Bilangan Pengunjung:

Saturday, January 30, 2010

Khalid Samad Digantung 6 Bulan

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia


Khalid Samad Digantung 6 Bulan
Oleh: yieMEGA

GANTUNG tak bertali mungkin itulah yang boleh kita katakan terhadap Khalid Samad yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh UTUSAN ONLINE. Manakalah Dr. Hassan Ali diberi surat amaran.

Keputusan itu dibuat setelah Jawatankuasa Disiplin PAS mendapati Khalid Samad bersalah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan imej parti serta mendedahkan kerahsian parti di dalam blognya.

Jawatankusa itu dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Jawatankuasa turut memutuskan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor bersalah tetapi tiada hukuman dikenakan terhadapnya kecuali surat amaran atas tuduhan mengkritik secara terbuka pentadbiran Kerajaan Selangor.

Mereka juga berdua dilarang membuat kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, walaubagaimanapun merek dibenar membuat kenyataan media yang tidak akan menjejaskan parti.

Penulis merasakan hukuman yang dikenakan terhadap Khalid Samad itu memang wajar, dan lagi wajar sekiranya Jawatankuasa Disiplin PAS turut mengambil tindakan terhadap kenyataan Khalid Samad yang seolah-olah cuba menderhakai Titah Sultan Selangor berhubung Penggunaan nama Allah oleh agama lain.

Hukuman yang terbaik bagi kesalahan ini ialah beliau dipecat dari semua jawatan di dalam Parti kerana tindakan beliau itu bukan sahaja menjejaskan imej PAS malah merosakkan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama, penulis sedikit terkilan adakah kini pemimpin PAS sudah kebebasan bersuara, di mana kebebasan bersuara sering dilaung-laungkan oleh PAS, salahkah kalau kita menegur pentadbiran sesebuah kerajaan kalau kita rasa tindakan kerajaan itu tidak betul.

Dulu bukankan PAS pejuang kebebasan bersuara, tetapi apabila terjadi isu yang melibatkan ahli mereka sendiri, mereka cuba pula sekat kebebasan bersuara. Jadi ini menampakan sikap double standard PAS mungkin selepas ini semua pemimpin-pemimpin PAS kena fikir lapan belas kali sebelum membuat kenyataan media.

Bercakap mengenai kenyataan media yang boleh menjejaskan imej parti, Mursyidul Am PAS sendiri sudah banyak kali mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti tetapi tidak pula dikenakan tindakan, ataupun kerana TGNA ada kuasa pengampunan yang sama seperti paderi-paderi di gereja Kristian atau kerana TGNA seorang pemimpin diktaktor, autokratik dan kuku besi.

Sekiranya PAS benar-benar ingin menjaga imej parti, Jawatankuasa Disiplin PAS hendaklah mengambil tindakan terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di atas beberapa kenyataanya sebelum ini.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 28, 2010

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin

Kenapa Zaid Ibrahim Begitu Bersungguh-Sungguh Menyerang Zulkefli Noordin
Oleh: yieMEGA

ZAID IBRAHIM nampaknya begitu bersungguh-sungguh menyerang Zulkefli Nordin (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru) sehinggakan mendesak Zulkefli Nordin dikenakan tindakan tegas oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Penulis begitu hairan kenapa beliau dilihat telah menyerang Zulkefli Nordin dengan ulasan-ulasan media yang sudah melampaui batas. Macam-macam cadangan berbaur emosi yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim terhadap YB Zulkefli Noordin.

Kadang-kadang penulis juga merasa hairan juga dengan tindakan Zaid Ibrahim itu, kerana perbuatanya itu memperlihatkan beliau begitu bersungguh-sungguh mahukan Zulkefli Nordin dipecat PKR, pada masa yang sama Zulkefli Nordin merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, adakah Zaid Ibrahim berminat dengan kerusi parlimen tersebut? Kemungkinan itu ada tetapi tidak tahulah penulis adakah benar-benar Zaid Ibrahim mahukan kerusi tersebut kerana itu Allah tuhan Seru sekian Alam sahaja yang tahu.

Zaid Ibrahim, seorang bekas Menteri yang meletakkan jawatanya dan menyertai PKR tak sampai pun setahun lagi, kelihatan cuba menjadi jaguh dalam pertelingkahan Khalid Samad dengan Zulkefli Nordin.

Dengan gesaan-gesaan yang ditimbulkan oleh Zaid Ibrahim, ia seolah-oleh menampakkan seperti beliau cuba menjadikan PKR seperti parti miliknya seorang. Orang macam inilah yang merugikan PKR, inilah jadinya kalau sampah yang memang tidak boleh guna dikitar semula.

