Bilangan Pengunjung:

Friday, August 22, 2008

Apabila Pak Lah Mula Berkempen

Artikel penulis kali ini bertajuk 'Apabila Pak Lah Mula Berkempen'. Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa penulis memilih tajuk demikian. Adakah dia ada kena mengena dengan kempen Barisan Nasional di Permatang Pauh? Jawapan ringkasnya tidak. Penulis berharap pembaca membaca dengan penuh teliti dan perhatian agar apa yang penulis ingin sampaikan menusuk ke kalbu pembaca setia blog ini.

Kelmarin kita tentu sudah dapat melihat apabila media arus perdana memaparkan Perdana Menteri Kita Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Al-Flip-flopi telah membuat lawatan mengejut ke beberapa perkhidmatan awam di Bandaraya Kuala Lumpur kononya ingin mendengar sendiri rungutan dan merasai kesusahan yang di alami rakyat. Mungkin bagi sesetengah pihak menganggap betapa prihatinya Perdana Menteri yang sebelum ini mendapat jolokkan 'kuat tidur' dari kalangan rakyat jelata. Namun penulis menganggap itu hanyalah 'gimik' semata-mata kerana itulah salah satu cara untuk beliau berkempen.

Hari ini pula media-media arus perdana yang penulis lebih gemar labelkan media tersebut dengan 'pro Pak Lah' mewar-warkan kepada rakyat jelata yang mengatakan harga minyak akan diturunkan esok, paling tidak penurunan harga minyak ini memberi satu mata tambahan buat Abdullah untuk berkempen.

Setakat ini sudah dua strategi Pak Lah berkempen dapat dikesan penulis, dan penulis meramalkan pembentangan Bajet nanti turut akan dijadikan 'alat' berkempen Abdullah Ahmad Badawi yang terkenal dengan jolokkan 'Saya Akan Letak Jawatan 2010' itu. Beliau akan berusaha untuk kempen habis-habisan untuk kepuasan hati beliau.

Penulis yakin, ramai juga yang ternganga dan tertanya-tanya apakah yang dikempenkan oleh Pak Lah sebenarnya? Seperti penulis telah tegaskan sebelum ini ia tiada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Habis jika tidak ada kaitan dengan Permatang Pauh? Untuk Apakah Pak Lah Berkempen? Sabar jangan pening dulu, cuba tenangkan fikiran dan apakah yang akan terjadi dalam masa terdekat selain daripada PRK Permatang Pauh? Apa tentang lompat si katak lompat? Bukanlah ia tidak ada kaitan dengan 'katak' Anwar itu.

Tak apa oleh kerana penulis tidak mahu menyeksa fikiran pembaca lagi penulis akan jelaskan dengan terang lagi bersuluh. Sebenarnya pada Disember tahun ini ada Pemilihan Agung UMNO dan beliau adalah calon Presiden jadi dia kena mula berkempen mulai dari sekarang untuk mengekalkan jawatan yang memberi keselesaan padanya itu.

Mungkin pada mulanya ramai yang mengagak Pak Lah berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh ternyata mereka silap untuk apa Pak Lah membazirkan masanya untuk berkempen untuk memastikan rakan komplotnya kalah. Siapa rakan komplotnya? Tidak lain tidak bukan Anwar Ibrahim yang bebas atas ehsanya dan perjanjian Passport Khairy-Ezam.

Lebih baik Pak Lah menghabiskan masanya untuk berkempen untuk Pemilihan Agung UMNO lagipun dia tidak mahu jawatan Presiden UMNO tersebut jatuh ke tangan orang lain. Jika jawatan Presiden tersebut jatuh ke tangan orang lain ia akan memberi impak yang besar terhadap dirinya sebagai Perdana Menteri atau dengan kata lain beliau akan dimalukan.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin