Bilangan Pengunjung:

Wednesday, August 27, 2008

KENYATAAN TENGKU RAZALEIGH MENGENAI PRK PERMATANG PAUH

Kenyataan Keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh

26 Ogos, 2008

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Lima bulan setelah kekalahan Pilihanraya Umum terbesar dalam sejarah kita, UMNO kini mengalami kekalahan yang besar pula di Permatang Pauh. Kekalahan ini dirasai walaupun dengan mengerahkan kepimpinan dan menggunakan sumber-sumber parti yang telah menerajui kerajaan selama lima puluh tahun. Kekalahan ini dirasai walaupun melaksanakan kempen yang menghina dan memecah-belahkan Negara kita. Sudah tiba masanya kita menerima hakikat sebenar: italah yang telah dikuburkan:

- Kepimpinan Negara ditolak oleh rakyat dan juga ditolak oleh ahli-ahli kita sendiri. Kiraan undi Barisan Nasional kurang daripada jumlah ahli UMNO di Permatang Pauh.
- Di kalangan parti-parti komponen kita sendiri, kempen kita bukan sahaja tidak bermaya, bahkan tidak diselaraskan dengan baik.
- Rasa kebolehpercayaan terhadap Perdana Menteri dan Timbalannya yang setidak-tidaknya ada selepas 8 Mac kini hapus sama sekali.

Kad laporan hari ini yang dihantar kepada Perdana Menteri selaku Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Pengerusi BN, tidak boleh disembunyikan: beliau tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menguruskan Negara kita, apatah lagi mengemudinya ke arah baru dalam dunia yang begitu rumit dan kompleks. Beliau mungkin tidak mempunyai kredibiliti yang diperlukan untuk menyatukan Negara kita. Keadaan ini amat merbahaya dan tidak boleh berterusan: ianya tidak akan berterusan.

Saya merayu kepada ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN supaya terus bersama UMNO dalam menghadapi krisis ini. Rakyat Malaysia dan juga ahli-ahli biasa UMNO sudah melaungkan suara kemerdekaan mereka. Mereka menuntut kepimpinan yang boleh dipercayai dan akan menyatukan mereka, yang akan mengembalikan kepercayaan terhadap institusi-institusi dan akan mara dengan wawasan yang jelas. Hari ini membuktikan yang arah aliran ini tidak boleh dihalang. UMNO mesti berubah. Kita mulakan dengan memulihkan kepimpinan Parti. Saya yakin, pada bulan Disember, kita akan berbuat demikian.


Tengku Razaleigh Hamzah

1 comment:

Anonymous said...

HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

PADA 30 OGOS 2008
JAM 9 PAGI
BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA BANGSA KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DICALAR-CALAR DAN DIROBEK-ROBEKKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN SEMAKIN HAPUS DITELAN BUMI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG DAN BERSATU UNTUK MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

DIINGATKAN DENGAN SECARA TEGASNYA BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN DENGAN BERTUJUANKAN POLITIK DAN BUKAN JUGA UNTUK TUJUAN PERSENDIRIAN

TULANG-TULANG BELAKANG HIMPUNAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN NGO-NGO YANG HANYA MENYOKONG UNTUK TUJUAN DASAR MENYELAMATKAN MELAYU KITA

HIMPUNAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA MEREKA DILUAR SANA BAHAWA KAMI MELAYU MUDA ADALAH PERINTIS UNTUK MENYAMBUNG KERINGAT YANG TELAH DIJUANGKAN OLEH BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK KITA

SEDARLAH BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU INI

SAMA-SAMALAH KITA KE SANA,MEMERIAHKAN HIMPUNAN UNTUK MENGENANG KEMBALI SEJARAH YANG TELAH HAMPIR KITA LUPAKAN

JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

SEKIAN...
SALAM...

BERSATU MEMBELA BANGSA,
HIDUP MELAYU MUDA.

Blog Widget by LinkWithin