Dalam masa yang sama, Mohd Sayuti Omar (MSO) seakan-akan senada dengan Zaid Ibrahim sepertimana artikel blognya yang bertajuk "PKR Perlu Tegas Dengan Zulkefli Nordin". Tak tahulah penulis adakah MSO ini tukang kempen bagi Zaid Ibrahim, atau artikel tersebut merupakan pendapat peribadi beliau sendiri, bagi penulis hanya MSO dan Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Pada pandangan penulis, tindakan Zaid Ibrahim itu langsung tidak akan membantu menyelesaikan masalah malah dia akan merumitkan masalah, seperti kita cuba memadamkan api dengan menggunakan api.

Jalan terbaik bagi PKR ialah, di samping mengenakan tindakan terhadap Zulkefli Nordin PKR juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap Zaid Ibrahim kerana beliau telah menghuru-harakan keadaan, ini masalahnya kalau kita terlalu bergantung kepada pemimpin yang bertaraf 'Recycle' Ni.

Teringat penulis dengan kata-kata seorang forumer di dalam forum MyKMU.net semasa Zaid Ibrahim menyertai PKR "Baguslah sampah Di dalam UMNO, dikutip oleh PKR". Jadi keputusan membawa masuk Zaid Ibrahim ke dalam PKR merupakan satu tindakan yang silap.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, January 27, 2010

Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?


Kenapa Terus Menyerang Zulkefli Nordin?
Oleh: yieMEGA

SELEPAS Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu dilaporkan oleh media-media massa tanah air telah membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berhubung tindakan Khalid Samad yang mengeluarkan kenyataan yang berbaur mengengkari Titah Sultan Selangor.

Zulkefli Nordin merupakan ahli parlimen PKR untuk Parlimen Kulim Bandar Bharu. Beliau juga merupakan seorang blogger yang dikenali dengan nama The Riding MP. Penulis begitu hairan kenapa begitu banyak pihak di dalam Pakatan Rakyat terus menyerang Ahli Parlimen ini dengan menggunakan media-media tanah air. Adakah satu kesalahan dengan membuat laporan polis?

Kalau menjadi satu kesalahan sekiranya kita membuat laporan polis, jadi lepas ni pastikan pihak-pihak yang menyerang Zulkefli Noordin tidak akan membuat laporan polis terhadap apa jua perkara yang terjadi ke atas mereka termasuklah sekiranya rumah mereka dipecah masuk, ye lah bagi mereka kan menjadi satu kesalahan untuk membuat laporan polis, jadi mereka tak perlulah lapor kat polis.

Pada pandangan penulis, tindakan YB Zulkefli Noordin itu kena dengan tempatnya, sebagai pengajaran kepada mana-mana pihak yang begitu lancang sekali mulut mereka berkata tanpa memikirkan adakah ia tidak menggangu norma-norma masyarakat.

Mengenai Khalid Samad pula, penulis berpendapat tindakan beliau adalah boleh dinyatakan sebagai tindakan Bilazim bagi seseorang Ahli Parlimen, tetapi apa yang penulis lihat kebanyakkan pemimpin Pakatan Pembangkang seolah-olah membela Khalid Samad dan meletakkan kesalahan terhadap YB Zulkefli Noordin.

Sebelum ini, MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO yang dikatakan sebuah blog yang Pro Kebenaran pun turut 'menyerang' Zulkefli Noordin, mungkin selepas ini sesiapa yang nak jadi ahli PKR jangan sesekali 'menegur' Anwar Ibrahim kerana beliau 'pantang ditegur' nanti dia melenting dan mengeluarkan perkataan "Cross The Line". Walaubagaimanapun, artikel yang menyerang Zulkefli Nordin di dalam blog berkenaan tiba-tiba hilang, mungkin juga MSO takutkan sesuatu.

Dalam pada itu, penulis ingin menuntut agar semua pihak tidak kiralah mana-mana pihak cukuplah menyerang Zulkefli Nordin kerana daripada menyerang Zulkefli Nordin adalah lebih baik kita menyerang Khalid Samad kerana tindakan beliau sememangnya melampaui batas.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, January 26, 2010

Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...


Tindakan Undang-Undang Terhadap Blogger Biadap Wajar...
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan tindakan seorang blogger yang begitu lancang sekali mengeluarkan artikel yang berupa menghina Almarhum Sultan Johor iaitu Almarhum Sultan Iskandar.

Tindakan blogger berkenaan mengundang kemarahan rakyat Malaysia terutamanya rakyat Johor, di mana hati mereka terhiris dengan perbuatan kurang bermoral dan beretika blogger berkenaan. Menyebabkan ada yang tampil membuat laporan polis terhadap blogger berkenaan.

Blogger berkenaan yang menggunakan nama AdukaTaruna di mana blognya boleh dilawati di http://adukataruna.blogspot.com/. Bagaimanapun blogger berkenaan telah memadam atau membuang artikel yang merujuk kepada penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor tersebut.

