Bilangan Pengunjung:

Friday, August 22, 2008

Apa Ertinya Merdeka

Apa Ertinya Merdeka?
Jika Rasuah berleluasa
Apa Ertinya Merdeka ?
Jika kita tidak faham ertinya Merdeka

Apa Ertinya Merdeka?
Jika Malas terus menjadi amalan bangsa kita
Apa Ertinya Merdeka?
Jika Konsert Menjadi Erti Merdeka

Apa Ertinya Merdeka?
Jika Pemimpin Lemah menjadi sanjungan kita
Apa ertinya Merdeka?
Jika Peliwat Menjadi Raja

Apa Ertinya Merdeka?
Jika Servis Internet Kita masih di takuk lama
Apa Ertinya Merdeka?
Jika Pak Lah Masih Berkuasa

Apa Ertinya Merdeka?
Jika Kewangan terus menghantui kita
Apa Ertinya Merdeka?
Jika Bangsa Kita Terus Merempit tak tentu hala

Apa Ertinya Merdeka?
Jika jenayah di sini dan di sana
Apa Ertinya Merdeka?
Jika Hak Bangsa Kita Hilang Dek Kerana Bangsa Kita

Apa Ertinya Merdeka?
Jika bangsa kita terus berbalah sesama kita
Apa ertinya Merdeka?
Jika Islam cuba dipersenda oleh mereka

Apa Ertinya Merdeka?
Jika 'Kuasa' Membuatkan Kita Lupa
Apa Ertinya Merdeka?
Jika 'Konspirasi' menjadi lesen untuk kesalahan kita

Apa Ertinya Merdeka?
Jika kita masih tidak sedar siapakah kita
Apa Ertinya Merdeka
Jika Kita Takut Mempertahankanya

Apa Ertinya Merdeka?
Jangan Kita Lupa
Apa Ertinya Merdeka?
Teruskan perjuangan bangsa kita

Apa Ertinya Merdeka?
Jika kita menjadi hamba di bumi kita
Apa Ertinya Merdeka?
Marilah Selami Bersama Ertinya

No comments:

Blog Widget by LinkWithin