Bilangan Pengunjung:

Thursday, August 14, 2008

Kalau Dengan DAP Boleh Kenapa Tidak Dengan UMNO - Nasharuddin Mat Isa


Sebut sahaja Nasharuddin Mat Isa sudah tentu pasti ramai yang mengenalinya sesuai dengan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS apatah lagi beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat daripada daerah Bachok Kelantan walaupun beliau bukanlah orang Kelantan. Bagi penulis tidak kisah dia asal daripada mana pun asalkan mereka sanggup menjadi kuli kepada rakyat, bukan rakyat menjadi kuli untuk mereka.

Semasa Muktamar Pemuda PAS yang ke 49 yang berlangsung di Ipoh, Perak semalam beliau mengeluarkan kenyataan yang mengatakan kita boleh bekerjasama dengan DAP yang sejak dulu sampai sekarang tidak dapat menerima Islam, tidak pula ada yang menentang di samping itu beliau menyifatkan bahawa tindakan ahli-ahli yang membantah keputusan Muqabalah UMNO-PAS yang telah mendapat restu Majlis Syura PAS sebagai melanggar disiplin parti.

Mengikut rekod Nasharuddin selaku Timbalan Presiden PAS yang senada dengan TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam cadangan Muqabalah UMNO-PAS dan beliau antara orang yang paling kuat bekerja agar Muqabalah UMNO-PAS menjadi kenyataan demi memelihara kesatuan umat Islam dan umat Melayu di Malaysia.

KOMEN SUARA GENERASI MUDA

Pada pandangan penulis, kenyatan Timbalan Presiden PAS tersebut boleh dikatakan ada kebenaranya. Fahamilah dengan menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah tuhan seru sekian alam. DAP yang sejak dari dulu sampai sekarang terang-terang memusuhi Islam atau tidak keterlaluan kalau penulis memanggilnya 'kafir harbi' tetapi boleh bekerjasama dengan PAS tanpa apa-apa bantahan daripada ahli PAS.

Tiba pula masa Muqabalah UMNO-PAS, ramai pula dikatakan membantah terutamanya 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS. Sedangkan ahli UMNO itu majoritinya Melayu dan Melayu menurut Perlembagaan Malaysia bermaksud seseorang yang beragama Islam, mengamalkan sifat dan cara hidup Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu. Tidakkah perkara ini pelik bukan? Pada pandangan penulis tindakan Muqabalah UMNO-PAS yang cuba diambil oleh PAS sebagai satu langkah memperbetulkan kesilapan mereka sebelum ini yang memandang jijik dan hina kepada UMNO. Jadi kenalah pada masanya PAS berbuat demikian.

'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim pasti tidak mahukan ini semua kerana ia akan menguggat orang yang dipujanya nanti upacara pemujaan menjadi susah banyak halangan yang timbul nanti. Bagi mereka yang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan "Stealth Soldier' Anwar Ibrahim mungkin kerana ketinggalan artikel penulis yang lepas. "Stealth Soldier' Anwar Ibrahim merujuk kepada askar-askar halimunan yang dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk membolehkanya menguasai PAS dan mungkin juga cuba untuk mengubah perjuangan PAS secara senyap sepertimana kata pepatah 'musuh dalam selimut, gunting di dalam lipatan, Musuh anda adalah kawan anda' dan bermacam-macam lagi. Semoga pembaca faham dengan penerangan ringkas penulis ini berkenaan 'Stealth Soldier' Anwar Ibrahim di dalam PAS.

1 comment:

Conspiracy Theorist said...

Salam Bro SGMM,

Stealth soldier bro AnWar ni bukan ada dlm PAS saja tetapi dlm UMNO/BN juga..infact in d 80's dia dah bawa masuk stealth soldiernya kedlm Kerajaan. Apa yg kebanyakan org tidak sedar ialah bro AnWar lah punca segala masaalah dlm kerajaan bawah pimpinan Tun dulu.. itu lah sebabnya ada setback dalam implementation govt policy & projects time Tun M dulu..bro AnWar is a MASTER of DECEPTION yg brguru dgn Neocons/CIA & Illuminati... bro AnWar dh buat perjanjian dgn syaitan so dia kena honor le kalo tak jd cam Benazir/Sadam/Radovan/Shah Iran & lain2 talibarut Illuminati yg gagal mengikut agenda depa.. kalo dilihat pada illuminati punya cara mereka memang suka & menggalakan HOMOSEKS GAY & LESBIAN atas dasar senang control..cuba bayangkan bagaimana bro AnWar nak bayar balik semua duit yg telah diberikan padanya untuk menjalankan misi Neocons ini kalo tidak dengan cara merampok khazanah UMNO & negara.. jd kesimpulan nya dia terpaksa menjatuhkan UMNO/BN.. bolehkah dia lakukan nya..bagi saya mungkin boleh kalo PLah maseh ada sbgai PM sebab depa satu geng.. sel bro AnWar berpusat di Indonesia manakala sel PLah berpusat di Singapura..apa pun bozz depa sama iaitu USA/Zionis/CIA/Mossad..cuma MASA YG MENENTUKAN..jd doakan lah supaya Bro AnWar & PLah ni tercicir keluar dari tompok kuasa demi bangsa dan negara kita.. gue cuma risau sal anak2 cucu kita dimasa akan datang saja..apo nak dikato..heheh..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar

p.s. bro gue rasa bro AnWar akan sabotage dirinya sendiri untuk kalah sbb dia tak nak jd PM direct tapi jadi PM pakai Proxy..d hidden hand behind d PM supaya dia dapat bergerak bebas untuk jalankan activiti nya menghancurkan Islam..Allah forgive me for dis statement..bro AnWar is d devil's advocate.. kalo dia kalah pun dia boleh spin kata BN/UMNO sabo dia..heheh..apo nak dikato..(,")

Blog Widget by LinkWithin