan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dengan Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghilangkan rasa hormat rakyat kepadanya". 

Benarkah tindakan tersebut boleh membuatkan rakyat rasa hilang hormat kepadanya? Adakah Datuk Rosnah ni seorang bomoh ke sehingga boleh membuat dakwaan yang sedemikian. Sebelum terlupa semalam penulis ada menonton Ucapan Zahid Hamidi yang disiarkan oleh stesen tv pengampu no 1 negara yakni TV3, di dalam ucapan tersebut Zahid Hamidi sanggup bersumpah laknat bagi menepis dakwaan bahawa beliau cuba menjatuhkan Perdana Menteri Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak. Wow hebat sekarang ni demi kekuasaan politik orang sekarang dah sanggup mempergunakan dan mempermain-mainkan sumpah laknat hanya kerana mahu mengekalkan kekuasaan politik. Sebut pasal sumpah, teringat ayat seorang penagih Methamphetamine yang selalunya sekiranya dia memerlukan wang dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat wang tersebut termasuklah membuat sumpah laknat. Oleh yang demikian, zaman sekarang ini kita sudah tidak boleh percaya lagi pada sumpah-sumpah ni kerana sekarang ni sumpah-sumpah ni orang dah boleh buat main-main atau dengan kata lain sumpah sekarang sudah dapat dibeli di pasar. Daripada Zahid bersumpah lebih baik zahid menyumpah. 

Kepada Datuk Rosnah, jangan pandai-pandai ayat dan dakwaan sendiri kalau kita itu tak tahu apa-apa. Rakyat bukan hilang rasa hormat pada Tun M tapi hilang rasa hormat pada Datuk Rosnah sendiri kerana berterusan mempertahankan dinasti Barisan Najib yang dipimpin oleh Yang Amat Berkuasa Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan rakyat mahukan Najib diundurkan kerana bagi mereka tiada guna UMNO terus memelihara biawak hidup kerana tidak ada apa-apa keuntungan sekiranya kepimpinan Yang Amat Berkuasa dikekalkan. Sebenarnya tindakan Datuk Rosnah ini juga akan membuatkan rakyat akan melabel beliau sebagai 'monyet peliharaan' Yang Amat Berkuasa yang sanggup berbuat apa sahaja demi memastikan Yang Amat Berkuasa terus berkuasa memimpin sebuah dinasti pemakan dedak. 


Baca Lagi!

Friday, August 4, 2017

Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia Bersama PBBM

Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia Bersama PBBM
Oleh: yieMEGA

MALAYSIA adalah tanah tumpahnya darahku, tempat lahirnya kita, tempat kita dibesarkan, tempat kita mencari sesuap nasi. Malaysia adalah milik kita. Tak berapa lama lagi kita akan menyambut hari Kemerdekaan negara kita. 31 Ogos 1957 detik bersejarah apabila laungan "Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka" menguasai ruang angkasa Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Detik-detik indah tersebut terus dirakam dan menjadi sejarah besar buat negara kita. Namun, kini kemerdekaan kita tiada maknanya dek kerana pemimpin yang ada sekarang kita hidup semakin merana. 

Dulu kita berbangga dengan ekonomi negara, kini tidak lagi, dulu kita berbangga dengan pencapaian pemimpin nombor wahid negara yakni perdana menteri kini tidak lagi, dulu kita berbangga dengan kedudukan mata wang kita, kini tidak lagi. Dulu kita berbangga dengan kepimpinan melalui tauladan kini tidak lagi, kini cuma tinggal pemimpin yang suka penuhkan poket diri sendiri. Rakyat marhaen yang merana dipeduli jangan. Itulah hakikat yang perlu kita terima kita hanya merdeka di atas kertas tetapi sebenarnya kita masih belum merdeka dari kepimpinan yang zalim dan pentingkan diri. 

Ayuh bangsaku, kini sudah tiba masanya untuk kita bangkit menentang kezaliman dan kemungkaran. Malaysia milik kita bukan milik pemimpin tertentu yang hanya tahu memenuhkan kantung kewangan diri mereka sendiri sahaja dan membiarkan rakyat merana dengan pelbagai macam, kenaikkan harga tol, peningkatan kos sara hidup, peningkatan kadar pengangguran, peningkatan kadar jenayah, peningkatan kes rasuah, peningkatan harga tol dan bermacam-macam lagi hadiah yang pemimpin kita sanjungi sekarang bagi dekat kita. Tanya pada diri sendiri adakah patut lagi kita memilih pemimpin seumpama ini. Cukup-cukup sudah kita menjadi makmum kepada imam yang sebenarnya tidak layak menjadi imam. 

Ayuh bangkitlah bangsaku menentang kezaliman, mengembalikan hak rakyat bersama kita bersatu merevolusikan Malaysia agar dapat dikembalikan zaman kegemilangan negara kita yang tercinta. Usahlah takut, usahlah malu kita bersama berusaha membuat perubahan demi negara yang tercinta. Jangan kita terus menjadi pemakan dedak, kerana kalau kita kerap memakan dedak akhirnya duit negara kita tinggal keladak. 

Baca Lagi!

Tuesday, August 1, 2017

Serangan Peluru Berpandu SCUDD Burkan-1 Ke Arah Mekah

Serangan Peluru Berpandu SCUDD Burkan-1 Ke Arah Mekah
Oleh: yieMEGA

KHAMIS yang lalu kita dikejutkan dengan serangan peluru berpandu terbaru yang mensasarkan ke arah Kota Suci Mekah, namun serangan tersebut berjaya dipintas oleh Tentera Bersekutu Arab Saudi. Houthi mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut. Ini bukan serangan peluru berpandu yang pertama, sebelum ini serangan serupa juga telah berlaku dan ia juga berjaya dipintas oleh Tentera Bersekutu Arab Saudi.

Serangan ini dipercayai kerana berlakunya perang saudara di antara Arab Saudi dengan Yaman. Untuk rekod Yaman kini dikuasai pemberontak Houthi. Perang saudara ini masih berterusan dan tidak pasti bilakah ia akan berakhir. Musim haji pula bakal tiba tak lama lagi. Namun, kita semua tidak perlu bimbang In Shaa Allah, Allah tuhan seru sekian alam akan lindungi keselamatan para jemaah haji. 

Persoalan di sini kenapa Pemberontak Houthi memilih Kota Suci Mekah sebagai 'target' serangan mereka. Adakah dalang asing di sebalik serangan ini? Pelancar dan peluru berpandu SCUDD Burkan-1 siapakah yang bekalkanya? Mungkinkah barat berada disebalik serangan ini? Mungkinkah Iran juga salah satu dalang kepada serangan yang dikutuk oleh seluruh dunia ini? Adakah Iran juga yang membekalkan Peluru Berpandu Burkan-1 kepada Yaman?

Sekiranya Iran yang menjadi dalang ternyata kita tidak boleh lagi mendiamkan diri. Iran sebagai sebuah negara Islam walaupun dikuasai oleh puak Syiah tidak sepatutnya menjadi dalang kepada serangan tersebut. Penulis pun hairan sekiranya Iran menjadi dalang kepada serangan tersebut apakah untungya yang Iran dapat daripada serangan tersebut? Adakah ia salah satu strategi untuk meluaskan penguasaan puak syiah. Kebetulan pula pemberontak Houthi juga daripada puak Syiah. 

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin