Bilangan Pengunjung:

Saturday, August 22, 2009

Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke 2 Jadi Projek Gajah Putih?


Projek Jambatan Sultan Yahya Petra Ke 2 Jadi Projek Gajah Putih?
oleh: yieMEGA
PROJEK Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan atau orang Kelantan selesa dengan "Projek Rimau Kurus" yang diluluskan semasa Pentadbiran Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi beberapa tahun yang lalu.

Persoalanya sekarang adakah projek jambatan kedua ini telah menjadi projek gajah putih? Persoalan ini timbul setelah melihat sendiri pergerakkan projek ini sewaktu penulis berkunjung ke sebuah pasaraya yang berdekatan dengan projek jambatan ini.

Banyak juga cerita yang berlegar-legar di kalangan rakyat setempat berkenaan perjalanan projek kedua ini yang agak lambat pergerakkan pembinaanya. Antara yang penulis dapat dengar projek katanya telah di ali baba kan, dan kini projek ini dijalankan oleh kontraktor berbangsa cina tetapi penulis tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini.

Tetapi yang penulis pasti adalah pergerakkan dalam pembinaan jambatan ini agak lembab, sedangkan tujuan membina jambatan kedua ini adalah untuk memberi kesenangan kepada rakyat, berdasarkan slogan rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan kenapa projek ini perjalananya agak lembab? Adakah sesuatu telah berlaku terhadap projek ini?

Kalau begini caranya macamana rakyat nak sokong? Jambatan kedua ini amat penting demi memberikan kemudahan kepada rakyat dan juga mengatasi kesesakan lalu lintas di jambatan pertama yang semakin kritikal pada waktu puncak dan juga hari-hari perayaan.

Penulis dengan tegasnya mendesak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dengan segera turun menyiasat perjalanan projek ini demi kepentingan rakyat. Penulis tidak menyalahkan DS Najib dalam hal ini, kerana ianya diluluskan di era Tun Abdullah tetapi sebagai Perdana Menteri yang berjiwa rakyat beliau hendaklah segera memantau perjalanan projek ini.

Semasa tinjauan penulis mendapati, cuma beberapa orang pekerja sahaja yang bekerja di dalam menyiapkan projek ini, berapa lama mahu siap projek ini kalau dengan cara ini mereka bekerja. Penulis merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan projek ini.

Penulis mengeluarkan artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, ataupun membuat serangan peribadi, tetapi penulis merasa menjadi tanggungjawab penulis untuk menyedarkan kerajaan 'rimau kurus' supaya tidak alpa dengan setiap projek yang diluluskan kerana kelak mereka akan dipersalahkan oleh rakyat.

Bagi mereka kurang senang dengan artikel ini, penulis memohon maaf tetapi ianya untuk kebaikkan rakyat dan kerajaan, dan sekarang ini projek ini sudah menjadi 'buah mulut' rakyat Kelantan terutamanya di sekitar Kota Bharu.

Untuk pengetahuan pembaca gambar yang disertakan adalah gambar terkini di sekitar tapak projek Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua. Daripada gambar itu jelas sekali, agak mustahil untuk disiapkan dalam masa yang terdekat.


Starflower


Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

pakcik said...

Itu baru satu tuan..

ada lagi..

1) Prjk Jalan Gua Musang -Kuala Berang ( Pakej 6A ).
2) Projek Jalan Pasir Puteh Tok Bali
3) Projek Jeli - Gua Musang
4) Projek UMK di Bachok
5) Projek jalan Jeli- Sungai Rua

Blog Widget by LinkWithin