Bilangan Pengunjung:

Wednesday, November 11, 2009

Kesetiaan Palsu...

Kesetiaan Palsu...
Oleh: yieMEGA

BERCAKAP mengenai kesetiaan semua orang pasti suka, namun dewasa ini kalau kita lihat seseorang itu setia terhadap seseorang atau sesuatu tidak semestinya orang itu benar-benar setia kadang-kadang ada penyebab lain yang menyebabkan seseorang itu setia.

Teringat penulis semasa di alam kanak-kanak, pada masa itu penulis masih kurang fasih dengan sifir dan sepak terajang politik. Pada masa itu penulis menyangka yang wakil rakyat yang bernaung di bawah lambang bulan ini benar-benar setia kerana jarang benar penulis mendengar Ahli Parlimen dari PAS yang lompat parti. Penulis ingat Ahli Parlimen PAS itu benar-benar setia kepada parti dan ada yang mati di dalam PAS.

Namun, beberapa hari yang lepas sangkaan penulis semasa di alam kanak-kanak meleset, apabila ada ahli Parlimen dari PAS yang mendedahkan calon-calon PAS yang bertanding dimestikan bersumpah Baiah dengan mempertaruhkan isteri masing-masing yakni sekiranya mereka tidak setia pada parti, maka secara automatisnya isteri-isteri mereka diceraikan dengan talak tiga. Ini bermakna kesetiaan yang penulis sangka sebelum ini hanyalah palsu, cuma ada ikatan tertentu yang menyebabkan mereka setia.

Jadi maknanya ada pemimpin palsu di dalam PAS, sedangkan akar-umbi PAS kebanyakkan begitu taksub dengan PAS tanpa perlu diikat dengan pernjanjian seumpama itu, malah ada yang sanggup berhabis demi melebarkan sayap perjuangan PAS, namun nampaknya pengorbanan akar umbi itu sia-sia sahaja, yang duduk senang lenang pemimpin-pemimpin sedang akar-umbi ada yang kais pagi makan petang, kais malam sedekah pada PAS.

Mungkin tanpa sumpah atau perjanjian tersebut acara lompat-melompat sudah rancak berjalan di kalangan wakil-wakil rakyat PAS. Penulis juga hairan adakah ahli-ahli PAS yang baru sahaja dikenakan perjanjian sedemikian ataupun semua dikenakan sedemikian.

Jika sebahagian sahaja yang dikenakan sedemikian, maknanya kesetiaan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor adalah kesetiaan asli yang tidak perlu dipajakkan Isterinya sepertimana yang berlaku pada hari ini. Ini menarik sekarang ini isteri boleh jadi barang Pajakkan nasib baik tak ada pajak gadai yang boleh gadaikan isteri.

Penulis tidak kisah kalau mereka benar-benar setia kerana kesetiaan sebenar diikuti dengan kejujuran yang ikhlas lagi tulus tak perlulah dipajakkan apa-apa kerana di dalam mencari kesetiaan asli kita perlu berupaya membezakan kesetiaan yang asli dan tiruan dan tanpa ikatan perjanjian tertentu juga kita dapat belajar siapakah yang benar-benar jujur, atau siapakah yang hanya buat-buat jujur.

Penulis akhiri artikel pada kali ini dengan mutiara kata yang berbunyi "Setia Mudah Diungkap, Sukar Dilaksana, Mudah diperdaya, Sukar dipercayai" fikir-fikirkanlah dengan menggunakan akal fikiran kurniaan Allah tuhan seru sekalian alam.

1 comment:

Anonymous said...

Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

Blog Widget by LinkWithin