Bilangan Pengunjung:

Thursday, April 29, 2010

BN Mungkin Sukar Mempertahankan Sibu....

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

BN Mungkin Sukar Mempertahankan Sibu....
Oleh: yieMEGA

PILIHAN RAYA Kecil P212 Sibu semakin hampir, malah calon dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat telah kita ketahui. Bagi pembaca yang masih mengetahui siapakah calon-calon yang bakal dipertaruhkan oleh Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat pada PRK itu nanti biarlah penulis jelaskan.

BN mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew dari parti komponenya iaitu MCA. Sementara itu, Pakatan Rakyat menerusi Parti Subahatnya iaitu DAP. Sebelum ini kerusi P212 Sibu disandang oleh BN dengan ini bermakna PRK kali ini BN akan mempertahankan kerusi P212 Sibu daripada terlepas ke tangan PAKATAN RAKYAT.

Mungkin ada pembaca yang telah membaca artikel penulis yang terdahulu. Dalam artikel yang terdahulu penulis mengatakan bahawa 'mempertahankan lebih susah daripada kita menawan'. Ini bermakna BN juga akan menghadapi laluan yang sukar untuk mempertahankan kerusi P212 Sibu.

Pandangan penulis ini berlandaskan faktor penolakkan kaum Cina terhadap BN, senario ini jelas berlaku pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. BN perlu kaji secara mendalam kenapa senario ini terjadi mungkin juga menghantar skuad risikan untuk mengetahui apakah sebenarnya yang Kaum Cina mahukan daripada BN.

Sekiranya BN gagal untuk memperbaiki sokongan kaum Cina terhadapnya, berkemungkinan besar BN akan tersungkur di sibu, tambahan pula P212 Sibu mempunyai penduduk majoriti berketurunan Cina. Jika BN tidak berbuat sesuatu sudah pasti mereka akan menghukum BN dalam bentuk undian.

Sindrom kempen 'Lebih Kurang' juga perlu dielakkan memandangkan sindrom ini telah dikesan berlaku pada PRK Hulu Selangor baru-baru ini. Antara puncanya 'peruntukkan tidak sampai ke bawah' oleh demikian ramai yang tak berminat untuk turut berkempen untuk BN. Malah golongan muda lebih suka berkhidmat dengan Pakatan Rakyat kerana ganjaranya lebih lumayan daripada BN.

Menurut maklumat yang penulis terima ada juga petugas kempen yang berkhidmat tanpa apa-apa imbuhan daripada parti atau dengan kata lain mereka dapat 'zero' sedangkan petugas kempen Pakatan Rakyat mendapat 'One'. Biarpun Petugas Pakatan Rakyat mendapat imbuhan yang sedikit namun 'better one than zero'.

BN perlu memastikan yang perkara seumpama ini tidak akan terjadi di Sibu. Biarpun perkara ini nampak remeh, namun ia bukanlah boleh dijadikan sebab mengapa tidak dipedulikan. Ingatlah perkara yang remeh seperti ini pun akan diambil kira oleh pengundi.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 28, 2010

Dari Hulu Selangor Ke Sibu

Dari Hulu Selangor Ke Sibu
Oleh: yieMEGA

SELESAI sudah Pilihan Raya Kecil P94 kini tiba giliran sebuah parlimen yang letaknya di Malaysia Timur mengadakan pilihan raya kecil. Seperti yang diketahui umum kerusi P94 Hulu Selangor dulunya milik PKR tetapi telah bertukar tangan kepada BN semasa Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor baru-baru ini.

Kini P212 Sibu pula akan menjadi rebutan antara Barisan Nasional melalui MCA dan Pakatan Rakyat melalui parti Ultra Kiasu Cina iaitu DAP. Kata orang tua-tua 'mempertahankan' adalah lebih susah daripada 'menawan'. Ini diburukkan lagi dengan majoriti pengundi di parlimen tersebut adalah berbangsa Cina. Sebagaimana yang kita tahu, di dalam PRK P94 Hulu Selangor ternyata undi kaum Cina memihak kepada Pakatan Rakyat.

Besar kemungkinan sindrom ini akan merebak ke Sibu. Mungkin ini akan memberikan kesukaran kepada Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi P212 Sibu. Jadi ini bermakna Barisan Nasional tidak boleh terlalu yakin untuk mempertahankan kerusi parlimen P212 tersebut.

Petugas-Petugas BN perlulah bekerja kuat semasa berkempen dan juga usaha-usahanya perlulah lebih berlipat kali ganda berbanding kempen semasa PRK Hulu Selangor. BN juga perlu memastikan pos-pos BN mendapat peruntukkan yang secukupnya dan tiada kebocoran di dalam mengagihkan peruntukkan untuk pos-pos BN.