Sementara itu, Blogger MSO melalui blognya Merah Tinta MSO juga turut menyokong tindakan keras terhadap blogger yang kurang ajar sepertimana artikel beliau yang bertajuk "Kenakan tindakan keras terhadap Bloger yang kurang ajar".

Penulis pula berpendapat tindakan keras terhadap blogger berkenaan memang wajar memandangkan ia telah menghina almarhum Sultan Iskandar dan didalamnya ada beberapa kesalahan, pertama unsur penderhakaan terhadap Sultan Johor, kedua memburukkan almarhum, di mana almarhum di sini bermaksud telah meninggal dunia.

Penulis juga berharap selepas ini, sekiranya tuan punya blog ini menyerah diri kepada Polis jangan pula hukuman terhadap blogger berkenaan dikurangkan kerana menyerah diri, penulis percaya rakyat Johor pasti akan berang apabila pesalah berkenaan menjalani hukuman yang lebih ringan daripada sepatutnya.

Pengajaran yang kita perolehi dalam peristiwa ini ialah "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk akibatnya". Tak kiralah di bawah lambang mana pun anda bernaung tapi jangan sesekali menghina raja-raja Melayu.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, January 23, 2010

الفاتحة كڤد المرحوم سلطان جوهر

الفاتحة كڤد المرحوم سلطان جوهر
اوليه: ييايميڬ
سمالم 22 جانواري 2010 اوتوسن اونلاين ملاڤوركن "كماڠكتن سلطان جوهر". ڤنوليس مڽرو سموا رعيت جلتا برسام-سام منصدقهكن باچان سوره الفاتحة كڤد المرحوم بڬيندا سلطان جوهر.

سلطان إسكندر ابن المرحوم سلطان اسماعيل دماسوقكن ك هوسڤيتل ڤاكر ڤوتري، جوهر بهارو، جوهر كران دكاتاكن ڬريڠ ڤد جم 5 ڤتڠ ڤركارا اين دعمومكن اوليه يڠ دڤرتوا جومه مجليس دراج جوهر، تونكو عثمان تونكو تماڠڬوڠ احمد ڤد ڤوكول 5 ڤتڠ.

المرحوم بڬيندا منيڠڬلكن سلطانه زانريه سرتا سڤولوه اورڠ ڤوترا دان ڤوتري. المرحوم مروڤاكن ڤوترا كتيڬ المرحوم سلطان اسماعيل ابن سلطان إبراهيم دان چيچيندا كڤد باڤ جوهر مودن، المرحوم سلطان ابو بكر.

سلاين سباڬاي سلطان جوهر، بڬيندا جوڬ مروڤاكن كولونيل يڠ دڤرتوا، ريجيمن ڤرخدمتن خاص مليسيا ﴿كومندو﴾. بڬيندا جوڬ ڬيمر مماكاي ڤاكاين سراڬم تنترا د كبڽقكن مجليس يڠ دحاضيريڽ كران مينت بڬيندا يڠ بڬيتو مندالم دالم بيدڠ كتنترأن.

Baca Lagi!

Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan Johor


Al-Fatihah Kepada Almarhum Sultan Johor
Oleh: yieMEGA

Semalam 22 Januari 2010 Utusan Online Melaporkan "Kemangkatan Sultan Johor". Penulis menyeru semua rakyat jelata bersama-sama mensedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda Sultan Johor.

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bharu, Johor kerana dikatakan gering pada jam 5 Petang perkara ini diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.

Almarhum Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta sepuluh orang putera dan puteri. Almarhum merupakan Putera ketiga Almarhum Sultan Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Selain sebagai Sultan Johor, baginda juga merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando). Baginda juga gemar memakai pakaian seragam tentera di kebanyakkan majlis yang dihadirinya kerana minat baginda yang begitu mendalam dalam bidang ketenteraan.

Baginda juga merupakan Sultan Johor keempat di dalam sejarah Johor Moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran di Australia dan United Kingdom.

Kemangkatan beliau merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja bagi rakyat negeri Johor malah ia turut melibatkan rakyat Malaysia. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda agar roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Al-Fatihah.....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, January 22, 2010

Sang Kelembai Di Lantik Pegawai Perdana Menteri?


Sang Kelembai Di Lantik Pegawai Perdana Menteri?
Oleh: yieMEGA

SANG KELEMBAI pasti pembaca masih ingat dengan Sang Kelembai bukan? Seorang blogawan yang tidak kurang terkenalnya, malah istilah 'Kerajaan Anak Beranak' pun berasal dari blogawan Sang Kelembai seorang blogawan yang begitu lantang mengkritik pentadbiran Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penulis kagum dengan Sang Kelembai kerana tindakan berani beliau itu juga telah menjadikan beliau seorang blogger yang berani menentang menteri mahupun Perdana Menteri yang dikatakan lemah, penulis tahu tujuan Sang Kelembai tidak lain selain untuk memberikan yang terbaik buat rakyat Malaysia dan bukan sengaja menentang.

