Bilangan Pengunjung:

Monday, August 11, 2008

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Hilang?

Anda tentu kenal dengan Zulkifli Nordin, ye lah siapa yang tak kenal dengan Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Sebelum beliaulah di antara orang yang dikatakan sanggup berkorban untuk bosnya Anwar Ibrahim bagi memberi laluan kepada beliau untuk bertanding di Parlimen yang sebelum ini diwakili oleh Zulkifli Nordin. Namun disebabkan keputusan mengenai petisyen tersebut ditangguhkan.


Beliau juga antara orang paling menonjol semasa Perhimpunan Membantah Forum 'Memeluk Islam' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam. Ada juga yang berkata dia adalah satu-satunya Ahli Parlimen PKR yang menyertai Perhimpunan Membantah 'Forum Kontroversi' anjuran Majlis Peguam, namun tidak dapat dipastikan pula kebenaran cerita ini, kebenaran yang sebenar hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Namun, apa yang diketahui beliau berlainan nada dengan bosnya Anwar Ibrahim di dalam menjawab isu 'Forum Kontroversi' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam tersebut. Boleh dikatakan mereka berdua tidak sehaluan di dalam menjawab isu kontroversi tersebut. Malah tindakan beliau yang menyertai Perhimpunan Membantah "Forum Kontroversi' anjuran Majlis Peguam tersebut membelakangkan parti atau dengan kata lain bertentangan dengan Whip Parti PKR.

ZULKIFLI NORDIN DIKATAKAN HILANG

Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu ini dikatakan hilang dan gagal dikesan serta talian telefon beliau juga gagal dihubungi. Ada juga spekulasi mengatakan bahawa beliau ditangkap polis. Namun, polis sudah mengesahkan bahawa tiada tangkapan terhadap Zulkifli Nordin dibuat. Ada juga khabar angin mengatakan bahawa beliau sengaja menghilangkan diri dan mungkin di dalam masa terdekat beliau akan membuat 'kejutan' selepas beliau menghilangkan diri.

Bagi penulis kemungkinan besar beliau 'hilang' disebabkan usaha-usaha beliau yang menyertai Perhimpunan untuk membantah 'Forum Memeluk Islam' yang dianjurkan oleh Majlis Peguam, pada masa yang sama beliau sendiri adalah peguam. Adakah kehilangan beliau ada kaitan dengan Majlis Peguam? Ya Kemungkinan itu ada tetapi bukanlah penulis mengatakan ianya ada kaitan dengan Majlis Peguam tetapi Kebarangkalian ia berkaitan amatlah tinggi namun perkara yang sebenar hanya diketahui oleh Allah tuhan seru sekian alam sahaja kerana Ia Maha Mengetahui.

Ada juga kemungkinan beliau akan memberi 'kejutan' yang bakal mengejutkan arena politik tanah air. Setelah beliau keluar daripada tempat pertapaan. Berkemungkinan 'beliau' akan memberi 'kejutan' yang mungkin Pakatan Rakyat akan 'lemah jantung' mendengarnya kerana di dalam politik semua boleh jadi sepertimana kata MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO (http://www.msomelayu.blogspot.com)


No comments:

Blog Widget by LinkWithin