Perlu diingatkan DAP akan berjuang bermati-matian untuk merampas kerusi P212 Sibu dan berdasarkan pengalaman di Hulu Selangor nampaknya mereka ada 'Advantage' mereka sendiri dan kemungkinan kemerosotan pengundi cina mengundi BN juga akan berlaku di Sibu.

Dalam pada itu, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengulas mengenai MCA yang menunding jari kepada PERKASA kerana ia dikatakan sebab masyarakat Cina kurang memberi sokongan kepada Barisan Nasional semasa di Hulu Selangor baru-baru ini.

Sebenarnya, ini bukanya masa untuk kita bertelagah adalah lebih elok kita kaji secara mendalam kenapa masyarakat cina di Hulu Selangor tidak memihak kepada BN. Mungkin juga untuk BN menghadapi PRK Sibu mereka bolehlah menghantar 'perisik khas' untuk mengetahui apakah sebenarnya yang masyarakat cina mahukan.

Dalam masa yang sama calon PRK Sibu untuk kedua-dua belah pihak kita telah ketahui. BN telah mempertaruhkan Robert Lau Hui Yew dan DAP telah mempertaruhkan Wong Ho Leng. DAP mungkin akan berkempen dengan lebih agresif lagi bagi menebus kekecewaan kekalahan di PRK Hulu Selangor.

Ini bermakna BN perlu lebih berhati-hati di dalam PRK kali ini, mereka juga perlu memastikan agar semasa berkempen mereka tidak akan mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati masyarakat cina.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor Milik BN

Hulu Selangor Milik BN
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor telah diketahui dengan rasminya semalam. Ternyata kerusi yang dahulunya milik PKR sudah bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid Ibrahim. BN berjaya melalui P. Kamalanathan berjaya mendapat 24, 997 undi manakala PKR menerusi Zaid Ibrahim berjaya mendapat 23,272 undi dan ini menjadikan BN menang dengan majoriti 1, 725 undi.

Penulis mengucapkan tahniah kepada BN dan Juga P. Kamalanathan kepada Zaid Ibrahim dan PKR jangan kecewa dengan kekalahan ini kerana kalah dan menang adat pertandingan. Mungkin hari ini mereka kalah siapa tahu akan datang mereka pula menang.

Kepada BN jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan yang mereka perolehi ini. YB Kamal juga hendaklah jangan mensia-siakan kemenangan ini, jadikan kemenangan ini untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Hulu Selangor.

BN pula dinasihatkan agar tidak 'mabuk' dengan kemenangan ini. Mungkin para pembaca masih ingat sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 BN menang di kebanyakkan Pilihan Raya Kecil sebelum PRU12 tapi oleh kerana BN 'mabuk' dengan kemenangan itu akhirnya dihukum melalui 'tsunami politik' yang melanda tanah air pada PRU12 apabila banyak Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional tumbang.

Walaupun BN memenangi Pilihan Raya Kecil ini, penulis mencadangkan agar mereka membuat satu 'Post Mortem' mencari sebab mereka menang dan juga mencari sebab kenapa mereka tewas di peti undi yang terdapat ramai kaum cina dan sebab dan musababnya diperolehi cuba perbaikinya mungkin ianya dapat mengekalkan kerusi ini kepada BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

YB Kamal juga perlu berpindah ke Hulu Selangor untuk memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan khidmat dari beliau. Pastikan juga beliau kerap berada di Pusat Khidmat tersebut bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat khidmat dan pembelaan daripada beliau. Ingatlah kemenangan YB Kamal adalah hasil dari undian rakyat, jadi jangan sia-siakan amanah rakyat ini kerana rakyat berkuasa menghukum YB pada pilihan raya yang akan datang.

BN juga perlu menunaikan semua janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor berlangsung, jangan janji tinggal janji atau sekadar bertanam tebu di pinggir bibir. Ingatlah kerana janji BN menang kerana Janji juga BN boleh kalah.

Dalam masa yang sama, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mensasarkan BN akan menang dengan majoriti yang melebihi 6,000 undi tetapi hasilnya tidak sampai separuh daripada sasaran yang ditetapkan, mungkin TS Muhyidin terlupa pengalaman BN di Bagan Pinang, pada masa itu TS Najib Tun Razak hanya mensasarkan 1 undi pun sudah dikira menang hasilnya BN menang dengan majoriti yang agak besar. Kalau pengalaman ini digunapakai pasti BN dapat majoriti lebih besar kerana biasanya pengundi tidak suka dengan parti yang suka terlalu yakin atau 'over confident'.

Penulis mengakhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

PRK Hulu Selangor Sudah Selesai
Calon yang menang sudah diketahui
yang kalah janganlah memusuhi
Marilah kita bersama bersatu hati

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, April 21, 2010

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?