Hendak dijadikan cerita pagi tadi, penulis sempat membaca blog MSO iaitu Merah Tinta MSO, MSO memberitahu bahawa beliau mendapat maklumat yang Sang Kelembai telah dilantik menjadi Pegawai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Artikel tersebut bertajuk "Sang Kelembai Jadi Pegawai Perdana Menteri".

Sekiranya khabar ini benar, penulis bersetuju 100% dengan perlantikkanya sebagai Pegawai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya blogawan hebat seperti Sang Kelembai ini boleh juga memberikan idea-idea bernas kepada Perdana Menteri sekaligus mengangkat martabat para blogawan tanah air.

Penulis juga bersetuju sekiranya PM mahu melantik MSO sebagai Pegawai Khas beliau sekurang-kurangya pandangan MSO itu turut boleh digunakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri untuk merealisasikan hasrat 1Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Dalam masa yang sama, penulis ingin mencadangkan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar memberikan ruang dan peluang kepada blogawan lain menjawat jawatan yang berkaitan dengan politik seperti calon pilihan raya dan sebagainya.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, January 19, 2010

'Cah Keting' menular ke dalam PAS?

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

'Cah Keting' menular ke dalam PAS?
Oleh: yieMEGA

'CAH KETING' satu ungkapan yang menjadi popular sejak akhir-akhir ini, sebenarnya 'cah keting' bermaksud satu budaya mencatas atau memeteh (dalam loghat Kelantan) atau dalam bahasa bukunya menjatuhkan seseorang yang lazimnya ia ada kaitan dengan politik.

Kalau di Kelantan, satu masa dahulu apabila kita sebut 'cah keting' ia lebih merujuk kepada UMNO kerana kebiasaanya mereka sentiasa 'cah keting' sesama sendiri. Namun, cerita itu berlaku tak lama dahulu tetapi sekarang sudah lain jadinya.

Dulu boleh kita kata budaya 'cah keting' ini hak milik mutlak UMNO, namun sekarang budaya yang berunsur negatif ini telah menular kepada PAS. Sepertimana yang dilaporkan oleh MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO.

Kalau kita lihat sejak kebelakangan ini, semakin menjadi-jadi budaya 'cah keting' di dalam PAS, seakan-akan ada orang yang menginginkan jawatan tertentu terutamanya jawatan Menteri Besar Kelantan yang sekian lama dipegang oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bermacam-macam isu yang timbul dan dikaitkan dengan MB Kelantan dan Keluarga timbul sejak akhir-akhir ini, yang paling menariknya isu itu bukan ditimbulkan oleh musuh politik ditimbulkan oleh 'rakan seperjuangan' mereka sendiri.

Dalam masa yang sama, penulis tidak bersetuju dengan pandangan MSO yang mengatakan budaya 'cah keting' ini di warisi oleh UMNO. Penulis tidak hairan dengan pandangan MSO berkenaan, ye lah semua yang negatif datangnya dari UMNO semua yang positif datang dari PAS.

Nak kata penulis tidak bersetuju dengan 'budaya cah keting diwarisi dari UMNO' pun tak juga. Mungkin ada kebenaranya, cuma apa yang penulis ingin sedarkah di sini bukankan PAS pun berasal daripada UMNO juga, begitu juga dengan PKR pun berasal dari UMNO juga jadi tak hairanlah kalau 'budaya cah keting' mulai berputik di dalam PAS.

Sebetulnya, budaya 'cah keting' berpunca daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai PHD yang tinggi. PHD bermaksud (Perasaan Hasad Dengki). Sebenarnya PHD ini sudah sebati di dalam masyarakat Melayu bermula dari yang berdarjat rendah hinggalah kepada mereka yang berdarjat tinggi. Jadi Melayu sendiri hendaklah mengubah tahap PHD ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, January 18, 2010

Undang-Undang Sarang Labah-Labah


Undang-Undang Sarang Labah-Labah
Oleh: yieMEGA

SETELAH sekian lama penulis tidak menulis di blog ini kerana disebabkan pertamanya gangguan internet dan yang keduanya disebabkan komputer penulis mengalami kerosakkan, Alhamdulillah akhirnya dapat juga penulis mengemaskini blog ini.

Artikel penulis pada kali ini ingin memperkatakan tentang apa yang dikatakan undang-undang sarang labah-labah. Kita selalu dengar perkataan atau ungkapan Undang-undang rimba tetapi jarang sekali kita dengar perkataan undang-undang sarang labah-labah.

Hendak dijadikan cerita petang tadi penulis sempat berbual bicara dengan seorang teman penulis di Kota Bharu, Kelantan, dia lah yang menerangkan kepada penulis apa itu undang-undang sarang labah-labah.

Teman penulis yang penulis kenali dengan namanya Nik Din mengungkapkan kalau PM yakni DS Najib Tun Razak menerusi BN hendak mencapai kejayaan hendaklah dipastikan bahawa undang-undang negara kita bukan undang-undang sarang labah-labah.

Untuk penulis lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan undang-undang sarang labah-labah itu penulis segera bertanya pada teman penulis itu. Teman penulis pun berkata cuba lihat kat sarang labah-labah tu, ada tak harimau ke kambing ke kucing ke yang terlekat pada sarang labah-labah tu, penulis segera berkata mana mungkin kucing ataupun harimau boleh terlekat kat sarang labah-labah tu, kalau serangga adalah. Teman penulis itu berkata "itulah jawapanya".

Setelah berfikir, akhirnya barulah penulis tahu apakah yang dimaksudkan dengan undang-undang sarang labah-labah itu. Sebenarnya, ia simbolik kepada undang-undang yang hanya akan menghukum golongan kecil ataupun marhaen sahaja yang membuat salah tetapi kerap kali golongan berdarjat tinggi seperti pemimpin terlepas dari hukuman daripada kesalahanya.

Ada benarnya juga kata teman penulis itu, ye lah kalau undang-undang yang hanya menghukum orang golongan marhaen atau rakyat biasa tetapi OB(Orang Besar) semacam boleh melindungi kesalahan mereka, ini sudah wujud ketidakadilan dan ketidaksamarataan.

Oleh yang demikian, penulis mencadangkan agar DS Najib Tun Razak berusaha untuk memastikan bahawa undang-undang negara kita bukan undang-undang sarang labah-labah seperti yang di dakwa ramai. Berusahalah untuk menjadikan undang-undang negara bukan undang-undang sarang labah-labah.

Hapuskan undang-undang sarang labah-labah demi Agama, Bangsa dan Negara.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, January 15, 2010

Kapak Besi Melayang Tidak Berjaya Tutup Mulut Kickdefella

Flag of KelantanImage via Wikipedia

Kapak Besi Melayang Tidak Berjaya Tutup Mulut Kickdefella
Oleh: yieMEGA

BARU-BARU ini kecoh di kebanyakkan media massa tak kiralah arus perdana ke media alternatif semuanya melaporkan bahawa blogawan(meminjam istilah Datuk A. Kadir Jasin) Kickdefella telah diancam dengan kapak besi melayang yang menjadikan kereta Kickdefella sebagai mangsa.

Ramai orang yang beranggapan kickdefella akan serik menulis perkara-perkara negatif yang berkaitan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. namun ternyata tanggapan mereka silap apabila Kickdefella terus mengkritik negeri yang diterajui oleh Kepimpinan Ulama' itu. Ini terbukti apabila beliau mengeluarkan artikel terbaru yang bertajuk "Rakyat Kelantan kehilangan 50 Juta Angkara Almenantunya Nik Aziz bernama Ariffahmi".

Mungkin juga Kickdefella membuat pendedahan itu atas prinsip berani kerana benar dan dengan niat yang ikhlas. Kalau betul-betul niat Kickdefella ini ikhlas dan pendedahan itu dibuat atas dasar berani kerana benar, kita boleh memuji tindakan kickdefella ini.

Namun, sekiranya Kickdefella ada niat lain yang tersembunyi di balik pendedahan ini, tak perlulah kita memujinya atau menyanjungnya, penulis sendiri tidak akan bersetuju dengan kickdefella kalau beliau ada niat lain yang tersembunyi di sebalik pendedahan itu.

Adalah lebih elok pihak yang terlibat seperti Sensa Timur tampil membuat kenyataan berhubung kekeliruan isu yang timbul ini. Setakat ini penulis hanya mendengar penjelasan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan PMBK, namun tidak pernah lagi kita mendengar penjelasan daripada Sensa Timur, oleh yang demikian diminta Sensa Timur berbuat demikian dengan kadar seberapa segera.

Sekiranya perkara yang didedahkan oleh Kickdefella itu benar, maknanya negara kita mempunyai satu lagi "Menantu Pemimpin yang Memimpin Pemimpin" atau dengan kata lain kita boleh kata sebagai "Angkara Menantu".

Mari kita imbas kembali "Menantu Pemimpin Memimpin Pemimpin Episod 1" atau "Angkara Menantu Episod 1" di mana menantu Perdana Menteri pada masa itu akhirnya terpaksa berundur dek kerana 'menantunya' atau almenantunya(meminjam istilah Kickdefella). Kini kita akan dapat lihat "Menantu Pemimpin Memimpin Pemimpin Episod 2" atau "Angkara Menantu Episod 2".

