Bilangan Pengunjung:

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor Milik BN

Hulu Selangor Milik BN
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor telah diketahui dengan rasminya semalam. Ternyata kerusi yang dahulunya milik PKR sudah bertukar tangan kepada Barisan Nasional selepas P. Kamalanathan berjaya menewaskan Zaid Ibrahim. BN berjaya melalui P. Kamalanathan berjaya mendapat 24, 997 undi manakala PKR menerusi Zaid Ibrahim berjaya mendapat 23,272 undi dan ini menjadikan BN menang dengan majoriti 1, 725 undi.

Penulis mengucapkan tahniah kepada BN dan Juga P. Kamalanathan kepada Zaid Ibrahim dan PKR jangan kecewa dengan kekalahan ini kerana kalah dan menang adat pertandingan. Mungkin hari ini mereka kalah siapa tahu akan datang mereka pula menang.

Kepada BN jangan cepat berpuas hati dengan kemenangan yang mereka perolehi ini. YB Kamal juga hendaklah jangan mensia-siakan kemenangan ini, jadikan kemenangan ini untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Hulu Selangor.

BN pula dinasihatkan agar tidak 'mabuk' dengan kemenangan ini. Mungkin para pembaca masih ingat sebelum Pilihan Raya Umum Ke 12 BN menang di kebanyakkan Pilihan Raya Kecil sebelum PRU12 tapi oleh kerana BN 'mabuk' dengan kemenangan itu akhirnya dihukum melalui 'tsunami politik' yang melanda tanah air pada PRU12 apabila banyak Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional tumbang.

Walaupun BN memenangi Pilihan Raya Kecil ini, penulis mencadangkan agar mereka membuat satu 'Post Mortem' mencari sebab mereka menang dan juga mencari sebab kenapa mereka tewas di peti undi yang terdapat ramai kaum cina dan sebab dan musababnya diperolehi cuba perbaikinya mungkin ianya dapat mengekalkan kerusi ini kepada BN dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

YB Kamal juga perlu berpindah ke Hulu Selangor untuk memberikan kemudahan kepada rakyat untuk mendapatkan khidmat dari beliau. Pastikan juga beliau kerap berada di Pusat Khidmat tersebut bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat khidmat dan pembelaan daripada beliau. Ingatlah kemenangan YB Kamal adalah hasil dari undian rakyat, jadi jangan sia-siakan amanah rakyat ini kerana rakyat berkuasa menghukum YB pada pilihan raya yang akan datang.

BN juga perlu menunaikan semua janji-janji yang dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor berlangsung, jangan janji tinggal janji atau sekadar bertanam tebu di pinggir bibir. Ingatlah kerana janji BN menang kerana Janji juga BN boleh kalah.

Dalam masa yang sama, sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin mensasarkan BN akan menang dengan majoriti yang melebihi 6,000 undi tetapi hasilnya tidak sampai separuh daripada sasaran yang ditetapkan, mungkin TS Muhyidin terlupa pengalaman BN di Bagan Pinang, pada masa itu TS Najib Tun Razak hanya mensasarkan 1 undi pun sudah dikira menang hasilnya BN menang dengan majoriti yang agak besar. Kalau pengalaman ini digunapakai pasti BN dapat majoriti lebih besar kerana biasanya pengundi tidak suka dengan parti yang suka terlalu yakin atau 'over confident'.

Penulis mengakhiri artikel penulis pada kali ini dengan pantun yang berbunyi:

PRK Hulu Selangor Sudah Selesai
Calon yang menang sudah diketahui
yang kalah janganlah memusuhi
Marilah kita bersama bersatu hati

Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Teror said...

Mana boleh bagi BN menang, menang BN apa orang Melayu dapat, nie bila cakap pasal politik, pengundi India dijaga, pengundi didekatkan dihati konooooon,podah BN, orang Melayu cemana, ??? Masjid, sekolah agama rakyat, taski anak-anak kecil ada cerita kaaa??? podah BN , UMNO Yahudi(agen Yahudia Israel)

Blog Widget by LinkWithin