Bilangan Pengunjung:

Thursday, January 14, 2010

Gula RM 1.65 Harga Peruncit atau Harga Pembekal?

Gula RM 1.65 Harga Peruncit atau Harga Pembekal?

GULA sejenis bahan pemanis yang digunakan ramai. Baru-baru ini harga gula telah naik sebanyak rm 0.20 untuk satu kilogram. Ini bermakna harga baru untuk sekilo gula adalah RM1.65. Sekarang ini timbul persoalan adakah RM 1.65 itu harga untuk peruncit yang membekalkan pengguna ataupun harga pembekal yang membekalkan kepada peruncit.

Pagi tadi penulis pergi ke premis kedai runcit milik rakan penulis, kebetulan pada waktu itu pembekal gula baru aje tiba untuk menghantar bekalan gula kepada premis tersebut. Setelah semua gula telah diletakkan di tempatnya, penulis agak terkejut sedikit apabila harga gula yang dibeli oleh rakan penulis yang merupakan seorang peruncit itu RM1.65 bagi satu kilogram.

Tertanya-tanya juga penulis eh, bagaimana mahu untuk sekiranya beli pun dah RM1.65 satu kilo, tak kan nak jual RM1.65 juga kepada pelanggan. Mungkin ini adalah salah satu faktor kenapa ada setengah peruncit menjual dengan harga RM1.70 untuk satu kilo.

Apa yang kita selalu dengar kerajaan selalu mengambil tindakan ke atas peruncit, tetapi tidak pernah lagi kita dengar kerajaan mengambil tindakan terhadap pembekal kerana menjual dengan harga yang tinggi kepada peruncit.

Cadangan penulis kepada kerajaan ialah harga gula hendaklah dikawal mulai dari pembekal lagi, dan isytiharkan harga maksimum pembekal boleh jual kepada peruncit. Tiba masanya kerajaan cuba menggunakan langkah ini kerana kebanyakkanya kerana perbuatan pembekal lah peruncit terpaksa menjual gula dengan harga yang tinggi.

Pesan penulis kepada peminat-peminat gula "Kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman". Kepada pembekal diminta janganlah menjual gula kepad peruncit dengan harga yang tinggi kerana perbuatan itu akan mendorong peruncit menjual gula dengan harga yang tinggi kepada pengguna.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Anonymous said...

tak kan masa arahan naik harga gula tidak dibuat ketentuan harga pembekal berapa? harga peruncit berapa? alahai ini sudah pandir punya kerja. tapi walau bagaimana pun saya rasa gula gula ni tak sah lah di ambil kira sangat bukan nya kita makan gula sekilo sekali/sehari yg banyak pakai orang meniaga, ada tu seludup pula
lagi pun tak da gula tak kan tak buleh idup..kan..kan

Blog Widget by LinkWithin