Bilangan Pengunjung:

Sunday, August 15, 2010

Implikasi Resolusi Kongres Ekonomi Cina

Implikasi Resolusi Kongres Ekonomi Cina
Oleh: yieMEGA

PENULIS secara tidak sengaja terbaca Resolusi Kongres Ekonomi Cina. Menurut Resolusi tersebut Kongres Ekonomi Cina Malaysia membuat tuntutan agar ekuiti bumiputra sebanyak 30% dikurangkan dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Sementara itu, blogawan terkenal Mohd Sayuti Omar atau MSO turut mengulas berkenaan isu ini di dalam artikel blog beliau yang bertajuk "Berapa Butir Peluru Yang Akan Diterima MCA". Beliau mempersoalkan kenapa Utusan Malaysia seolah-olah menyepi di dalam isu ini tidak sama dengan isu Tony Pua dahulu.

Selain daripada itu, Blog Minda Intelek Melayu melalui artikel yang ditulis oleh Dr. Novandri Hasan Basri turut mengkritik resolusi tersebut di dalam artikel blognya yang bertajuk "Merbahaya! Kongres Ekonomi Cina Bermain Dengan Api".

Penulis sendiri ingin melahirkan rasa hairan terhadap resolusi Kongres Ekonomi Cina tersebut, kenapa perlu dikurangkan Ekuiti Bumiputra 30% itu sedangkan Ekuiti Bumiputra sedia ada pun tak sampai 30% walaupun ia ditetapkan sebagai 30%. Untuk rekod kedudukan ekuiti bumiputra terkini ialah 19% dan ia tidak sampai pun 30%.

Berdasarkan angka tersebut ini telah menandakan kaum bukan Bumiputera telah menguasai 81% Ekuiti, di mana pemegang ekuiti terbesar adalah Kaum Bukan Bumiputera, dan bumiputera sekarang hanya memegang ekuiti sebanyak 19%, kata orang kadar lekat di celah gigi.

Penulis ingin melahirkan rasa bimbang berhubung dengan resolusi yang dikeluarkan oleh Kongres Ekonomi Cina tersebut, ianya dikhuatiri bakal mengugat kesepaduan dan perpaduan kaum 1Malaysia. Penulis juga bimbang resolusi tersebut akan menimbulkan kemarahan di kalangan bumiputra di Malaysia.

Dalam masa yang sama, penulis ingin menegur sedikit Kongres Ekonomi Cina Malaysia. Adakah mereka mengatakan 81% ekuiti yang mereka pegang sekarang ini masih tidak mencukupi, berapakah angka yang akan memuaskan hati mereka, adakah mereka hanya berpuas hati sekiranya mereka memegang 100% ekuiti.

Dari dulu sampai sekarang sudah banyak Bumiputra berkorban untuk kaum bukan bumiputra, tapi kaum bukan bumiputra masih belum puas lagi, kini menuntut kaum bumiputra berkorban lagi. Dalam keadaan sekarang sekiranya kaum bumiputra berkorban lagi untuk kaum bukan bumiputra, kaum bumiputra akan tinggal sehelai sepinggang.

Dengan ini, penulis menentang sekeras-kerasnya resolusi yang dibuat oleh Kongres Ekonomi Cina ini, marilah bersama-sama kita menentangnya dengan bersungguh demi perpaduan kaum di Malaysia.
Enhanced by Zemanta

3 comments:

The Truth said...

DPMMS yang diketuai oleh Tan Sri Rozali berani bangkit utk pertahankan hak org Melayu Islam di Malaysia.

Beliau yg bergelut dlm dunia korporat mesti fhm dgn situasi ini. MCA mula utk menunjukkan taringnya seolah2 mahu jauhkan diri dpd BN dan bersama DAP.

Aku harap DPMM dan lain2 bdn korporat bangkit utk suarakan pendapat korg sume.

Meskipun Rozali dikecam mengenai isu air di Selangor tp dia masih teguh mempertahankan hak org Melayu Islam di Malaysia.

Man in Selangor said...

Firstly, I nak appreciate to DPMMS led by TS Rozali because their efforts to strive our rights as Malay Muslim in Malaysia.

Secondly, I unsatisfy why tak ramai Malay businessmen yg nak bersama2 pertahan hak bumiputera di Malaysia?

Rozali tu sanggup berdepan risiko wlupun setiap hari kena hentam dgn PKR dan DAP kat Selangor. Habis peribadi dia org pertikaikan.

Come on la, please stand up!

Anonymous said...

Hak bumiputera? kaya banci aja pakai undang undang rasis biar bisa exist

Blog Widget by LinkWithin