Bilangan Pengunjung:

Friday, August 1, 2008

Wan Azizah Lepas Permatang Pauh, Jalan Selamat Buat Anwar Ibrahim

Wan Azizah at the Bersih Rally.Image via WikipediaPada pagi jumaat yang mulia ini penulis memilih tajuk "Wan Azizah Lepas Permatang Pauh, Jalan Selamat Buat Anwar' memandangkan kelmarin Presiden PKR Dr. Wan Azizah telah mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan ia akan menyaksikan satu pilihan raya kecil akan berlaku di dalam tempoh terdekat dan pada masa yang sama hanya tinggal sebulan lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al-Mubarak.

'Memang sudah saya jangkakan' itulah kenyataan yang patut penulis kemukakan di dalam artikel penulis kali ini. Sebenarnya sudah lama penulis jangkakan mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim akan memilih jalan yang selamat untuk beliau memasuki semula dewan yang mulia iaitu Dewan Rakyat yang sebelum ini beliau (Anwar Ibrahim) pernah berkata kalau dia masuk memang tak keluar-keluar lagi seolah-olah beliau lupa Allah tuhan seru sekian alam itu ada dan kita tidak boleh mendabik dada bercakap seolah-olah kita yang tentukan bukan Allah tuhan seru sekian alam yang tentukan. Akhirnya beliau telah memilih 'jalan selamat' untuk ke parlimen dan ini mungkin memberi kelebihan kepadanya dan kenyataan beliau yang beliau masuk tak akan keluar-keluar berkemungkinan menjadi kenyataan memandangkan Permatang Pauh adalah 'lubuk' penyokongnya.

Setelah bersandiwara dengan akan bertanding di kerusi-kerusi parlimen yang lain sebelum ini, akhirnya Permatang Pauh menjadi pilihan hatinya dan jiwanya yang penuh kebencian itu. Keinginan menjadi Perdana Menteri membuatkan dia lupa segala-galanya. Sekiranya beliau berjaya di dalam Pilihan Raya sudah tentu orang yang paling gembira dengan berita itu ialah Amerika Syarikat memandangkan Amerika memang sedang mencari pemimpin-pemimpin negara Islam untuk dicucuk hidungnya dan dijadikan bonekanya. Contoh sudah ada lihat sahaja Arab Saudi kini telah dicucuk hidung oleh Amerika yang cita-citanya menjadi 'hero dunia' tetapi sebenarnya mereka lebih kepada menjajah negara yang dibantunya.

'Jalan selamat' yang dipilih oleh Anwar Ibrahim ini telah memberikan peluang kemenangan 90:10 memandangkan kawasan yang dipilih ialah kawasan yang menjadi 'lubuk penyokongnya' yang begitu taksub kepadanya seperti pengikut Ayah Pin yang begitu taksub kepadanya walaupun ajaran yang dibawa oleh Ayah Pin penuh kesangsian. Tidak keterlaluan jika penulis katakan Anwar Ibrahim ialah Klon Ayah Pin atau 'Ayah Pin Version 2.0' kerana kepandaianya 'menghipnopsis' penyokong-penyokongnya seperti satu watak permainan komputer Command & Conquered Red Alert Yuri Revenge iaitu Yuri.
Zemanta Pixie

No comments:

Blog Widget by LinkWithin