Bilangan Pengunjung:

Friday, August 15, 2008

Saiful Bermubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan


Laporan AgendaDaily:

Mohd Saiful Bukhari Azlan, petang Jumaat mengangkat sumpah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta,Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemani oleh bapanya mengangkat sumpah mubahalah itu yang disaksikan imam masjid tersebut serta 30 orang daripada wakil media dan anggota keluarga pada kira-kira 6.15 petang.

Upacara itu berlangsung selama 15 minit.

Saiful, bekas pembantu peribadi Anwar, sebelum ini berjanji melakukan sumpah mubahalah bagi menyokong dakwaannya terhadap bekas majikannya itu. Saiful, yang berbaju Melayu coklat sambil menghadap kiblat, melafazkan sumpahnya dengan memegang Al-Quran di tangan kanannya dan berpandukan teks sumpah di tangan kirinya.

"Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

Pada 7 Ogos lepas, Anwar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada 26 Jun lepas di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
http://www.agendadaily.com

Komen Suara Generasi Muda Malaysia

Alhamdullilah cadangan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah diterima pakai oleh Saiful Bukhari yang mendakwa beliau diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nampaknya hari Jumaat telah dan Masjid Wilayah Persekutuan telah dipilih oleh Saiful Bukhari sebagai hari dan tempat Mubahalah disempurnakan.

Selesai sudah Saiful Bukhari bermubahalah ini bermakna Anwar Ibrahim sahaja yang belum bermubahalah malah beliau juga turut menyifatkan tindakan Mubahalah yang dilakukan oleh Saiful adalah salah satu strategi politik UMNO dengan memberi alasan 'Mubahalah' tersebut diadakan sehari sebelum penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh iaitu pada Sabtu 16 Ogos 2008.

Namun, setakat ini tidak ada tanda-tanda positif yang memungkinkan Mantan Timbalan Perdana Menteri yang suka menari dan bercita-cita menjadi Perdana Menteri itu agar beliau bebas melakukan apa sahaja ketika berkuasa kelak termasuklah bekerjasama dengan Amerika untuk memerangi negara-negara Islam untuk dijadikan boneka Amerika. Bagi penulis, sekiranya Anwar Ibrahim tidak bermubahalah dalam masa terdekat penulis mengandaikan Anwar Ibrahim sememangnya bersalah tetapi sekiranya Anwar Ibrahim bermubahalah dalam masa terdekat penulis mengandaikan beliau tidak bersalah selagi tidak dibuktikan perbuatanya itu yang sama dengan perbuatan Kaum Luth tidak berapa lama dahulu.

KOMEN MUFTI PERLIS

Laporan Utusan Malaysia Online

Anwar juga perlu bermubahalah – Mufti Perlis

15/08/2008 10:31pm

KANGAR 15 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim juga melakukan mubahalah bagi menghilangkan keraguan orang ramai terhadap beliau selepas pembantunya bersumpah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, oleh kerana Mohd. Saiful Bukhari Azlan sudah bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, bagi menghilangkan keraguan tersebut, Anwar yang didakwa meliwatnya juga perlu bersumpah laknat.

Dr. Mohd. Asri menyifatkan Mohd. Saiful menanggung risiko yang besar apabila membuat ‘mubahalah’ atau sumpah laknat yang mendakwa beliau diliwat oleh Anwar.

Menurutnya, bekas pembantu peribadi Anwar itu akan menghadapi laknat Allah jika dia berbohong dan akan selamat kalau dia bercakap benar.

“Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar.

“Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.

Mufti Perlis itu ialah tokoh agama yang mencetuskan cadangan supaya Anwar dan Mohd. Saiful melakukan mubahalah.

Dr. Mohd. Asri bagaimanapun berkata, keberanian Mohd. Saiful melafazkan sumpah laknat tersebut menunjukkan pemuda itu yakin dengan apa yang dakwanya.

“Tetapi dia juga perlu faham akan kesan sumpah yang dibuatnya jika dia berbohong," katanya.

Mohd. Saiful hari ini bersumpah laknat mengikut syariat Islam untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Anwar.

Upacara mengangkat sumpah itu dilakukan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama masjid berkenaan, Mohd. Saiful, 23, bersumpah disaksikan beberapa pegawai masjid tersebut serta ahli keluarganya.

Turut hadir ialah para pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), antaranya Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

http://www.utusan.com.my
http://drmaza.com


1 comment:

Edward Skading said...

Dear Blogger,

Hello.

My name is Edward Skading, from Selangor, Malaysia. My parents once told me that to have a happy and long life, you must take great care about the food you consume. Always make sure it’s clean, because cleanliness is next to godliness and I stuck to these values. As a result, when it comes to food, I always make sure what I eat is reasonably clean and safe. I also believe that everyone has the right for healthy, clean and safe food.

Recently, I exposed a horrible discovery concerning one of F&N Dairies (M) Sdn Bhd products on my weblog. It all started when my family and I was shocked to discover an abnormal brownish-blackish substance in a “Tea Pot” brand, sweeten condensed milk. You can read the detail findings, correspondence letters, photos of the contaminated milk and the foul conditions of F&N Dairies’ plant, at my weblog http://consumersrighteousness.blogspot.com/.

Before exposing my horrible discovery, I have made a complaint to the company, but they are denying everything and not taking ownership of the product, even there is sufficient (justifiable) evidence that the milk is contaminated by mould and their plant have various foul conditions. I did not ask for any form of compensation, but I requested that the company be truthful, take ownership and accountable for their oversight, moreover rectify the problem and produce cleaner and safer food.

I also feel cheated when the company executive responded that they are not liable for damaged products in the marketplace. Looks like I had been scammed by the company after being a loyal customer for many years. If only I had been informed in advance that I was eating their products under unsecured risk and with no assurance, I would have immediately change brand. I would have chosen a company that is more reliable, accountable and concern about their customers.

As a consumer, I am sickened by the fact that we are not provided maximum protection from this sort of situations and whatever consumer rights we have now are defenceless. Even the consumer association NGO where I made a complaint (about 5 months ago) seems to be shying away because my grievances involve a corporate giant. With all of this going on, I feel my rights as a consumer had been deprived and now I am being forced to silence. Yes, the company is now suing me to shut up. They are using bullying legal tactics just because I am poor and powerless.

I believe, it is the responsibility of our whole society to protect the rights and benefits of consumers, and we should together stand up and uphold it. By doing so, together we will eventually improve the consumption environment and no big organisation dares to bully anyone supported by a unified consumer society and that’s why I am writing to you. I am seeking for your point of view and support towards a good cause campaign to protect and uphold our consumer rights.

If you are willing, I sincerely hope you can cover my story on your weblog and tell it to your world wide readers. I would greatly value and appreciate your kind support. I apologise if I had troubled you and I am sincerely sorry if this letter is in the wrong section of your weblog. Let’s show F&N that we Malaysians are concern too.

If you wish to contact me, please send an email to eddskading@hotmail.com.

Thank you.

Yours truly,

Edward Skading

Blog Widget by LinkWithin