Bilangan Pengunjung:

Monday, August 25, 2008

PAS Selar DAP

'PAS selar DAP' itulah ayat yang menjadi tajuk utama Sinar Harian Edisi Kelantan 25/08/2008 selang sehari sebelum sejarah dicatatkan di Permatang Pauh apabila kali pertama di dalam sejarah satu Pilihan Raya Kecil tanpa sebarang kematian atau apa yang dikatakan 'penyerahan kuasa daripada Isteri kepada Suami yang kedua-duanya masih hidup.

Tak perlulah bercakap lebih panjang mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kerana penulis percaya sudah ramai yang tahu dan ambil pusing mengenainya, lebih baik kita tumpukan kepada tajuk 'PAS Selar DAP'.

Izinkan penulis memetik kata-kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang berbunyi "Sampaikan 'salam' saya kepada Setiausaha Agung DAP, kalau beliau berkata PAS setuju menjadikan Malaysia negara sekular kerana PAS akan tetap memperjuangkan negara Islam yang ditegakkan dengan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz. Perjuangan PAS untuk membina sebuah negara Islam. Prinsip kita tidak pernah berubah dan usaha memperjuangkan sebuah negara Islam tetap berterusan biarpun pendirian tersebut dilihat terpesong dengan kenyataan pemimpin DAP" beliau juga berkata "DAP tidak berhak untuk minta PAS keluar Pakatan Rakyat".

Ketua Dewan Pemuda PAS tersebut mengeluarkan kenyataan itu setelah Setiausaha Agung DAP iaitu Lim Guan Eng yang sebelum ini berkata ingin menuruti corak pemerintahan "Umar Abdul Aziz dan akan masuk Islam sekiranya Lim Kit Siang sudah mampus". Kenyataan Lim Guang Eng seolah-olah menyelak kain pelikat yang dipakai ditubuhnya dan menampakkan segala benda yang tidak kelihatan sebelum ini.

Seperti yang penulis tegaskan sebelum ini mengenai Perjuangan PAS, PAS hidup kerana perjuanganya untuk menubuhkan Islam jadi mereka perlu mempertahankan perjuanganya yang sudah menjadi tulang belakang dan dominan dengan perjuangan parti yang didominasi oleh Melayu yang beragama Islam tersebut. Sepatutnya sebagai rakan seperjuangan masing-masing patut menghormati perjuangan masing-masing, tetapi tidak masing-masing mementingkan diri.

Pada pengamatan penulis ini berlaku apabila satu kapal ada banyak nakhoda dan setiap nakhoda itu mempunyai arah (perjuangan) yang berlainan, DAP dengan Malaysia Malaysianya dan sekularisme. PKR dengan sekularisme 'ala-ala Mustafa Kamal Artatuq' dan PAS dengan Perjuangan Negara Islam berdasarkan pemerintahan Umar Abdul Aziznya.

Namun, PAS sememangnya berhak mempertahankan perjuangan oleh partinya yang sudah diperjuangkan dalam era beberapa generasi dari Allahyarham Datuk Asri kepada Allahyarham Fadzil Noor dan kemudianya kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang atau lebih dikenali dengan 'jolokkan' 'Ayah Chik' oleh masyarakat Marang.

Mengubah prinsip perjuangan samalah seperti kita mencabut umbi di pokok yang segar dan berbuah ranum, pokoknya akan mati, buahnya akan buruk dan daunya akan luruh. Jadi perjuangan tidak seharusnya diubah.

Beberapa kawan penulis daripada parti PAS juga sependapat dengan penulis dan juga kata-kata Salahuddin Ayub dan mungkin juga ahli-ahli PAS perlu berusaha untuk mempertahankan perjuangan yang menjadi akar umbi pokok yang bernama "PAS" tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

aku baru balik dr pmtg pauh...
ada 2 3 benda yg aku nak ckp kt cni..

1st...laporan polis telah dibuat..petugas BN dibelasah penyokong PKR..aku sembang sendiri dgn mangsa brkenaan..25/8/2008

2nd..aku tertarik dgn salah satu banner PAS..lbh kurang gni la bunyinya.."...memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 Sept boleh bentuk kerajaan dan mempercepatkan perlaksanaan hukum hudud..." nak je aku amik banner nie dan tunjuk kt DAP..tgk apa depa nak kata..aku tgk kt Sek. Keb Seberang Jaya 1..skang xde dah la kot sbb esok ngundi..

3rd..ada satu papan tanda PKR..depa kata DSAI perjuang hak2 melayu...lancau...ms bg ceramah kt org cina lu ckp nak bg hak sama rata..

Blog Widget by LinkWithin