Akhirkalam, marilah sama-sama kita berdoa untuk Allah tuhan seru sekian alam memberi petunjuk kepada kita siapakah yang benar dan siapakah yang salah dalam isu ini. Bersama-samalah kita berdoa agar orang yang bersalah akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatanya.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 14, 2010

Gula RM 1.65 Harga Peruncit atau Harga Pembekal?

Gula RM 1.65 Harga Peruncit atau Harga Pembekal?

GULA sejenis bahan pemanis yang digunakan ramai. Baru-baru ini harga gula telah naik sebanyak rm 0.20 untuk satu kilogram. Ini bermakna harga baru untuk sekilo gula adalah RM1.65. Sekarang ini timbul persoalan adakah RM 1.65 itu harga untuk peruncit yang membekalkan pengguna ataupun harga pembekal yang membekalkan kepada peruncit.

Pagi tadi penulis pergi ke premis kedai runcit milik rakan penulis, kebetulan pada waktu itu pembekal gula baru aje tiba untuk menghantar bekalan gula kepada premis tersebut. Setelah semua gula telah diletakkan di tempatnya, penulis agak terkejut sedikit apabila harga gula yang dibeli oleh rakan penulis yang merupakan seorang peruncit itu RM1.65 bagi satu kilogram.

Tertanya-tanya juga penulis eh, bagaimana mahu untuk sekiranya beli pun dah RM1.65 satu kilo, tak kan nak jual RM1.65 juga kepada pelanggan. Mungkin ini adalah salah satu faktor kenapa ada setengah peruncit menjual dengan harga RM1.70 untuk satu kilo.

Apa yang kita selalu dengar kerajaan selalu mengambil tindakan ke atas peruncit, tetapi tidak pernah lagi kita dengar kerajaan mengambil tindakan terhadap pembekal kerana menjual dengan harga yang tinggi kepada peruncit.

Cadangan penulis kepada kerajaan ialah harga gula hendaklah dikawal mulai dari pembekal lagi, dan isytiharkan harga maksimum pembekal boleh jual kepada peruncit. Tiba masanya kerajaan cuba menggunakan langkah ini kerana kebanyakkanya kerana perbuatan pembekal lah peruncit terpaksa menjual gula dengan harga yang tinggi.

Pesan penulis kepada peminat-peminat gula "Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman". Kepada pembekal diminta janganlah menjual gula kepad peruncit dengan harga yang tinggi kerana perbuatan itu akan mendorong peruncit menjual gula dengan harga yang tinggi kepada pengguna.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, January 11, 2010

Bakar Gereja Bukan Cara Kita....


Bakar Gereja Bukan Cara Kita....
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini kerana talian internet di rumah penulis sekali lagi mengalami gangguan, dalam masa yang sama penulis berharap agar di masa hadapan tidak akan berlaku lagi masalah gangguan talian internet di rumah penulis ini.

Oleh kerana telah lama tidak mengemaskini blog ini, menyebabkan penulis gagal untuk membuat ulasan mengenai kejadian 'Gereja Dibakar'. Pada kesempatan ini, penulis ingin membuat sedikit ulasan mengenai insiden yang terjadi tersebut.

Penulis juga ingin mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang bertindak dengan membakar gereja tersebut walau apa jua alasan mereka (pihak yang bertanggungjawab). Walaupun penulis kurang bersetuju dengan membenarkan Kalimah Allah diguna untuk menggantikan istilah tuhan di dalam medium dakyah Kristian, namun penulis tidak sesekali merestui atau menyokong tindakan membakar rumah-rumah ibadat agama lain.

Tindakan membakar gereja itu boleh diibaratkan sebagai menggunakan api untuk melawan api. Tindakan ini boleh dikata bukan akan mengurangkan masalah malah menambahkan masaalah. Sekiranya kita ingin berjuang bagi memastikan Allah tidak digunakan oleh mereka adalah lebih baik kita berdiplomasi, cara ini juga boleh diibaratkan melawan api menggunakan air, biarpun lembut tapi kejayaan akan berada di pihak kita.

Penulis juga menggesa pihak yang terlibat di dalam insiden membakar gereja, segera tampil menyerahkan diri kepada Polis kerana perbuatan membakar gereja itu bukanlah satu budaya yang patut ada pada Umat Islam.

Di dalam masa yang sama penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun kerana telah membuat kenyataan yang baik untuk keamanan negara kita.

