Bilangan Pengunjung:

Wednesday, August 6, 2008

Bantah Forum 'Memeluk Islam' Majlis Peguam

Majlis Peguam nampaknya tidak habis hendak berpolitik selepas beberapa siri Forum yang diadakan untuk mempersoalkan isu-isu tertentu dimulakan dengan isu kontrak sosial yang sudah tertakluk pada Perkara 121 Perlembagaan Malaysia, kemudian Forum membincangkan isu Mahkamah Sivil Vs Mahkahmah Syariah tidak berapa lama dahulu dan kini muncul lagi dengan forum yang bakal mencetuskan kontroversi iaitu Forum Memeluk Islam.

Penulis berpendapat MAJLIS PEGUAM TIDAK LAYAK untuk mengadakan forum yang melibatkan sensitiviti Umat Islam tersebut memandangkan Majlis Peguam bukanya orang yang ada kepakaran agama seperti yang terdapat pada ulamak-ulamak muktabar dan tidak layak bercakap dalam soal-soal agama apatah lagi ia melibatkan isu yang membabitkan agama suci Allah tuhan seru sekian alam iaitu Islam.

Di dalam artikel penulis sebelum ini penulis sudah beberapa kali menegur Majlis Peguam agar menumpukan kepada tugas sebenar masing-masing, sedangkan masih banyak kes-kes yang memerlukan peguam tertangguh dan tidak diselesaikan tetapi Majlis Peguam tidak pula mengambil peduli sebaliknya memilih untuk terus berpolitik. Perbuatan mereka boleh diumpamakan 'Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut mereka nampak'. Apakah mereka lupa tanggungjawab mereka yang sebenar?

Penulis melihat tindakan Majlis peguam yang nampaknya terlalu ghairah mengadakan forum itu, forum ini tanpa memikirkan apakah implikasinya kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan tindakan Majlis Peguam ini boleh diumpamakan sebagai 'tikus membaiki labu' ataupun 'kera gila' yang mendapat bunga.

PERISYHTIHARAN BOIKOT SEMUA PEGUAM DI MALAYSIA

Setelah berkali-kali penulis menegur Majlis Peguam tetapi nampaknya tindakan penulis itu sia-sia sahaja seperti mencurah air di daun keladi. Penulis perlu mengambil langkah tegas untuk memberi pengajaran kepada Majlis Peguam agar tidak terus mencampuri urusan-urusan yang bukan di dalam bidang mereka.

Mulai hari ini penulis menyeru semua rakyat Malaysia bersatu hati memboikot semua perkhidmatan guaman yang disediakan oleh peguam-peguam di Malaysia. Syarikat-Syarikat terutamanya syarikat yang menggunakan khidmat syarikat guaman di Malaysia hendaklah menghentikan perkhidmatan guaman yang disediakan oleh syarikat guaman di Malaysia sebagai salah satu cara memberi pengajaran kepada Majlis Peguam agar tidak bertindak seperti 'kera kena belacan' mencampuri urusan-urusan yang di luar bidangnya.
Zemanta Pixie

No comments:

Blog Widget by LinkWithin