Kalau BN Parti Projek, Pakatan Rakyat Parti Apa, Serangan Peribadi Siapa yang mula?
Oleh: yieMEGA
Gambar: AgendaDaily



KALAU dahulu Barisan Nasional sering dilabelkan sebagai 'Parti Projek' oleh Pakatan Rakyat semasa mereka berkempen. Namun, apabila Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor semakin hampir jelas sekali menampakkan mereka juga 2X5 dengan BN apabila satu projek mee segera di kesan di Hulu Yam Lama iaitu menurap jalan yang sudah lama rosak dan dibiarkan dan kebetulan Pilihan Raya Kecil berlangsung dengan ini projek-projek 'mee segera' ini semakin banyak diusahakan.

Teringat dulu, semasa penulis menghadiri beberapa ceramah Pakatan Rakyat penceramah itu berkata "Kenapa Kerajaan BN akan membuat papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional di setiap projek yang dia bangunkan, sedangkan mereka bangunkan guna duit rakyat".

Bagaimana pulak sekarang? Bukankah wang yang digunakan untuk membuat projek tersebut yang dilabelkan sebagai "Projek Pakatan Rakyat" bukankah ianya juga dibuat hasil daripada duit rakyat. Janganlah jadi ketam yang nak mengajar anaknya berjalan lurus. Dulu kalau BN buat kutuk habis-habisan, tapi sekarang mereka sendiri yang buat. Janganlah mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Serangan Peribadi Siapa yang mula?

HARI ini kita dengar suara-suara dari parti-parti komponen atau penulis lebih suka menggunakan istilah Parti-Parti Subahat Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan kaedah serangan peribadi.

Ada juga pembesar mereka yang mendakwa bahawa BN telah terdesak sebab itulah mereka menggunakan kaedah serangan peribadi calon. Penulis rasa nak tergelak mendegar kenyataan pembesar Pakatan Rakyat itu.

Adakah mereka lupa apa yang mereka lakukan terhadap Rohaizat tak berapa lama dahulu? Mereka sanggup mendedahkan Rohaizat berbini dua, demi mendapatkan kemenangan. Adakah tindakan mereka ini tidak boleh dikira sebagai "Terdesak"? Fikir-fikirkanlah.

Penulis akhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

Tangkap Ikan di sungai
Manusia dicemuh disebabkan perangai
Janganlah marah apabila perangai dirungkai
Siapa yang mulu dulu tidak dilupai

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 20, 2010

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim

Arak, Judi, Lina Joy dan Gambar Zaid Ibrahim
Oleh: yieMEGA

PADA penulisan artikel penulis pada kali ini penulis akan membuat ulasan mengenai beberapa isu yang timbul di Hulu Selangor yang melibatkan calon PKR Zaid Ibrahim. Antaranya isu arak, isu judi dan gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak.

Terlebih dahulu penulis ingin mengulas mengenai isu gambar Zaid Ibrahim memegang botol arak. MSO pemilik blog Merah Tinta MSO mendakwa bahawa gambar yang dikeluarkan oleh blogger Gerakkan Anti-PKR atau GAP adalah gambar palsu. Sila Baca Di Sini. Menyifatkan GAP cuma menfitnah Zaid Ibrahim. Kita baca pula penjelasan Zaid Ibrahim Di Sini.

MSO mendakwa GAP cuba membuat Fitnah, tetapi kalau diteliti penjelasan Zaid Ibrahim. Secara psikologi dia memang pernah minum arak, jadi kenapa pula ia jadi fitnah sedangkan Zaid sendiri yang mengakuinya.

Namun, ia tidak bermakna penulis bersetuju dengan kaedah serangan peribadi calon, mungkin sebelum ini taktik serangan peribadi yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan akhirnya kini taktik sama cuba digunakan untuk menjatuhkan pembangkang. Penulis sememangnya tidak bersetuju dengan kaedah serangan peribadi.

Berkenaan dengan isu Zaid Ibrahim Kaki Judi yang didedahkan oleh Husin Lempoyang di dalam artikel blognya yang bertajuk Taubat atau Tau Buat?. Pada penulis mungkin ada betulnya dan mungkin ada salahnya. Pertama sekali, kenapa berkata mungkin ada betulnya ialah kerana memang Zaid berminat dengan Lumba Kuda dan penulis juga berkata mungkin ada salahnya kerana mungkin Zaid Ibrahim di dalam itu adalah Zaid Ibrahim yang lain yang secara kebetulan sama namanya dengan Zaid Ibrahim calon PKR. Melainkan ada bukti seperti lain seperti nombor kad pengenalan mungkin ia akan menjadikan tuduhan ini menjadi berasas kukuh.

Satu lagi berkenaan tindakan Zaid Ibrahim yang satu ketika dahulu membela Lina Joy untuk murtad dalam erti kata lain ialah bersubahat di dalam memurtadkan Lina Joy. Layakkah orang Islam seperti ini untuk diangkat menjadi pemimpin.

Penulis tidak faham kenapa beria-ria sangat Anwar Ibrahim untuk meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor, adakah kerana namanya ayahnya serupa atau ada udang di sebalik batu? Mungkin jawapan itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 18, 2010

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Laluan Sukar Untuk BN di Hulu Selangor
Oleh: yieMEGA

PENULIS meramalkan yang Barisan Nasional (BN) akan menghadapi laluan yang sukar untuk memenangi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Penulis membuat ramalan sedemikian berdasarkan beberapa faktor.

Terlebih dahulu ingin membuat andaian nisbah kemenangan BN dengan PKR untuk pilihan raya kecil itu. Mungkin 70:30 sesuai untuk pilihan raya kecil pada kali ini. Di mana, 70 untuk PKR dan 30 untuk Barisan Nasional.

Ini adalah berlandaskan beberapa faktor penyumbang yang menjadi penentu kepada siapa yang bakal memenangi Pilihan Raya Kecil itu. Faktor pertama ialah Jentera Pilihanraya BN, menurut maklumat yang penulis terima ialah ada Jentera Pilihan Raya BN yang tidak mendapat peruntukkan sepatutnya, kebetulan pula kebanyakkan petugas-petugas kempen BN mempunyai 'tabiat buruk' iaitu tak ada duit, tak ada kerja. Tidak seperti petugas-petugas PKR yang sanggup bekerja walaupun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.

Di samping itu, budaya peruntukkan tak sampai ke bawah juga menjadi masalah kepada BN, budaya ini sudah lama bertapak di dalam BN, tak tahulah penulis bila mereka nak muhasabah diri untuk memperbetulkan kesilapan lalu. Kebiasaanya peruntukkan hanya akan tersekat di tengah dan bukan dari atas lagi.

Satu lagi, ialah keikhlasan bekerja bagi petugas-petugas BN, kebanyakkan mereka tapi bukan semua mengharapkan sesuatu daripada kerja yang mereka buat untuk BN. Semangat BN sewaktu dulu sudah hilang yakni keikhlasan di dalam perjuangan.

Begitu juga dengan kesepakatan, mereka sukar untuk bersepakat di dalam melakukan sesuatu perkara. Ini akan merumitkan lagi keadaan dan juga menambahkan lagi jalan-jalan sukar untuk BN menguasai semula P94 Hulu Selangor.

Jadi penulis terpaksa akui, BN berkemungkinan besar akan tewas untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor sekiranya perkara seperti di atas tidak diperbaiki dengan segera. Secara tidak langsung penulis bersetuju dengan sepertimana yang dikatakan oleh MSO di dalam blognya.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 17, 2010

Selamat Ulang Tahun Ketiga Merah Tinta MSO

Selamat Ulang Tahun Ketiga Merah Tinta MSO
Oleh: yieMEGA

HARI ini, 17 April 2010 genaplah tiga tahun blog Merah Tinta MSO yang dikendalikan oleh Penulis Buku Politik terkenal iaitu saudara Mohd Sayuti Omar atau MSO. Penulis mengetahuinya daripada perutusan khas yang dibuat di dalam blog miliknya itu, artikel tersebut yang bertajuk "Blog Merah Tinta Genap Tiga Tahun".

Mungkin pembaca setia blog penulis ini perasan kadang-kadang ada juga penulis mengkritik MSO, namun bukanlah bermakna penulis menolak bulat-bulat pandangan MSO, ada juga yang penulis bersetuju dengan MSO tetapi penulis bukanlah seorang yang suka menerima bulat-bulat pandangan MSO.

Walaupun penulis kadang-kadang tidak sependapat dengan MSO, namun penulis tetap menganggapnya sebagai idola penulis memandangkan banyak yang masih boleh penulis belajar darinya kerana beliau seorang penulis yang berpengalaman sedangkan penulis masih mentah dalam bidang penulisan dan juga politik. Mungkin satu hari nanti sekiranya diberikan peluang penulis akan berjumpa denga MSO untuk mempelajari lebih banyak lagi daripadanya.

Mungkin penulis dengan MSO kerap juga berbeza pendapat, namun tidak semestinya kami tidak boleh bersatu kerana penulis akui beliau seorang penulis yang hebat dan di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kerana menyiarkan komen penulis di blognya.

Penulis mengakhiri artikel kali ini dengan pantun empat kerat yang berbunyi begini:

Kalau Lapar Silalah Makan
Kat pasar ada Jual Ikan
Kalau ada kesalahan yang dilakukan
Harap MSO sudi maafkan



Baca Lagi!

Friday, April 16, 2010

Pertandingan Dua Orang Luar...

Pertandingan Dua Orang Luar...
Oleh: yieMEGA

SEPERTI yang dijanjikan oleh penulis semalam kerana tidak sempat mengulas Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor kerana perlu menyelesaikan beberapa tugas penting. Jadi, penulis memilih hari ini untuk meneruskan kesinambungan artikel semalam.

Penulis percaya umum dah mengetahui bahawa PKR akan mempertaruhkan orang Kota Bharu, Kelantan sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor iaitu. Begitu juga dengan calon yang menjadi pilihan BN iaitu P. Kamalanathan yang berasal dari Rawang Selangor. Ini bermakna kedua-dua calon tersebut bukan orang tempatan Hulu Selangor.

Di pihak BN berlaku sedikit kekalutan ekoran daripada tindakan 'banyak songeh' daripada Presiden MIC seumur hidup Datuk S Samy Vellu. Presiden MIC yang ini memang banyak menyusahkan BN, namun hasil daripada kesepakatan akhirnya nama P. Kamalanathan diumumkan sebagai calon BN untuk PRK P94 Hulu Selangor.

Walaupun kedua-duanya bukan orang tempatan di Hulu Selangor, tetapi P. Kamalanathan adalah orang Selangor, sebuah negeri yang menaungi Hulu Selangor sedangkan Zaid Ibrahim adalah orang Kelantan, dan orang Kelantan sendiri sudah tidak mahukanya. tak tahu pula Kalau orang Hulu Selangor masih mahu dengan 'sampah' yang dibuang dari Kelantan ini.

Di Kalangan PKR, ada yang menyifatkan beliau sebagai calon Heavy Weight, manakala di pihak BN pula menyifatkan beliau sebagai calon Feather Weight. Bagi penulis tak kisah calon apa weight sekalipun asalkan mereka boleh menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat.

Terfikir juga di hati penulis adakah masyarakat di Hulu Selangor yang beragama Islam dapat menerima pemimpin yang pernah menyaman Kerajaan Negeri Kelantan kerana ingin melaksanakan hudud atau kita boleh ertikatakan ia sebagai Penentang Hudud menjadi pemimpin mereka. Fikir-fikirkanlah....

Menurut Tepak Bersulam.com Zaid Ibrahim seorang Drunken Master. Sila Baca Di sini. Manakala menurut Parpukari pula Zaid Ibrahim menjalankan perniagaan Loteri untuk meningkatkan dana sukan. Sila Baca Di Sini.

Teringat pesan Ustaz penulis bahawa kalau kita nak buat sesuatu pilihlah yang paling kurang mudarat. Maknanya kalau dibandingkan Zaid Ibrahim dengan P. Kamalanathan, walaupun P. Kamalanathan bukan beragama Islam tetapi nampaknya memilih P. Kamalanathan lebih kurang mudarat berbanding memilih Zaid Ibrahim yang Islamnya hanya pada nama.

Walau apa pun pendapat penulis, penulis percaya orang Hulu Selangor mempunyai formula sendiri untuk memilih siapakah yang bakal menjadi pemimpin baru mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, April 15, 2010

Kamalanathan Calon BN PRK Hulu Selangor


P Kamalanathan telah diistiharkan sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor. Penulis memohon maaf, artikel ini akan dikemas kini kemudian. Harap Maklum. Sekali lagi maaf dipohon kerana penulis tidak sempat mengemaskini lagi kerana ada tugas penting perlu dilaksanakan.
Baca Lagi!

Wednesday, April 14, 2010

Palanivel atau V Mugilan atau P Kamalanathan?

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Palanivel atau V Mugilan atau P Kamalanathan?
Oleh: yieMEGA

Nampaknya Zaid Ibrahim telah disahkan sebagai calon PKR untuk Pilihan Raya Kecil P94 Parlimen Hulu Selangor. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Anwar Ibrahim. BN hanya akan mengumukan siapa calonya pada 15 April ini.

Paling menarik Anwar Ibrahim cuba menjadi pengisytiharan Zaid Ibrahim sebagai Calon PKR menjadi 'Gempak' dengan mendakwa kononya UMNO Hulu Selangor telah mengadakan Mesyuarat tergempar setelah mengetahui Zaid Ibrahim menjadi calon PKR.

Menurut AgendaDaily Anwar di dapati cuba membohongi rakyat dengan mengatakan sedemikian. Artikel AgendaDaily tersebut boleh di baca di sini. Penulis juga sempat membaca blog MSO yang juga mendakwa perkara yang sama diperkatakan oleh Anwar Ibrahim. Artikel blognya yang bertajuk "Zaid Telah Distiharkan Sebagai Calon".

Menurut maklumat yang penulis terima UMNO Hulu Selangor tidak mengadakan sebarang mesyuarat tergempar. Adakah Anwar Ibrahim cuba menipu atau pun beliau menerima maklumat yang salah? Jika Anwar Ibrahim menipu untuk apa tujuanya menipu? Penulis yakin pasti dia menerima maklumat yang salah.

Dalam pada itu, khabarnya ramai juga Ahli PKR dari kalangan "orang tempatan" kurang senang dengan pengumuman Zaid Ibrahim sebagai calon PKR untuk PRK Hulu Selangor. Ada juga kemungkinan ahli-ahli PKR yang akan membuat undi protes semasa pengundian berlangsung nanti.

Nama calon untuk BN masih menjadi rahsia dan tanda-tanya setakat ini, namun ada beberapa nama yang disebut-sebut mungkin bakal dipertaruhkan BN iaitu G Palanivel, V Mugilan dan Kamalanathan.

Selain itu, ada juga yang meramalkan Subramaniam juga mungkin akan dicalonkan. Menurut 'hint' yang diberikan oleh pucuk pimpinan BN, calon tersebut adalah orang tempatan makanya sudah tentu G Palanivel terkeluar senarai.

Di samping itu, ada juga suara-suara yang mencadangkan Ustaz Farid Ravi Abdullah sebagai calon kerana ia dikatakan dapat memuaskan hati kedua-dua pihak iaitu UMNO dan juga MIC. Penulis meramalkan antara dua iaitu Subramaniam ataupun Ustaz Farid Ravi Abdullah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 13, 2010

Lagi-Lagi Amaran....

Lagi-Lagi Amaran....
Oleh: yieMEGA

LAGI-LAGI Amaran mungkin itulah yang kita boleh cakap mengenai Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang sejak memegang jawatan itu kelihatan hanya kerap mengeluarkan amaran tetapi tindakan yang diambil selepas amaran itu dibuat tidak pula boleh lihat.

Mungkin satu hari nanti, Menteri Keselamatan Dalam Negeri ini akan terpahat di dalam sejarah sebagai menteri yang paling banyak memberi amaran tanpa tindakan. Penulis bukanlah bermaksud untuk merendah-rendahkan Menteri berkenaan tetapi sekadar menegur kerana jika berterusan dia hanya sekadar amaran, amaran dan amaran pasti ia akan membuatkan rakyat akan naik jelak denganya.

Sepatutnya selaku Menteri yang bertangunggjawab dalam hal ehwal keselamatan dalam negeri perlu lebih tegas. Memberi amaran tanpa satu tindakan bukanlah ia dinamakan tegas, ia hanyalah lebih kepada cuba untuk menjadi tegas.

Penulis pun hairan dengan menteri ini, apa yang nak ditakutkan sehinggakan hanya mampu memberi amaran tanpa tindakan. Setahu penulis budak sekolah pun tahu memberi amaran tanpa tindakan. Tak kanlah seorang Menteri boleh sama caranya dengan budak sekolah.

Menteri berkenaan haruslah memperbetulkan kesilapanya dengan seberapa segera, jangan lagi insiden memohon maaf keranan mengeluarkan keris dari sarung berulang lagi. Di mana keberanian beliau selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Ingatlah jangan jadikan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanya kekal sekadar slogan yang penuh lakonan dan penipuan semata-mata. Buatlah yang terbaik demi pencapaian yang diutamakan.

Baca Lagi!

Monday, April 12, 2010

Ahmad Said Cuba Diskriminasi Golongan Berpendapatan Rendah!


Ahmad Said Cuba Diskriminasi Golongan Berpendapatan Rendah!
Oleh: yieMEGA

PULAU REDANG satu pulau yang indah yang terletak di dalam negeri Terengganu Darul Iman yang terkenal dengan jolokkan Negeri Sang Penyu. Namun, hasil kebodohan Menteri Besarnya selepas ini golongan yang berpendapatan rendah tidak akan berpeluang untuk melancong di pulau peranginan yang tidak kurang popularnya itu.

Hasil kebijaksanaan Menteri Besar yang 'berotak penyu' lesen-lesen hotel yang baru hanya akan diberikan kepada hotel-hotel yang bertaraf lima bintang yang mana sewanya lebih kurang RM1500 sehari. Nampaknya selepas ini golongan berpendapatan rendah tidak akan merasa untuk bercuti di Pulau Redang. Percutian di sini hanyalah eksklusif kepada golongan kaya raya dengan harta yang bertimbun-timbun. Sila Baca Laporan Star Online di sini.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa tindakan Ahmad Said itu lebih kepada satu penindasan terhadap terhadap golongan berpendapatan rendah. Ia juga boleh diertikan sebagai satu penghinaan terhadap golongan yang berpendapat rendah. Mungkin Ahmad Said sudah melupakan pengundi-pengundinya yang berasal daripada golongan yang berpendapatan rendah. Ini yang payahnya kalau kacang sudah lupakan kulitnya.

Inilah nasib rakyat Terengganu yang mempunyai pemikiran yang setaraf dengan penyu. Bentuk tubuh pun dah macam penyu. Nampaknya rakyat Terengganu terpaksa menerima hakikat mempunyai Menteri Besar yang lebih bodoh daripada penyu.

Penulis pun hairan kenapalah tiada ADUN yang membuat usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Said kerana sememangnya dia tidak layak menjadi Menteri Besar dia lebih layak menjadi Tok Batin Orang Asli tu pun kalau layak, tetapi Tok Batin Orang Asli pun mungkin lebih bijak daripadanya.

Kalau dinilai semula tindakan-tindakan Ahmad Said sebelum ini besar kemungkinan Barisan Nasional akan ditolak rakyat Terengganu pada Pilihan Raya Umum yang akan datang. Ahmad Said juga perlu meletak jawatan secara terhormat sebelum beliau terus menjatuhkan reputasi Barisan Nasional di Terengganu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, April 11, 2010

PKR Pertaruhkan Orang Luar dan Penentang Hudud


PKR Pertaruhkan Orang Luar dan Penentang Hudud
Oleh: yieMEGA

BAHANG kepanasan Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Tambahan pula, PKR semakin pasti menurunkan 'orang luar' yang sudah orang Kelantan terutamanya Kota Bharu reject. Entah macam mana orang yang sudah kena reject ini dapat menarik minat PKR untuk recyle balik orang ini sedangkan ianya sudah berstatus sampah tidak boleh dikitar semula lagi.

Mungkin terlalu awal untuk kita meramalkanya, siapa tahu sebusuk-busuk sampah pun kadang-kadang berguna juga. Mungkin dia menjadi pilihan "Boss Besar" PKR kerana kelebihan-kelebihan tertentu mahupun kekurangan tertentu.

Mungkinkah 'orang luar' menjadi pilihan penduduk di Parlimen P94 Hulu Selangor? Adakah mereka bersedia untuk menghadapi kemungkinan 'orang luar' itu lebih banyak berada di Kelantan daripada berada di Hulu Selangor.

Kalau nak tahu prestasi Zaid Ibrahim yang pernah memegang jawatan Ahli Parlimen Kota Bharu, cubalah tanya sendiri dengan orang Kota Bharu mungkin jawapan mereka adalah lebih tepat berbanding penulis.

Tetapi sekiranya pembaca nak tahu juga penilaian penulis terhadap Zaid Ibrahim semasa beliau menjadi Ahli Parlimen Kota Bharu, penulis akan memberikan "F" kepada Zaid Ibrahim kerana banyak juga penulis mendengar rungutan bahawa penduduk Kota Bharu sukar mendapatkan Zaid Ibrahim.

Satu lagi, Zaid Ibrahim ini pernah menyaman Kerajaan Kelantan kerana Kerajaan Kelantan pada waktu itu ingin melaksanakan Hukum Hudud. Ini jelas bermakna Zaid Ibrahim seorang anti-Hudud, walaupun apa pun alasan yang diberikan kita tidak boleh terima, cuba fikir dalam-dalam adakah "Penentang Hudud" kita nak angkat jadi pemimpin? Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, April 6, 2010

Siapa Calon BN PRK P94 Hulu Selangor?

Flag of Barisan Nasional.Image via Wikipedia

Siapa Calon BN PRK P94 Hulu Selangor?
Oleh: yieMEGA

BIARPUN tarikh pengumuman calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor pada 15 April 2010 ini, tetapi nampaknya polemik mengenai siapa calon, calon dari parti komponen mana terus menjadi polemik dan buah mulut rakyat negara kita. Penulis sempat membaca blog Merah Tinta MSO yang dimiliki oleh Penulis Politik terkenal Mohd Sayuti Omar atau lebih dikenali dengan nama MSO. Menurut ramalan MSO, calon BN berkemungkinan dari MIC. Seperti mana artikelnya yang bertajuk "Hulu Selangor 2".

Sepertimana yang kita sedia maklum ada juga desakkan daripada UMNO agar calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor hendaklah datang daripada UMNO. Menurut MSO lagi, calon itu berkemungkinan besar ialah Ketua Penerangan MIC. Namun, bagi penulis ini masih kekal sebagai ramalan dan 15 April 2010 adalah penentu segala-galanya.

Berkenaan parti mana yang wajar diberi kepercayaan untuk menjadi calon di dalam pilihan raya kecil tersebut, jalan yang terbaik ialah melihat dulu siapakah calon daripada PKR, sekiranya ia adalah Zaid Ibrahim atau orang yang sebangsa denganya adalah lebih baik calonya daripada UMNO. Sekiranya calon PKR daripada orang yang berbangsa India mungkin calon yang sesuai adalah dari MIC.

Sebenarnya, bagi penulis tidak penting pun parti komponen mana sekalipun yang diberi kepercayaan menjadi calon untuk pilihan raya kecil ini, apa yang penting adalah kerjasama. Tak kiralah siapa pun menjadi calon asalkan mereka bekerjasama pasti Pilihan Raya itu akan memihak kepada Barisan Nasional.

Berkenaan dengan artikel MSO itu, anggaplah ia adalah salah satu strategi untuk melemahkan semangat dan memecahbelahkan perpaduan di dalam Barisan Nasional. Kerjasama dan perpaduan merupakan kunci kepada kejayaan di sini.

Siapa pun yang menjadi calon, sekiranya menang jangalah jadi seperti kacang lupakan kulit, masa mahukan undian kita pergi cari rakyat, namun selepas undian mereka lupakan rakyat dan lari daripada rakyat. Ingatlah 1 Rakyat 1 Undi.

Akhir kalam, moga Presiden BN akan membuat keputusan yang terbaik untuk menentukan siapakah calon untuk Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor. Apa yang beliau rasa terbaik mungkin itulah yang terbaik.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, April 3, 2010

Milik Siapakah Hulu Selangor

Milik Siapakah Hulu Selangor
Oleh: yieMEGA

SEPERTI yang diketahui umum bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Pilihan Raya Kecil P94 - Hulu Selangor diadakan pada Ahad 25 April 2010. Ini bermakna penamaan calon ditetapkan pada Sabtu 17 April 2010 bersamaan dengan tujuh hari waktu berkempen.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran dari kematian penyandangnya pada Jumaat lepas iaitu Dr. Zainal Abidin Ahmad dari PKR. Dijangka Pakatan Rakyat akan mengemukakan calon daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi pihak Barisan Nasional pula masih belum diketahui.

Bercakap mengenai Pra Pilihan Raya Kecil, semua pasti tertanya-tanya pihak manakah yang mempunyai peluang yang cerah bagi memenagi kerusi P94 - Hulu Selangor. Perlu diingatkan di sini ramalan tidak semestinya selalu tepat, nama pun ramalan.

Penulis melihat bagi pihak PKR mereka nampaknya mempunyai peluang besar sekiranya mereka meletakkan calon yang benar-benar disukai rakyat. Calon yang disukai rakyat memberikan satu kelebihan dan akan meletakkan PKR jauh lebih ke depan berbanding lawanya. Ditambah pula sekiranya Barisan Nasional gagal mengemukakan calon yang benar-benar disukai rakyat setempat.

Penulis juga melihat Barisan Nasional juga akan mempunyai peluang untuk merampas kerusi P94 - Hulu Selangor sekiranya mereka berjaya meletakkan calon yang benar-benar disukai rakyat dan ahli-ahli akar umbi parti-parti komponen mereka.

Kekuatan dan kerja kuat jentera parti-parti yang bertanding juga boleh menjadi penanda aras dan akan menentukan jentera parti yang kuat bekerja pasti mempunyai kelebihan untuk menawan hati rakyat P94 - Hulu Selangor.

Selain daripada itu, faktor wakil sebelum ini juga akan turut dipertimbangkan oleh rakyat di Hulu Selangor. Sekiranya Wakil Rakyat sebelum ini gagal menjalankan tugas dengan baik ia juga akan dijadikan perkiraan oleh rakyat Hulu Selangor untuk memilih siapa yang bakal mewakili mereka.

Kerjasama antara parti komponen juga merupakan salah satu faktor penentu kemenangan di dalam Pilihan Raya Kecil P94 - Hulu Selangor. Sekiranya mana-mana parti yang bertanding gagal mewujudkan persefahaman antara parti komponen besar kemungkinan mereka akan tewas kerana akan berlaku cantas-mencantas.

Ini bermakna parti-parti yang bertanding haruslah memastikan persefahaman antara parti-parti komponen wujud dan berkeaadaan baik dengan ini parti itu akan berpeluang cerah memenangi kerusi P94 - Hulu Selangor.

Akhir kalam, ini hanyalah sekadar ramalan. Ramalan tidak selalunya tepat kerana penulis bukanlah Nujum bukanlah bomoh cuma ia diramalkan berdasarkan keadaan semasa, biarpun siapa yang memenangi kerusi P94 - Hulu Selangor asalkan mereka benar-benar ingin berkhidmat kepada rakyat.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin