Bilangan Pengunjung:

Tuesday, August 5, 2008

Pendedahan Pakatan Khairy-Hussam Dan Strategi Licik Hussam

1. Mendapatkan bayaran premium tanah dari Felcra sebanyak RM7 juta. Sudah bertahun kerajaan Kelantan cuba mendapatkannya namun tidak berjaya. Apabila bekas kawan saya itu menjadi Exco dan mempunyai autoriti untuk berunding barulah berjaya.

2. Menarik balik petisyen yang dilakukan oleh BN ke atas enam kerusi yang dimenangi Pas di Kelantan pada tahun 2004. Hasil perundingannya direct dengan Khairy Jamaluddin BN tarik balik dan Pas turut sama tarik balik petisyen berkenaan. Jadi tidak ada dakwa mendakwi, Pas kekal memerintah Kelantan dan Abdullah pula kekal menjadi PM. Saya ada simpan gambar bekas kawan saya itu perpapasan dengan Khairy Jamaluddin.

3. Perundingan secara membayar 'ufti bunga emas' dengan pihak istana Kelantan juga berlaku. Kerajaan pimpinan MB Kelantan menghadapi masalah dengan istana. Krisis ini ada saya rakamkan dalam sebuah buku sehingga akhirnya disaman RM20 juta. Namun kerana kebijaksanaan bekas kawan saya hubungan istana dengan MB berkenaan pulih balik. Sultan Ismail yang sebelum ini enggan bersalam dengan MB, sudah boleh tersenyum.

4. Saman yang dikenakan ke atasnya RM20 juta oleh bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan (seperti mana saya terima) juga diselesaikan menerusi perundingan tanpa dibawa ke mahkamah.

5. Beliau juga turut berunding bagaimana hendak menggunakan pengaruh Ibrahim Ali di Pasir Mas untuk kepentingan Pas. Ibrahim yang licit dan culas itu akhirnya terjerut dalam genggamannya bekas kawan saya itu sehingga menyebabkan Ibrahim memberi keuntungan kepada Pas pada pilihan raya lalu.

6. Sebelum ini juga bekas kawan saya itu berjaya membawa masuk Allahyarham Haji Nordin Yaacob ketika itu menjadi Wakil Rakyat Kelaboran menyertai Pas. Saya dan bekas kawan saya itulah yang membawa masuk Allahyarham ke dalam Pas.

7. Menjelang pilihan raya lepas, bekas kawan saya itu jugalah membawa masuk Rosli Ibrahim ke dalam Pas. Bukan senang untuk membawa bekas Setiasuaha Umno Kelantan itu, namun kerana kebijaksanaan rundingan bekas kawan saya itu Rosli akhirnya bersama Pas dan diberi ganjaran setimpal beberapa kawasan balak dan terbaru jawatan Senator.
Petikan Blog Merah Tinta MSO
http://www.msomelayu.blogspot.com

Petikan di atas adalah petikan yang penulis ambil daripada blog Mohd Sayuti Omar atau nama blognya Merah Tinta MSO. Pendedahan yang dibuat oleh MSO tersebut telah membuktikan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rembau merangkap Menantu Perdana Menteri telah bersubahat dengan Hussam Musa sepertimana yang dijelaskan di keterangan nombor 2 di atas dan penulis di bawah ini:

2. Menarik balik petisyen yang dilakukan oleh BN ke atas enam kerusi yang dimenangi Pas di Kelantan pada tahun 2004. Hasil perundingannya direct dengan Khairy Jamaluddin BN tarik balik dan Pas turut sama tarik balik petisyen berkenaan. Jadi tidak ada dakwa mendakwi, Pas kekal memerintah Kelantan dan Abdullah pula kekal menjadi PM. Saya ada simpan gambar bekas kawan saya itu perpapasan dengan Khairy Jamaluddin.
Daripada kenyataan tersebut jelaslah sebelum ini ada pakatan di antara Khairy Jamaluddin dengan Hussam Musa dan hasil daripada persubahatan tersebut maka BN menarik balik petisyen yang dikemukakan oleh BN terhadap enam Kerusi yang dimenangi oleh PAS yang sepatutnya BN mengemukakan petisyen untuk enam kerusi tersebut. Sekiranya petisyen BN tersebut berjaya maka pada tahun 2004 yang lalu pasti BN sudah memerintah Kelantan, namun hasil 'perjanjian senyap' mereka berdua akhirnya BN telah menarik balik petisyen tersebut dan sekaligus menggagalkan peluang BN untuk memerintah Kelantan.

Pendedahan ini melibatkan pakatan Khairy Jamaluddin bersama Hussam Musa daripada PAS, namun mungkin banyak lagi 'pakatan senyap' antara Khairy Jamaluddin dengan lain-lain pemimpin pembangkang. Bagi penulis 'pakatan senyap' ini melambangkan senario politik yang tidak berapa sihat dan boleh dikatakan contohnya Khairy Jamaluddin telah mengkhianat Kepercayaan yang telah diberikan oleh ahli parti. Mungkin banyak lagi 'pakatan senyap' atau 'pakatan sulit' yang diadakan oleh Khairy marilah sama-sama kita doakan agar Allah tuhan seru sekian Alam menunjukkan dalam masa terdekat.

Kita tinggalkan Khairy Jamaluddin kita teruskan artikel kita kepada Hussam Musa yang dikatakan diantara calon-calon yang disebut-sebutkan untuk menggantikan Menteri Besar Kelantan sekarang ini iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Mengikut keterangan nombor 7 di dalam artikel MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO yang berbunyi:

7. Menjelang pilihan raya lepas, bekas kawan saya itu jugalah membawa masuk Rosli Ibrahim ke dalam Pas. Bukan senang untuk membawa bekas Setiasuaha Umno Kelantan itu, namun kerana kebijaksanaan rundingan bekas kawan saya itu Rosli akhirnya bersama Pas dan diberi ganjaran setimpal beberapa kawasan balak dan terbaru jawatan Senator.
Mengikut keterangan 7 di dalam artikel tersebut penulis mendapati ada unsur-unsur rasuah di dalam usaha memujuk Rosli Ibrahim ke dalam PAS. Ini berdasarkan kenyataan yang berbunyi 'diberi ganjaran setimpal beberapa kawasan balak dan terbaru jawatan senator' dan kenyataan seolah-olah Rosli Ibrahim mendapat habuan 'balak dan jawatan senator' setelah menyertai PAS yang sebelum ini beliau merupakan ahli UMNO yang tidak kurang pengaruhnya.

Manakala mengikut keterangan No 4, beliau juga telah menyelesaikan saman yang dikenakan ke atasnya oleh bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan diselesaikan di luar mahkamah, penulis senaraikan kenyataan nombor 4 tersebut di bawah:

4. Saman yang dikenakan ke atasnya RM20 juta oleh bekas Setiausaha Kerajaan Kelantan (seperti mana saya terima) juga diselesaikan menerusi perundingan tanpa dibawa ke mahkamah.
Di sini timbul keraguan, kenapa saman tersebut begitu mudah diselesaikan di luar mahkamah sedangkan saman tersebut bernilai RM20 Juta ringgit bukan sedikit tak kan begitu mudah ia diselesaikan di luar mahkamah begitu sahaja, mungkin juga ada satu cara yang kita tidak ketahui caranya yang telah dilakukan oleh Beliau untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

Akhir kalam, penulis berharap dengan pendedahan ini mungkin memberi sedikit petunjuk terutamanya ahli UMNO yang bakal menjalani pemilihan pada Disember 2008 nanti. Buatlah pertimbangan terbaik untuk menentukan kepimpinan yang terbaik bagi menerajui parti anda semua.
Zemanta Pixie

No comments:

Blog Widget by LinkWithin