Bilangan Pengunjung:

Sunday, August 10, 2008

Permatang Pauh: Jom Undi AKIM

Sepertimana penulis yakin sudah ramai yang mengetahui penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008 dan hari membuang undi pada 26 Ogos 2008. Kalau yang masih tak tahu tu alamatnya dia kurang mengambil peduli dengan perkembangan semasa ataupun dia langsung tak tengok berita kerana asyik manonton rancangan bercorak hiburan hingga terjeluak tetapi tak pernah serik-serik.

Penulis mendapat tahu yang AKIM akan meletakkan calonya di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan ini menjadikan Permatang Pauh bakal menghadapi pertarungan tiga penjuru iaitu Barisan Nasional, Parti Keadilan Rakyat dan AKIM. Penulis merasakan inilah peluang terbaik bagi AKIM untuk berusaha keras memenangi kerusi Permatang Pauh tersebut.

Pada pandangan penulis sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas kerusi Permatang Pauh sudah tentu orang yang paling mendabik dada di dalam BN ialah Abdullah Haji Ahmad Badawi dalam masa yang sama ia akan mempergunakanya keputusan pilihan raya tersebut sebagai kayu pengukur untuk mengekalkan kuasanya di dalam BN dan UMNO. Penulis percaya sudah tentu ramai ahli UMNO yang tidak mahu ini terjadi, jadi penulis cadangkan supaya ahli UMNO untuk mengundi calon AKIM sebagai alternatif kepada calon BN bagi mengelakkan Abdullah Haji Ahmad mempergunakan kemenangan Permatang Pauh sebagai salah satu cara untuk beliau mengekalkan kuasa.

Cara yang penulis cadangkan kepada ahli UMNO ini adalah cara terbaik berbanding membuat undi rosak kerana 'biarlah BN Kalah asalkan Anwar pun Kalah'. Sudah tentu Anwar mendapat malu besar sekiranya AKIM berjaya merampas kerusi yang dahulunya disandang oleh Bini kesayanganya yang sanggup melepaskan kerusi tersebut demi suaminya yang dayus, bacul dan sebagainya.

Penulis juga ingin mencadangkan kepada ahli-ahli PAS yang berada di Permatang Pauh membuat undi protes dengan memberikan undi mereka terhadap AKIM. Penulis percaya, khabar angin yang bertiup kencang yang mengatakan Ahli Pas tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat naungan DAP ada kebenaranya kerana masakan pokok bergoyang sekiranya tiada angin yang mengocangkanya.

Ahli-ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Kuku Besi Pakatan Penipu Rakyat di bawah naungan DAP mungkin boleh memilih untuk memberi undi kepada AKIM bagi membuktikan bahawa mereka sepatutnya diberi tempat kerana usaha kuat mereka yang tidak kenal erti penat lelah, siang malam asyik berjuang demi memastikan Pakatan Penipu Rakyat menang semasa Pilihan Raya Umum ke 12 baru-baru ini.

Pepatah Melayu ada Mengatakan 'Orang berbudi kita berbahasa' jadi jika kita berbudi orang tidak berbahasa maknanya orang itu tidak reti bahasa maklum sahaja cakap Melayu pun telo' je ada hati mahu mengaku rakyat Malaysia dan berhak pada Malaysia pulak tu. Setelah kita berbudi orang tidak berbahasa kita perlu menggunakan pendekatan 'Buat Baik di balas baik, buat jahat di balas jahat' jadi kita perlu mengundi AKIM untuk memberi pengajaran kepada mereka. Marilah ahli-ahli PAS yang masih mahukan perjuangan asal PAS mengundi AKIM kerana Anwar Ibrahim adalah antara orangnya yang mahu menukarkan perjuangan PAS kepada perjuangan bercorak sekular jadi jangan biarkan Anwar merosakkan parti kita.

3 comments:

Anonymous said...

Pemimpin yang sebenar, dapat mengenalkan rakyatnya pada Tuhan,takut dan cinta kepada Tuhan, dapat mendidik rakyatnya. Berkasih sayang, mengutamakan orang lain, rasa bersama dan bekerjasama. Maaf bermaafan satu sama lain, bertolak ansur sesama. Cintakan akhirat lebih dari dunia, hingga rakyat sanggup mengorbankan dunianya kerana Akhiratnya.

Razif AR Al-Marbawi said...

Undilah AKIM!

Anonymous said...

geli geleman teman membaca rencana AKIM ni. xde masa depan.

Blog Widget by LinkWithin