Bilangan Pengunjung:

Sunday, October 11, 2009

Hari Penentuan Bagan Pinang...

Hari Penentuan Bagan Pinang...
Oleh: yieMEGA

HARI INI Ahad 11 Oktober 2009 merupakan hari penentuan mengenai siapakah yang bakal menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Prosese pembuangan undi untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang sudahpun bermula.

Proses pembuangan undi dikatakan berjalan dengan lancar. Di pihak Barisan Nasional mereka mahu mempertahankan kerusi DUN Bagan Pinang ini yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu, manakala PAS pula ingin cuba merampas kerusi ini daripada tangan BN.

Presiden BN iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini berkata apa yang BN mahukan ialah menang di Bagan Pinang dan bukan majoriti menjadi perkiraan, pendek kata asalkan menang sahaja.

Mengikut ramalan awal Pilihan Raya ini mungkin dimenangi oleh Barisan Nasional, namun majoriti mereka mungkin berkurangan sekiranya pengundi Cina dan India beralih arah undianya.

Begitu juga dengan PAS, walaupun agak sukar parti ini untuk memenangi DUN Bagan Pinang tetapi peluangnya untuk memenanginya tetap ada, sekiranya undian cina dan india beralih arah kepada mereka berdasarkan slogan "PAS For All". Sekiranya PAS tidak menang pun berkemungkinan ia mampu mengurangkan majoriti BN.

Mungkin orang Bagan Pinang mempunyai cara penilaian mereka sendiri yang hanya orang Bagan Pinang sahaja yang tahu, kita tidak tahu. Diharap pilihan raya hari berlangsung dalam keadaan aman sehingga ke akhirnya.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Anonymous said...

demo ni tok sohor la
tok napok pun ore bui komen
post post demo....
bakpo jadi lagu tu?

Blog Widget by LinkWithin