Bilangan Pengunjung:

Saturday, August 30, 2008

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Tanggal 31 Ogos 1957, itulah detik sejarah telah dicatatkan di dalam buku sejarah negara kita yang bernama Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.

Angka 31081957 telah menjadi angka keramat bagi rakyat Malaysia. Pada detik dan ketika itulah, rakyat Malaysia menyambut hari kemenangan dengan pengembalian kuasa pemerintahan negara kepada bangsa pribumi tanah Melayu.

Merdeka bermaksud "merdeka: bebas, lepas, berdiri, bersendiri, berleluasa, berdikari, langgas; memerdekakan: membebaskan, melepaskan, memberhentikan, mengeluarkan; kemerdekaan: kebebasan, kelepasan, hak asasi" menurut Tesa Urus Bahasa Melayu Dewan (1998). Manakala menurut Kamus Pelajar "bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan"

Di samping itu, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga Merdeka bermaksud " (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit".


Itulah fakta-fakta mengenai maksud Merdeka yang sempat penulis tampilkan pada artikel penulis kali ini, namun, walaubagaimanapun janganlah menyalah ertikan merdeka dengan "Kita Bebas Melakukan Apa sahaja" seperti merempit, membuat hubungan seks luar nikah dan bermacam-macam lagi perkara yang membelakangkan undang-undang dan agama.


Merdeka bukan bermakna kita bebas melakukan apa sahaja, hiburan atau konsert ambang merdeka bukanlah satu daripada sambutan Merdeka yang disambut oleh nenek moyang kita sewaktu ambang merdeka 31 Ogos 1957 satu ketika dahulu, sebaik-baiknya jadikan malam kemenangan Bangsa kita ini lebih meriah dengan zikir-zikir, doa-doa kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas apa yang kita perolehi pada hari ini kerana tanpa Kuasa Allah tuhan seru sekian alam, mustahil negara kita dapat memperoleh kemerdekaan daripada Penjajah British. Lebih baik buat "Amal Makruf, Nahi Mungkar" daripada menghadiri konsert-konsert yang langsung tidak memberi faedah kepada pembangunan negara kita.


Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Fahamilah dan selamilah erti dan roh kemerdekaan yang sebenar kerana Merdeka bukanlah sekadar memasang bendera di atas kenderaan, rumah atau bangunan, percikan bunga api yang mewarnai udara bukan maksud sebenar merdeka sebaliknya hayati dan insafilah apa hikmah yang tersirat di sebalik kemerdekaan negara. Merdeka tahun ini sepatutnya anda semua bertekad untuk menentukan apa sumbangan anda kepada negara jangan menyoal apa sumbangan negara kepada anda. Penulis juga bertekad agar suatu hari nanti penulis akan memberi sumbangan yang berguna buka sahaja kepada negara tetapi Agama dan bangsa.

Pada kesempatan penulis mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua pembaca setia SGMM, terima kasih kerana sudi menghabiskan masa di blog ini dan bersama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan kita kerana 'Perjuangan menuntut kemerdekaan adalah lebih senang daripada mempertahankanya' Jagalah negara dengan sebaik mungkin.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin