Bilangan Pengunjung:

Thursday, December 18, 2008

Ahmad Said Terikut Gaya PAS memerintah Terengganu?

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia
Menteri Besar dedah enam anak syarikat kerajaan Terengganu bermasalah sejak 2005

KUALA TERENGGANU – “Enam anak syarikat kerajaan negeri dikenal pasti mengalami kerugian membabitkan jumlah terkumpul sejak 2005 adalah kira-kira RM80 juta,” kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Menurut Ahmad, kerajaan negeri sememangnya telah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan setiap anak syarikatnya mampu mewujudkan potensi dan persaingan pada masa akan datang.

“Syarikat-syarikat yang boleh maju, kita akan tukarkan pengurusan di samping ada pula yang mungkin kita terpaksa lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih berdaya saing, tetapi ada syarikat yang kita dapati tidak berdaya maju, kemungkinan besar akan ditutup,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) berhubung anak-anak syarikat kerajaan negeri yang masih mengalami kerugian dan jumlah kerugian terkumpul sejak 2005 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, semalam.

Sementara itu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) ketika mengemukakan soalan tambahan turut mempersoalkan mengenai kerugian salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Bhd serta perancangan yang bakal dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.

Dr Syed Azman berasa hairan kenapa status Golden Pharos yang dikatakan mempunyai rangkaian perniagaan luas di negara ini termasuk di luar negara masih mengalami kerugian.

Mengulas perkara itu, Ahmad seterusnya menjelaskan bahawa syarikat berkenaan merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan awam.

“Justeru itu, saya tidak dapat menghuraikan lebih lanjut berhubung hal itu termasuk apa strategi yang bakal dilaksanakan.
“Namun, ia adalah salah satu perancangan kerajaan negeri untuk melakukan sesuatu demi menjamin masa depan syarikat tersebut,” katanya.{http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story2262105.asp}



Mengapa Ahmad Said mahu menutup anak-anak syarikat kerajaan negeri yang menjadi aset begitu lama untuk kerajaan negeri Terengganu. Sudahlah sebelum ini pada zaman pemerintahan PAS begitu banyak anak syarikat kerajaan negeri telah dijual dan ditutup.

Sekali imbas seolah-olah Menteri Besar Terengganu yang sekarang ini mengamalkan corak pemerintahan yang seakan sama dengan PAS memerintah Terengganu dari tahun 1999 - 2004. Penulis tidak bersetuju dengan penutupan keenam-enam anak syarikat negeri Terengganu ini, adalah lebih baik keenam-keenam syarikat ini digabungkan menjadi satu badan syarikat milik kerajaan negeri kerana cara ini lebih baik berbanding kita membuat penutupan syarikat.

Cara yang diperlakukan oleh Datuk Ahmad Said membuktikan beliau bukan seorang yang layak untuk menjadi MB Terengganu, kalau dibiarkan Kerajaan Negeri Terengganu boleh bankrap oleh yang demikian tindakan drastik perlu diambil bagi memastikan negeri Terengganu tidak akan dijahanamkan oleh Ahmad Said yang telah berjaya membawa Terengganu ketinggalan jauh ke belakang berbanding negeri-negeri lain.

Beberapa tindakan Ahmad Said sebelum ini juga telah membuktikan beliau tidak layak menerajui Terengganu, penulis mencadangkan satu usul undi tidak percaya dikenakan keatas Datuk Ahmad Said yang semakin dibenci oleh rakyat Terengganu.

Khidmat beliau memang tidak diperlukan, kerana corak pemerintahan beliau amat menjengkelkan dan tidak sesuai untuk memacu Terengganu maju di hadapan berbanding negeri-negeri lain.

Ahmad Said sepatutnya sedar beliau menjadi MB Terengganu pun melalui jalan belakang, jadi beliau sepatutnnya buat yang terbaik untuk Terengganu dan rakyat Terengganu khasnya. Sekiranya dibiarkan beliau terus menerajui Terengganu penulis yakin banyak lagi anak syarikat kerajaan negeri Terengganu bakal dijual oleh beliau.

Sebelum nasi menjadi bubur adalah lebih baik satu sidang DUN Khas dipanggil untuk membuat usul undi tidak percaya pada Datuk Ahmad Said demi kebajikan rakyat Terengganu dan juga aset yang menjadi hak rakyat Terengganu. Fikirkanlah....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, December 16, 2008

P036 Kuala Terengganu Milik Siapa?

Penulis jangkakan sudah ramai dari rakyat Malaysia yang mengetahui tentang apa yang akan berlaku pada awal Januari 2009 akan datang, kalau ada yang masih tidak mengetahui mungkin mereka tidak mengikut perkembangan masa ataupun tidak cukup masa untuk menonton berita-berita di saluran-saluran TV mungkin juga kerana mereka terlalu alpa dan leka menonton rancangan-rancangan hiburan yang bersepah disiarkan oleh stesen-stesen tv untuk melalaikan rakyat Malaysia, tetapi bukan ini perkara yang penulis ingin bincang pada hari ini, apa yang penulis maksudkan ialah Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu yang bakal dilangsungkan pada Awal Januari 2009 kelak.

Penulis percaya ramai juga di kalangan rakyat Malaysia yang sedang bermain teka-teki tentang siapa yang bakal menerajui P036 Kuala Terengganu tersebut selepas wakilnya sebelum ini kembali ke Rahmatullah dan diklasifikasikan sebagai 'kematian mengejut' . Pastinya rakyat Malaysia amnya dan Rakyat Terengganu khasnya ternanti-nanti P036 Kuala Terengganu ini akan menjadi milik siapa.

Barisan Nasional masih lagi menguasai Terengganu walaupun 'dikejutkan' dengan kehilangan beberapa buah negeri pada Pilihan Raya Umum 12 pada Mac yang lalu. Ramai yang berpendapat kejayaan Barisan Nasional terus memerintah Terengganu ialah disebabkan oleh kebijaksanaan Menteri Besar yang lalu yang juga Pengerusi BN Negeri yang lalu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh. Ketokohan beliau menyebabkan rakyat Terengganu masih yakin untuk memilih Barisan Nasional memerintah Terengganu.

Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini agak menarik memandangkan ia merupakan pilihan raya kecil pertama bagi Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said, pada masa ini kehebatan Datuk Ahmad Said bakal diuji pada PRK kali ini. Kalah dan Menang menjadi penentu adakah Datuk Ahmad Said diterima atau tidak oleh rakyat Terengganu sebagai MB Terengganu yang baru.

Setakat ini tiada lagi Pembaharuan atau sesuatu yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said, apa yang jelas kelihatan ialah daerah Kemaman sudah makin menonjol seolah-olah zaman pemerintahan Wan Mokhtar bakal berulang yang mana pada masa itu Kemaman lebih berbanding ibu negeri terengganu iaitu Kuala Terengganu, Adakah rakyat Terengganu khasnya di kawasan Kuala Terengganu mahu zaman Wan Mokhtar berulang? Terserah kepada mereka kita tunggu dan lihat sahaja.

Cabaran Penulis Terhadap Datuk Ahmad Said

Penulis pada hari ini ingin mencabar Datuk Ahmad Said sebagai MB Terengganu dan juga Pengerusi BN Negeri sekarang, sekiranya Barisan Nasional gagal mempertahankan P036 Kuala Terengganu, beliau hendaklah bertanggungjawab dan meletak semua jawatan yang disandangnya termasuklah Menteri Besar kerana beliau sememangnya perlu bertanggungjawab.

Cabaran ini dibuat oleh penulis adalah kerana untuk memastikan agar Datuk Ahmad Said dapat menguruskan Terengganu dengan lebih hebat berbanding Menteri Besar Terengganu yang sebelumnya, pada pengamatan penulis zaman beliau jauh lebih teruk berbanding zaman Menteri Besar sebelumnya, peningkatan kadar kemiskinan rakyat Terengganu juga agak membimbangkan di samping pertelingkahan Kerajaan Negeri dengan sebuah pasaraya terkemuka juga boleh memberi kesan negatif kepada negeri Terengganu dan juga Rakyat Terengganu khasnya.

Peluang 50-50

Penulis menjangkakan peluang untuk Barisan Nasional ataupun PAS untuk memenangi PRK kali ini ialah 50-50, ini adalah berdasarkan kepada di pihak Barisan Nasional ada mempunyai masalah dalaman, malah di pihak PAS juga mengalami masalah dalaman seperti mana yang kita tahu dua puak terbesar di dalam PAS memang tidak sehaluan iaitu Geng Ulama' dan Geng Professional.

Jadi dengan ini penulis menjangkakan kedua-dua belah pihak mempunyai peluang tipis untuk memenangi PRK kali ini, dan siapa yang berjaya menguasainya pun dengan majoriti yang agak tipis selagi kedua-dua belah pihak tidak menyelesaikan krisis dalaman mereka. Jadi nantikan PRK P036 Kuala Terengganu dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, December 12, 2008

Menjelang PRK P036 Kuala Terengganu dan Debaran Ahmad Said!

Beberapa minggu yang lalu, kita dikejutkan oleh berita kematian mengejut seorang Ahli Parlimen yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Ekoran beliau yang kembali ke Rahmatullah ia akan bermakna akan ada satu pilihan raya kecil yang bakal berlangsung dalam masa terdekat. Parlimen P036 Kuala Terengganu akan menjadi bualan ramai dan topik dalam tempoh 60 hari dari sekarang.

6 Januari 2008 merupakan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. 17 Januari 2008 pula merupakan hari membuang undi, pada tarikh ini kita dapat lihat adakah Barisan Nasional masih mampu mengekalkan kawasan parlimen ini ataupun ia bakal menyaksikan servis bertukar tangan dan memihak kepada PAS.

Adakah Peristiwa Penahanan BAS semasa PRU11 yang berlaku di Marang Terengganu bakal berlaku lagi?

Ada kemungkinan ia akan berlaku lagi sekiranya penyokong-penyokong PAS Terengganu tidak berpuas hati dengan perjalanan Pilihan Raya Kecil tersebut memandangkan penyokong-penyokong PAS Terengganu memang terkenal dengan tradisinya yang kalau kita istilahkan dalam loghat Kelantan 'Oghe Pongoh" tidak seperti Penyokong PAS Kelantan yang kelihatan sedikit liberal berbanding PAS Terengganu.

Marilah bersama-sama kita berdoa agar semasa Pilihan Raya Kecil tersebut, tidak akan berlaku sebarang kekakcauan yang boleh menggangu-gugat keselamatan negara dan perjalanan pilihanraya tersebut.

Debaran Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu)

Datuk Ahmad Said yang merupakan Menteri Besar Terengganu yang baru dan juga Pengerusi BN Negeri dikatakan berada di dalam keadaan tidak senang duduk kerana bimbang dengan keputusan Pilihan Raya Kecil P036 Kuala Terengganu ini, sekiranya PRK ini lebih memihak kepada PAS, besar kemungkinan usaha-usaha untuk menyingkirkan Datuk Ahmad Said daripada kerusi Menteri Besar Terengganu akan menjadi lebih mudah tambahan pula setakat ini tiada satupun Pembaharuan yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said yang boleh memaju Terengganu ke arah sebuah negeri yang maju. "Ungkapan "Memahat Sejarah, Mencipta Tamadun" kini tinggal ungkapan sahaja seperti mana kata pepatah "Indah Khabar dari Rupa".

Untuk mempertahankan kerusi empuk Menteri Besar yang didukinya sekarang, beliau perlu memastikan Barisan Nasional terus mewakili P036 Kuala Terengganu, dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang, amat sukar untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut tambahan pula, parlimen tersebut terdiri daripada ramai penyokong UMNO yang pro mantan Menteri Besar dahulu iaitu Datuk Seri Idris Jusoh, tambahan pula kebanyyakan orang di kawasan Parlimen tersebut sekarang melihat, Datuk Ahmad Said lebih mengutamakan Kemaman berbanding daerah-daerah lain termasuklah Kuala Terengganu, besar kemungkinan sejarah yang berlaku pada zaman Wan Mokhtar bakal berlaku lagi sekiranya dibiarkan Ahmad Said terus menerajui Terengganu.

Itulah antara-antara maklumat yang dapat penulis terima daripada pemberi-pemberi maklumat penulis daripada kedua-dua belah pihak, akhir kata nantikanya dengan penuh sabar, semoga kita mendapat yang terbaik.



Baca Lagi!

Thursday, November 27, 2008

Antara Yoga, Majlis Fatwa, Undi SMS, MB dan Pengkid !

Terlebih dahulu penulis ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf kepada pembaca-pembaca setia blog penulis ini kerana sudah lama tidak mengemas kinikan blog ini kerana sejak akhir-akhir penulis sibuk sedikit kerana sedang membuat kajian mengenai kenapa pelajar sekolah cenderung untuk ponteng dan pada masa ini kajian tersebut masih di dalam fasa pemerhatian.

Pada kesempatan penulis yang ada pada hari ini, penulis suka untuk mengulas mengenai isu-isu yang berlaku kebelakangan ini yang menghiasi dada-dada akhbar tempatan iaitu isu pengharaman Yoga dan Pengkid oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, Jawapan MB Kedah mengenai isu pengharaman tersebut dan undi SMS meminta pendapat orang ramai berkenaan adakah Yoga merosakkan akidah.

Mungkin ada yang beranggapan penulis sudah agak terlambat untuk mengetengahkan dan membincangkan isu ini, tetapi penulis beranggappan 'better late than never' jadi walaupun agak lambat tak mengapa daripada langsung tidak berbicara.

PENGHARAMAN YOGA DAN PENGKID OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Penulis tetap berpegang bahawa setiap apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah perlu diakui dan penulis akur denganya kerana sebarang apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa adalah apa yang dipersetujui bersama antara ulama'-ulama' yang bertanggungjawab di dalam hal ehwal agama ini.

Mungkin ada sesetengah yang tidak memahami fatwa ini dan sehingga ada yang beranggapan 'pengharaman ini' adalah satu penghinaan kepada penganut agama lain contohnya Hindu yang terlibat secara langsung dalam ritual senaman yang dinamakan Yoga ini. Sebenarnya tidak timbul unsur penghinaan jika Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan Yoga kerana keputusan Majlis Fatwa hanya tertakluk kepada pengganut agama Islam di Malaysia. Ia adalah sama seperti umat Islam yang diharamkan makan babi yang mana pengganut agama lain suka memakan haiwan yang kotor lagi jijik tersebut dan sedikitpun tidak diharamkan memakanya oleh pengganut agama lain dan bukan sahaja setakat itu mereka juga tidak dilarang menternak babi sehingga menjadikan Malaysia pembekal babi terbesar di Asia.

Mengenai pengharaman pengkid, sepatutnya tidak ada pihak yang membantah kerana umum telah mengetahui bahawa kebanyakkan pengkid mengamalkan seks bilazim yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat dan juga melampaui fitrah manusia yang dijadikan oleh tuhan yang maha kuasa.

Memang tidak cerdik dan bodoh sekiranya ada golongan yang membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang boleh dianggap usaha-usaha murni untuk menghalang seks bilazim ini daripada terus bermaharajalela di negara ini. Bagi penulis sesiapa sahaja yang menentang keputusan ini lebih bertuhankan kepuasan diri daripada tuhan Yang Maha Kuasa.

UNDIAN SMS MENENTUKAN BERTETANGAN AKIDAH ATAU TIDAK

Mengarut! dan Mungkin boleh merosakkan akidah itulah kata-kata yang mungkin boleh diungkapkan kepada stesen TV yang menjalankan undian untuk meminta pendapat orang ramai mengenai senama Yoga yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, kerajaan perlu mengambil tindakan ke atas stesen TV ini kerana ia mungkin akan menyebabkan akidah orang ramai yang beragama Islam terpesong, jika perkara ini dibiarkan tidak mustahil satu masa akan datang undian SMS menentukan syurga dan neraka akan dibuat ini seolah-olah mempermain-mainkan perkara-perkara yang berlandaskan agama.

PANDANGAN MB KEDAH MENGENAI PENGHARAMAN YOGA

Komen MB kedah yang membuatkan penulis terkejut juga penulis ingin komen pada kali ini, ya betul perkara-perkara tersebut di bawah bidang kuasa mufti, tetapi sekurang-kurangnya beliau yang juga Exco Agama Negeri perlu memberi komen kerana ia juga di bawah bidang kuasa beliau selaku Exco Agama Negeri. Kedudukan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri juga sepatutnya mempunyai pengetahuan agama yang mendalam seperti dalamnya pengetahuan agama yang dimiliki oleh MB Kelantan iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Cara MB Kedah yang juga Exco agama negeri itu langsung tidak menggambarkan beliau seorang MB Kedah dan juga Exco Agama Negeri, dan sekaligus mengambarkan beliau tidak tahu apa-apa, sepatutnya beliau tidak patut menjawab seperti seolah-olah beliau jahil sedangkan beiau tidak jahil dalam hal-hal berkenaan agama ini.


Baca Lagi!

Sunday, November 9, 2008

Rombakan Kabinet Dalam Masa Terdekat?

Umum telah mengetahui bahawa DS Najib Tun Razak telah diistiharkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang lebih dikenali dengan nama 'Pak Lah' atau penulis lebih gemar memanggilnya 'Presiden AAB'.

Pasti ramai orang mengandaikan bahawa Mac 2009 ini merupakan 'hari-hari terakhir seorang PM Bernama 'Pak Lah' atau Presiden AAB itu, walaubagaimanapun kita tidak boleh terlalu yakin terhadapnya kerana 'manusia hanya mampu merancang tuhan sahaja yang menentukanya.'

Kita tinggalkan isu Pemilihan UMNO kita kembali semula kepada topik utama yang penulis ingin bincangkan di dalam artikel penulis kali ini iaitu 'Rombakan Kabinet', bercakap mengenai kabinet, bukan kabinet dapur yang penulis maksudkan tetapi kabinet di sini ialah Menteri-Menteri yang menerajui Kementerian dengan khabarnya dalam masa terdekat ini akan ada satu rombakan kabinet besar-besaran tetapi setakat ini ianya baru boleh disifat 'khabar angin' dan tidak boleh lagi disahkan, namun bak kata pepatah " Kalau tak ada angin masakkan pokok bergoyang"

Jadi kita nantikan kesudahan khabar angin ini adakah ia hanyalah sekadar angin yang dibawa oleh bayu dan hanya untuk menghembus hawa dingin kepada diri kita sahaja ataupun ianya adalah angin yang bakal membakar kemarahan kita, kita tunggu dan lihat sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, November 7, 2008

Obama Amerika dan Obama Malaysia

Zakri and Najib 2Image by CeeKay's Pix via FlickrTerlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Presiden Baru Amerika Syarikat, yang juga mencatat sejarah di dalam politik Amerika sebagai Presiden pertama Amerika daripada kaum Kulit Hitam, dan sekaligus menjatuhkan Kerajaan Republican yang sebelum ini menguasai Amerika.

Reputasi Republican terjejas terus selepas imej Amerika dicalarkan teruk oleh George W. Bush yang menggunakan dasar luar yang kelihatan menindas negara-negara Islam dan pada tahun ini akhirnya Republican digulingkan oleh Democrat selepas calon presidenya John Mc Chain gagal mempertahankan kemenangan Republican. Itulah kisah Obama Amerika atau nama sebenarnya Barrack Obama.

OBAMA Malaysia?

Ramai tertanya-tanya siapakah obama Malaysia? Ramai orang beranggapan bahawa mungkin DS Najib Tun Razak boleh dianggap sebagai "Obama Malaysia" tetapi bagi penulis DS Najib bukan "Obama Malaysia", yang memang benar beliau hampir pasti menggantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri baru Malaysia, tetapi kita tidak boleh terlalu yakin kerana dalam tempoh tiga bulan kedepan ini pelbagai perkara boleh terjadi, termasuklah kemungkinan DS Najib akan dipecat.

Ada khabar-khabar yang tidak disenangi telah didengari sejak akhir-akhir ini termasuklah ada dakwaan demi dakwaan yang ditimbulkan dan terbaru ada yang mendakwa DS Najib mungkin akan dikaitkan dengan politik wang tambahan pula "Politik Wang di dalam UMNO kini sudah menjadi rutin di dalam UMNO sehingga MSO Mendakwa UMNO adalah "Universiti Rasuah".

Bercakap mengenai "Universiti Rasuah" ia mengingatkan penulis dengan Universiti Tun Abdul Razak, universiti yang di bawah 'jagaan' DS Najib Tun Razak kerana baru-baru ini kawan penulis menelefon penulis memberitahu kemungkinan cawangan UNITAR Kota Bharu bakal ditutup tidak lama lagi, pada masa ini "Proses Pemindahan Pensyarah" sedang giat dijalankan oleh Pihak Pengurusan UNITAR.

Jika tidak ada masalah dengan UNITAR mengapa ianya menutup cawangan tersebut sudah tentu ada masalah dengan UNITAR. Jadi masalah-masalah yang timbul ini mungkin mengugatkan peluang DS Najib untuk dinobatkan sebagai "Obama Malaysia".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, October 27, 2008

Pemilihan Kerjaya Perlulah Berlandaskan Fitrah Manusia !

Artikel penulis pada kali ini lebih bertumpu kepada Pemilihan Kerjaya dan kita lupakan sebentar mengenai politik tambahan pula di negara kita sekarang ini adalah musim peperiksaan, UPSR dan PMR selesai sudah, tinggal hanya SPM dan STPM. Pemilihan Kerjaya adalah penting bagi semua rakyat Malaysia dan jika tersalah memilih kerjaya boleh membuatkan hidup seseorang itu merana sepanjang hayat.

Salah Tanggapan Mengenai Pemilihan Kerjaya

Ramai orang terutamanya orang Melayu beranggapan bahawa Pemilihan Kerjaya hanya bermula selepas seseorang itu menduduki peperiksaan SPM, penulis ingin menegaskan di sini bahawa tanggapan mereka itu salah kerana pada waktu ini sudah agak terlambat untuk melakukan pemilihan kerjaya.

Pemilihan Kerjaya kalau di negara Barat ia bermula sejak dari sekolah rendah lagi, namun dalam konteks Malaysia ia bermula dari seseorang itu melangkah ke alam persekolahan menengah rendah ataupun tingkatan satu. Manakala, Di sekolah menengah mereka sepatutnya telah diberikan dengan pendedahan kerjaya-kerjaya yang ada di Malaysia.

Bukan itu sahaja, semasa Sekolah Rendah sepatutnya Guru-Guru Sekolah memberi pendedahan yang penting mengenai kerjaya seperti syarat-syarat untuk memasuki kerjaya yang diimpikan oleh seseorang murid, cara ini juga berkesan untuk menjadikan seseorang murid konsisten di dalam kerjaya impian mereka dan kerjaya impian mereka tidak berubah mengikut peredaran masa.

Setelah seseorang itu memasuki alam persekolahan Menengah atas, disinilah sepatutnya mereka mengambil subjek-subjek yang selari dengan kerjaya impian mereka kerana ianya adalah salah satu cara perancangan kerjaya yang berkesan, tambahan pula maklumat-maklumat penting mengenai kerjaya impian mereka sudah mereka ketahui semasa di Sekolah Rendah.

Peperiksaan SPM/STPM pula lebih kepada 'lesen' untuk menimba ilmu berdasarkan keupayaan dan kerjaya impian seseorang dan bukanlah satu tempat untuk membuat pemilihan kerjaya seperti mana yang diamalkan oleh kebanyakkan rakyat negara ini.

Cara Yang Salah Dalam Pemilihan Kerjaya

Daripada kajian dan kaji selidik yang telah penulis buat, penulis mendapati banyak juga dikalangan ibu-bapa yang mengamalkan cara yang salah di dalam menentukan kerjaya anak-anak mereka. Ada diantara mereka yang lebih kepada menentukan haluan kerjaya anak-anak mereka tanpa memikirkan keupayaan, kebolehan dan minat yang ada pada anak mereka.

Ibu-bapa ini lebih bersikap diktator di dalam pemilihan kerjaya untuk anak mereka. Penulis ingin tegaskan di sini bukan sahaja cara pemiliha kerjaya ini adalah salah tetapi juga bakal mengundang risiko kepada anak-anak mereka contohnya dibuang universiti kerana gagal peperiksaan, tidak berminat untuk belajar dan bermacam-macam lagi permasaalahan akan timbul.

Penulis percaya sebagai seorang Islam, sudah tentu mereka tahu tentang fitrah manusia, setiap manusia yang diciptakan oleh Allah tuhan seru sekian alam sudah tentu, ada kelebihanya dan ada kekurangnya tetapi pasti ada fungsinya. Makhluk ciptaan tuhan di atas muka bumi ini semua fungsinya sendiri, ayam dengan fungsinya, itik dengan fungsinya, semut dengan fungsinya begitu juga dengan manusia. Jadi janganlah kita menidakkan fitrah manusia yang ada pada anak kita dengan mendesak mereka mengikut jalan kerjaya yang ditentukan oleh kita.

Cara Pemilihan Kerjaya Yang Betul

Ibu-bapa atau penjaga hendaklah mengamalkan sistem demokrasi di dalam pemilihan kerjaya bagi anak-anak mereka, cara diktaktor memang tidak sesuai digunakan di dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka kerana cara ini bakal mengundang masalah, ia juga boleh menyebabkan kesihatan mental anak mereka terganggu kerana tertekan dengan desakkan keluarga. Adalah lebih baik, kuasa memilih kerjaya diberikan kepada anak-anak mereka dan mereka bertindak sebagai pembimbing atau pemudah cara sahaja.

Bagi ibu-bapa yang mempunyai anak yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan PMR bolehlah menghantar anak-anak mereka ke Ujian Pemilihan Kerjaya Sesuai atau Ujian SDS di mana-mana tempat yang menawarkanya. Bagi ibu-bapa yang berminat menduduki ujian SDS ini menerusi email @ pos boleh lah hantarkan permohonan kepada tokmek[at]myjaring.net (Gantikan [at] dgn @) dengan bayaran hanya RM88.00 satu kali ujian.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, October 26, 2008

Deklarasi Janda Baik Para Blogger

DEKLARASI JANDA BAIK

Memandangkan keadaan politik negara yang gawat, cabaran dan gugatan terhadap kepimpinan Melayu yang lemah oleh pihak-pihak tertentu, dari dalam dan luar negara serta keadaan ekonomi dunia yang kucar kacir dewasa ini, maka KAMI, para penulis, wartawan dan blogger yang prihatin terhadap nasib Bangsa, Agama dan Tanah Air, yang bersidang di Janda Baik, Pahang mengambil sikap dan pendirian seperti berikut:-

1. KAMI mendesak dan menuntut agar para pemimpin Melayu dari berbagai fahaman politik mengembelengkan tenaga, kerjasama dan buah fikiran demi mempertahankan keluhuran dan kekeramatan PERLEMBAGAAN MALAYSIA TANPA KOMPROMI
.
2. KAMI memberi amaran kepada para pemimpin politik Melayu dari semua fahaman ideologi agar jangan menjadi pemimpin Pak Pandir yang hanya menang sorak tetapi kampung halaman dan negara terjual kepada pihak asing.

3. KAMI juga memberi amaran keras kepada pihak-pihak tertentu yang memainkan sentimen perkauman dan mempertikaikan HAK ISTIMEWA MELAYU sepertimana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN NEGARA agar jangan mencetuskan permusuhan antara kaum, antara agama dan antara budaya oleh kerana mereka menganggap kepimpinan Melayu lemah dan boleh diperdagangkan untuk memenuhi agenda perkauman mereka.

4. KAMI juga memberi amaran keras kepada para pemimpin Melayu, khasnya UMNO, agar mereka jangan menjadi pengkhianat BANGSA, AGAMA DAN TANAH AIR hanya kerana didorong oleh nafsu kekayaan kebendaan, kuasa yang dipinjamkan Allah, hingga melupai tanggungjawab mereka terhadap generasi Melayu akan datang.

5. KAMI menggesa seluruh umat Melayu yang menjadi para pejuang BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR tanpa mengira aliran politik agar memilih barisan pemimpin mereka yang terbaik dan bersih dari korupsi, berbagai skandal yang memalukan, yang berwibawa, berilmu dan berjiwa dinamik untuk menerajui kerajaan dan badan-badan amanah lainnya.

6. KAMI memberi peringatan dan teguran ikhlas bahawa UMNO mesti melakukan revolusi mental dan perombakan pemikiran yang dekaden, konservatif, materialistik yang melampau, anti ilmu, berpuak-puak, mementingkan diri, kaum keluarga dan para kroni hingga sanggup memperjudikan nasib BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR
.
7. KAMI memberi amaran keras dan peringatan yang tulus ikhlas bahawa kepimpinan UMNO yang lemah, korup, rakus dan gila kuasa boleh menggerhanakan masa depan generasi muda Melayu dan rakyat yang telah memberikan sokongan mereka sejak 51 tahun UMNO memimpin kerajaan Malaysia.

8. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa agar jangan terlalu banyak berkompromi dengan golongan-golongan tertentu yang mempunyai agenda tertentu untuk melemahkan kepimpinan Melayu.

9. KAMI juga ingin mengingatkan para pemimpin Melayu yang berkuasa bahawa kelemahan kekuasaan politik Melayu akan membawa kehancuran dan penghapusan kuasa orang Melayu di bumi Malaysia yang bertuah ini.

10. KAMI menyeru dan menggesa rakyat Melayu bertindak proaktif dalam berbagai bidang kehidupan untuk menjamin kekuasaan politik Melayu tidak terhakis dan ketuanan Melayu dan Islam kekal subur selagi ada matahari dan bulan

11. KAMI merafak sembah memohon agar Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu mempertahankan kedaulatan baginda seperti mana yang termaktub dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dengan memberi sokongan moral kepada perjuangan umat Melayu dan Islam dalam berbagai lapangan hidup. Perlulah dihayati kedaulatan dan kedudukan Raja-Raja Melayu akan berterusan sekiranya rakyat Melayu dan umat Islam memperjuang dan mempertahankan institusi Raja tersebut.

12. KAMI dengan penuh takzimnya memohon Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan kaum kerabat baginda agar jangan mengkhianati dan melakukan sesuatu tindakan yang boleh menjejaskan institusi Raja dan melukai perasaan umat Melayu yang mempertahankan institusi Raja selama ini.

13. KAMI juga menyeru kepada kerajaan agar melaksanakan KEADILAN dan TANGGUNGJAWAB sebagai pemerintah kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum memandangkan Malaysia negara majmuk.

14. KAMI ingin memberi peringatan kepada bukan Melayu agar berpegang teguh pada kontrak sosial dan PERLEMBAGAAN NEGARA demi menjaga keharmonian hubungan antara kaum serta kesejahteraan dan keamanan yang kita sama-sama mempertahankannya.

15. KAMI yakin dan percaya bahawa Kebebasan suara Rakyat dan amalan Demokrasi mestilah dipertahankan oleh kerana rakyat yang memberi mandat dan amanah kepada parti-parti politik tertentu untuk berkuasa. Oleh hal demikian KAMI akan bekerjasama dengan siapa saja, dan dari golongan mana sekali pun, demi memperjuangkan hak dan kebebasan Rakyat serta amalan Demokrasi di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Inilah deklarasi yang tulus ikhlas yang KAMI abadikan sebagai cetusan rasa dari buah fikiran KAMI demi memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, Keamanan dan Kesejahteraan Negara Malaysia.

KAMI rakamkan cetusan hati nurani Rakyat yang bernama DEKLARASI JANDA BAIK, bertempat di kediaman Sdr Syed Hussein Al-Attas, bertarikh 26 Oktober 2008.{Wadi Hussein (Kediaman Pak Habib), Janda Baik, Pahang)

Buat pertama kalinya di Malaysia blogger mengeluarkan deklarasi khas berkenaan dengan isu-isu semasa yang berlaku di tanah air. Dekralasi ini adalah bertujuan untuk mendesak pihak-pihak tertentu yang telah menghuru-harakan politik Malaysia dengan pelbagai isu tanpa menyedari bahaya dan bahana yang akan tiba sekiranya permainan isu itu terus menjadi ikut-ikutan.

Dikisahkan deklarasi tersebut bermula apabila seorang ahli perniagaan iaitu Abdul Aziz Chemor yang mengadakan perjumpaan dengan beberapa blogger tanah air yang mana pertemuan tersebut dipanggil pertemuan Ceise Fire.

Deklarasi Janda Baik ini adalah lanjutan daripada Majlis Ceise Fire yang dianjurkan oleh ahli perniagaan tersebut. Deklarasi ini juga disempurnakan dan dizahirkan oleh Sdr Yassin Salleh mewakili kumpulan mereka itu.

Penulis tidak berkesempatan untuk menghadiri kedua-dua majlis yang bersejarah buat blogger itu kerana kesibukkan tugas, namun terima kasih kepada rakan blogger penulis iaitu Tuan MSO kerana telah memaklumkan perkembangan terkini berkenaan kedua-dua majlis tersebut di dalam blog beliau.

Sokongan Deklarasi Janda Baik

Penulis dengan sepenuh hati tanpa dipengaruhi oleh mana pihak-pihak baik di pihak kerajaan atau di pihak pembangkang menyokong penuh deklarasi Janda Baik ini kerana ia akan membantu meredakan keadaan politik tanah air yang sedikit tegang pada masa ini.

Penulis juga merasakan Deklarasi Janda Baik ini adalah salah satu cara untuk mempertahankan Perlembagaan Negara lebih-lebih lagi yang melibatkan Islam dan hak serta keistimewaan Melayu sebagai Pribumi.

Para blogger yang masih belum menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Janda Baik ini bolehlah berbuat demikian dengan memuatkan Deklarasi Janda Baik di dalam blog masing-masing demi Agama, Bangsa dan Negara dan ingatlah panas tidak selalu ke petang. Fikir-fikirkanlah.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, October 25, 2008

Apabila Ku Li Dipergunakan dan Diperbodohkan !

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia"Apabila Ku Li dipergunakan dan diperbodohkan!" menjadi topik artikel penulis pada hari ini selepas lama juga tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukkan tugas, namun pada hari ini penulis mempunyai sedikit masa yang terluang dan dapatlah penulis memuatkan artikel pada blog penulis pada hari ini.

"Apabila Ku Li dipergunakan dan diperbodohkan" memang keras sedikit bunyinya, tapi itulah realitinya yang dapat digambarkan dan ditafsirkan oleh akal kurniaan Allah tuhan seru sekian alam terhadap penulis terhadap apa yang terjadi pada Ku Li yang masih gagal mendapat pencalonan untuk jawatan Presiden UMNO walaupun dialah seorang ahli UMNO yang berani mencabar kedudukan Presiden AAB tetapi ternyata usaha-usaha beliau gagal menarik perwakilan-perwakilan UMNO di bahagian-bahagianya seluruh negara untuk mencalonkanya.

Jelas sekali kelihatan Ku Li telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk mencapai hasrat pihak tertentu yang mahu mencorakkan kepimpinan UMNO yang searus denganya. Apa yang penulis dapat lihat di sini ialah sekali lagi pengorbanan Ku Li bukan sahaja diketepikan tetapi juga telah diperbodohkan oleh golongan tertentu di dalam UMNO yang secara zahirnya kita nampak macam menyokong Ku Li tetapi sebenarnya tidak ia lebih kepada untuk membuat Presiden AAB merasa tergugat.

Perbualan Kedai Kopi

Sempat juga penulis mendengar perbualan di kedai kopi mengenai pencalonan DS Najib Tun Razak dengan pencalonan Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah ini. Izinkan penulis memetik sedikit kata-kata orang yang berbual itu "Lanun tidak akan memilih Imam menjadi ketua, dia lebih suka memilih Lanun juga sebagai ketua" kata-kata mereka adalah merujuk kepada Ku Li sebagai Imam dan DS Najib sebagai Lanun.

Kata-kata ahli politik kedai kopi itu membuatkan penulis ketawa, sebab agak lucu juga bunyinya. Namun, kata-kata mereka itu ada juga kebenaranya yelah mana ada lanun nak ambil tok imam jadi ketua.....

Hadiah Kemenangan DS Najib

Nampaknya hadiah kemenangan DS Najib khas untuk orang Melayu sudah diumumkan oleh DS Najib Tun Abdul Razak sendiri iaitu unsur DEB akan dihapuskan. Hadiah ini memang hebat ia mampu membuat Melayu mampu bersaing dengan bangsa lain walaupun setengah pihak berpendapat ia adalah lebih kepada cubaan untuk menghapuskan "Hak Istimewa Melayu" yang kononya dipertahankan oleh parti yang bernama UMNO. Ada juga orang mengistilahkan tindakan ini sebagai 'jual melayu', dah kena lah tu penyamun jual penyangak (meminjam dialog Filem 3 Abdul lakonan P. Ramlee)

Tunggu sahaja hadiah-hadiah baru bakal diumumkan oleh bakal Presiden UMNO yang baru ini khas untuk semua kerana bukan sahaja menjadikan impianya tercapai tetapi juga impian isterinya turut tercapai.

Oh hampir terlupa, masalah siswa UNITAR kini menjadi semakin serius dan berkemungkinan besar beberapa cawanganya akan ditutup tidak lama lagi. Jangan lupa juga UNITAR di bawah tanggungjawab siapa, sudah tentu di bawah tanggungjawab bakal Perdana Menteri Malaysia nak urus UNITAR pun tak dapat inikan pula nak urus negara. Nang bo tinang qui buti qui.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, October 13, 2008

DS Najib bakal jadi calon tunggal Presiden?

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via WikipediaKehangatan Pemilihan Agung UMNO semakin jelas terasa dewasa ini. Pencalonan untuk jawatan Presiden nampaknya didahului oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Seorang lagi yang menawarkan diri untuk jawatan yang sama iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah masih gagal mendapat sebarang pencalonan untuk jawatan Presiden tersebut.

Khabarnya kalau ada cubaan mencalonkan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali oleh Ku Li di Bahagian Pontian dan Beruas tetapi pencalonan itu ditolak kerana tewas undi perwakilan.

Seperti yang dijangka, sistem kuota telah membuatkan kemaraan Ku Li terbatas. Sistem yang sudah tidak relevan sekarang patut dihapuskan.

Ramalan awal penulis ialah kemungkinan besar Najib bakal memenangi jawatan Presiden UMNO dengan tanpa pertandingan. Peluang cerah untuk Najib menerajui kepimpinan tertinggi di dalam UMNO itu.

PESANAN BUAT NAJIB

Penulis berharap sekiranya Datuk Najib berjaya menjawat jawatan sebagai Presiden UMNO yang baru merangkap Perdana Menteri Malaysia penulis ada beberapa pesanan untuk diberikan kepada Datuk Seri Najib walaupun beliau tidak memintanya daripada penulis tetapi penulis merasa bertanggungjawab untuk memberikan pesanan buatnya demi Islam, Untuk Melayu dan Keranamu Malaysia.

Penguasaan Budak Tingkat Empat

Khabarnya kuasa budak tingkat empat masih tidak terjejas dan masih dipelihara oleh kompeni DS Najib dan ada juga desas-desus ada perjanjian sulit antara kompeni DS Najib dengan DS Abdullah untuk mempertahankan kedudukan budak-budak tingkat empat.

DS Najib perlu ingat, kemerosotan prestasi UMNO dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu salah satunya disebabkan oleh isu-isu budak-budak tingkat empat ini. Apa rasionalnya kalau kita masih mahu mengekalkan kedudukan budak-budak tingkat empat ini sedangkan mereka telah memalit tahi ke muka kita.

DS Najib perlu bertegas dan menyekat kekuasaan budak-budak tingkat empat yang jelas memberi kerugian kepada Islam, Melayu dan Malaysia serta parti UMNO itu sendiri. Mengapa perlu diberikan ruang sekali lagi kepada orang yang layak digelar 'parasit' itu.

Permasaalahan UNITAR

Sebelum ini penulis sudah berkali-kali berjuang mengeluarkan artikel untuk menyelamatkan sebuah universiti yang sinonim dengan UMNO, dinaungi Yayasan PINTAR yang dikepalai DS Najib sendiri. Setakat ini, penulis merasakan perjuangan penulis masih sia-sia dan gagal mendapat perhatian DS Najib dan sebaliknya universiti tersebut terus ditimpa pelbagai masalah.

Universiti tersebut yang lebih dikenali dengan nama UNITAR terus ditimpa masalah yang bertimpa-timpa sedangkan DS Najib sendiri tidak cakna dengan masalah yang dialami oleh UNITAR dan siswa UNITAR sendiri. DS Najib sepatutnya lebih prihatin dengan masalah ini, apatah lagi UNITAR sememangnya berkait rapat denganya.

Sebelum bergelar Presiden UMNO, penulis menasihatkan agar DS Najib lebih peka dengan permasaalah siswa UNITAR kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat Malaysia, dan merekalah bakal menentukan kedudukan DS Najib kelak jadi jangan sampai DS Najib dijatuhkan oleh mereka kerana DS Najib tidak prihatin dengan masalah mereka.

Campur Tangan Keluarga

DS Najib juga hendaklah mengelakkan campurtangan keluarga di dalam urusan dalaman negara, jangan jadikan kabinet Malaysia sebagai 'kabinet dapur'. Salah satu sebab kejatuhan UMNO DAN BN ialah kerana 'kabinet dapur' jangan jadikan 'pisang berbuah dua kali'.

Elakkan daripada membina pejabat isteri di Kementerian yang diketuai Oleh DS Najib kerana ia bukan sahaja boleh menimbulkan fitnah tetapi juga rakyat akan merasa sangsi mengenai peranan yang dimainkan oleh isterinya di dalam pejabat kementerian.

Akhir kalam DS Najib perlu memikirkan dengan sebaik mungkin pesanan-pesanan yang diberikan penulis ini demi menjaga kedudukan beliau dan tahap kepercayaan rakyat kepada beliau. Jangan biarkan ahli UMNO tersalah memilih pemimpin lagi sepertimana kita sudah tersalah pilih Presiden AAB dahulu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, October 9, 2008

Para Penasihat Gagal Pertahan Presiden AAB !

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia
Para penasihat Presiden AAB yang sebelum ini berusaha bersunguh-sunguh untuk terus mengekalkan dan mempertahankan Presiden AAB nampaknya sudah gagal apabila Presiden AAB telah membuat pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya kini.

Pelbagai cara mereka menggunakan untuk mempertahankan kedudukan Presiden AAB yang banyak memberi 'ruang dan peluang' kepada mereka. Mereka juga telah mempergunakan beberapa NGO dan membawa ramai orang untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden AAB di kediaman rasmi PM Putrajaya sehinggalah ke tempat Dewan Tertinggi BN bermesyuarat.

Namun, usaha-usaha mereka ternyata sia-sia apabila Presiden AAB tetap berkeras untuk tidak terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Sekaligus menjadikan "Peralihan Kuasa" yang sepatutnya berlaku pada tahun Jun 2010 akan berlaku pada Mac 2009.

Mungkin selepas ini sudah tiada lagi "ruang dan peluang" buat penasihat Presiden AAB untuk terus berkuasa mereka mungkin susah untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan yang sebelum ini begitu mudah mereka dapatkan. Namun, ianya terlalu awal untuk menilainya kerana khabarnya 'budak-budak tingkat empat' akan terus berkuasa walaupun Presiden AAB tidak lagi menjadi PM.

Ada kemungkinan penasihat-penasihat yang gagal mempertahankan Presiden AAB akan cuba menjadi penasihat kepada DS Najib Tun Razak dan berharap mereka akan dapat 'ruang dan peluang' untuk mendapatkan apa sahaja yang diidamkan mereka.

Khabarnya, sudah ramai Penasihat Presiden AAB cuba membuat pertemuan dengan DS Najib Tun Razak agar mereka pula diterima sebagai 'penasihat' atau dengan perkataan sebenarnya "punahsihat" kerana mereka memang mementingkan keuntungan semata-mata.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, October 8, 2008

Terkini: Presiden AAB Tidak Pertahan Jawatan Presiden UMNO !


Petang tadi dilaporkan bahawa Presiden AAB tidak akan mempertahankan jawatan yang disandang sekarang pada pemilihan parti Mac 2009 nanti sekaligus menjadikan ramalan yang dibuat oleh penulis dalam artikel sebelum ini ternyata meleset.

Inilah satu perkembangan yang baik bagi membolehkan DS Najib Tun Razak bertanding di dalam pemilihan parti yang akan datang sebagai calon Presiden UMNO dan ini bermakna setakat ini hanya Tengku Razaleigh Hamzah sahaja merupakan pencabar tunggal di dalam jawatan yang beliau akan masuk bertanding.

Namun, mungkin ini masih awal untuk penulis meramalkan pertandingan dua penjuru di antara DS Najib Tun Razak dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Namun apa yang pasti buat masa terdekat ini besar kemungkinan pertandingan dua penjuru merebut jawatan tertinggi di dalam parti itu akan menghadapi pertarungan dua penjuru.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula setakat ini ada dua orang telah menyatakan hasratnya untuk 'mencuba' nasib di dalam pertandingan merebut tempat dalam jawatan tersebut iaitu Dr. Zahid Hamidi dan Nur Jazlan. Sementara itu, orang yang disebut-sebut 'berminat' untuk mencuba nasib dalam jawatan yang sama iaitu TS Muhyidin Yassin belum membuat pengumuman mengenainya dan pengumuman hanya akan dibuat Jumaat ini.
'DEWA KATAK' ANWAR DAN KERAJAAN KATAKNYA

Sementara itu, tentu ramai masih ingat mengenai projek 916 yang cuba dijalankan oleh "Pakatan Rakyat", namun sampai sekarang masih belum lihat projek berkenaan berjaya. Kali ini di dalam kesibukkan dan kehangatan Pemilihan UMNO, Anwar sekali lagi tampil dengan dakwaan terbaru dan disebarkan melalui blog pro Anwar yang mengatakan beliau sudah menyiapkan senarai Menteri Kabinet Baru Pakatan Rakyat.

Sejauh manakah kebenaran dakwaan beliau sama-samalah kita nantikanya. Penulis paling berminat untuk mengetahui siapakah yang bakal mengisi jawatan-jawatan Menteri Kabinet "Kerajaan Katak" nanti dan adakah mereka bersedia untuk melaksanakan undang-undang Hudud di Malaysia ataupun sekadar berpolitik lebih sudu daripada kuah sahaja.

Itulah dikatakan "Politik Malaysia" kalau dah hendak sesuatu dah tak menyempat-nyempat lagi, tapi kalau kena keluar sesuatu nanti dulu, kaji dulu, bincang dulu, mesyuarat dulu sampai bilakah budaya "Politik Malaysia" ini hendak berubah adakah tunggu sehingga kita menjadi hamba di bumi sendiri baru nak berubah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

NGO PRESIDEN AAB

Official logo of United Malays National Organi...Image via WikipediaPenulis sempat menonton berita di RTM1 pada pukul 1 tengahari tadi, rancangan berita itu memuatkan berita tentang beberapa NGO yang berkumpul di hadapan kediaman rasmi Presiden AAB yang kononya mendesak Presiden AAB terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Melihat pada keadaan ini sekali lagi NGO cuba campurtangan di dalam urusan dalam UMNO dan ia seolah-olah NGO itu ditubuhkan untuk mempertahankan Presiden AAB dan tiada matlamat yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat. Setahu penulis, sebelum ini tidak pernah NGO ditubuhkan untuk mempertahankan seseorang tetapi biasanya mempertahankan satu kumpulan yang ramai.

Cuba kita singkap kembali artikel yang penulis tulis semalam yang bertajuk "Ku Li tidak akan jadi pengkhianat" yang dimanipulasikan media yang umum mengetahui kuasa yang ada pada salah seorang pembela Abdullah yang digelar 'Hindu God' dan hari ini pula perhimpunan NGO untuk desak Presiden AAB terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO seolah-olah perkara ini saling berkaitan atau dengan kata lain ia telah dirancang bagi menyelamatkan kedudukan Presiden AAB.

Mungkin dalam dua tiga hari lagi selepas Ku Li yang menjadi mangsa manipulasi media, pasti mereka yang terlibat dalam desakkan mengawalkan "peralihan kuasa" juga bakal menjadi mangsa manipulasi media seperti Tan Sri Muhyidin Yassin dan mungkin DS Najib Tun Razak sendiri juga bakal menjadi mangsa manipulasi media.

Dengan tanda-tanda awal seperti yang berikut penulis meramalkan besar kemungkinan Presiden AAB akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac 2009 ini kerana Presiden AAB sudah tentu akan merasa 'kedudukanya selamat' selepas beberapa perkara yang berlaku dua tiga hari ini yang sedikit sebanyka menguntungkanya.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, October 7, 2008

Ku Li Tak Akan Jadi Pengkhianat !

Tengku Razaleigh HamzahImage via WikipediaPetikan daripada posting seorang forumer MYKMU.NET:

Ku Li syor BN bentuk kerajaan perpaduan libatkan Pakatan

PETALING JAYA: Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik.

Ketua UMNO Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Tengku Razaleigh, usaha ke arah itu boleh mengguna pakai formula yang pernah diamalkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak pada 1974 apabila membentuk BN, menggantikan Perikatan.

Dalam pertemuan tersebut, kata bekas Naib Presiden UMNO itu yang dipetik The Star berkata, beliau telah menyentuh kemungkinan merangka satu asas minimum bagi membentuk barisan kebangsaan yang baru - sebuah kerajaan hasil kejujuran dan keikhlasan demi perpaduan negara.

Kata beliau, langkah membawa parti-parti utama bersama BN akan membolehkan negara berhadapan dengan ujian dan cabaran ekoran perkembangan baru landskap politik selain situasi ekonomi global.

Sebagaimana disaksikan pada pilihan raya umum 1969, BN mengalami kekalahan di lima buah negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kelmarin, Tengku Razaleigh yang menawarkan diri merebut kerusi Presiden UMNO, mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar, bekas Menteri Kewangan itu juga ada menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Difahamkan Tengku Razaleigh dan Anwar telah bertemu sebanyak tiga kali sebelum ini.

Bagaimanpun Tengku Razaleigh berkata, pertemuan-pertemuan itu hanya berlangsung dalam "konteks kawan-kawan lama yang bertemu."

Ketika mengulas khabar angin bahawa sudah menyertai Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh berkata, beliau telah menemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atas permintaan mereka mahu menemuinya untuk membincangkan masa depan negara.

"Sebagai seorang pemimpin, saya terbuka untuk menemui kesemua ahli politik, tidak kira sama ada mereka dari Barisan ataupun Pakatan," katanya. Malah desas-desus sedemikian pernah muncul tiga bulan lalu, yang beliau telah menemui pemimpin PAS di Parlimen dan ditawarkan memimpin pembangkang sebagai Perdana Menteri.

Tengku Razaleigh juga meminta kesemua ahli politik mengutamakan kepentingan negara khususnya ia penting dalam suasana seperti sekarang.

"Khususnya dalam suasana sekarang kita perlu mengatasi ketidaktentuan politik dan ekonomi," katanya.

Tengku Razaleigh menambah, beliau mempunyai rancangan sendiri untuk membantu negara bebas daripada persekitaran politik dan ekonomi semasa.{http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22054#568670}

Nampaknya bahang Pemilihan Agung UMNO semakin panas apabila ditengah-tengah kehangatan isu berkenaan tambahan pula semua UMNO Bahagian akan mula bersidang Jumaat ini timbul pula isu begini sungguh menghairankan bukan? Adakah ini cubaan untuk mengagalkan percubaan Ku Li untuk bertanding di dalam jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang?

SMS pun tersebar meluas yang mengatakan Ku Li bakal 'lompat' ke Pakatan Rakyat. Seingat penulis sudah lebih dari tiga kali 'khabar angin Ku Li akan 'lompat' parti disebarkan tetapi sampai sekarang beliau masih di dalam UMNO dan tidak menyertai Pakatan Rakyat.

Hebat sekali SMS layang yang masuk bertalu-talu ke telefon bimbit penulis. Pertandingan di dalam Pemilihan UMNO yang akan datang penulis boleh ramalkan sebagai pertandingan panas dan kontroversi.

STAIL POLITIK KU LI

Penulis cukup arif dengan stail dan corak politik yang digunakan Ku Li dan mengikut perkiraan penulis Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO seperti mana SMS yang tersebar secara meluas beberapa hari ini.

Pertamanya, Ku Li tidak akan meninggalkan UMNO kerana beberapa ucapanya sebelum ini ternyata dia berani bercakap tentang Melayu (selalunya dianggap perkauman oleh bangsa lain) dan masih sayangkan UMNO.

Keduanya, kita singkap kembali sejarah silam politik Ku Li. Memang benar Ku Li memang pernah meninggalkan UMNO, tetapi tidak menyertai PAS tetapi menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46) (maknanya Melayu tetap menjadi agenda perjuanganya).

Ketiganya, walaupun orang kuat PKR iaitu DS Anwar Ibrahim baik denganya, namun corak perjuangan PKR tidak sehaluan dengan agenda perjuanganya. Tidak mesti kalau kita AP Kerajaan tidak boleh berbaik dengan AP Pembangkang.

Keempatnya, hendakkah Anwar Ibrahim melepaskan jawatan yang dipegangnya kepada Ku Li sedangkan jawatan itu sudah lama diidamkanya semenjak dari dia mengalahkan Tun Ghafar Baba lagi dia bercita-cita nak jadi Perdana Menteri sama seperti Khairy Jamaluddin sekarang.

Kelimanya, hendakkah Ku Li membazirkan masanya untuk membantu orang lain menjadi Perdana Menteri sedangkan jawatan itu patut disandang oleh beliau tidak berapa lama dulu lebih-lebih lagi orang itu telah bergelar "pengkhianat bangsa".

MANIPULASI MEDIA KENYATAAN KU LI

Pada pandangan penulis, kenyataan Ku Li itu hasil manipulasi Media Arus Perdana yang tidak mahu melihat kemaraan Ku Li dan kejayaan Ku Li menjadi Presiden UMNO yang baru untuk sekadar satu penggal.

Semua orang tahu pasal Hindu God yang suka spin macam-macam di dalam media mereka tambahan pula Hindu God ini adalah pembela sejati Presiden AAB. Kenyataan Ku Li tersebut hanya adalah sekadar cadangan salahkah memberi cadangan? Jangan diputarbelitkan cerita untuk keuntungan sesuatu pihak sahaja kelak ia akan memakan diri sendiri.

Cukuplah memutarbelitkan dan menambah kerumitan keadaan yang telah sedia rumit. Ku Li tidak akan tinggalkan UMNO dan tidak juga akan jadi 'musuh dalam selimut' ataupun jadi pengkhianat UMNO percayalah........Ianya hanya cubaan untuk menjatuhkan Ku Li sahja.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, October 6, 2008

Krisis 3F Memerlukan Pemimpin berkaliber !

Tengku Razaleigh HamzahImage via WikipediaKrisis 3F kini begitu popular di kalangan masyarakat dunia. Apakah yang dikatan dengan 'krisis 3F'? sebenarnya 3F itu bermaksud Food (makanan), Fuel (Minyak) dan Financial (kewangan).

Malaysia pun tidak terkecuali daripada terkena kepada tempias krisis 3F ini. Bukan calang-calang orang dapat meredakan krisis 3F ini ia memerlukan kepada orang yang benar-benar pakar di dalam bidang ekonomi untuk memperbaiki dan mengatasi krisis yang boleh dikatakan di alami seluruh dunia ini.

Kebetulan pula pada masa ini Malaysia mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan lemah di dalam segala hal ia akan menjadikan penyelesaian krisis 3F menjadi bertambah rumit. Penyusunan semula ekonomi juga akan menjadi lembab dan pelbagai masalah baru bakal muncul.

Sebenarnya krisis 3F ini telah diceritakan di dalam sebuah Kitab Islam, namanya bagi orang yang pernah menelaah kitab-kitab pasti akan tahu mengenainya. Namun, penulis memohon maaf kerana terlupa apa nama kitab tersebut kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah berguru dengan guru-guru agama di kawasan masing-masing.

Penyelesaiaan krisis 3F ini memerlukan kepada khidmat seorang pemimpin yang benar-benar berpengalaman di dalam bidang ekonomi untuk membolehkanya mengadakan penyusunan semula ekonomi negara. Orang-orang seperti Tengku Razaleigh hendaklah diberi peluang untuk melaksanakan penyusunan semula ekonomi negara.

Pada masa yang sama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hendaklah digerakkan semula dan memainkan peranan aktif untuk menyusun semula ekonomi negara bagi mengeluarkan negara daripada krisis 3F ini.

Selain itu, jawatan Menteri Kewangan Kedua hendaklah diberikan semula kepada Datuk Mustapha Muhammad memandangkan beliau sudah ada pengalaman dalam mengendalikan krisis kewangan 1997/1998 yang lalu dan dia memang sesuai menyandang jawatan tersebut bagi membantu negara menghadapi krisis 3F ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, October 5, 2008

Budak Tingkat Empat masih berkuasa?

Khairy Jamaluddin, Deputy Youth Chief of Baris...Image via WikipediaMasih ingatkah anda dengan budak-budak Tingkat Empat yang menjadi isu hangat tidak berapa lama dahulu. Kumpulan budak tingkat Empat yang diketuai oleh Khairy Jamaluddin yang sangat berkuasa semasa Perdana Menteri sekarang iaitu Presiden AAB Al-Flip-flop malah ada yang mengatakan kuasanya mengalahkan kuasa PM apatah lagi PM mengikut telunjuknya.

Pada mulanya penulis ingat budak Tingkat Empat akan hilang 'taringnya' apabila PM yang juga bapa mertua kepada Ketua Kumpulan Budak Tingkat Empat tersebut (penulis suka memanggil kumpulan tersebut dengan nama Empat Jahanam) namun sangkaan penulis ternyata meleset apabila membaca Blog Another Brick Wall yang artikelnya berbunyi "If Pak Lah is Leaving, Why Level Four Boys Still command"

Berdasarkan perkembangan terbaru ini penulis mempunyai dua ramalan mengenai apa yang bakalan terjadi selepas ini. Pertamanya ada kemungkinan Presiden AAB akan terus bertanding jawatan Presiden di Pemilihan Agung UMNO yang akan datang mungkin juga kerana desakkan ketua Budak Tingkat Empat yang dikatakan masih berkuasa itu. Lagipun tak sampai Lima tahun budak Tingkat Empat berkuasa dan ia sememangnya belum cukup bagi mereka tambahan pula 'sifat tamak' selalu ada pada diri seorang yang berjiwa seperti mereka.

Ramalan kedua penulis ialah jikapun Presiden AAB tidak bertanding di dalam Pemilihan UMNO akan datang dan sekaligus memberi ruang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi Presiden baru UMNO dan juga Perdana Menteri, namun ia tetap tidak akan menjejaskan kuasa Budak Tingkat Empat dan berkemungkinan Budak Tingkat Empat itu bakalan dikekalkan. Berdasarkan cara Najib yang memilih cara "Playsafe" dalam mengungguli kedudukan tertinggi di dalam parti itu berkemungkinan sudah ada perjanjian dimeterai oleh Presiden AAB dengan Najib untuk mengekalkan Kedudukan Budak Tingkat Empat dan perjanjian tersebut mungkin perjanjian sulit kerana Presiden AAB memang suka dengan Perjanjian Sulit ini.

Jika ramalan kedua penulis menjadi kenyataan maknanya tiada gunanya menukar pucuk pimpinan sekiranya Budak Tingkat Empat masih berkuasa tambahan pula Penulis tidak begitu jelas adakah Najib menyukai atau tidak Budak Tingkat Empat tersebut. Namun sekiranya ia benar-benar berlaku, sudah tentu kita memerlukan orang yang tidak suka dengan budak tingkat Empat menerajui pucuk pimpinan UMNO dan setakat penulis tahu Tengku Razaleigh ataupun Ku Li telah menyatakan secara 'terang-terangan' menentang 'budak-budak tingkat empat tersebut' terutamanya Khairy Jamaluddin.

Kita memang perlu memilih jalan yang terbaik untuk menghilangkan 'kuasa' budak tingkat Empat daripada terus menjadi "Hidden PM" dan memberi arahan kepada PM yang berkuasa serta menjadikan PM sebagai "Sleeping Partner".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, October 4, 2008

Menanti "Kejutan" Lepas Raya!

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia
Setelah beberapa hari penulis tidak menulis sebarang artikel di blog ini, hari ini penulis berkesempatan sedikit untuk membicarakan isu-isu semasa di negara kita. Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi " Menanti Kejutan Lepas Raya!".

Artikel penulis kali ini berkisarkan perkara-perkara yang mungkin terjadi selepas raya nanti terutamanya di dalam arena politik tanah air. Beberapa Forumer MYKMU.NET mengatakan 'ada kejutan selepas raya nanti tetapi tidak dipastikan kejutan yang bagaimana.

Namun penulis mengandaikan 'kejutan' tersebut mungkin melibatkan kedudukan Presiden AAB sebagai Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia. Boleh jadi juga ia berkisarkan penolakkan kepada keputusan Majlis Tertinggi UMNO berhubung Pemilihan Agung UMNO yang ditunda sehingga Mac 2009 kelak. Ada juga kemungkinan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu waktu "Peralihan Kuasa" yang dijanjikan oleh Presiden Flip-Flop AAB.

Tidak lupa juga mungkin 'kejutan' tersebut adalah kemungkinan orang yang sudah lama berkempen untuk jawatan Presiden UMNO sejak dari mula akan berjaya mencapai matlamatnya dan sekaligus menjadi Presiden UMNO yang baru dan juga bakal mengenepikan orang yang selalu dikaitkan dengan "Peralihan Kuasa" iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun individu yang ingin bertanding jawatan Presiden UMNO tersebut adalah seorang yang boleh dikatakan 'lone ranger' namun kita boleh memandang lekeh padanya kerana beliau begitu berpengalaman bukan sahaja di dalam bidang politik tetapi juga ekonomi. Individu yang dimaksudkan ialah Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dikenali sebagai Ku Li dikalangan rakyat jelata dan juga merupakan Kerabat Diraja Kelantan.

Satu lagi 'kejutan' yang berkemungkinan akan berlaku ataupun tidak berlaku langsung ialah penubuhan Kerajaan Katak apabila usul tidak percaya kepada Perdana Menteri diusulkan di Parlimen oleh Ketua Pembangkang yang baru iaitu Anwar Ibrahim. Selepas kegagalan 16 September beliau terus mencanangkan tunggu sehingga Parlimen bersidang, jadi lepas raya ini kebetulan pula Parlimen mula bersidang kembali. Apakah kesudahan dan apakah kejutanya sama-samalah kita nantikanya dengan penuh sabar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Pada Semua Pembaca!


Get Hari Raya Graphics Here



Assalamualaikum....

Esok kita akan beraya selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Esok juga dikatakan hari kemenangan buat kita selepas berhempas pulas menahan dugaan dan rintangan di bulan puasa.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Dan dikesempatan ini jugalah penulis ingin memohon maaf daripada pembaca sekiranya ada salah dan silap sepanjang penulis bergelar blogger ini.

Maaf Dari Hujung Rambut hingga ke hujung kaki. Terima kasih atas sumbangan anda semua bagi menjadi blog ini sebagai blog bermakna dan berguna. Sekian, Wassalam.

Baca Lagi!

Saturday, September 27, 2008

UMNO Bahagian Mesti Bersuara!

Semua UMNO Bahagian Mestilah Bersuara itulah diantara petikan kata-kata calon Presiden UMNO iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah selepas diminta memberi komen berhubung penangguhan Pemilihan Agung UMNO yang ditangguhkan sehingga Mac 2009 nanti. Beliau juga yang turut dikenali dengan nama Ku Li turut menggesa semua Bahagian-Bahagian UMNO seluruh negara menolak keputusan penangguhan yang diistiharkan oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

Selain Ku Li, anak kepada Mantan Presiden UMNO iaitu Datuk Mukhriz Mahathir juga mempersoalkan tindakan penangguhan itu. Pada pandangan penulis, pandangan yang diberikan oleh kedua-dua pemimpin ini sememangya ada asasnya. Lagipun berapa kali nak tangguh Pemilihan tersebut, kerja bertangguh tidak akan selesai dan matlamatnya tidak akan tercapai.

Sementara itu, penulis mendapat maklumat daripada beberapa forumer MYKMU yang mengatakan Datuk Seri Najib juga menentang penangguhan Pemilihan Agung UMNO tersebut. Namun, penulis tidak pasti kesahihan maklumat tersebut. Mengikut mereka lagi, Kenyataan-kenyataan Najib yang dikatakan 'menyokong penangguhan' tersebut sebenarnya hasil 'manipulasi media' yang di dalangi beberapa individu tertentu untuk menyelamatkan kedudukan Presiden AAB buat masa ini.

Berbalik pula dengan komen Ku Li yang mencadangkan supaya semua UMNO Bahagian menolak ketetapan penagguhan Pemilihan Agung UMNO yang dibuat oleh Majlis Tertinggi Tersebut. Secara dasarnya penulis amat bersetuju dengan cadangan Ku Li tersebut, kenapa kita perlu tunggu lama lagi, tambahan pula punca masalah adalah Presiden AAB sendiri. Jadi untuk selesaikan masalah kita kena selesaikan punca masalah bukan simptomnya.

Bahagian-Bahagian UMNO mesti berani bersuara, usah difikirkan hendak menjaga hati sesiapa dalam menyuarakan pandangan. Sebelum kita menjaga hati seseorang pastikan orang yang kita jaga hatinya menjaga hati kita dahulu dan jangan pula hujan kain pelikat membuat sesebuah bahagian UMNO berubah kain pelikat boleh dibeli, tapi kuasa tidak boleh dibeli.

Baca Lagi!

Friday, September 26, 2008

"Life Jacket" Abdullah (Presiden AAB)

Najib Tun Razak, Deputy Prime Minister of Mala...Image via Wikipedia
Sepertimana yang kita tahu desas-desus mengenai kemungkinan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO mungkin bakal ditangguhkan kini sudah menjadi realiti. Wah menarik sekali kali ini, desas desus pun dah jadi kenyataan.

Nampaknya, keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan Pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO Disember mendapat "sokongan" daripada kesemua Ahli Majlis Tertinggi termasuklah Tan Sri Muhyidin Yasin dan Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.

Penulis tidak hairan kenapa Datuk Seri Najib setuju dengan penangguhan tersebut kerana dia memang suka mengambil langkah-langkah 'playsafe' dalam percaturanya, namun di dalam politik kita tidak boleh terlalu 'playsafe' kerana tindakan tersebut mungkin bakal memakan diri.

Tindakan penangguhan pemilihan pucuk pimpinan UMNO ini secara tidak langsung memberi ruang kepada Abdullah untuk menyembunyikan yang mana perlu. Secara sinisnya, penulis boleh memanggil tindakan Presiden AAB ini sebagai "Life Jacket" Abdullah demi mereka dan keluarga mereka.

Mengenai komen Tan Sri Muhd Muhd Taib Ketua Penerangan UMNO yang mengatakan tindakan tersebut bagi meredakan keadaan secara ikhlasnya penulis tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana kita tidak boleh menghilangkan masaalah dengan cuma menyelesaikan simptomnya, tetapi kita hanya boleh selesaikan masalah dengan menyelesaikan punca masalah tersebut. Di sini, siptomnya ialah Ketegangan dan Masalahnya ialah Presiden AAB sendiri jadi keadaan tidak akan menjadi tenang selagi Presiden AAB masih menjadi Presiden.

Mengenai Komen Ku Li di dalam SIDANG MEDIA yang mengatakan Presiden AAB dan Najib macam budak-budak dan menjadikan negara kita sebagai Republik Pisang. Di mana "republik pisang" adalah merupakan istilah sindiran, asalnya merujuk kepada perkembangan di Amerikan Latin, kepada negara yang kurang stabil dan mundur yang dikuasai oleh segelintir elit yang korup, kaya dan pentingkan diri sendiri. Penulis amat bersetuju dengan pandangan ini. Manakan tidak, ini penangguhan untuk kali kedua adakah boleh dijamin tidak ada penangguhan kali ketiga?

Menurut permerhatian penulis, beberapa tindakan Presiden AAB dalam bulan-bulan kebelakangan ini telah berjaya menjadikan UMNO sebuah Parti yang tangguh-menangguh. Bukankan kerja bertangguh tidak digalakkan bukan sahaja di dalam dunia Melayu bahkan di dalam Dunia Islam? Cuba bayangkan apa akan jadi selepas anda berak, tapi anda tangguhkan masa untuk membasuhnya untuk buat kerja-kerja lain terlebih dahulu, sudah tentu anda akan tahu kesanya. Di dalam Islam juga, kita tidak digalakkan untuk menangguhkan waktu solat dan bersolat sebaik sahaja masuk waktunya. Panduan ini memang jelas ternyata Islam memang tidak menggalakkan tangguh-menangguh. Hentikan tangguh-menangguh itu.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, September 25, 2008

Bantahan Penangguhan Pemilihan Agung UMNO

Official logo of United Malays National Organi...Image via WikipediaDiberitakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat lagi esok di dalam Persidangan Khas Majlis Tertinggi UMNO hanya beberapa hari selepas Mesyuarat MT diadakan baru-baru ini. Mengikut sumber-sumber yang diketahui penulis Mesyuarat tersebut dikatakan akan membincangkan untuk menangguhkan Pemilihan Agung UMNO yang dijadual berlangsung oktober ini sehinggalah Disember.

Penulis turut diberitahu bahawa mesyuarat MT UMNO Khas itu juga akan membincangkan mengenai isu "Peralihan Kuasa" yang dijadualkan akan dilakukan pada Jun 2010 dan mungkin akan diawalkan kepada Jun 2009. Namun, begitu maklumat ini masih dikira desas-desus tetapi sebagai langkah menyediakan payung sebelum hujan jadi penulis perlu mengulasnya dengan seberapa segera.

Penulis percaya ramai ahli UMNO akar umbi tidak begitu senang dengan cadangan menangguhkan Pemilihan Agung UMNO ini tambahan pula ia seperti menyekat kemaraan calon-calon yang akan bertanding di Pemilihan Agung UMNO yang bakal berlangsung.

Kenapa Presiden AAB mahu menagguhkan Pemilihan Agung UMNO?

Kelmarin, penulis ada mendengar kenyataan NGO yang ditubuhkan untuk menyelamatkan Presiden AAB berkata yang "akar umbi masih mahukan Presiden AAB" tapi mengapa pula Presiden AAB takut hendak berhadapan dengan Pemilihan ini? Tiga patah perkataan keramat mungkin dapat menerangkan keadaan ini iaitu "Berani Kerana Benar" dan "Takut Kerana Salah".

Tindakan Presiden AAB dilihat oleh penulis sebagai tindakan tergesa-gesa untuk menyelamatkan kedudukanya dan menambah peluang dia terus berkuasa untuk 9 Bulan lagi sekiranya "Peralihan Kuasa" yang begitu popular dan sering keluar dari mulut birat Presiden AAB.

Adakah Presiden AAB, dapat merasakan dia bakal tewas dalam Pemilihan Agung UMNO Disember nanti dan menyebabkan beliau terpaksa memanggil Mesyuarat MT UMNO Khas ini untuk menangguhkan Pemilihan tersebut. Adakah kenyataan seorang negarawan yang juga "Putera Raja" membuatkan Presiden AAB takut untuk menghadapinya?.

Sekiranya Presiden AAB takut untuk menghadapinya ternyata Presiden AAB seorang Presiden UMNO yang dayus, bacul dan pengecut. Sepertimana yang kita tahu, Putera Raja ini pernah bertanding untuk jawatan yang sama satu masa dahulu dengan mantan Presiden UMNO yang sanggup berhadapan dengan pertandingan jawatan no 1 di dalam UMNO itu.

Adakah Presiden AAB memerlukan masa untuk menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah cubaan Presiden AAB untuk menangguhkan Pemilihan tersebut adalah disebabkan beliau ingin menyembunyikan sesuatu? Jika benar, lupakan saja kerana tindakan itu seolah-olah "menyorokkan gumpalan kertas di bawah karpet" lambat laun orang akan tahu jua.

Sekiranya Presiden AAB berani menghadapi Pemilihan Agung UMNO dalam tempoh yang telah ditetapkan mungkin kita boleh beri sedikit pujian kepadanya kerana mungkin dia berani kerana benar, tetapi jika sebaliknya sudah tentu dia salah.

Penulis tetap dengan pendirian penulis, Pemilihan Agung UMNO hendaklah dibuat mengikut seperti mana yang telah dijadualkan dan tidak perlu di tangguh-tangguh lagi. Berapa kali nak ditangguh, selepas tangguh terus tangguh kemudian diteruskan dengan penangguhan. Perlu ingat UMNO bukan parti tangguh menangguh.

Sedikit Nasihat Kepada Ahli UMNO akar umbi!

Suarakan bantahan anda mengenai penangguhan Pemilihan Agung UMNO Kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi agar mereka dapat mengekalkan Pemilihan Agung UMNO sepertimana yang telah dijadualkan menerusi SMS terus kepada nombor-nombor Telefon Bimbit mereka:

012-3083000
012-2888899
012-3072151
012-7169559
012-2777111
019-2010000
019-6844444
019-5115005
019-7000007
019-5788888
019-4545111
0197000007

Hantarkan bantahan kepada mana-mana nombor yang anda suka, sekiranya mampu hantar kepada semua sekali. Beranikan Diri Anda untuk bersuara walaupun kita bukan NGO tetapi Perjuangan Kita Masih Belum Selesai. Selamat Berjuang, Berjuanglah selagi hidup!
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin