Bilangan Pengunjung:

Tuesday, September 29, 2009

10 Hujah Ibrahim Ali dan Isa Samad Calon BN

10 Hujah Ibrahim Ali dan Isa Samad Calon BN
Oleh: yieMEGA

BEBERAPA hari yang lalu Datuk Paduka Ibrahim Ali mengemukakan sepuluh hujah kenapa Menteri Besar Kelantan perlu letak jawatan, hujah ini dikeluarkan sebagai kenyataan balas terhadap desakan Nik Aziz supaya Ibrahim Meletak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

Hujah Ibrahim Ali tersebut ialah:


  1. Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
  2. 2.Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
  3. Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
  4. Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
  5. Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
  6. Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
  7. Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
  8. Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara
  9. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
  10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
Apa penulis yang dapat lihat, hujah-hujah Ibrahim Ali tersebut sememangnya ada asasnya, sebagai contoh sudah ramai penyokong PAS di Kelantan inginkan Nik Aziz Berundur tetapi tidak berani memperkatakanya di hadapan Nik Aziz, apa yang mereka boleh buat hanyalah cakap belakang-belakang dengan harapan ia akan timbul desakan supaya Nik Aziz Meletak Jawatan.

Kenyataan Ibrahim Ali ini mungkin merupakan satu peluang terbaik bagi mereka untuk mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Tun Dr. Mahahthir juga bersetuju dengan hujah yang diberikan oleh Ibrahim Ali.

Bagi penulis langkah terbaik adalah kedua-duanya meletak jawatan iaitu Ibrahim Ali meletak Jawatan dan juga Nik Aziz meletak jawatan dalam satu masa yang sama ini adalah lebih adil, tetapi mungkin Ibrahim Ali tidak boleh melepaskan jawatanya kerana sekiranya beliau meletakkan jawatanya dia tidak akan dapat bertanding semula di kerusi Parlimen Pasir Mas yang diwakilinya.

Isa Samad Calon BN di Bagan Pinang

NAMPAKNYA Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Isa Samad telah disahkan menjadi calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Dengan pengesahan ini bermakna Isa Samad Kembali semula ke arena Politik Tanah Air.

Sebelum ini Tun Dr. Mahathir menyarankan agar Datuk Isa Samad tidak dicalonkan, namun BN tetap mengambil keputusan untuk mencalonkan Datuk Isa Samad. Mungkin kerana merasakan Isa Samad ada 'auranya' tersendiri dengan menggunakan 'sifir' 'diterima rakyat' menyebabkan BN tidak mempedulikan nasihat Tun Dr. Mahathir.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Isa Samad, kadang-kadang kita tidak boleh terlalu lama menghukum seseorang, kerana mungkin dia pun sudah insaf dengan perbuatanya yang terdahulu sepertimana cerita seorang pelacur yang memberi minum anjing yang haus satu masa yang dahulu.

Ingatlah "Gelap Malam, Pasti Terang, Sang Mentari Pasti Datang", berilah peluang kepada Datuk Isa Samad untuk memperbetulkan kesalahan lampau, berilah peluang untuk beliau berkhidmat untuk rakyat di Bagan Pinang. Semoga Berjaya Datuk....
Reblog this post [with Zemanta]

3 comments:

Anonymous said...

Yang suruh letak jawatan org UMNO je. Yang menyokong suruh TGNA letak jawatan pun UMNO. Tak pernah pun aku dgr ade ahli Pas yg suruh TGNA letak jawatan kecuali yang ditulis dlm akhbar2 kerajaan. Ko pun pasti sokong UMNO..memang lah!tak yah jadi bodoh la...

Anonymous said...

kalo nak berikan hujah pada satu perkara tapi hati berpihak kepda yg lain,hujah akan jadi berat sebelah.. kalo nak tahu cite yg benar,pergi la ke kelantan,tgk sndiri keadaan kat sana.. bukan main petik mana2.. masuk je universiti,tapi otak bangang... cuba buat analisis kenapa kelantan susah ditumbgkan???

SESTER said...

weh anonymous....penulis blog ni memang orang kelantan laa. ko tu harap je gune internet tapi tulis bende yg x masuk di akal...berapa umur ko, 16?

Pi balik, mak suh makan tuh...pastu mengaji.

Blog Widget by LinkWithin