Akhir kalam semoga insiden-insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa-masa hadapan. Ingatlah Islam Cintakan Keamanan. Jangan membuat tindakan yang boleh menghuru-harakan negara dan juga menjejaskan keamanan negara.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, January 7, 2010

Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS



Memorandum Sejuta Umat Dan Surat PGSS
Oleh: yieMEGA

ISU kebenarang penggunaan Kalimah Allah semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Penulis telah menulis mengenainya dalam artikel penulis yang terdahulu, pada kali ini penulis tidak akan mengulas lagi berkenaan isu tersebut kerana dikhuatiri akan dituduh 'menghina mahkamah'. Jadi penerangan penulis mengenai isu tersebut penulis telah lakukanya dalam artikel terdahulu jadi kalau yang belum sempat membacanya boleh membacanya sekarang.

Pada kali ini penulis lebih berminat untuk mengulas berkenaan dengan Memorandum Sejuta Umat dan Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS). Penulis menyeru umat Islam di seluruh Malaysia untuk menandatangani Memorandum Sejuta Umat yang dikendalikan oleh Majlis Perundangan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia.

Marilah bersama-sama menyuarakan bantahan kita dengan menandatangani Memorandum tersebut. Bersatulah demi keutuhan dan kekukuhan Islam, kita tidak mahu satu hari nanti ada diantara anak-anak kita yang menukar agamanya kerana terpengaruh dengan risalah mereka. Apa Lagi jangan membuang masa TANDATANGI SEKARANG.

Surat Persatuan Gereja Seluruh Sabah (PGSS)

Beberapa hari yang lalu, penulis sempat membaca satu surat yang diedarkan melalui internet. Surat ini katanya dikeluarkan oleh "Persatuan Gereja Seluruh Sabah(PGSS)". Antara isi kandungan tersebut PGSS telah memberikan sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada hari ini juga penulis sempat membaca artikel yang ditulis oleh MSO di dalam blognya Merah Tinta MSO dan artikel tersebut bertajuk "Surat Misteri Kaitkan Anwar Sokong Kristian Guna Kalimah Allah".

Pada dasarnya penulis sependapat dengan MSO, di mana Anwar Ibrahim perlulah membuat kenyataan berkenaan surat tersebut, begitu juga pihak yang didakwa mengeluarkan surat tersebut iaitu PGSS supaya tampil memberi penjelasan yang sewajarnya.

Sudah menjadi kebiasaan kalau surat dikeluarkan itu tidak menguntungkan pembangkang maka ia akan dikata palsu, tetapi sekiranya surat dikeluarkan itu menguntungkan pembangkang ia pula dikatakan asli walhal ia sememangnya palsu. Begitulah perangai pembangkang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, January 2, 2010

Apabila Nama Allah Boleh Digunakan Mereka...

A green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipedia

Apabila Nama Allah Boleh Digunakan Mereka...
Oleh: yieMEGA

HANGAT diperkatakan dan dibicarakan apabila Mahkamah memutuskan pendakwah Kristian dibenarkan menggunakan nama Allah sebagai ganti perkataan 'God' dalam risalah dakwah berbahasa Melayu mereka. Seperti biasa ada yang bersetuju dan ada juga yang menentang dengan alasan dan perkiraan mereka sendiri.

Penulis tidak bersetuju dengan kebenaran untuk menggunakan nama Allah untuk risalah-risalah mereka kerana dengan cara itu ia akan timbul kekeliruan terutamanya remaja-remaja Islam kita yang masih mentah pemikiranya. Penulis tak faham kamus apakah yang digunakan yang menafsirkan 'God' itu adalah Allah, setahu penulis "GOD" merujuk kepada Tuhan.

Jika ada Pendakwah Kristian yang menuntut menggunakan nama Allah untuk digantikan dengan 'God' kerana agama itu ialah salah satu Agama dalam tiga Agama terbesar dalam umat terdahulu dan Agama yang datang dari tuhan yang sama yakni Allah. Penulis membangkangnya kerana yang betul-betul Kitab yang sebenar diterima Allah hanya ada empat iaitu Taurat, Injil, Zabul dan Al-Quran. Dimana Kitab 'Bible' adalah hasil daripada penyelewengan dan pengubahsuaian juga ditokok tambah oleh penganut-penganutnya yang menyeleweng selepas kewafatan Nabi Musa a.s. Sekaligus ia telah membuktikan bahawa 'Kristian' adalah agama ciptaan manusia dan mereka tidak berhak untuk 'menuntut' bahawa tuhan mereka adalah sama dengan tuhan Pengganut Agama Islam.

'Bahaya Besar' menanti umat Islam sekiranya kebenaran menggunakan nama Allah oleh Pendakwah Kristian diteruskan. Mungkin akan berlaku 'murtad beramai-ramai' terutamanya anak muda yang mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah mereka. Dalam hal ini semua umat Islam di Malaysia harus bersatu di dalam memastikan 'kebenaran ini ditarik balik'.

