Calon-calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh nampaknya sudah diketahui. Kelmarin berlangsunglah istiadat yang wajib setiap pilihan raya berlaku iaitu penamaan calon bagi pilihan raya.
Permatang Pauh menampilkan pertandingan tiga penjuru di antara AKIM, PKR dan BN. AKIM mempertaruhkan Presidenya Hanafi Mamat, Barisan Nasional atau BN pula mempertaruhkan Datuk Arif Shah. Manakala PKR melalui impian mereka untuk memerintah Malaysia melalui pemimpin sanjungan Mereka Anwar Ibrahim yang rosak sejak dari dalam telur lagi.
Pertandingan tiga penjuru di Permatang Pauh dijangka akan berlakunnya persaingan yang sengit, bukan sahaja antara PKR dan BN tetapi tidak ketinggalan juga AKIM yang mungkin tidak akan memberi kemenangan mudah kepada PKR dan BN menurut maklumat yang penulis terima daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai ramai juga ahli-ahli PAS yang tidak menyukai Anwar, lebih-lebih lagi yang menyokong teguh kepimpinan Ulama akan memberi undi kepada AKIM. Ahli-ahli BN juga yang tidak sehaluan dengan Abdullah Haji Ahmad tidak akan memberi undi kepada BN mahupun PKR kemungkinan besar AKIM akan menjadi pilihan hati mereka.
Sekiranya Anwar Ibrahim tewas di Permatang Pauh, hak istimewa Melayu malah kepentingan Umat Islam tidak akan terjejas. Kenapa penulis berpendirian begitu? Ramai yang tidak tahu yang Anwar Ibrahim mendalangi Forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam dengan alasan ingin memberi kehidupan yang lebih liberal terhadap masyarakat-masyarakat bukan Islam Malaysia dalam masa yang sama dapat memancing undi orang bukan Islam di Permatang Pauh. Tindakan Anwar untuk mendapat pengaruh tersebut saling tak tumpah sama dengan cara Ayah Pin (Seorang Pemimpin Ajaran Sesat di Besut, Terengganu) yang memperluaskan pengaruhnya kepada bukan sahaja beragama Islam malah boleh dikatakan semua agama yang ada di Malaysia.
Penulis berharap rakyat Malaysia di Permatang Pauh dapat memilih yang terbaik untuk mereka demi masa depan mereka dan pastikan pilihan mereka tidak akan menggadai maruah Islam dan juga Melayu yang bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan tanah Melayu suatu ketika dahulu. Jangan nanti bila dengar guruh di langit, air di tempayah dicurahkan.
No comments:
Post a Comment