Bilangan Pengunjung:

Friday, August 1, 2008

PAS tolak Tawaran UMNO Perak, Terima Muqabalah

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaBeberapa hari yang lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak iaitu Datuk Seri Tajol Rosli telah membuat pengumuman menawarkan satu perkongsian kuasa dengan PAS bagi membentuk Kerajaan Baru di Perak dan sanggup menerima Adun PAS sebagai Menteri Besar Perak apabila kerajaan baru itu berjaya ditubuhkan di Perak.

PAS telah membuat keputusan mengenai tawaran yang diberikan oleh UMNO Perak tersebut, keputusanya ialah PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan berkongsi kuasa dengan UMNO di Perak memandangkan mereka lebih suka bekerjasama dengan orang kafir berbanding bekerjasama sesama Islam bahkan sesama Melayu.

Penulis menghormati keputusan yang dibuat oleh PAS tersebut kerana penulis percaya tentu ada sebabnya mereka berbuat begitu, barangkali 'stealth soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS sudah bertindak dengan jayanya dan misi mereka mengagalkan usaha penyatuan PAS-UMNO menjadi kenyataan. Penulis tidak salahkan PAS tetapi penulis salahkan 'stealh soldier' yang berada di dalam PAS dan menghuru-harakan PAS dan membuat pemikiran ahli-ahli PAS bercelaru.

LAPORAN POLIS TERHADAP TAJOL ROSLI

Memang penulis sudah jangkakan 'stealh soldier' Anwar Ibrahim akan bertindak untuk mengagagalkan penyatuan UMNO-PAS yang bakal menggugat kedudukan PKR dan impian PKR untuk memerintah Malaysia. Difahamkan laporan polis itu dibuat kerana menggangap kenyataan Tajol Rosli yang menawarkan perkongsian kuasa dan sanggup memberikan jawatan Menteri Besar kepada PAS sebagai 'Rasuah'.

Adakah benar kenyataan Tajol Rosli itu ada unsur rasuah? Bagaimana pula dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang sebelum ini menjanjikan jawatan-jawatan penting kepada beberapa Ahli Parlimen di Sabah? Tidakkah tawaran Tajol Rosli sama dengan tawaran Anwar Ibrahim atau dengan kata lain sekiranya Tajol Rosli membuat tawaran itu diistilahkan rasuah maka tawaran Anwar Ibrahim pun boleh diistilahkan sebagai rasuah. Allah tuhan seru sekian alam memberi akal kepada kita untuk berfikir dengan waras dan bukanya berfikir umpama kera di hutan. Jadi Fikir-fikirkanlah.

KOMEN MSO MENGENAI LAPORAN POLIS TERHADAP TAJOL ROSLI

Mohd Sayuti Omar pemilik blog Merah Tinta MSO turut membuat kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat oleh beberapa pemuda PAS terhadap kenyataan tawaran Tajol Rosli, nampaknya MSO tidak bersetuju dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Pemuda PAS tersebut.

Penulis sependapat MSO bahawa Tawaran yang dibuat oleh Tajol Rosli bukan berunsur rasuah tetapi sekadar cadangan semata-mata. Sebagai manusia yang dikurniakan pemikiran yang waras oleh Allah tuhan seru sekian alam bukan anjing liar yang berkeliaran mencari makanan dan sedia menyerang apa sahaja untuk dijadikan makanan gunakanlah pemikiran waras anda itu sebaik-baiknya jangan bertindak mengikut perasaan kerana sepertimana kata pepatah Melayu 'Meludah ke langit' kerana kelak ia akan jatuh ke muka sendiri.

PAS TERIMA MUQABALAH UMNO-PAS

Alhamdulillah PAS terus mengekalkan pendirian mereka untuk bermuqabalah dengan UMNO. Keputusan yang dibuat itu mungkin membuka sebelah pintu untuk penyatuan umat Islam dan juga umat Melayu.

PAS juga akur dengan pentingnya menjaga kepentingan Perpaduan Umat Islam yang jelas kelihatan begitu rapuh sebelum ini. Dalam masa yang sama penulis terus mendoakan agar kedua-dua parti yang majoriti Islam dan Melayu ini terus bekerjasama dan pada suatu masa nanti bergerak seiringan ke arah mengembalikan kekuatan Islam di Malaysia. Katakan ya pada penyatuan umat Islam di Malaysia.
Zemanta Pixie

No comments:

Blog Widget by LinkWithin