Penulis mencadangkan, Kerajaan mengkaji satu akta yang hanya memberikan 'kuasa' kepada hakim-hakim yang beragama Islam di dalam memutuskan sesuatu perkara yang melibatkan Agama Islam kerana "Hanya Kita yang Memahami Diri kita".

Penulis mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah di dalam risalah dakwah Kristian di negara ini. Kebebasan beragama pun perlu ada hadnya, kesamarataan pun perlu ada hadnya. Tidak mustahil perkara yang lebih teruk daripada berlaku sekiranya Umat Islam di negara ini masih tidak bersatu. Bersatulah demi Islam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, January 1, 2010

Membuka Buku 2010

Membuka Buku 2010
Oleh: yieMEGA

HARI ini ialah 01.01.10 merupakan harti pertama dalam tahun 2010. Unik juga angka 01.01.10 ni hari ini merupakan hari penuh bermakna bagi penulis bukan sahaja kita sudah tiba ke tahun baru malah hari ini merupakan Hari Ulang Tahun Ibu Penulis.

Pada kesempatan ini menulis ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk ibu tercinta yang telah banyak melakukan pengorbanan dari penulis kecil hinggalah penulis dewasa. Tambahan pula ibu penulis adalah seorang Ibu Tunggal namun beliau tetap mengharungi kehidupan untuk terus membesarkan penulis dan adik beradik.

Mungkin juga tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan Ibu Penulis telah berjaya menjadi Ibu yang terbaik buat penulis dan adik beradik yang lain walaupun bergelar Ibu Tunggal. Kejayaan yang dimaksudkan ialah Abang penulis menjadi Ustaz di SK Bandar Tun Razak, Kakak Penulis pula dulunya bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sekarang katanya bekerja dengan syarikat Subsidiari DBP iaitu Dawama dan Abang penulis yang terakhir bekerja di Empangan Hidroelektrik TNB Pergau sebagai Jurutera kanan.

Begitulah besarnya pengorbanan ibu penulis terhadap penulis dan adik beradik. Walaupun menyara keluarga dengan hanya menjalankan perniagaan kecil-kecilan namun Alhamdulillah kesemua anaknya telah berjaya. Terima Kasih di atas pengorbanan ibu, anaknda sentiasa menyanyangimu dan tidak lupa jasa-jasamu.

2010 diharap memberi sinar baru dalam arena politik tanah air. Begitu juga harapan kepada semua isu-isu yang timbul agar semuanya ditanggung beres. Di harap ahli politik tanah air tidak terus berpolitiking kerana lama-lama kelamaan orang akan jenuh dan muak melihatnya.

Kedatangan 2010 mungkin merubah kembali nasib-nasib rakyat marhaen dan juga pak-pak menteri, walaupun kita diberikan hadiah tahun baru berupa 'kenaikkan harga gula" sebanyak 0.20 sen, bagi penulis kenaikkan harga gula di tahun baru ini ada juga hikmahnya.

Begitu juga hari ini ialah hari pertama harga rokok minimum RM6.40 untuk 20 batang rokok akan berkuatkuasa. Ini juga 'hadiah paling berharga' buat perokok-perokok tanah air. Sebenarnya harga rokok minimum baru-baru ini telah menimbulkan salah faham ramai terutamanya pak cik-pak cik yang ada kat kampung. Mereka mejangka rokok akan turun harga kerana mungkin mereka tidak berapa faham dengan istilah 'minimum' jadi di lain masa penulis berharap janganlah kerajaan menggunakan istilah yang kurang difahami mereka semasa membuat sebarang pengumuman terutamanya berkait dengan rokok.

Berkenaan isu bas sekolah yang lebih daripada 30 tahun usianya tidak dibenarkan beroperasi oleh LPKP dan dibuat secara pengumuman yang mengejut, untuk rekod sebelum ini LPKP mengambil keputusan membenarkan BAS Sekolah berusia 20-30 tahun beroperasi tetapi 'tup-tup' tak boleh pulak. Penulis pun hairan, di zaman tiada lagi pemimpin "Flip-Flop" tetapi mengapa masih ada badan yang ada kaitan dengan kerajaan membuat keputusan "Flip-Flop".

Isu graduan Pendidikan IPTA juga masih belum selesai di tambah pula ada lagi satu isu terbaru berkenaan Isu Graduan Pendidikan UNITAR, berdasarkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapiaan Diutamakan" adalah lebih elok kerajaan menyelesaikan isu ini dengan segera.

Akhir kalam, semoga 2010 terpancar sinar baru kepada mereka-mereka yang terlibat dalam arena politik tanah air dan juga rakan-rakan blogawan yang penulis kasihi, ye lah mereka telah banyak membantu penulis, dari hari pertama penulis bergelar 'blogawan' dan sehingga hari ini. Jasa-jasa mereka penulis tidak akan lupakan terutamanya Husin Lempoyang.




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin