Bilangan Pengunjung:

Wednesday, September 29, 2010

PAS Mula Pasang 'Jerat' di Galas

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaPAS Mula Pasang 'Jerat' di Galas
Oleh: yieMEGA

PENULIS pada awalnya tak mahu lagi mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan. Namun sejak perbualan mengenai PRK ini 'semakin rancak' sejak kelmarin menyebabkan penulis merasa terpanggil untuk turut sama mengambil bahagian di dalam perbincangan ini.

PAS mula 'menghangatkan' PRK kali ini dengan cadangan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Taqiyuddin Hassan yang mencadangkan agar UMNO tidak letak calon di Galas demi perpaduan Melayu. Penulis melihat ini adalah satu 'jerat' yang dipasang oleh pihak PAS dan mungkin juga sebagai satu strategi perang saraf daripada PAS.

Hal ini kerana sebelum ini PAS tidak berminat dengan perpaduan Melayu, alih-alih tiba sahaja saat mereka nak menghadapi PRK DUN Galas, angin mereka berubah secara tiba-tiba. Ini agak pelik, penulis sendiri menjadi keliru adakah PAS benar-benar ikhlas demi perpaduan Melayu ataupun sekadar 'taktik' mereka untuk menjerat UMNO yang sejak akhir-akhir ini sering bercakap mengenai Perpaduan Melayu.

Untuk rekod, sebelum ini PAS sepertinya kurang berminat dengan Perpaduan Melayu ini terbukti apabila Mursyidul Am PAS sendiri yang membuat kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak berminat dengan perpaduan Melayu.

Nasihat penulis kepada UMNO, hati-hati dengan 'jerat' yang dipasang oleh PAS ini, pemimpin-pemimpin UMNO haruslah bijak memainkan peranan terutamanya dari segi mengeluarkan kenyataan agar kenyataan mereka tidak dimanipulasikan PAS untuk memenangi PRK tersebut.

Walaubagaimanapun bukanlah niat penulis untuk berprasangka buruk terhadap PAS, tetapi apa yang penulis dapat lihat keikhlasan PAS di dalam perpaduan Melayu secara tiba-tiba ini benar-benar membuatkan penulis meragui tentang keihklasanya.

Apa yang penulis dapat lihat di sini, PAS berubah-ubah mengikut kawasan pilihan raya sepertimana sesumpah yang berubah-ubah warnanya mengikut kawasan yang didekatinya. Dalam erti kata lain, PAS saling tak ubah seperti sesumpah.

Timbul persoalan di sini, adakah kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS itu benar-benar ikhlas atau ada udang disebalik mi. Penulis tidak menentang cadangan itu sekiranya mereka benar-benar ikhlas demi perpaduan Melayu. Namun, sekiranya mereka ada 'niat tersembunyi' perkara ini memang tidak boleh dimaafkan lagi.

Kalau PAS benar-benar ikhlas, bergabunglah dengan semua parti-parti politik yang didominasi oleh Melayu, dengan ini keikhlasan PAS tidak akan diragui lagi. Lagipun kita tidak sepatutnya membiarkan divide & rules Version 2.0 terus bermahajarela di bumi Malaysia ini.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, September 28, 2010

Al-Fatihah - ADUN Galas Kembali ke Rahmatullah


Al-Fatihah - ADUN Galas Kembali ke Rahmatullah
Oleh: yieMEGA

Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Gua Musang, Kelantan iaitu Che Hashim Sulaiman telah pergi menyambut seruan Ilahi di Hospital Pakar Kampung Baru (KBMC) Kuala Lumpur, Pada jam 4.30 petang 27 September 2010. Terlebih dahulu penulis memohon maaf di atas kelewatan makluman ini disiarkan kerana semalam penulis terlalu banyak tugas untuk diselesaikan.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan di Gua Musang, Kelantan pada sebelah malam 27 September 2010. Marilah bersama-sama kita menyedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham, agar roh Allahyarham dicucuri rahmat hendaknya. Al-Fatihah...

Pemergian beliau menyebabkan kerusi Dewan Undangan Negeri Galas yang disandang Allahyarham sebelum ini menjadi kosong. Walaubagaimanapun penulis tidak mahu lagi bercerita mengenai Pilihan Raya Kecil DUN tersebut bagi menghormati Keluarga Allahyarham, PRK DUN Galas hanya akan diulas penulis beberapa hari lagi.

"Setiap yang bernyawa pasti akan mati, kematian itu hakiki" semoga semua pembaca insaf dengan kematian walau siapa pun kita, kita tetap akan mati. Dalam masa yang sama, penulis merasakan eloklah tidak menceritakan hal-hal negatif mengenai Allahyarham kerana kehidupan beliau sudah tamat. Usah lagi diaibkan Allahyarham, kita yang tinggal ini kena membuat persediaan untuk menghadapi perkara yang sama satu hari nanti.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, September 27, 2010

Siapa yang "RASIS" sebenarnya

Malaysian general election, 2004Image via WikipediaSiapa yang "RASIS" sebenarnya
Oleh: yieMEGA

UNGKAPAN 'Rasis' menjadi semakin popular sejak akhir-akhir ini, kebanyakkan ahli politik kita semakin 'galak' menggunakan perkataan ini untuk melabelkan seseorang. Sebelum penulis meneruskan ulasan berkenaan 'Rasis' ini adalah lebih elok kita mendalami makna 'Rasis' itu sendiri.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat 'Rasis' bermaksud orang yang mengamalkan kepercayaan bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung pendukung utama kepada bangsa-bangsa lain di dunia. Inilah apa yang dikatakan 'Rasis' dalam ertikata yang sebenarnya.

Baru-baru ini, Lim Kit Siang dari DAP telah melabelkan mantan Perdana Menteri yang juga Mantan Presiden UMNO Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai rasis. Penulis tidak nampak di mana letaknya 'rasis' seorang pemimpin bernama Tun Dr. Mahathir ini.

Malah, bagi penulis Kit Siang sendiri tidak layak untuk bercakap mengenai rasis atau dalam bahsa inggerisnya racist kerana beliau sendiri termasuk anaknya seorang yang rasis. Ultra-Kiasu yang sering mengambil tindakan yang rasis termasuk apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Kalau ada penganugerahan hendak diberikan kepada Kit Siang ialah Bapa Segala Ultra-Kiasu di Malaysia memang sesuai benar denganya. Kit Siang sepatutnya bahawa dia "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih".

Makhluk perosak bernama Kit Siang ini tidak sepatutnya wujud di bumi bertuah bernama Malaysia ini. Beliau juga boleh digambarkan sebagai trojan horse di Malaysia kerana beliaulah perasaan perkauman kaum lain semakin menebal.

Penulis juga bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh A Kadir Jasin, Pertahan Bangsa bukan perkauman. Di saat Kit Siang yang juga mempertahankan bangsanya, adakah tidak boleh bangsa Melayu ingin mempertahankan bangsanya sendiri dan tidak pula bangsa Melayu menganggap mereka lebih unggul dari bangsa Kit Siang, tapi apa yang kita ketahui bangsa Melayu lebih lemah berbanding mereka yang sebangsa dengan Kit Siang, malah bangsa Kit Siang sendiri yang mengatakan mereka lebih unggul dari bangsa Melayu.

Kit Siang, kami bukan tidak menyukai bangsamu, bangsamu bukan musuh kami tapi kekhilafan yang kamu buat sendiri Kit Siang membuatkan kami benci kamu Kit Siang dan bukanya membenci bangsamu, dah lah janganlah lagi kamu membuat auta lagi. Kamu tidak layak bergelar rakyat Malaysia.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Sunday, September 26, 2010

Perhimpunan Melayu PERKASA: MSO Kata Hanya 5,000 hadir

Perhimpunan Melayu PERKASA: MSO Kata Hanya 5,000 hadir
Oleh: yieMEGA



PERHIMPUNAN Melayu PERKASA yang diadakan pada 25 September 2010 yang diadakan di berhampiran Stesen Keretapi Pasir Mas, Kelantan nampaknya berjaya mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Kelantan. Sementara itu, Mohd Sayuti Omar (MSO) melalui artikel blognya yang bertajuk "Ibrahim dan Mahathir sedang menanti Keretapi" di dalam artikel tersebut MSO mendakwa hanya 5,000 pengunjug yang hadir ke perhimpunan itu.

Menurut artikel itu, lagi bilangan kehadiran itu dipetik daripada satu portal berita internet, ini bermakna ternyata MSO telah tersilap tempat mengambil maklumat berkenaan. Ini kerana berdasarkan gambar yang penulis terima agak mustahil bilangan pengunjungnya hanya 5,000 orang.

Kalau dulu mereka kata media arus perdana akan memperkecilkan program-program yang diadakan oleh Pakatan Rakyat dengan membuat spekulasi bilangan kehadiran orang ke program mereka. Hari ini adakah giliran mereka pula membuat spekulasi bilangan kehadiran orang ke program anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa itu.

Penulis tidak menyalahkan MSO berhubung artikel yang disiarkan oleh blog Merah Tinta MSO itu, tapi apa yang penulis kesalkan mengapa portal berita yang menjadi sumber maklumat MSO itu memberikan maklumat yang salah.

Apa yang penulis kesalkan lagi, kenapa MSO tak menyatakan secara terus terang apakah nama portal berita itu. Kalau dikatakan dengan terang dan disertakan link atau pautan ke berita tersebut dengan itu orang tidak akan menyalahkan MSO jika berlaku perkara begini.

Kalau kita lihat, gambar-gambar di sekitar perhimpunan tersebut, agak mustahil hanya 5,000 orang yang hadir. Sekaligus membuktikan laporan portal berita internet tersebut auta dan bukanya fakta. Hairan juga kalau mereka memperjuangkan ketelusan laporan berita sebelum ini, kenapa mereka turut melakukan perbuatan yang sama, tak kan ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus.

Dalam masa yang sama, penulis menggesa MSO agar mendedahkan nama portal berita yang memberikan maklumat yang salah kepada beliau. Sebagai pengajaran kepada portal berita internet yang lain yang suka memperlekehkan kemampuan orang lain.

Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Saturday, September 25, 2010

RM 4B untuk Pas Kelantan: Siapa Kencing Siapa?


RM 4B untuk Pas Kelantan: Siapa Kencing Siapa?
Oleh: yieMEGA

RM 4 Billion untuk Pas kelantan: siapa kencing siapa menjadi tajuk pilihan penulis pada kali ini ekoran daripada isu yang sedang hangat diperkatakan kini. Malah isu ini juga turut menjadi perdebatan hangat di kalangan rakan-rakan blogawan.

Malah Kerajaan Negeri Kelantan pun telah mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan syarikat yang ingin mendermakan RM4 Billion kepada PAS Kelantan itu dengan menyenarai hitamkan syarikat I'Da World Sdn Bhd. Penulis sendiri hairan apakah rasionalnya tindakan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Penulis sendiri tak sangka, syarikat sendirian berhad mempunyai dana sebanyak itu. Kalau syarikah Berhad tu boleh juga penulis percaya. Walau apa pun penulis sendiri pun kurang percaya dengan penafian Kerajaan Negeri Kelantan berkenaan dengan pemberian projek kepada syarikat tersebut.

Seperti biasa, PAS sekali lagi cuba mengaitkan pertikaian mereka dengan syarikat terbabit dengan UMNO, kerja mereka memang mudah, kalau apa-apa yang buruk berlaku mereka akan cuba mengaitkanya dengan UMNO, dari dulu sampai sekarang sepertimana dakwaan yang dibuat oleh MSO.

Di mana, MSO cuba mengaitkan CEO I'Da World Sdn Bhd dengan UMNO dengan menggunakan gambar CEO tersebut yang berada di majlis yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Seperti yang penulis katakan tadi akhirnya UMNO juga akan dikambing hitamkan oleh PAS.

Namun akhirnya I'Da World Sdn Bhd bertindak balas dengan mengeluarkan beberapa dokumen dan juga gambar lawatan-lawatan yang dilakukan ke tapak projek bersama Exco kerajaan negeri dan juga lawatan ke Pejabat Menteri Besar Kelantan. Maklumat berkenaan boleh didapati di sini.

Kenyataan daripada kedua-dua belah pihak itu telah menyebabkan kita sukar untuk mengetahui siapa yang kencing siapa di sini. Malah I'da world sendiri mempunyai bukti bertulis berupa dokumen berkenaan projek yang diberikan kepada I'da World.

Sebutkata 4Billion bukanya sedikit, malah ia hampir separuh tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Jadi sekiranya derma tersebut dapat ditunaikan, maka dapatlah ia digunakan untuk membangunkan negeri Kelantan. Akhirnya syarikat yang ingin menderma itu disenarai hitamkan oleh kerajaan negeri.

Timbul satu persoalan di sini, tindakan kerajaan negeri Kelantan itu seolah-olah takut dengan bayang-bayang sendiri, kata orang berani kerana benar, jadi Kerajaan Kelantan sepatutnya tidak perlu tersentak dengan syarikat ini sekiranya mereka tidak melakukan kesalahan.

Dari segi Psikologi Kerajaan Kelantan sudah tewas dengan permainan syarikat ini. Cubaan mengait CEO syarikat ini dengan UMNO adalah mungkin satu usaha untuk menutup kesilapan mereka dan mengalihkan tumpuan daripada mereka kepada UMNO dan akhirnya UMNO dipersalahkan.

Seolah-olah apa yang baik datangnya dari PAS dan apa yang buruk datangnya dari UMNO. Walaubagaimanapun kita sama nantikan apakah kesudahan episod ini, dan berdoalah agar kita mengetahui siapa yang kencing siapa di dalam episod ini. Fikir-fikirkanlah.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, September 21, 2010

Anwar Membuat Kenyataan Ekonomi Bersandarkan Khabar Angin?

Anwar Membuat Kenyataan Ekonomi Bersandarkan Khabar Angin?
Oleh: yieMEGA

TELAH lama blog ini tidak dikemaskini, ini berikutan penulis baru sahaja pulang dari bercuti beberapa hari yang lalu, maaf dipohon kepada semua pembaca setia blog ini, dan diharapkan mereka terus setia membaca blog ini kerana tanpa mereka tidak berfungsilah blog ini. Terima kasih di atas sumbangan pembaca sebelum ini.

Pada artikel kali ini penulis ingin mengulas berhubung dakwaan Ketua Pembangkang Malaysia DS Anwar Ibrahim yang mempersoalkan "Akaun 1Malaysia Development Fund Berhad". Setelah membuat beberapa analisa terhadap kenyataan beliau penulis mendapati ia seolah-olah kenyataan ekonomi yang dibuat bersandarkan khabar angin atau dengan kata lain auta dan bukanya fakta.

Penulis sertakan cebisan kenyataan beliau di bawah ini:

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.

Kenyataan di atas telah mengambarkan bahawa Anwar Ibrahim telah membuat satu kenyataan atau ramalan yang ada sangkut paut dengan ekonomi hanya bersandarkan khabar angin. Penulis pun hairan bagaimana orang yang dikatakan Pakar Ekonomi ini boleh mengguna pakai khabar angin untuk dijadikan kenyataan ekonomi.

Penulis juga berharap agar kenyataan Anwar Ibrahim ini dikeluarkan bukanlah bertujuan mengalihkan 'tumpuan' rakyat di dalam beberapa isu yang timbul di dalam Pakatan Rakyat termasuk pemilihan PKR sebelum ini atau dengan kata lain ianya adalah hanya satu 'tricks' untuk menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun dalam masa yang sama penulis ingin meminta Kerajaan Malaysia membuat kenyataan berhubung Akaun 1Malaysia Development Fund Berhad ini. Kerajaan tidak boleh main-main dengan hal ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan rakyat patut tahu mengenainya.

Perdana Menteri mungkin orang yang paling layak tampil mengeluarkan kenyataan kerana 1Malaysia diilhamkan oleh beliau. Penulis berharap PM tidak terus membuatkan rakyat tertanya-tanya dan akhir sekali terpengaruh dengan dakwaan Anwar itu.

Dalam masa yang sama penulis juga ingin menggesa kerajaan berdasarkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebarang apa jua bentuk program yang dibuat yang melibatkan wang rakyat ia hendaklah dibuat dengan benar-benar telus kerana ini lah baru dipanggil 'Rakyat Didahulukan'.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, September 15, 2010

Bantahan Terhadap Cadangan CUEPACS


Bantahan Terhadap Cadangan CUEPACS
Oleh: yieMEGA

KELMARIN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Perkhidmatan Awam atau ringkasnya Cuepacs telah mencadangkan kepada kerajaan supaya usia persaraan dinaikkan dari 58 tahun pada masa ini kepada 60 tahun kerana kata mereka di negara-negara lain umur persaraan kebanyakkanya 60 tahun, jadi Malaysia pun perlu mengambil mereka sebagai contoh.

Ini bukan kali pertama Cuepacs mencadangkan umur bersara dinaikkan, malah umur bersara yang baru dinaikkan baru-baru ini pun ianya dicadangkan oleh Cuepacs. Penulis tidak bersetuju dengan cadangan Cuepacs tersebut kerana ianya akan memberi impak yang sangat besar kepada negara kita.

Pertama sekali, sekiranya umur bersara dinaikkan dari 58 tahun ke 60 tahun, besar kemungkinan kadar pengganguran di dalam negara semakin bertambah, ia sesuatu yang tidak elok untuk ekonomi negara kita. Cuba bayangkan had umur bersara 58 tahun pun kadar pengangguran masuh tinggi, inikan pula dilanjutkan sehingga 60 tahun. Penulis merasakan cadanga Cuepacs ini tidak praktikal.

Apabila kadar pengangguran tinggi ia dikhuatiri mendatangkan masalah lain seperti peningkatan kes-kes jenayah berdasarkan teori pengangguran akan menggangu ekonomi negara dan sepertimana kata kebanyakkan pakar ekonomi "If Economy Go Down, Crime Go UP". Secara tidak langsung jika cadangan Cuepacs ini dilaksanakan ia akan mengundang peningkatan kes jenayah.

Tambahan pula, mengikut tahap-tahap kehidupan berdasarkan ilmu Psikologi umur 55 tahun ke atas sudah hilang motivasi dirinya dan juga semangat kerja juga akan berkurangan. Kerja secara acuh dan tak acuh mula menjadi pilihan pada waktu umur ini atau dalam bahasa yang lebih mudah, biasanya pekerja di dalam lingkungan umur ini akan dijangkiti sindrom 'Malas Bekerja'. Ini bermakna Kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukkan wang rakyat untuk pekerja yang kurang kualiti kerjanya.

Dengan ini, penulis berpendapat cadangan Cuepacs ini harus dibantah kerana ia akan merugikan negara dan juga matlamat "Pencapaian diutamakan" tidak akan tercapai sekiranya kerajaan menerima pakai cadangan Cuepacs ini.

Kepada Cuepacs penulis ingin menyatakan jangan hanya pandai mengeluarkan cadangan tanpa berfikir apa implikasinya terhadap orang-orang yang berada di luar daripada kongres itu contohnya siswazah-siswazah yang masih ramai menganggur. Dalam masa yang sama, penulis merasakan umur bersara yang terbaik bagi kakitangan awam ialah 55 tahun sepertimana yang telah diamalkan Kerajaan sebelum ini.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Tuesday, September 14, 2010

Hilangnya Seorang Jutawan Melayu!



Hilangnya Seorang Jutawan Melayu!
Oleh: yieMEGA

DI AIDILFITRI ini kita kehilangan seorang lagi Jutawan Melayu yang pergi menyambut seruan Ilahi selepas beliau dibunuh dengan kejam oleh orang yang berjiwa binatang. Kehilangan salah seorang jutawan Melayu ini merupakan satu kehilangan yang besar buat industri perniagaan Melayu di tanah air kita.

Kematian menyayat hati Datuk Sosilawati Lowiya telah benar-benar mengguriskan hati kita, apa lagi dia seorang yang berbangsa Melayu yang juga bergelar Jutawan. Dalam sasaran 30% penguasaan ekonomi oleh orang Melayu masih belum tercapai alih-alih statistik sedia ada pula berkurangan seorang.

Bagi penulis, pemergian Datuk Sosilawati Lawiya merupakan satu kehilangan besar di dalam industri perniagaan negara terutamanya dalam bidang kosmetik. Begitulah adat dunia kita bukan selalu berada di atas, akhir sekali kita berada dibawah jua.

Dalam kesempatan ini penulis ingin bersama-sama dengan pembaca untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah tuhan seru sekian alam. Al-Fatihah...

Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan kepada kerajaan agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes kematian Datuk Sosilawati Lawiya.

Penulis juga berharap agar mereka-mereka yang terlibat di dalam pembunuhan kejam ini dikenakan hukuman yang setimpal kerana sebab mereka kita kehilangan permata berharga dunia perniagaan kita.

Dalam masa yang sama, penulis ingin menggesa semua peniaga-peniaga Melayu tempatan supaya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk kita menjadi jutawan. Peristiwa yang berlaku terhadap Datuk Sosilawati ini semoga akan memberi petunjuk berguna kepada jutawan-jutawan Melayu lain agar mereka lebih berhati-hati didalam berurusniaga.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Monday, September 13, 2010

Cina 1Malaysia Beraya


Cina 1Malaysia Beraya
Oleh: yieMEGA

KITA sebenarnya masih di dalam mood Hari Raya Aidilfitri kerana kata orang Raya Kan Sebulan, walaupun di kebanyakkan tempat di Pantai Timur sambutan hari raya sudah bertukar menjadi hari-hari biasa biarpun bulan Syawal adalah sebulan. Itulah orang kata lain padang lain belalang begitulah juga sambutan hari raya.

Dalam artikel kali ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca yang dikasihi satu pengalaman yang dilalui penulis sebentar tadi. Pengalaman yang amat mengejutkan dan mungkin boleh membuatkan pembaca teruja.

Kisah ini terjadi pada pagi tadi semasa penulis membawa motosikal penulis untuk dibaiki di sebuah bengkel motosikal yang letaknya di hadapan JPJ Panji, Kota Bharu, Kelantan. Kalau tak silap nama bengkel motor itu Ah Thong Motor Sdn. Bhd.

Tujuan sebenar penulis ke sana ialah kerana ingin menukar spoket motosikal penulis yang sudah sampai had usianya dan perlu ditukar bagi menjamin keselamatan penunggangnya. Pada mulanya penulis hanya menunggu mekanik di bengkel itu membuat proses penukaran spoket tersebut.

Sebaik sahaja selesai urusan penukaran spoket tersebut, penulis masuk ke kaunter bayaran untuk membuat bayaran. Selepas bayaran selesai dibuat, tauke bengkel itu tiba berkata "Selamat Hari Raya" lantas menghulurkan tangan untuk berjabat salam. "Wah Ini Cina 1Malaysia"bisik hati kecil penulis.

Peristiwa ini benar-benar mengejutkan penulis, dan penulis juga tak sangka ada juga kaum yang berbangsa Cina dan bersemangat 1Malaysia, sesuatu yang jarang kita nak temui di kalangan kaum yang sama dinegeri-negeri luar dari Pantai Timur.

Penulis memuji sifat yang ditunjukkan oleh Tauke Bengkel Motor tersebut, penulis pun berharap agar kaum sebangsa denganya di negeri-negeri lain pun sepatutnya mencontohi beliau demi menyemarakkan semangat 1Malaysia yang sentiasa diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita.

Penulis akui memang susah nak cari kaum sebangsa dengan Tauke Bengkel Motosikal tersebut yang bersemangat sama dengan dia, kalau yang ada pun banyak yang bersemangat ultrakiasu (meminjam ungkapan yang diberikan oleh Dr. Ridhuan Tee).

Liha sahaja Namewee dia adalah contoh sebagai tokoh Ultrakiasu bangsa cina. Ingatlah bukan kerana namanya Hong Leong, Hock Kick Seng, Ban Seng, Ah Seng, Ah Beng ia dibenci oleh orang Melayu tetapi apa yang dibenci sesetengah perbuatan mereka yang kadang-kadang melampaui sempadan dan melebihi batas.

Kalau tak ada perbuatan-perbuatan yang melampaui batas, penulis percaya orang Melayu tidak akan marah kepada mereka. Kata orang "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Sunday, September 12, 2010

Tirai Lepas Raya Dibuka....

Tirai Lepas Raya Dibuka....
Oleh: yieMEGA

HARI INI telah genab tiga hari umat Islam di Malaysia merayakan hari kemenangan bagi umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri 1431H. Sebagai membuka tirai blog Suara Generasi Muda Malaysia penulis membuat satu artikel khas ini untuk pembaca-pembaca setia blog ini. Ini bermakna selepas daripada ini lebih banyak artikel lagi akan dikeluarkan dari masa ke semasa merangkumi aspek-aspek yang melibatkan isu-isu semasa.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan terima kasih di atas kesetiaan pembaca yang terus membaca blog ini dalam ertikata lain, blog ini menjadi meriah dengan kehadiran pembaca-pembaca setia seperti mereka, yalah apa guna blog tanpa dibaca. Terima kasih juga kepada pembaca-pembaca yang turut serta berhujah di blog ini melalui komen-komen mereka yang berikan.

Artikel kali ini adalah pembuka bicara untuk terus berhujah mengenai isu-isu semasa yang timbul di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa. Bercakap mengenai isu antarabangsa teringat penulis dengan isu Kempen Hari Membakar Al-Quran yang dianjurkan oleh Gereja di Florida, Amerika Syarikat.

Oleh yang demikian penulis merasa bertanggungjawab untuk mengulas mengenai isu tersebut. Kempen tersebut boleh dikatakan salah satu bentuk penghinaan terhadap Agama Islam, satu penghinaan yang amat memalukan lebih-lebih lagi ia melibatkan Kitab Suci Al-Quran.

Mungkin pepatah Melayu baru patut dicipta untuk memberi nasihat kepada mereka contohnya "Marahkan Umat Islam Segelintir, Al-Quran dibakar". Mungkin pepatah ini sesuai untuk mereka-mereka yang terlibat di dalam kempen yang bodoh ini.

Tambahan pula, adakah mereka benar-benar pasti yang orang yang terlibat dalam peristiwa 11 September itu adalah benar-benar umat Islam. Sebelum ini menurut beberapa maklumat penulis terima kenapa pula sebelum kejadian itu ribuan orang Yahudi yang bekerja di WTC itu mengambil cuti dengan tiba-tiba, dan pada hari kejadian itu boleh dikatakan tiada yang beragama Yahudi terlibat dalam insiden itu, tidakkah mereka terfikir apakah kaitan golongan Yahudi tersebut dengan peristiwa berdarah ini, kerana mereka seolah-olah sudah dapat tahu yang kejadian ini akan berlaku.

Berbalik kepada Kempen Membakar Al-Quran ini, perbuatan ini hanya akan menambahkan lagi kemarahan umat Islam kepada mereka. Penulis percaya umat Islam di seluruh dunia tidak akan membisu melihat Kitab Sucinya dibakar oleh pengganut agama lain. Cuba bayangkan perkara yang sama diperlakukan terhadap Kitab bible yang menjadi kebanggaan mereka itu, sudah tentu mereka pun turut merasa marah.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat yakni Barrack Obama telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan AS tidak berperang dengan Islam. Baguslah kalau Obama berkata begitu, penulis pun berharap rakyat Amerika juga senada dengan Obama dan janganlah lagi membakar sentimen yang bakal mengundang kemarahan umat Islam seantero dunia.

Isu Iklan Raya TV3

Kita Tinggalkan isu antarabangsa kita berbalik kepada isu dalam negara. Menjelang Hari Raya baru-baru ini timbul isu berkenaan Iklan Raya yang dikeluarkan oleh tv3. Mungkin penulis terlewat sedikit mengulas berkenaan dengan isu ini tetapi walaupun agak lewat tak bermakna penulis tidak mengulas mengenainya kata orang lebih baik lambat daripada tiada.

Isu ini mendapat tentangan hebat daripada kebanyakkan rakan-rakan FB dan juga blogawan. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya Iklan itu berunsur kepercayaan Agama Lain dia akan ditentang habis-habisan oleh umat Islam di negara kita.

Walaupun penulis bersetuju bahawa Iklan TV3 itu tidak sesuai dengan masyarakat Islam di Malaysia tetapi tidak bermakna penulis bersetuju dengan tentangan-tentangan yang dibuat oleh rakan-rakan FB dan juga rakan-rakan blogawan.

Fahami betul-betul maksud yang penulis ingin sampaikan di sini, penulis hanya tidak bersetuju dengan cara tentangan yang dibuat, bukan tidak bersetuju dengan penentangan tersebut. Kalau kita lihat usaha-usaha mereka itu wajar dipuji namun, dalam tidak sedar mereka telah mempopularkan Iklan tersebut sehinggakan video tersebut yang dimuatkan di Youtube mencecah 90,134 orang penonton.

Secara tidak langsung usaha-usaha penentangan tersebut telah memberi promosi secara tidak langsung terhadap iklan yang menimbulkan polemik umum ini. Tidak adakah cara yang lebih baik untuk menentang iklan ini tanpa perlu mempromosikan balik iklan ini.

TV3 sudahpun menarik balik iklan ini, dan juga telah pun memohon maaf kepada umat Islam di Malaysia, tetapi iklan ini masih disiarkan oleh youtube yang kebanyakkan dimuatnaik oleh golongan penentang ini, tidakkah mereka sedar bahawa sekarang ini merekalah yang bertanggungjawab di atas iklan ini, memandang di TV3 sudah tiada iklan ini sebaliknya di youtube pula ianya ditonton dalam usaha-usaha menentang iklan ini.

Dalam ertikata lain, mereka yang menentang ini pula yang mempromosikan iklan ini, kalau mereka benar-benar Ikhlas untuk menentang, penulis mendesak agar video iklan ini dipadam terus dari youtube agar video tidak akan terus ditonton oleh sesiapa sahaja. Harap Maklum....


Baca Lagi!

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Oleh: yieMEGA



MALAM tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah mengumumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1431H ialah pada hari Jumaat 10 September 2010. Ini maknanya hari ini adalah hari terakhir bagi umat Islam di Malaysia bersahur.

Dalam kesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf, Zahir dan batin terutamanya kepada pembaca-pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia dan juga semua ahli-ahli Politik tanah air tidak kiralah parti mana yang mereka wakili dan juga kepada semua rakyat Malaysia.

Kepada yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing, penulis ucapkan semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

Di kesempatan ini juga penulis ingin memohon maaf kepada semua rakan-rakan di dunia blogawan ini iaitu MSO, Husin Lempoyang, Dr Novandri, Meli Kapak Jangak, Kickdefella, DIY-Dunia Tiger, Panglima Perang, dan semua rakan-rakan seperjuangan di dalam arena blogger ini.

Terima kasih semua diatas kesungguhan anda memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh seorang yang bernama blogger. Semoga Aidilfitri kali ini memberi sejuta makna kepada anda semua.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Wednesday, September 1, 2010

Jalur Gemilang Dibakar dan Dipijak Lagi...


Jalur Gemilang Dibakar dan Dipijak Lagi...
Oleh: yieMEGA

JALUR GEMILANG itulah nama bagi bendera atau panji yang menjadi maruah negara kita yang kita sayangi yakni Malaysia. Sayang kita kepada bendera begitulah sayang kita kepada tanah air kita, bendera mewakili negara kita dan kita adalah rakyat kepada negara ini.

Penulis akui dengan kejadian terbaru yang berlaku di Indonesia benar-benar membuat penulis merasa sebak bercampur dengan marah. Penulis merasakan had kesabaran penulis sudah sampai ke penghujungnya. Penulis juga percaya yang ramai daripada rakyat Malaysia yang bersependapat dengan penulis.

Apabila berkali-kali Jalur Gemilang dibakar dan dipijak-pijak, penulis merasakan perbuatan itu tidak boleh dimaafkan lagi. Sampai bila kita mesti berlembut dengan mereka sedangkan mereka selalu berkeras dan juga iri hati dengan kita.

Memang kita dengan mereka adalah serumpun, namun apa gunanya serumpun kalau mereka tidak habis-habis hendak menjatuhkan maruah kita dan negara kita. Mereka tidak sedar di bumi Malaysia inilah tempat sahabat handai mereka mencari rezeki demi sesuap nasi kerana kehaprakkan pemimpin negara mereka sendiri yang tidak mampu memberi rezeki yang begitu melimpah biarpun negara mereka mempunyai kepadatan penduduk yang amat tinggi berbanding negara kita.

Tindakan Kerajaan negara kita yang memberikan peluang pekerjaan kepada sahabat handai mereka boleh diibaratkan sebagai seperti melepaskan anjing yang tersepit. Nah lihatlah sahaja betapa ramainya anjing-anjing yang membuat demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Penulis merasakah sudah tiba masanya untuk Kerajaan bertindak tegas dengan mengharamkan terus pekerja-pekerja dari Indonesia untuk bekerja di Malaysia dan menghantar pulang kesemua pekerja-pekerja Indonesia yang bekerja di Malaysia pulang ke negara asal mereka.

Warga Indonesia juga hendaklah disenarai hitamkan di Malaysia dan selepas ini jangan lagi memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk mencari rezeki di negara kita ini. Banyak lagi pekerja-pekerja negara lain yang lebih memerlukan pekerjaan.

Kerajaan Juga diseru menarik balik semua permit-permit import barang-barang yang berasal dari Indonesia dan menghentikan kerjasama ekonomi dengan Indonesia mungkin inilah langkah terbaik untuk mendidik mereka.

Sampai bila kita sekadar hanya menyaksikan Jalur Gemilang dibakar tanpa membuat apa-apa. Tidakkah ini menampakkan kita rela Jalur Gemilang diperlakukan sebegitu rupa. Sudah tiba masanya orang yang tak sedar untung diberi pengajaran secukupnya, biar mereka benar-benar insaf dengan apa yang mereka lakukan.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin