Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 30, 2008

Tawaran UMNO Perak: Pas mungkin beri jawapan esok

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia
LAPORAN UTUSAN:

Pas jawab esok - Hadi dijangka umum pendirian tawaran UMNO kongsi tadbir Perak

KUALA LUMPUR 29 Julai – Pendirian Pas berhubung cadangan penubuhan kerajaan gabungan dengan UMNO di Perak akan ditentukan pada Khamis ini.

Utusan Malaysia difahamkan satu mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dijadual diadakan di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, Khamis ini bagi membincangkan isu tersebut.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengumumkan keputusan yang dicapai selepas mesyuarat itu.

Menurut sumber, isu penggabungan untuk membentuk kerajaan negeri baru di Perak itu adalah antara beberapa ‘perkara yang memerlukan keputusan kepimpinan tertinggi Pas’.

Selain isu penggabungan, topik hangat yang turut dibincangkan ialah mengenai muqabalah yang dijangka bakal menyaksikan satu keputusan dibuat oleh parti itu, kata sumber tersebut.

Tambah sumber itu, keputusan dibuat berdasarkan maklum balas semua peringkat dalam parti dengan mengambil kira harapan masyarakat Islam dan berdasarkan perkembangan dalam Pakatan Rakyat.

“Kami bebas membuat apa sahaja keputusan tanpa tekanan mana-mana pihak,” tegas sumber itu lagi.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan di negeri itu sebagai simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Usaha mengadakan siri pertemuan UMNO-Pas telah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat Islam dan orang Melayu yang tidak lagi mahu melihat kaum itu berpecah-belah.

Bagaimanapun, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh memberi kata dua supaya kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan dengan UMNO boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika ini, Barisan Nasional (BN) memiliki 28 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak manakala pakatan pembangkang 31 kerusi.

DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilantik sebagai Menteri Besar.

Jika Pas, UMNO dan parti komponen BN lain bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar yang dihubungi hari ini berkata, hanya dua individu yang dibenarkan membuat ulasan mengenai isu itu iaitu Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

Bagaimanapun Abdul Hadi dan Nasharudin gagal dihubungi.

Tak sabar menanti jawapan mungkin itu soalan itu yang tergiang-giang di telinga pihak-pihak yang terlibat, bermula dengan isu muzakarah kemudian ditukar menjadi Muqabalah dan timbul pula tawaran yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Perak untuk membuat perkongsian kuasa dengan PAS bagi menubuhkan kerajaan baru di Perak.

Semalam UMNO Perak membuat tawaran kepada PAS yang mereka sanggup untuk berkongsi kuasa dengan PAS walaupun Menteri Besar kerajaan yang mungkin akan ditubuh adalah dari PAS walaupun bilangan kerusi jika dibandingkan UMNO dan PAS, memang jauh lebih banyak UMNO berbanding PAS.

Ramai yang ternanti-nati keputusan yang bakal dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS berhubung tawaran yang telah dibuat oleh UMNO Perak tersebut. Difahamkan Pucuk pimpinan tertinggi PAS juga akan membuat keputusan berhubung Muqabalah UMNO-PAS yang sedang rancak dicanangkan ke seluruh negara melalui bukan sahaja media arus perdana tetapi juga media alternatif yang menjadi sumber rujukan anak-anak muda zaman sekarang.

NIK AZIZ CADANG PELAKSANAAN HUDUD DAN QISAS

Pada dasarnya penulis amat bersetuju dengan pandangan atau cadangan yang diberikan oleh Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan iaitu YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Cadangan ini sepatutnya dipertimbangkan oleh UMNO kerana di dalam menongkah arus kemodenan dan penjajahan bentuk baru yang melibatkan penjajahan minda yang dilakukan oleh kapitalis-kapitalis barat. Lihat sahaja hari ini apa sudah jadi pada anak-anak kita, langkah terbaik ialah dengan melakukan penerapan nilai-nilai Islam dan juga perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas adalah jalan terbaik untuk mengelakkan anak-anak kita terus menjadi mangsa penjajahan minda oleh barat.

Sudah berapa lama kita mempergunakan undang-undang barat atau dulu lebih dikenali dengan undang-undang penjajah, penulis merasakan sudah tiba masanya kita mula menerima pakai Hukum Hudud di dalam perlaksanaan undang-undang kita demi mengharmonikan kesucian Islam di negara kita.

Kita sebenarnya sudah banyak berkorban untuk bangsa dan agama lain jadi salahkan kita berkorban untuk bukan sahaja rakan sebangsa malah seagama dengan kita. Demi Islam kita perlu lakukankanya dan ini adalah satu titik pertemuan ke arah menyatu padukan umat Islam.

KOMEN MCA BERHUBUNG MUQABALAH UMNO-PAS

Nampaknya MCA sudah senada dengan DAP, penulis berharap MCA jangan jadi macam DAP, MCA sepatutnya faham tentang pentingnya menyatupadukan umat Islam yang boleh diibaratkan sebagai berpecah belah yang bakal memberi kecelakaan yang besar kepada umat Islam sekiranya tidak dibendung.

Nasihat penulis kepada MCA jangan jadi DAP kedua dan jangan cuba untuk menjadi kafir harbi yang kedua. Usah dibimbangi perpaduan kami kerana perpaduan kami tidak akan memudaratkan kamu semua, percayalah. Sekiranya kami berpadu kami tetap akan berlaku adil pada anda semua.

HARAPAN PENULIS

Penulis amat berharap perkongsian kuasa antara UMNO-PAS menjadi kenyataan demi menjaga kepentingan dan membela nasib umat Islam yang sudah berada di tahap paling kritikal pada ketika ini. Penulis juga berharap agar masing-masing mengenepikan ego masing-masing demi perpaduan umat Islam.

Ingat lah Islam lemah sekiranya kita tidak bersatu, Islam kuat apabila kita bersatu. Berbaiklah-baiklah kamu sesama rakan seagama. Bersatu teguh bercerai roboh.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Adakah Kita Lupa Dengan Kemerdekaan Negara?

Apakah kita lupa dengan Kemerdekaan negara kita? Itulah persoalan yang menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, penulis terpanggil untuk mengetengahkan perkara ini agar semua orang bangkit daripada 'tidur lena' di atas tilam 'isu politik' yang sampai sekarang tidak habis-habis lagi walaupun pilihan raya sudah berbulan berlalu.

Hari ini tanggal 30 Julai 2008 tinggal hanya lebih kurang satu bulan lagi kita akan menyambut kemerdekaan negara, tapi sayang sekali sambutan kemerdekaan pada tahun ini tampak begitu ketara dinginya apabila isu-isu politik terus diputar dan menjadi tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar tempatan, media elektronik dan juga media cetak namun tidak kelihatan walaupun sekelumit media-media tersebut menceritakan tentang kemerdekaan negara apa yang ada isu politik yang terus menghiasi bukan sahaja akhbar-akhbar yang dilabel sebagai 'arus perdana' malah media alternatif seperti Malaysia Today, Agenda Daily, Harakah Daily semuanya kurang memberi penekanan berkenaan sambutan kemerdekaan negara seolah-olah kemerdekaan negara ini tidak penting dan apa yang lebih penting adalah politik semata-mata.

Kita sudah hampir 51 tahun kita merdeka, tetapi pemikiran kita masih di takuk yang lama. Permasalahan sosial terus menjuarai 'carta jiwa muda-mudi' kita. Namun kita masih terus berpolitik tanpa memikirkan apa yang akan jadi sepuluh tahun lagi, apa yang akan jadi 20 tahun lagi, apa yang akan jadi seabad lagi, apa yang jadi sedekad lagi kepada anak-anak kita yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Kita masih asyik berpolitik, hari-hari politik menjadi makanan kita umpama seorang kaki botol yang mabukkan arak.

Sedarkah kita? Negara kita sudah hampir 51 tahun merdeka tetapi apa yang sudah jadi pada anak-anak kita? Permasalahan sosial melibatkan anak-anak kita terus menjadi 'bahan ketawa' di muka depan akhbar-akhbar tempatan. Adakah politik lebih penting daripada anak-anak kita? Lihat sahaja berapa ramai anak-anak kita yang boleh dikatakan generasi baru sudah terjerumus ke kancah penagihan dadah. Berapa ramai anak-anak kita yang kehilangan dara kerana masa kita telah habiskan sepenuhnya ke dalam dunia politik. Hari ini akhbar Harian Metro yang masih kekal dengan 'title' akhbar lucah telah melaporkan penemuan satu video yang mengemparkan kita. Video yang bertajuk 'Budak-Budak Pun Dah Pandai Sekarang' yang memaparkan aksi seks kanak-kanak 8 tahun dan dipercayai kanak-kanak tersebut berasal daripada negara kita iaitu Malaysia. Nampaknya bangsa kita terus menjadi bahan tertawa dan kadang-kadang kita sendiri yang mentertawakan bangsa kita.

Hampir 51 tahun merdeka namun anak-anak kita masih gagal menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Bagi mereka merdeka seolah-olah 'lesen besar' untuk hidup sebebas-bebasnya, mereka jadikan sambutan kemerdekan dengan perlumbaan haram di kalangan anak-anak kita yang bergelar mat rempit. Ada juga golongan anak-anak kita yang menjadikan sambutan kemerdekaan sebagai malam memuja nafsu boleh dikatakan sudah berapa ramai anak-anak dara kita diragut kesucianya semasa malam sambutan kemerdekaan negara kita.

Falsafah inggeris ada mengatakan 'What yo do it today, the result will be on tommorow'. Melihat anak-anak kita yang semakin mengganas umpama binatang buas yang baru terlepas daripada zoo sudah dapat kita bayangkan apa yang akan terjadi pada negara kita satu masa nanti. Kata orang 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'. Jadi sebelum apa-apa yang buruk berlaku buatlah yang terbaik agar kita tidak menangis kemudian hari. Jangan biarkan negara kita tergadai lagi.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Tuesday, July 29, 2008

UMNO Perak Sedia Kongsi Kuasa Dengan PAS

Kelmari diberitakan bahawa UMNO Perak sedia berkongsi kuasa dengan PAS membentuk kerajaan di Perak sekiranya DAP terus memberi tekanan kepada PAS. UMNO Perak melalui jurucakapnya iaitu Datuk Seri Tajol Rosli menegaskan bahawa UMNO Perak sanggup berkongsi kuasa dengan PAS walaupun Menteri Besar Perak adalah yang berasal daripada PAS.

Tawaran UMNO Perak tersebut memang baik untuk menyatupadukan orang Islam dan Melayu di Malaysia. UMNO Perak pula nampaknya bersedia memberikan jawatan Menteri Besar kepada pihak PAS walaupun jika dibandingkan bilangan kerusi UMNO dan PAS, bilangan kerusi daripada pihak UMNO adalah lebih banyak. Namun, UMNO Perak nampaknya sedia berkorban walaupun sekiranya mereka bergabung tentulah UMNO yang lebih layak menerajui kerajaan negeri memandangkan bilangan kerusi UMNO memang banyak tetapi mereka sanggup berkorban demi menjaga kepentingan umat Islam khasnya dan Melayu amnya.

Pada pandangan penulis PAS sepatutnya mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh UMNO Perak tersebut kerana ia tidak akan memberi kerugian terhadap mana-mana pihak atau apa yang boleh katakan sebagai situasi menang-menang atau 'win-win situation'. PAS tidak akan rugi apa-apa sekiranya menerima tawaran ini kerana jelas mereka tetap menguasai pucuk pimpinan kerajaan negeri Perak kerana UMNO Perak telah memberi jaminan mereka sanggup memberikan jawatan Menteri Besar kepada Pihak PAS.

Sudah lama penulis menanti saat pengabungan UMNO dan PAS, harap-harap penggabungan UMNO dan PAS dapat menjadi kenyataan. Demi menyatupadukan umat Islam di Malaysia yang boleh diibaratkan seperti 'retak menanti belah' dan 'telur di hujung tanduk. Penyatuan Umat Islam penting di dalam menjadikan kita sebuah negara Islam yang maju dan berpontensi jauh.



Baca Lagi!

Sunday, July 27, 2008

Exco Terengganu Di Larang Guna Kereta Baru

Hari ini akhbar tempatan melaporkan bahawa Exco Terengganu dilarang menggunakan kereta baru yang dibeli baru-baru ini. Kereta baru yang dimaksudkan ialah Kereta Mercedes E200 Kompressor yang sepatutnya bakal digunakan oleh kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru.

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi cuba mempopularkan dirinya apabila membuat larangan penggunaan kereta yang baru sahaja di beli oleh Kerajaan Negeri Terengganu tersebut dan hanya membenarkan kereta itu digunakan untuk tetamu kehormat sahaja memandangkan sekiranya kereta tersebut dijual maka pasti ia akan mengalami kerugian.

Memang penulis bersetuju sekiranya Kerajaan Negeri Terengganu yang dipimpin melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Said menjual kereta-kereta Mercedes E 200 Kompressor tersebut kemungkinan besar ia mengalami kerugian kerana biasanya susut nilai bagi sesebuah kereta amatlah tinggi.

Namun, Penulis tidak bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengarahkan kereta tersebut hanya digunakan untuk tetamu kehormat sahaja kerana ia langsung tidak memberi hasil kepada kerajaan negeri Terengganu tambahan pula jumlah kereta yang dibeli oleh kerajaan negeri terbabit ialah 14 buah dan adakah logik 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor ini hanya digunakan untuk tetamu kehormat tanpa memberi sebarang hasil kepada kerajaan negeri di samping kerajaan negeri Terpaksa menambahkan peruntukkan untuk membiayai kos minyak bagi kenderaan terbabit.

Adalah lebih elok 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor tersebut dijadikan kereta sewa sekurang-kurangnya ia akan menyumbangkan pendapatan kepada kerajaan negeri tersebut di samping Kerajaan negeri tidak perlu menampung kos minyak yang digunakan untuk kereta terbabit. Itulah cara terbaik untuk isu ini.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Nik Aziz Cadang Bubar UMNO dan PAS kemudian Tubuh Parti Baru

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia
Laporan Utusan:

Nik Aziz ajak UMNO tubuh parti baru satukan orang Melayu

26/07/2008 7:12pm

MACHANG 27 Julai — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya UMNO dan parti itu dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

“UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata UMNO tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

“Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau UMNO itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

“Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam,” katanya.

— BERNAMA

KOMEN SUARA GENERASI MUDA

Cadangan Mursyidul Am PAS itu boleh dikatakan baik kerana tujuanya untuk menyatupadukan Melayu tetapi kesan negatifnya tetap ada. Contohnya UMNO sebagai parti yang penuh bersejarah.

UMNO dan sejarah memang tidak dipisahkan di Malaysia kerana suatu ketika dahulu perjuangan kemerdekaan negara UMNO adalah di antara perjuangnya tetapi pada masa itu orang Melayu ataupun orang Islam sememangnya bersatu demi menentang penjajahan British di tanah air Malaysia pada ketika itu.

Mungkin padangan Tuan Guru Nik Aziz itu boleh diterima tetapi pada pandangan penulis ia tidak begitu sesuai memandangkan UMNO sebuah parti bersejarah dan setiap barang bersejarah tentu ada nilainya sebagai contoh adakah kita mahu satu artifak sejarah yang kita jumpai dimusnahkan begitu sahaja. Penulis percaya bukan sahaja di pihak UMNO yang tidak akan bersetuju parti itu dibubarkan tetapi Pihak PAS juga mungkin tidak bersetuju dengan pembubaran parti PAS yang memperjuangkan Islam tersebut.

Penulis cadangkan supaya UMNO dan PAS tidak dibubarkan tetapi mereka disatukan di dalam satu bumbung kerana ini adalah lebih baik kerana masing-masing akan boleh menasihati di antara satu sama lain selain perjuangan asal masing-masing tidak akan dikorbankan.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Saturday, July 26, 2008

Muzakarah atau Muqabalah

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via WikipediaSebelum ini penulis telah membuat komen berhubung isu Muzakarah UMNO-PAS yang telah menimbulkan pelbagai kontroversi dan spekulasi terhadap pihak-pihak yang terlibat, diberitakan kelmarin dulu diadakan satu perbincangan mengenai Muzakarah UMNO-PAS yang dibincangkan bersama dengan Majlis Syura PAS di JKR 10 di Kota Bharu, Kelantan.

Perbincangan tersebut menampilkan dua kumpulan yang sebelum ini tidak bersefahaman di dalam Muzakarah UMNO-PAS di sebelah satu pihak yang menginginkan Muzakarah UMNO-PAS itu diadakan dan satu kumpulan lagi yang tidak bersetuju dengan Muzakarah UMNO-PAS tersebut malah mengarahkan Muzakarah tersebut dihentikan.

Namun setelah perbicangan itu selesai pihak PAS atau Parti Islam seMalaysia tampil dengan cadangan menukarkan istilah Muzakarah menjadi Muqabalah atas alasan Muqabalah lebih sesuai berbanding dengan Muzakarah.

Alhamdullilah walaupun namanya ditukar tetapi apa yang pastinya ialah matlamatnya tetap sama iaitu menjaga perpaduan umat Islam dan juga menjaga kepentingan dan nasib umat Islam di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada kalangan Melayu kerana ia saling berkaitan mengikut persepsi Malaysia.

Berharap usaha-usaha untuk mengadakan Muqabalah ini diadakan secara berterusan agar ia dapat membela umat Islam khasnya dan Melayu amnya. Penulis juga berharap agar Muqabalah ini tidak hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam' ataupun dibuat sekadar melepaskan batuk di tangga.

Semua pihak baik pihak UMNO mahupun pihak PAS hendaklah memberi komitmen di dalam menjayakan Muqabalah ini. Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kerana sudah dapat menerima usaha-usaha untuk membawa umat Islam bersatu ini.

Terima kasih dan tahniah juga penulis ucapkan kepada Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana mencadangkan Muzakarah pada mulanya dan kini dikenali dengan nama Muqabalah dan juga tahniah kerana telah berjaya mengubah diri daripada seorang yang ekstrem dan tidak boleh dibawa berbincang menjadi seorang yang berfikiran terbuka.
Zemanta Pixie

Baca Lagi!

Friday, July 25, 2008

Pembelian Mercedes E200 Kompressor Menarik Minat BPR

Hari ini Kosmo! Edisi Timur melaporkan bahawa Isu Pembelian Mercedes E200 Kompressor oleh Kerajaan Negeri Terengganu telah menarik minat Badan Pencegah Rasuah (BPR) atau nama barunya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah untuk menyiasat berhubung kemungkinan berlaku penyelewengan berhubung pembelian tersebut.

Turut disiasat ialah kos penyelengaraan Perdana V6 Executive yang dipakai oleh Exco kerajaan negeri sebelum ini ini menjadikan BPR telah mengendalikan dua kes yang bersabit dengan isu pembelian Mercedes E200 Kompressor Oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Difahamkan pemandu-pemandu juga telah disoal-siasat oleh BPR untuk membantu siasatan yang dijalankan oleh mereka.

Penulis mengucapkan terima kasih kepada Badan Pencegah Rasuah kerana sudah bertindak kena pada masanya sesuai dengan matlamat badan itu yang agar bergelar suruhanjaya menjadi sebuah badan atau suruhanjaya yang bebas daripada campur tangan kerajaan. Namun, penulis berharap siasatan tersebut tidaklah 'hangat-hangat tahi ayam sahaja'.

Penulis percaya isu ini mungkin telah mendapat sambutan hangat sehinggakan menarik perhatian Badan Pencegah Rasuah untuk turut sama memanaskan isu ini tetapi tidak tahulah penulis sekiranya mereka bertindak sekadar untuk mendapat publisiti murahan sepertimana mereka bertindak kepada mendiang Eric Chia berhubung kes penyelewengan yang melibatkan perwaja.

Namun tidak apalah sekiranya mereka hendak publisiti pun tetapi yang penting mereka perlu menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh berhemah, hikmah, adil, telus dan jujur sebagaimana laungan "Ketelusan dan Keterbukaan" yang sering menjadi modal Pak Lah apabila bercakap walaupun sudah ramai orang yang menyampah dengan fantasinya yang entah apa-apa itu.

Bagi penulis ketelusan dan keterbukaan yang sentiasa menjadi laungan Perdana Menteri bernama Abdullah Haji Ahmad Badawi itu adalah retorik semata-mata sekadar untuk menarik perhatian orang ramai supaya menyokongnya kembali sepertimana barang yang dijual oleh seseorang peniaga tetapi tidak laku jadi ianya terpaksa membuat jualan lelong lalu terndegarlah jeritan seperti "Harga terbabas" "lelong, lelong barang murah" dan bermacam-macam lagi pendekatan yang digunakan untuk melariskan barang jualanya sehinggakan ada yang memilih cara untuk menipu sebagai cara untuk melariskan jualanya. Jadi samalah seperti Abdullah Haji Ahmad jadi fikirlah baik-baik dan sedalam-dalamnya dan ingat kita semestinya berfikir di luar kotak bukan di dalam kotak.

Salam perjuangan....
Berjuanglah Selagi Hayat Dikandung Badan

Baca Lagi!

Amerika Terus Bela Anwar Ibrahim

Amerika Syarikat yang melenting apabila mantan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dituduh dengan satu tuduhan liwat melibatkan beliau dan bekas pembantu peribadinya iaitu Saiful kini dikatakan Amerika Syarikat telah buat hal lagi dan tetap dengan perangai keras pedalnya dan meneruskan tradisi "Everyone Always wrong dan just him always right" yang bermaksud apa yang orang lain lakukan semuanya salah tetapi apa yang mereka lakukan semuanya betul walaupun telah melakukan kerosakkan di atas muka bumi ini sehingga mengorbankan ramai umat-umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, Afghanistan, dan bermacam-macama tempat yang melibatkan pembunuhan ramai nyawa yang melayang tetapi bagi Amerika tindakan itu betul kononya ingin memerangi pengganas.

Bercakap dengan kesombongan Amerika yang ingin memerangi pengganas atau lebih dikenali di kalangan mereka dengan perkataan 'Terorrist' penulis merasakan sudah banyak manusia biasa yang tidak berdosa dijadikan mangsa perang Amerika, setiap hari semakin ramai manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan begitu kejam seperti harimau yang membaham mangsanya yang tidak bersenjata. Kita lihat sahaja di Iraq hari-hari hujan peluru menghujani Iraq di Afghanistan pun perkara sama yang berlaku.

Inilah Kekejaman Amerika yang mahu berlagak menjadi polis dunia walaupun dunia tidak mengiktiraf mereka sebagai polis dunia tetapi mereka tetap berlagak sebagai polis dunia. Misi Amerika yang kononya ingin menghapuskan pengganas tetapi misi mereka ternyata gagal pengganas semakin ramai walaupun ramai mangsa yang tidak berdosa telah menjadi lembu korban amerika.

Itulah Amerika mereka pandai mengkritik orang tetapi walaupun diri sendiri lebih jahat daripada Firaun. Amerika sebenarnya di dalam misi menakluk untuk menjadikan negara-negara seperti Iraq, Afghanistan sebagai negara jajahan takluknya dan berkemungkinan besar mereka cuba menakluki negara-negara lain termasuk Malaysia melalui cara lembut contohnya melalui menguasai kepimpinan tertinggi di sesebuah negara atau dengan kata lain penjajahan bentuk baru (Penjajahan Pemikiran).

Sebenarnya penjajahan pemikiran oleh Amerika sudah bermula sekarang, kita lihat generasi muda kita hari ini yang begitu terpengaruh dengan budaya-budaya songsang dari Amerika, malah penyebaran sejenis dadah generasi baru atau dadah tiruan contohnya seperti Pil Kuda sebenarnya Amerika Dalangnya kerana mereka ingin merosakkan pemikiran generasi muda kita secara senyap kerana kesan sampingan pengambilan pil kuda ialah boleh menjadikan pengamalnya mendapat tekanan mental atau dengan kata lain gila.

Begitu cepat pil sebegini telah tersebar ke seluruh Malaysia, malah yang paling mengejutkan pengamalnya bukan sahaja daripada orang yang berpendidikan rendah malah mereka yang berpendidikan tinggin pun turut menjadi penagih 'pil pemusnah' ini. Jika kita kira bilangan majoriti mungkin ramai yang terkejut kerana majoriti penagih 'pil pemusnah' ini adalah di kalangan siswa serta siswazah dan pelajar universiti. Tidak ketinggalan juga kanak-kanak sekolah rendah juga telah mula dipengaruhi untuk mengambil 'pil pemusnah' ini.

Pil ini umpama bom jangka yang dihantar oleh Amerika dan bila-bila masa sahaja boleh meletup sekiranya kita tidak berbuat sesuatu. Satu lagi misi amerika ialah mencari pemimpin untuk dijadikan boneka mereka dan bolehlah mereka menguasai sesebuah negara melalui pemimpin yang menjadi boneka padanya contoh terdekat ialah Arab Saudi yang kini pemimpinya sudah menjadi boneka kepada Amerika. Jadi fahamilah dengan sendiri kenapa Amerika yang pelabur terbesarnya ialah yahudi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahamilah sedalam-dalamnya dan ingatlah "you must thinking out of the box".

Marilah bersama-sama kita boikot semua barangan Amerika dan juga semua barangan Yahudi bersamalah kita bersatu atas nama Islam. Semoga perjuangan kita dirahmati oleh Allah tuhan seru sekian alam. Demi Islam kita sanggup syahid.

Baca Lagi!

Wednesday, July 23, 2008

Isu Pembelian Mercedes E200 Kompressor Kerajaan Terengganu

Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said nampaknya sudah membuka 'topeng' dan menunjukkan wajahnya yang sebenar di sebalik topeng yang dipakainya selepas sebaik sahaja beliau dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru mengantikan Datuk Seri Idris Bin Jusoh.

Topeng apakah yang dipakai oleh Datuk Ahmad Said sebaik sahaja menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu yang dimaksudkan penulis ialah perangainya dari segi cara percakapanya yang sebelum ini kelihatan cuma menyembunyikan diri beliau yang sebenar.

Beliau sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu terkenal dengan sifat panas baranya, ataupun dalam istilah orang Kelantan "Pongoh" tetapi sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru beliau cuba menyembunyikan perangai sebenarnya dengan berpura-pura bercakap lembut, namun kata orang 'kebiasaan akan menjadi terbiasa', hari ini beliau telah menonjolkan dirinya yang sebenar apabila apabila beliau menjawab soalan mengenai isu pembelian Mercedes E200 Kompressor yang terhangat di pasaran di ketika ini, pada pemerhatian penulis cara beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh wartawan boleh dikatakan agak kasar tambahan pula nadanya berbunyi keras.

Sahlah Datuk Ahmad Said sudah hipokrit sebelum ini, demi jawatan beliau sanggup menjadi hipokrit. Penulis tidak mahu komen lebih lagi pasal ahmad said biarlah dia terjun dengan jawatanya, lebih baik kita tumpukan kepada isu pembelian Mercedes E200 Kompressor oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk kegunaan exconya.

Penulis tegas dengan pendirian penulis berhubung pembelian Mercedes E200 Kompressor yang adalah membazir dan bukanya menjimatkan wang rakyat, berhubung kos penyelengaraan pula sekiranya tak mahu menampung kos penyelengaraan yang tinggi adalah lebih baik kerajaan negeri Terengganu membeli Perdana V6 Executive yang baru dan kalau boleh buat perjanjian dengan proton supaya mereka memperuntukkan Extra Warranty untuk kenderaan tersebut.

Kalau Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri pun menggunakan Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi kenapa tidak Exco dan Menteri Besar menaiki kereta yang sama. Kalau nak jimat lagi kerajaan negeri belilah motosikal untuk menjadi Kenderaan Rasmi Menteri Besar dan Exco ia tentu lagi menjimatkan dan setidak-tidaknya mereka secara tidak langsung akan merasai kesusahan yang dialami oleh rakyat sebelum ini, kos penyelengaraan dia pun tidak lah tinggi. Hasilnya wang rakyat dapat dijimatkan.

Baca Lagi!

Muzakarah UMNO-PAS Mungkin Gagal

Penulis sekali lagi terpanggil untuk mengulas isu Muzakarah UMNO-PAS yang nampaknya semakin bermasalah, masalah ini mungkin timbil disebabkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan seakan tidak merestui Muzakarah tersebut dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga merupakan Naib Presiden PAS iaitu Datuk Hussam Musa.

Daripada pemerhatian penulis Muzakarah UMNO-PAS ini mungkin akan menemui kegagalan tambahan pula yang bersuara ialah orang yang paling berkuasa dan menduduki di hierarki tertinggi di dalam organisasi PAS. Sekiranya Muzakarah UMNO-PAS ini menemui jalan kegagalan bermakna saranan mufti telah dibuat umpama saranan seorang musafir di jalanan atau dengan kata lain tidak menghormati saranan mufti tetapi bukan ini yang menjadi isu.

Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang Sudah Berubah?

Tuan Guru Nik Aziz satu ketika dahulu dikenali dengan keterbukaanya, lemah lembutnya, mudah dibawa berbincang dan kurang mengambil pendekatan yang agak ekstrem serta berhemah di dalam menjawab sesuatu isu yang timbul. Beliau juga antara orang yang disenangi oleh orang UMNO Kelantan kerana pentadbiran beliau yang mungkin tidak memilih bulu pada pandangan ahli UMNO Kelantan.

Sekarang ini pula beliau nampaknya sudah berubah, kenyataan-kenyataan beliau boleh dikatakan penuh dengan baur-baur kebencian dan apabila isu muzakarah UMNO-PAS yang timbul baru-baru ini beliau yang pada mulanya menyambut baik Muzakarah UMNO tersebut dan tiba-tiba melenting dengan mengarahkan agar Muzakarah UMNO-PAS dihentikan segera. Beliau juga telah mengamalkan sikap "You are dirties people and not suitable for me".

Penulis amat terkejut dengan sikap Tuan Guru Nik Aziz kebelakangan ini kerana sebelum ini beliau orang paling disenangi dan senang apabila dibawa berbincang, malah penulis berani mengatakan Tuan Guru Nik Aziz sudah jauh berubah. Sebab apa Tuan Guru Nik Aziz berubah sebegitu rupa? Itu kalau nak minta jawab dengan tepat hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang ada upayanya, namun ia telah mengingatkan penulis dengan kata-kata "People Can Change With Others Peoples Mouth". Mungkin ada yang mengetahui mengenai orang-orang Anwar Ibrahim yang telah menyusup masuk menjadi pemimpin PAS dan pemimpin tersebut telah menjadi "Stealh Soldier" Anwar Ibrahim di dalam Parti PAS tersebut kerana Anwar Ibrahim ingin menguasai PAS daripada dalam. Mungkin ramai lagi yang masih ingat kontroversi ini dan ada juga yang pernah menerima VCD mengenai isu ini yang disebarkan oleh ahli PAS sendiri. Di dalam VCD tersebut terdapat pemimpin-pemimpin yang menjadi "Stealh Soldier" Anwar Ibrahim.

Datuk Hussam Musa adalah antara orang yang dinamakan "Stealth Soldier" Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. Jadi kemungkinan 'Stealth Soldier' inilah yang telah membuatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berubah kebetulan pula pendirianya sama dengan Tuan Guru Nik Aziz. Jadi mungkin orang yang paling kanan di Kerajaan Negeri Kelantan ini sudah berjaya menguasai pemikiran Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dahulunya dianggap ekstrem, keras kepala, pongoh (dlm bahasa kelantan bermaksud pemarah), sukar dibawa berbincang, tindakan yang biasanya radikal dan dia tidak disukai oleh orang ramai termasuklah ahli PAS sendiri terutamanya ahli PAS yang berada di Besut kerana mereka lebih menghormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi berbanding Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Namun, zaman sudah berubah, dunia sudah canggih perubahan tetap berlaku tidak kira di mana. Alhamdullilah Tuan Guru Haji Abdul Hadi sudah berubah dan penulis sendiri sudah mula menyukai pendekatanya dan penulis berharap agar Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi kenyataan agar mengelakkan umat Islam bertelagah sesama sendiri dan elakkan sembahyang berjemaah dua masjid dalam satu kampung kerana ia mengalakkan lagi perpecahan berlaku dan kalau boleh tarik balik amanat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Baca Lagi!

Monday, July 21, 2008

Tengku Razaleigh Dapat 6 Lagi Pencalonan Cawangan


38 Branches want to see Ku Li becomes UMNO President

KOTA BARU: Thirty-eight Umno branches have to date proposed resolutions calling on their divisions to nominate former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah for the post of president at the party election in December.

Of these, 32 are from Tengku Razaleigh’s own Gua Musang division, one from the Kelana Jaya Baru branch in Petaling Jaya Utara division, one from the Muar division, and two each from the Pokok Sena and Kuala Kedah divisions.

In Gua Musang, most branches did not suggest any name for the post of Umno deputy president, which is held by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

The branches are currently holding their AGM and election of office bearers, and the 191 divisions nationwide will begin their AGMs in October.

Tengku Razaleigh, is currently the only Umno member to offer himself as a candidate for the post of Umno president which requires a minimum of 30% nominations from the 191 divisions to qualify to contest.

State Umno information head Datuk Md Alwi Che Ahmad said the branches were free to propose any resolution, but it could only be passed at the divisional level.

He said Kelantan had more than 8,000 branches, so the resolutions could not be considered a notable political development until they reached the divisional level.

The Star Online

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/7/21/nation/21877010&sec=nation

KOMEN SUARA GENERASI MUDA:

Memang menakjubkan kerana pertambahan enam lagi pencalonan cawangan dan juga pencalonan baru ini bukan berasal daripada UMNO Bahagian Gua Musang tetapi di luar kawasan UMNO Gua musang. Satu daripada cawangan Kelana Jaya Baru daripada Bahagian Petaling Jaya Utara, satu daripada Bahagian Muar dan Dua lagi bagi setiap Bahagian Kuala Kedah dan Pokok Sena.

Ini mungkin satu berita yang mengembirakan, peluang kepada Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan Presiden UMNO semakin cerah. Penulis berharapa di masa-masa akan datang lebih ramai lagi cawangan yang akan mencalonkan Tengku Razaleigh.

Satu petanda baik buat penyokong-penyokong Tengku Razaleigh yang berada di seluruh negara. Teruskan kerja keras anda semoga anda semua beroleh kemenangan. Penulis yakin ramai juga di luar sana mahu menyaksikan kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah bagi melihat apa agenda beliau untuk menstabilkan semula ekonomi negara dan juga mengurangkan beban rakyat.

Penulis percaya juga ramai yang berada di luar UMNO tentunya menanti-nantikan saat kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk melihat apakah perubahan-perubahan yang beliau akan buat sekiranya diberi peluang. Bukan sahaja di dalam UMNO malah di kalangan Pembangkang terutamanya PAS pasti ternanti-nanti adakah Tengku Razaleigh akan berjaya memandangkan mereka pernah mewujudkan kerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah satu waktu dulu.

Penulis mendoakan agar Tengku Razaleigh Hamzah berjaya di dalam pusingan kelayakkan untuk menentang Presiden UMNO yang amat lemah pada waktu dan ketika ini. Semoga beliau dapat memberi nafas yang baru kepada UMNO selepas ia disesakkan oleh Rejim Abdullah Al-Bohongi Haji Ahmad.

Kepada ahli UMNO seluruh negara ingat satu falsafah inggeris yang berbunyi "When leaders goes wrong, nothing goes right" yang bermaksud sekiranya pemimpin itu tidak kena, tidak ada sesuatu pun yang akan jadi betul. Fahamilah sedalam-dalamnya.

Baca Lagi!

Berjimat Cara Ahmad Said











Kerajaan Negeri Terengganu telah membuat keputusan untuk membeli Mercedes E200 Kompressor bagi mengantikan Perdana V6 yang sebelum ini menjadi kenderaan rasmi Exco Kerajaan Negeri Terengganu.

Ramai yang telah membantah keputusan Kerajaan negeri Terengganu tersebut kerana ia dikatakan membazir. Namun, Menteri Besar Terengganu yang baru iaitu Datuk Ahmad Said mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu itu atas alasan mahu menjimatkan kos penyelengaraan yang mana katanya penyelengaraan bagi Proton Perdana V6 amatlah tinggi jadi lebih baik kerajaan negeri membeli kereta baru untuk mengantikan Perdana V6 tersebut.

Penulis sangat tidak bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Said itu, mari kita pergi kepada kos pembelian Mercedes E200 Kompressor itu terlebih dahulu, Kos pembelian bagi sebuah kereta Mercedes E200 Kompressor tersebut ialah RM245,000 dan Kerajaan Negeri Terengganu melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Said membuat keputusan untuk membeli 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor ini bermakna jumlah kesuluruhan pembelian itu ialah lebih kurang RM3.4 Juta. Jadikah inikah yang dikatakan langkah menjimatkan kos penyelengaraan.

Pada pandangan penulis penyelengaraan Mercedes E200 Kompressor adalah lebih tinggi berbanding penyelengaraan Perdana V6 dan mungkin ramai yang tahu alat ganti Mercedes adalah antara alat ganti termahal di negara ini jadi mungkinkah ia mampu menjimatkan kos penyelengaraan?

Penulis tidak tahu apa untungnya kepada Datuk Ahmad Said dengan membuat keputusan yang tidak popular ini , mungkinkah Datuk Ahmad Said mendapat komisyen daripada pihak pengedar Kereta Mercedes E200 Kompressor itu? Kemungkinan itu tetap ada namun penulis tidak suka menuduh tetapi kemungkinan itu tetap ada.

Apa yang penulis dapat lihat kali ini ialah pemikiran Datuk Ahmad Said adalah sama dengan pemikiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam mengambil langkah berjimat. Penulis merasakan Datuk Ahmad Said tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Terengganu dan penulis mendesak Datuk Ahmad Said meletak jawatan dengan segera.

Baca Lagi!

Sunday, July 20, 2008

32 Cawangan UMNO Calonkan Ku Li


Hari ini diberitakan bahawa 32 Cawangan UMNO daripada UMNO Bahagian UMNO Gua Musang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan nama Ku Li sebagai calon Presiden UMNO menentang Abdullah Haji Ahmad Al-Badawi. Mungkin berita ini akan sedikit mengembirakan kita.

Terlebih dahulu penulis ucapkan jutaan tahniah buat 32 Cawangan UMNO yang berani membuat keputusan demikian. Penulis berharap tindakan mereka akan dicontohi oleh cawangan-cawangan UMNO seluruh negara yang lain.

Sebelum ini, UMNO Cawangan Kampung Ubai daripada Bahagian juga telah membuat usul yang berani iaitu mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Calon Presiden yang bakal menentang Abdullah Haji Ahmad Al-Badawi. Namun usul tersebut disambut dingin termasuklah daripada Datuk Seri Najib Al-Penakuti Tun Razak sendiri dan memilih untuk tidak bertanding.

Jelas sekali usul yang dibawa oleh UMNO Cawangan Kampung Ubai menjadi usul yang sia-sia. Bagi mana cawangan UMNO seluruh negara yang belum membuat sebarang usul atau keputusan penulis berharap agar mereka tidak akan mengeluarkan usul sia-sia. Konsepnya mudah sebagai contoh sekiranya kita ingin menyuap seseorang itu dengan nasi tetapi orang yang kita hendak suap itu tidak mahukanya malah menutup ketat mulutnya itu adalah perbuatan sia-sia.

Jadi sekiranya mana-mana cawangan UMNO bercadang mengusulkan siapa yang bakal lawan Presiden hendaklah dipastikan bahawa orang yang dicalonkan itu memang mahukan makan nasi jadi senanglah bagi kita untuk menyuapnya sebagai contoh Tengku Razaleigh mungkin yang terbaik untuk dijadikan calon menentang Presiden UMNO Abdullah Al-Bohongi.

Berbalik dengan kedudukan semasa sekarang bermakna Tengku Razaleigh sudah mendapat 32 pencalonan Cawangan, manakala Datuk Seri Najib Tun Razak hanya mendapat 1 pencalonan cawangan. Jadi kesimpulan sekarang ialah Tengku Razaleigh mendahului Najib dengan 32 pencalonan cawangan.

Kepada cawangan-cawangan UMNO seluruh negara perlulah berani mengemukakan usul berani sama seperti yang diusulkan oleh 32 cawangan UMNO daripada UMNO Bahagian Gua Musang dan 1 Cawangan UMNO daripada Bahagian Pekan. Bersamalah kita membuat perubahan kepimpinan di dalam UMNO.

Baca Lagi!

Penentu Kejayaan Muzakarah UMNO-PAS

Baru-baru ini penulis telah mengupas isu cadangan Muzakarah UMNO-PAS tetapi penulis terpanggil sekali lagi untuk memberi pandangan penulis mengenai Penentu Kejayaan Muzakarah UMNO-PAS yang mungkin bakal diadakan di dalam tempoh masa yang terdekat. Penulis sangat komited di dalam usaha menganjurkan Muzakarah seperti ini untuk menyatupadukan Umat Islam atau Umat Melayu ini dikira satu perkara yang amat penting bagi menjaga kepentingan umat Islam.

Pertama sekali penulis ingin menjawab pertanyaan seorang pembaca yang diemailkan kepada penulis kelmarin. Saudara Rahman menanyakan penulis berkenaan apakah penentu kejayaan yang menjadi kayu pengukur untuk memastikan Muzakarah UMNO-PAS dijayakan dengan jayanya. Terlebih dahulu penulis mengucapkan terima kasih kepada saudara Rahman kerana sudi bertanyankan soalan kepada penulis.

Pada pandangan penulis penentu kejayaan yang boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai sama ada Muzakarah UMNO-PAS tersebut mencapai matlamatnya ialah pemimpin itu sendiri sebagai contoh di pihak UMNO terlebih dahulu hendaklah mempunyai pemimpin yang bersih daripada kekotoran dosa-dosa ini adalah sama seperti keadaan di mana ada seorang yang baru sahaja bergelumang dengan najis, adakah kita tergamak untuk bersalam denganya? Jawapanya sudah tentu tidak.

Pada pengamatan penulis pemimpin UMNO sekarang yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah banyak dosa-dosa yang terpalit pada tubuhnya memandangkan beberapa isu yang meragukan yang melibatkan dan hanya dijawab dengan ayat "I Don't Know, I'M Not Involved". Sebenarnya tidak cukup dengan menggunakan ayat itu sahaja untuk menjawab tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepadanya kerana mana ada orang yang berak tengah jalan mengaku dia yang berak jadi fahamilah dengan sedalam-dalamnya.

Mungkin ramai tertanya-tanya siapakah yang betul-betul layak menerajui UMNO dan akan memberi peluang yang cerah di dalam kejayaan Muzakarah UMNO-PAS. Firasat penulis kuat mengatakan yang Tengku Razaleigh sememangnya betul-betul layak di dalam menentukan kejayaan Muzakarah UMNO-PAS sesuai dengan imejnya yang masih bersih dan tambahan pula beliau pernah bekerjasama dengan PAS suatu masa dahulu ia mungkin akan memberi ruang dan peluang mengadakah Muzakarah UMNO-PAS dengan jayanya. Kalau anda semua firasat penulis ini menjadi kenyataan atau tidak cubalah bagi peluang kepada Tengku Razaleigh memimpin UMNO.

KOMEN MSO MENGENAI MUZAKARAH UMNO-PAS

Mohd Sayuti Omar seorang penulis bebas telah menulis artikel mengenai Muzakarah UMNO-PAS di dalam blognya Merah Tinta MSO. MSO menyifatkan Muzakarah UMNO-PAS amatlah penting bagi menjaga kepentingan umat Islam dan mengelakkan nasi yang sudah sedia lembik daripada terus menjadi bubur. Pandangan ini penulis amatlah bersetuju dan bersependapat dengan MSO jadi tidak perlu dipertikaikan lagi Muzakarah UMNO-PAS sememangnya amat penting bagi menjaga kepentingan Umat Islam.

Penulis cuma kurang bersetuju dengan pandangan MSO mengenai tidak mungkin UMNO dan PAS bergabung tetapi bukanlah bermakna penulis mengatakan UMNO dan PAS akan bergabung tetapi kemungkinan itu tetap ada kerana politik sejuta kemungkinan, Mungkin Ya, Mungkin Tidak juga merupakan sebahagian daripada rencah politik.

Kalau ditakdirkan UMNO-PAS bergabung sepertimana UMNO-S46 bergabung satu ketika dahulu penulis merasakan ia satu saat kemenangan bagi semua umat Islam seluruh Malaysia kerana bukan sahaja ketuanan Melayu dapat diselamatkan malah Ketuanan Islam juga dapat diselamatkan kerana Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan bagai aur dengan tebing, bagai irama dan lagu. Sekiranya ini berlaku penulis tidak ada halangan ke atas mereka.

Namun sekiranya UMNO-PAS hanya sekadar bermuzakarah untuk menyelasaikan isu-isu umat yang timbul di kalangan umat Islam pun sudah dikira baik kerana di dalam kita berbeza pendapat di dalam banyak perkara, kurang-kurangnya kita sependapat dengan satu perkara. Marilah semua kita doakan agar Muzakarah UMNO-PAS menjadi kenyataan.

Baca Lagi!

Friday, July 18, 2008

Pemilihan UMNO 2008


Penulis pasti kebanyakkan cawangan-cawangan UMNO sudah mula membuat mesyuarat untuk menentukan siapa yang akan menduduki jawatan-jawatan di dalam UMNO. Penulis ramalkan semakin banyak cawangan UMNO akan bersidang untuk menentukan siapakah yang layak menduduki jawatan-jawatan yang dipertandingkan pada pemilihan kali ini.

Namun beberapa isu yang timbul berhubung pemilihan UMNO yang akan disempurnakan pada Disember ini, antara isu-isu hangat ialah timbul cadangan supaya jawatan No 1 dan 2 tidak dipertandingkan kerana mitosnya mungkin akan berlaku perpecahan di dalam UMNO dan perpecahan Melayu. Macam-macam lagi mitos yang kendengaran.

Komen Mengenai Pertandingan Jawatan No 1 dan 2 UMNO

Hari ini pula disiarkan komen ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr. Mohd Hilmi Yahya yang mengatakan jawatan No 1 dan 2 di dalam UMNO tidak perlu dipertandingkan kerana ia akan menjejaskan perpaduan di dalam UMNO dan Melayu. Penulis kurang bersetuju dengan pandangan ini, kenapa kita sering menjadikan perpaduan sebagai alasan? Kenapa pula kita perlu kambing hitamkan 'perpaduan' demi menjaga pangkat seseorang. Penulis suka memberi PAS sebagai contoh sudah banyak kali mengamalkan pertandingan di dalam jawatan No 1 dan 2 di dalam parti tersebut tetapi tiada perpecahan yang besar berlaku di dalam PAS. Jadi ini membuktikan pertandingan jawatan No 1 dan 2 tidak akan menyebabkan perpecahan.

Jelas membuktikan jika jawatan No 1 dan 2 dipertandingkan akan mengakibatkan perpecahan di kalangan ahli UMNO dan Melayu jelas sekali mitos semata-mata. Sampai bila kita nak menggunakan pemikiran kolot ini. Cuba lah guna kemahiran "Critical Thinking" di dalam memikirkan sesuatu perkara, kita mestilah fikirkan sesuatu perkara dengan pandangan atau fikiran yang melihat kepada "Big Picture" kita juga kena fikir ada keuntungan juga jika jawatan No 1 dan 2 dipertandingkan. Kita sering menyebut "Kita mesti fikir di luar kotak" tetapi apa gunanya kalau ia hanyalah ungkapan kita sahaja tetapi kita tidak amalkan samalah seperti kita berak tetapi tak basuh. Jadi pada kiraan penulis pertandingan jawatan No 1 dan 2 mesti diteruskan utuk kebaikan semua ahli UMNO.

KELUHAN SEORANG AHLI UMNO TERHADAP PENULIS

Di saat kehangatan isu Pemilihan Agung UMNO, pada ketika ini ahli-ahli UMNO cawangan lain yang sedang sibuk mencadangkan dan menentukan siapakah yang bakal menerajui jawatan-jawatan yang ada di dalam UMNO, penulis secara tidak sengaja terjumpa dengan seorang ahli UMNO dan apabila penulis mengutarakan "Bila UMNO cawangan nak buat persidangan" dia dengan selamba menjawab "saya dah letih dengan semua tu" jawapan beliau membuatkan penulis terkejut. Dengan perasaan penuh ingin tahu penulis terus menanyakan soalan kepada beliau. Beliau Menjawab "Ye lah kita kerja letih-letih kita tak dapat apa-apa, sebaliknya kaum kerabat mereka je yang dapat, tak macam zaman Tun Dr. Mahathir dahulu semua orang dapat apatah lagi orang yang bekerja kuat untuk parti".

Suasana ini amat membimbangkan sekiranya satu tindakan drastik tidak diambil kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan UMNO terus lemah dan tahap kepercayaan ahli kepada Parti semakin lemah dan tidak mustahil satu masa lagi jika perkara ini tidak dibendung penulis pasti UMNO akan dikapankan dan dikuburkan.

Memang mungkin ada yang menganggap perkara ini perkara yang remeh tetapi perlu ingat "Something small can be bigger because everything was start at small" maksudnya sesuatu yang kecil boleh menjadi besar kerana semua benda bermula daripada yang kecil contohnya manusia ia bermula daripada kecil dahulu baru menjadi besar bukanya menjadi terus besar. Jadi tidak mustahil perkara kecil sebegini akan menjadi besar. Jadi langkah membendung perlu diambil segera.

Baca Lagi!

Muzakarah UMNO-PAS

Muzakarah UMNO-PAS yang sepertimana yang dicadangkan oleh Mufti Kerajaan Negeri S.S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah satu cadangan yang baik dan perlulah diterima dengan hati yang terbuka oleh kedua-dua belah pihak demi kepentingan umat Islam di Malaysia.

Dewasa ini negara-negara seagama dengan kita telah menerima padah akibat umat Islam di negara tersebut tidak bersatu, adakah mata kita buta? Cuba lihat apa yang terjadi pada nasib umat Islam Palestin, apa pula bala yang menimpa rakyat Iraq yang terus hidup di dalam ketakutan. Hujan-hujan peluru boleh dikatakan setiap hari menghujani mereka.

Kenapa mereka sangat lemah? Pepatah Melayu ada mengatakan "Bersatu teguh, bercerai roboh" dan bukanya "Bersatu teguh, bercerai kita kahwin lain". Perpaduan amatlah penting di kalangan umat Islam ingatlah Islam berpadu musuh Islam pasti akan gentar.

Adakah kita tidak mahu mengambil pedoman apa yang telah terjadi pada rakan seagama kita yang juga merupakan cucu cicit Nabi Adam di Palestin, di Iraq, di Afghanistan. Adakah kita mahu menunggu perkara yang sama terjadi di negara kita baru kita nak bersatu? Tak ada gunanya lagi kalau ketika itu baru kita nak bersatu kerana nasi sudah menjadi bubur.

Adakah penderitaan rakan kita di Palestin, Iraq dan Afghanistan itu hanyalah sandiwara? Fahamilah wahai umat Islam seluruh Malaysia bahawa setiap kejadian tentu ada hikmahnya, jadi kejadian yang berlaku di Afghanistan, Iraq dan Palestin tentu ada hikmahnya dan mungkin juga panduan daripada Allah tuhan seru sekian Alam kepada umat Islam untuk meneruskan hidup di alam yang fana ini.

Muzakarah UMNO-PAS merupakan langkah terbaik untuk menyatu padukan umat Islam di Malaysia yang sedang berpecah belah di Malaysia ini. Saya bagi contoh ada satu kampung di kawasan Besut Terengganu, nama kampung tersebut ialah Kampung Air Tawar disitu begitu ketara pepecahan umat Islam berlaku, pulau memulau menjadi perkara biasa, mereka berpecah kepada dua puak, puak pertama bersembahyang di Masjid Kerajaan dan Puak Kedua bersembahyang di Masjid yang berlogokan bulan dan pada waktu solat jumaat kebanyakkan daripada mereka bersempahyang di luar daripada daerah Besut.

Perpecahan makin menjadi-jadi apabila mereka juga turut mengajar anak-anak mereka untuk memulaukan orang yang beragama Islam tetapi bukan daripada puak mereka dan ada di antara mereka menghalang anak-anak mereka berkawan dengan anak daripada puak-puak lain.

Menurut perkiraan penulis, perpecahan umat Islam sekarang berada di tahap yang kritikal dan membahayakan jika mereka tidak berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Kalau penarafan warna penulis boleh meletakan perpaduan Islam sekarang sudah berwarna merah.

Jadi sesuailah dengan masa dan keadaan jika muzakarah diantara UMNO dan PAS menjadi kenyataan kerana perpaduan umat Islam amatlah penting. Ingatlah perpaduan teras kejayaan ummah.

Baca Lagi!

Wednesday, July 16, 2008

Cadangan Debat Ku Li Vs Pak Lah



Perdebatan diantara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek anjuran Agendadaily telah disempurnakan semalam, namun kedua-kedua pihak gagal mengemukakan hujah yang kukuh berhubung isu kenaikkan harga minyak di Malaysia. Kata orang "yang berlalu biarkan berlalu" penulis lebih berminat untuk mencadangkan agar satu perdebatan diadakan di antara YBM Tengku Razaleigh Hamzah melawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berhubung kenaikkan harga minyak.

Istimewanya debat ini mungkin pertama kali di dalam sejarah yang memaparkan dua orang yang berada di dalam kerajaan berdebat. Sesuai jugalah dengan Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini yang mana kedua-kedua pendebat adalah calon Presiden UMNO. Mungkin melalui perdebatan ini rakyat (ahli akar umbi UMNO) boleh membuat penilaiaan yang waras siapakah yang bakal menduduki Kerusi Presiden tersebut.

Penulis mencadangkan mana-mana pihak yang sudi menganjur debat ini hendaklah berbuat demikian sebagai contoh MyKmu.net, AgendaDaily, MalaysiaKini dan mana pihak yang ingin merealisasikan cadangan Debat antara dua calon Presiden ini bagi menghagatkan lagi suasana Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini.

Debat ini adalah perlu bagi mewujudkan persaingan yang sihat di dalam merebut jawatan Presiden UMNO dan ahli akar umbi tentu akan dapat menilai secara rasional siapakah yang layak menjadi Presiden UMNO dan bukanya ahli UMNO menyokong secara retorik. Di samping itu, debat ini juga dapat menyaksikan apakah aspirasi yang cuba disampaikan oleh negarawan terbilang YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Debat ini juga akan menonjolkan keperibadian sebenar seseorang calon Presiden UMNO adakah dia seorang yang lemah tidak tahu apa-apa sekadar membaca teks yang disediakan oleh kerani ataupun ia seorang yang berpengetahuan dan lebih-lebih lagi pengetahuan ekonomi dan kepakaran ekonomi.

Debat ini juga akan membenarkan kita melihat siapakah yang seorang retorik pakar ekonomi ataupun seorang yang cuba menjadi pakar ekonomi walaupun ekonomi adalah bukan bidang pengajianya.
Siapa yang untung jika Debat ini Menjadi Kenyataan?

Adat perlawanan ialah satu pihak akan kalah dan satu pihak akan menang jadi mungkin membaca membuat penilaian siapa yang memenangi perdebatan ini sudah tentunya untung kerana beliau berpeluang cerah untuk memenangi jawatan Presiden di dalam Pemilihan Agung Disember ini. Inilah orang kita sering mempunyai 'mentaliti minoriti' sepertimana kata Ahli Parlimen Batu Pahat Dr. Puad Zarkashi.

Sebenarnya kenapa kit perlu fikirkan keuntungan yang akan dapat pada seorang sedangkan fikiran kita sepatutnya lebih global sedikit, memang benar pihak yang menang mungkin ada sedikit keuntungan tetapi keuntungan 'secupak tidak akan jadi segantang' fikirlah secara lebih meluas lagi keuntungan yang lebih besar tentunya akan dapat pada ahli UMNO sendiri kerana kita sudah memilih pemimpin yang terbaik di kalangan yang terbaik dan bukanya pemimpin yang terbaik di kalangan yang lemah.

Debat adalah satu cara yang terbaik bagi mewarnai Pemilihan Agung UMNO yang akan berlangsung pada Disember ini. Platform debat hendaklah dijadikan sebagai 'batu loncatan' kepada calon-calon Presiden UMNO dan ahli UMNO perlu membuat 'anjakan paradigma' agar UMNO dapat menjalani proses pulihnisasi dengan berkesan.

Jangan Fikirkan Negatif

Mungkin ada suara-suara sumbang yang akan menonjolkan kesan negatif daripada penganjuran debat seumpama ini, inilah silap kita sering membiarkan fikiran negatif menguasai diri kita tanpa kita berdaya mengawalnya. Satu falsafah Inggeris pernah menyebut "To make people believe you, you must believe yourself first" jadi sebelum anda mahukan seseorang percayakan anda anda hendaklah percaya diri anda sendiri terlebih dahulu.

Satu lagi Falsafah Inggeris yang patut menjadi panduan kita ialah "Thinking positive make you positive" jadi kita hendaklah sentiasa berfikir positif di dalam kehidupan kita kerana pemikiran negatif akan membawa anda kepada dunia negatif.

Pepatah melayu ada mengatakan "jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" jadi penganjuran debat seumpama ini boleh diibaratkan seperti memecahkan ruyung untuk mendapat sagunya.

Percayalah kita tidak mampu membetulkan orang tetapi orang itu sendiri yang mampu memperbetulkan dirinya jadi berikanlah peluang untuk dianjurkan satu debat yang menyaksikan dua calon Presiden 'berhempas pulas' berhujah dan mempertahankan hujah masing-masing.

Akhir kalam, semoga cadangan pengajuran debat diantara dua orang tokoh terkemuka ini menjadi kenyataan dan kita dapat lihat siapa yang paling layak menduduki kerusi yang dinamakan Presiden UMNO itu. "Berbuat sesuatu adalah lebih baik daripada tidak membuat apa-apa"

Baca Lagi!

Tuesday, July 15, 2008

Debat Anwar VS Shabery

Hari ini satu sejarah telah dipahatkan di dalam sejarah satu Debat di antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan Datuk Shabery Cheek yang disiarkan secara langsung di tv9, Astro Awani, Bernama TV pada pukul 9 Malam dan kemudianya diulang siar oleh TV3 pada pukul 11 malam.

Penulis juga tidak melepaskan peluang untuk menonton siaran langsung debat ini, untuk tidak ketinggalan mendapat input mengenai Debat yang bertajuk "Hari ini Bentuk Kerajaan, Esok turun harga minyak" yang dianjurkan oleh portal berita internet AgendaDaily salah sebuah media alternatif yang sedang meningkat naik.

Setelah Debat itu berakhir selepas masing-masing diberikan peluang untuk berhujah dan mempertahankan hujah masing-masing penulis dapati debat ini tidak memberi makna apa-apa dan membuang masa penulis sahaja menontonya.

Apa tidaknya masing-masing dengan hujah dan idea yang sama cuma ia diputar balikkan sahaja. Kita lihat contoh Menteri Penerangan Ahmad Shabery Cheek yang turut menggunakan pendekatan yang sama dan isi juga yang sama cuma 'ditambah bunga-bunganya' menjadikan ia satu hujah panjang sekadar untuk mencukupkan masa debat.

Kita lihat hujah Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sama juga langsung tidak menunjukkan beliau bercakap atas dasar ekonomi sebenar sebaliknya lebih kepada retorik dan bermuka-muka, idea-idea yang dikemukakan oleh beliau juga hampir sama cuma diputar balikkan sahaja untuk kelihatan 'sedikit menarik'.

Apa yang dapat penulis rumuskan di sini berhubung debat Anwar Vs Shabery ini ia adalah lebih daripada membuang masa daripada memberi input yang sepatutnya. Mereka berdua seharusnya membuat 'homework' terlebih dahulu sebelum berdebat namun jelas kelihatan mereka berdua tidak membuat homework yang secukupnya untuk membolehkan mereka berhujah secara kritis.

Sekiranya ada lagi Debat yang ingin dianjurkan pada masa akan datang hendaklah dipastikan pendebat-pendebat yang bertanggungjawab membuat 'homework' secukupnya sebelum berdebat. Apa yang penulis perhatikan tindakan 'blame the black sheep' juga berlaku dalam debat ini sepatunya perdebatan ini bebas daripada 'Blame the black sheep' contohnya Tun Dr. Mahathir telah dijadikan 'Black Sheep" di dalam perdebatan ini, rasionalkah perdebatan ini? Fikir-fikirkanlah.

Baca Lagi!

Sunday, July 13, 2008

Siapa akan menang Esok?

Diberitakan bahawa Pakatan Rakyat akan membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri esok iaitu Isnin 14 Julai 2008, Menurut laporan akhbar hari ini kawalan polis di kawasan Parlimen sudah mula diperketatkan dan diperhebatkan untuk mengelak perkara-perkara yang tidak diingini terjadi.

Persoalanya adakah undi tidak percaya tersebut akan memihak kepada Pakatan Rakyat ataupun lebih memihak kepada Barisan Nasional. Kalau kita mengikut perkembangan terkini Pakatan Rakyat kita akan dapati ada sedikit pergeseran di antara parti-parti yang menggangotai Pakatan Rakyat dan terutamanya PAS, penulis melihat kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seakan-akan 'berperang dingin' dengan anggota-anggota Pakatan Rakyat yang lain iaitu DAP dan PKR.

Sukacita penulis ingin memetik sebahagian daripada kenyataan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang tersebut "Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya"

Disamping itu TG Abdul Hadi Awang juga turut memberi komen berhubung dakwaan Penglibatan Najib Tun Razak dengan Pembunuhan Altantuya Sharibu sepertimana kenyataanya yang berbunyi "Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya 'loose'. Itu yang penting."

Berdasarkan kenyataan Presiden PAS tersebut, mungkin kita boleh buat ramalan bahawa mungkin Usul Undi Tidak Percaya kepada Perdana Menteri lebih berpihak kepada UMNO atau Barisan Nasional dimana Ahli Parlimen PAS mungkin akan memberi 'undi protes' yang akan memihak kepada Barisan Nasional dan sekaligus Kerajaan Barisan Nasional dapat dikekalkan.

Namun, masih terlalu awal untuk kita membuat andaian kerana dalam tempoh 24 jam ini macam-macam boleh terjadi, Jikalau Allah tuhan seru sekian alam mahukan Kerajaan Barisan Nasional tumbang ia akan tetap tumbang, tetapi jika Allah tuhan seru sekian alam ingin memberi peluang kedua kepada 'Barisan Nasional' ia juga mungkin akan terjadi kerana sesungguhnya Allah tuhan seru sekian alam Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Andai kata usul undi tidak percaya ini memberi keuntungan kepada Barisan Nasional ia tentu akan mengingatkan semua dengan pepatah Melayu yang berbunyi "yang dikejar tak dapat-dapat, yang dikendong keciciran' dan mungkin pepatah melayu ini akan digunakan untuk menyindir Pakatan Rakyat sekiranya "Usul undi tidak percaya tersebut gagal mencapai matlamatnya' dan Pakatan Rakyat terpaksa menanggung malu sehingga 100 tahun.

Namun, Barisan Nasional juga tidak boleh menganggap kedudukan mereka selamat kerana di dalam politik tiada yang mustahil untuk terjadi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana tersilap langkah ia akan membawa padah dan mungkin pepatah Vietnam ini juga boleh digunakan sebagai rujukan "Semasa Air Pasang Ikan makan Semut, Semasa Air Surut Semut makan ikan' jadi semua pihak perlu menunjukkan kehebatan masing-masing agar matlamat masing-masing akan tercapai.

Mari kita menanti keputusanya pada hari esok dan kita nantikan siapakah yang lebih hebat dan siapakah yang hanya 'lebih sudu daripada kuah'. Sama-samalah kita menanti saat keputusanya.


Baca Lagi!

Friday, July 11, 2008

Najib Sudah Mubahalah Anwar bila Lagi?

Hari ini AgendaDaily melaporkan bahawa Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Timbalan Presiden UMNO serta Perdana Menteri 'in waiting' telah melafazkan lafaz Mubahalah di hadapan pemimpin UMNO seluruh negara, ini boleh dikatakan tindakan positif oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk 'membersihkan nama baiknya' sepertimana saranan yang telah dibuat oleh Mufti Perlis baru-baru ini.

Beliau telah melafazkan sumpah tersebut di hadapan Ketua-Ketua Bahagian UMNO, Ketua-ketua Pemuda UMNO, Ketua Puteri UMNO daripada 191 Bahagian UMNO di seluruh negara. Ini menandakan langkah pertama telah diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mematahkan serangan bertubi-tubi yang ditujukan kepadanya. Dengan kata lain Najib telah berjaya menyumbat satu gol tanpa balasan lagi daripada pihak yang kedua atau apa yang dikatakan oleh penulis Syed Hussein Al-Attas sebagai "Seorang yang Pulang dari neraka' atau penulis lebih gemar menggunakan istilah "Hell Boy' iaitu Anwar Ibrahim kalau kita ambil kira tulisan Syed Hussein Al-Attas tersebut masih belum melafazkan Mubahalah.

KOMEN MSO MENGENAI MUBAHALAH NAJIB

Mohd Sayuti Omar seorang penulis bebas yang juga merupakan pemilik blog Merah Tinta Mso (http://www.msomelayu.blogspot.com) yang lebih dikenali dengan nama MSO telah memberi komen beliau mengenai tindakan Najib Tun Razak yang disifatkan beliau sebagai tindakan terdesak.

Penulis kurang bersetuju dengan pandangan MSO mengenai isu ini, penulis menyifatkan langkah yang diambil oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut merupakan langkah terbaik selaras dengan saranan seorang yang mempunyai pengetahuan agama iaitu seorang Mufti, Mufti tersebut adalah Mufti Perlis jadi pada pandangan penulis nasihat seorang Mufti perlulah diikuti janganlah diengkari dan janganlah jadikan Mufti sebagai mangsa 'sepak terajang politik'.

Pada perkiraan penulis tindakan lafaz Mubahalah Najib merupakan jalan terbaik dan perlu dilafazkan dengan kadar seberapa segera agar fikiran rakyat tidak akan terapung-terapung di awang-awangan dan keliru pihak mana yang salah dan pihak mana yang betul. Ini jelas membuktikan tindakan ini adalah tindakan yang betul.

MSO sepatunya bertenang dan jangan terburu-buru memberi komen yang subversif kepada tindakan yang dilakukan oleh 'Perdana Menteri In Waiting' itu, malah tindakan memberi komen secara subversif tersebut juga maaf cakap menandakan yang beliau terdesak untuk memberi komen berkenaan isu tersebut.

Penulis menantikan saat di mana Anwar Ibrahim akan melafazkan sumpah Mubahalah sama seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekiranya Anwar terus berdiam dari dari melafazkan Mubahalah ia akan memberi persepsi negatif rakyat terhadapnya. Jadi Mubahalah adalah jalan yang terbaik baginya.

Baca Lagi!

Thursday, July 10, 2008

Peralihan Kuasa Antara Realiti dan Fantasi

Hari ini diberitakan bahawa tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Bapa Mertua Khairy Jamaluddin kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dijalankan pada Jun 2010 kononya. Persoalan yang timbul ialah adakah pengumuman tarikh peralihan kuasa ini sekadar omongan kosong atau 'helah bela diri' Abdullah sahaja untuk memperbaiki kedudukan kuasanya sebagai Perdana Menteri.

Jun 2010 mengambil masa lebih kurang dua tahun lagi untuk menjelma, kalau istilah orang kampung tempoh ini disifatkan 'suatu masa yang agak lama' dan boleh dikatakan risikonya amat tinggi kerana di dalam tempoh tersebut mungkin macam-macam perkara yang boleh terjadi kerana kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetahi Allah tuhan seru sekian alam yang menentukan, memang betul esok masih ada namun kita tidak tahu esok milik siapa.

Melihat kembali kepada janji Perdana Menteri mengenai peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010, sebenarnya 'bibit-bibit' sabotaj sudah mula kelihatan walaupun Datuk Seri Najib Tun Razak masih mempunyai dua tahun untuk Abdullah menyerahkan kuasa padanya beliau telah diserang hebat seolah-olah ia saling berkaitan dengan 'peralihan kuasa' yang kononya akan di adakan pada Jun 2010.

Penulis yakin satu masa nanti serangan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus diperhebatkan untuk menjadikan beliau seorang yang 'kotor' dan tidak layak menjadi pengganti Abdullah yang dikatakan bersih dan telus pada mata kasar orang sekaligus Abdullah akan berjaya mempertahankan jawatanya sebagai Perdana Menteri dan risikonya ialah Barisan Nasional akan tewas dengan dasyat pada Pilihgan Raya Umum yang ke 13 nanti dan mungkin pada masa itu Barisan Nasional bukan lagi Kerajaan di Malaysia tetapi sebaliknya menjadi pembangkang.

Penulis juga bersependapat dengan Pandangan Tun Dr. Mahathir mengenai isu peralihan kuasa ini yang disiarkan di dalam blog miliknya iaitu www.chedet.com, pandangan Tun tersebut ada kebenaranya dan penulis menasihatkan ahli-ahli akar umbi UMNO mengambil langkah drastik agar peralihan kuasa ini tidak hanya menjadi fantasi tetapi menjadi realiti.

Cara yang mungkin boleh digunakan oleh ahli UMNO akar umbi ialah pada Pemilihan Agung UMNO pada Disember tahun ini, mereka hendaklah mencalonkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Presiden UMNO yang baru menggantikan Abdullah, dan beri peluang kepada YBM Ku Li untuk memperbetulkan keadaan dan selepas keadaan diperbetulkan peralihan kuasa akan diadakan kerana Ku Li lebih dipercayai berbanding Abdullah.

Penulis yakin Ku Li tidak akan memegang jawatan tersebut dalam masa yang lama lambat laun ia akan menyerahkanya pada Datuk Seri najib, tambahan pula hubungan Ku Li dengan Allahyarham Tun Abdul Razak (Ayah DS Najib) sangat akrab dan tidak mustahil dia tidak akan mensia-siakan anak kawan karibnya sendiri. Ini adalah jalan yang terbaik bagi menjadikan peralihan kuasa menjadi realiti dan bukanya sekadar fantasi ataupun sekadar di pinggiran.

Baca Lagi!

Wednesday, July 9, 2008

Nik Aziz Kesal dengan Konsert 'Protes'

Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah melahirkan rasa kesal berhubung konsert selingan yang mengisi program Perhimpunan 'Protes' Sejuta Rakyat yang mengundang kontroversi apabila penyanyi jemputan membuat 'onar' dengan memperagakan aksi lucah semasa persembahan mereka di Konsert selingan tersebut.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, beliau menyokong matlamat perhimpunan tersebut tetapi tindakan mengadakan konsert sebagai selingan acara itu tidak patut diadakan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam apatah lagi ia memaparkan aksi lucah yang tidak sesuai dengan imej PAS yang memperjuangkan Islam dan juga merupakan salah satu anggota Parti Pakatan Rakyat.

Matlamat perhimpunan tersebut baik, tetapi cara perhimpunan tersebut dilaksanakan juga tidak sesuai kerana matlamat tidak menghalakan cara. Beliau juga meminta supaya selepas ini insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi.

Itulah di antara keluhan Tuan Guru Nik Aziz, namun persoalanya di sini siapa sebenarnya yang menjemput atau memberi cadangan supaya 'konsert selingan' diadakan semasa perhimpunan protes sejuta rakyat tersebut? Dr. Hatta Ramli merupakan Ahli Parlimen PAS juga 'orang kuat' Protes, adakah beliau memberi cadangan untuk mengadakan konsert selingan semasa perhimpunan tersebut. Jika difikirkan secara 'logik' memanglah adai kaitan dengan Dr. Hatta Ramli yang juga merupakan Ahli PAS dari 'puak professional' namun sekiranya ianya tidak ada kaitan dengan Dr. Hatta Ramli sudah tentunya Parti lain yang menganggotai Pakatan Rakyat yang gila kepada hiburan Mungkin juga PKR.

Baca Lagi!

Tuesday, July 8, 2008

Benarkah UMNO Bahagian Selangor Sebulat Suara Sokong Abdullah?

Hari ini ada diberitakan bahawa semua UMNO Bahagian Selangor memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO 'on duty' Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor iaitu Muhd Muhd Taib yang juga satu-satunya Menteri Kabinet yang tidak tahu berbahasa inggeris.

Persoalanya benarkah semua UMNO Bahagian di Selangor Sebulat suara memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Haji Ahmad? Adakah suara Ketua-ketua Bahagian di Selangor mewakili kehendak akar umbi? ataupun ianya hanya mewakili kehendak Muhd Muhd Taib atau lebih tepat lagi Abdullah Haji Ahmad Badawi Pemimpin Berlagak Wara' tetapi tidak Wara'.

Benarkah semua ketua bahagian sebulat suara? Padahal pada masa ini umum mengetahui bahawa ramai juga Ketua Bahagian UMNO Selangor yang tidak bersefahaman dengan Abdullah dan meminta Abdullah berundur tetapi kenapa mereka tiba-tiba berubah? Adakah ada unsur 'ugutan' yang dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO negeri ataupun UMNO Malaysia sendiri?

Penulis yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu. Sama ada Muhd Muhd Taib memberi kenyataan 'bohong' ataupun kenyataan beliau benar tetapi keputusan itu dibuat melalui paksaan atau arahan-arahan tertentu.

Rata-rata ahli-ahli akar Umbi UMNO di Selangor menolak kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi tetapi kenapa suara mereka tidak dibawa oleh Ketua-ketua Bahagian Masing-masing. Adakah ada unsur 'sekatan' untuk tidak membawa suara-suara mereka?

Budaya 'Voice Block' ini semakin menjadi-jadi semasa pemerintahan rejim Abdullah Haji Ahmad penulis berharap ahli UMNO akar umbi bertindak segera menyampaikan Suara sebenar mereka, beranikan diri untuk menonjolkan suara anda agar rejim Abdullah dapat digulingkan.

Baca Lagi!

Monday, July 7, 2008

Apabila Himpunan Protes Sejuta Rakyat Diprotes Oleh Peserta Sendiri!

Pentas politik tanah air yang sudah sememangnya hangat, semakin hangat apabila beberapa hari yang lalu ada satu perhimpunan Sejuta Rakyat bagi memprotes kenaikkan harga minyak yang diadakan di Selangor.

Penulis menyokong matlamat pehimpunan itu kerana membantah kenaikkan harga minyak, tetapi penulis tidak menyokong perhimpunan tersebut kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Menyebut 'matlamat tidak menghalalkan cara' di dalam perhimpunan sendiri ada cara yang tidak sepatutnya berlaku.

Maksud penulis dengan cara yang tidak sepatutnya berlaku ialah, di dalam perhimpunan tersebut ada segmen selingan yang memuatkan konsert selingan dan paling memeranjatkan penyanyi semasa konsert tersebut adalah penyanyi dari kumpulan muzik yang bermazhab Punk. Paling memeranjatkan ada insiden yang tidak sepatutnya lagi apatah lagi perhimpunan tersebut ada kaitan dengan Pakatan Rakyat dan PAS merupakan salah satu parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengambil bahagian di dalam perhimpunan tersebut. Insiden 'tonggeng punggung' atau dengan kata lain 'insiden aksi lucah' telah dilakukan oleh kumpulan muzik yang bermazhab 'Punk' di dalam konsert tersebut.

Namun, penulis boleh juga mengucapkan tahniah kepada PAS kerana telah menukar perhimpunan untuk memprotes kenaikkan harga minyak kepada perhimpunan memprotes konsert dalam perhimpunan memprotes kenaikkan harga minyak tersebut.

Persoalanya adakah PAS tidak diberitahu lebih awal berkenaan konsert tersebut dan adakah juga PAS sudah mengetahui lebih awal tentang konsert tersebut dan sengaja 'buat-buat tidak tahu' Persoalan ini hanya dapat dijawab oleh pihak PAS sendiri. Satu lagi persoalan kenapa Pakatan Rakyat yang menerajui perhimpunan memprotes kenaikkan harga minyak tersebut menggunakan khidmat penyanyi yang bermazhabkan 'punk' sedangkan budaya 'punk' sudah jauh terpesong bukan sahaja daripada budaya Melayu malah daripada budaya Islam. Adakah Pakatan Rakyat mahu bersubahat dengan kemungkaran?

Perlu diingatkan disini bahawa minum arak, perhubungan seks bebas merupakan amalan wajib bagi pengganut mazhab 'punk' kalau tidak percaya cubalah selidik anggota-anggota kumpulan punk semuanya mereka 'mengamalkan amalan wajib' mengikut mazhab 'Punk' ini dan juga mereka tidak akan mendengar sebarang nasihat malah sedia menyerang 'orang yang menasihatinya'.

Ingatlah 'Punk' lebih dasyat daripada Islam Hadhari, dalam masa kerajaan Pakatan Rakyat mengharamkan Islam Hadhari dalam masa yang sama juga kerajaan Pakatan Rakyat mengagung-agungkan 'budaya kuning' yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Baca Lagi!

Saturday, July 5, 2008

Bala memberi 'bala' pada Anwar

Membaca laporan Akhbar Sinar Harian Edisi Kelantan hari ini memaparkan tajuk 'Bala Buat U Turn". Mengikut laporan akhbar berkenaan Penyiasat Persendirian P. Bala Subramaniam yang membuat akuan bersumpah berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Sharibu telah menarik balik akuan akuan bersumpah terbabit.

Secara tidak langsung dengan penarikkan balik akuan bersumpah yang dibuat oleh Bala 'impaknya' telah memberi kemenangan kepada Najib dan namanya sudah bersih bermakna Anwar terpaksalah berhempas pulas untuk mempertahankan dirinya berhubung tuduhan ke atasnya. Malah Anwar juga mungkin terpaksa menghadapi tuduhan 'menipu' kerana memberi maklumat palsu berhubung kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantuya sharibu. Nampaknya Anwar akan jatuh dan kemudian ditimpa tangga.

Penarikan balik Akuan bersumpah P. Bala Subramaniam akan memberi impak yang besar terhadap karier politik Anwar Ibrahim dan juga kredibiliti Anwar Ibrahim, malahan Amerika Syarikat yang cuba campur tangan berhubung isu tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim juga memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim dan seolah-olah tuduhan beliau adalah ejen Amerika akan menjadi benar apabila Amerika Syarikat mula masuk campur berhubung hal ini.

Berbalik kepada penarikkan balik Akuan Bersumpa P. Bala Subramaniam, penarikkan ini akan memberi 'tekanan' kepada Anwar kerana secara tidak langsung 'peluru' pertama yang beliau lepaskan kepada Najib telah kembali menembusi badan 'tuannya' sendiri atau dengan kata lain peluru sudah makan tuan.

Baca Lagi!

Friday, July 4, 2008

Perang Anwar VS Najib

Perang Sidang Media sudah bermula apabila Anwar mula menyerang Najib secara sidang media. Najib juga sudah mudah mengorak langkah dengan juga memulakan perang dengan menggunakan sidang media. Hebat betul iklim politik di Malaysia ini, pendek kata iklim politik di Amerika Syarikat pun tidak mampu menandingi iklim politik di Malaysia ini.

Iklim politik di Malaysia kini makin panas apabila kedua-dua pihak yang terlibat sudah berani menyerang secara terbuka. Anwar membuat tuduhan bahawa Najib terlibat dengan kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantuya Sharibu, manakala Anwar pula terpaksa menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya atau dengan kata lain personal assistant Anwar Ibrahim sendiri.

Kenapa Najib menjadi pilihan Anwar Ibrahim untuk diserang? Kenapa tidak Abdullah sedangkan banyak isu-isu berkaitan Abdullah yang timbul tetapi tidak menjadi mangsa serangan Anwar? Adakah ini kerana beliau 'terhutang budi' dengan Abdullah kerana membebaskan dari penjara? ataupun ada pakatan bermaksud jahat Anwar bersama Abdullah. Tentu ramai masih ingat dengan 'perjanjian passport' mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa Anwar tidak mahu menyerang Abdullah, ye lah nanti Abdullah akan 'melepaskan anjing tersepit' pula dan anjing itu ialah Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada isu perang Anwar VS Najib, apa yang menarik kedua-duanya ada kaitan dengan perang, seperi Najib merupakan Menteri Pertahanan yang menjaga hal ehwal perang manakala Anwar pula namanya yang bermaksud ''perperangan".

Siapa yang untung daripada Perperangan Najib VS Anwar?

Penulis menjangkakan sudah tentu orang yang berada di luar medan perang akan mengambil kesempatan untuk menang secara senyap. Siapa yang berada di luar medan perang? Sudah tentulah Abdullah Haji Ahmad Badawi kerana di dalam 'senyap' dia akan menghancurkan musuh-musuhnya dan sedia melepaskan 'peluru senyap' pada bila-bila masa dan mungkin 'peluru senyap' itu akan membunuh kedua-dua orang sedang giat bertempur di medan perperangan sekaligus meranapkan segala cita-cita mereka, yang seorang itu nak jadi Perdana Menteri daripada jalan belakang, yang sorang lagi nak jadi Perdana Menteri menunggu saat peralihan kuasa tiba. Di dalam perlumbaan, mereka untuk mendaki kepada 'hierarki tertinggi' di dalam 'gunung politik' negara mungkin masuk angin keluar asap sahaja sekiranya Abdullah Haji Ahmad mengeluarkan 'peluru senyap' dan tidak mengenal mangsa itu dan akan melenyapkan sesiapa sahaja di alam yang fana ciptaan Allah tuhan seru sekian alam ini.

Mengenai cadangan Mufti Perlis S.S Dr. Mohd Asri agar Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari bersumpah dengan nama Allah untuk memberi keyakinan kepada orang ramai yang mana betul yang mana salah, penulis berpendapat itu adalah cadangan yang terbaik dan orang yang terlibat di dalam perperangan tersebut hendaklah bersumpah dengan Nama Allah termasuklah Najib kerana dengan ini mungkin akan mengurangkan 'kekeliriuan' yang timbul di kalangan rakyat.

Mengikut maklumat terbaru, seorang penyiasat persendirian yang membuat akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan Wanita Moggolia yang mengaitkan Najib di dalam kes ini. Mungkin ini adalah salah satu petunjuk dari Allah Tuhan seru sekian alam siapa sebenarnya yang bersalah.

Marilah bersama kita memohon kepada Allah agar Allah akan menunjukkan 'jalan kebenaran' dan siapa yang berada di pihak yang benar serta siapa pula yang berada di pihak yang salah. Sesungguhnya Allah s.w.t, tuhan seru sekian alam Maha Mengetahui dan Maha Mendengar.

Baca Lagi!

Thursday, July 3, 2008

Tuduhan Liwat Tehadap Anwar Ibrahim Satu Konspirasi?

Terlebih dahulu penulis memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskinikan blog ini kerana membuat sedikit penyelidikkan berhubung isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan beliau (Anwar Ibrahim).

Biarpun penulis agak lambat sedikit memberi komen berhubung isu ini namun kata orang 'better late than never". Penulis ingin memberi komen berdasarkan psikologi kerana psikologi merupakan bidang yang ada pada penulis.

Pertamanya mengenai dakwaan Anwar Ibrahim yang mengatakan tuduhan liwat ini hanya satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau. Nampaknya istilah konspirasi sudah popular kembali dan mungkin juga istilah Tidak Relevan akan juga berulang kembali. Sebenarnya memang penulis bersetuju dengan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim adalah konspirasi tetapi ianya konspirasi yang dicipta oleh Anwar Ibrahim sendiri buktinya ialah pada hari pertama beliau dituduh liwat beliau sudah mengemukakan gambar Pembantu Peribadinya sebagai bukti menunjukkan tuduhan itu satu konspirasi seolah-olah beliau sudah mengetahui tuduhan ini akan berlaku atau dengan kata lain tuduhan ini seakan-akan dirancang sedangkan biasanya untuk mengemukakan bukti memerlukan masa yang agak lama paling cepat pun satu minggu.

Penulis melihat Anwar Ibrahim ini sengaja mencipta kontroversi ini sebagai salah satu langkah psikologi untuk mengalihkan tumpuan rakyat terutamanya selepas banyak isu yang timbul di negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat dan yang terbaru sekali ialah Negeri Selangor. Dengan pendekatan secara psikologi ini, sedikit sebanyak akan menyebabkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan semakin meningkat kerana rakyat akan mengatakan tuduhan ini adalah satu strategi yang kerajaan gunakan untuk menjatuhkan beliau(Anwar Ibrahim) jadi maknanya minda rakyat sudah dikuasai Anwar Ibrahim dan dia bebas melakukan apa sahaja semasa menjadi Perdana Menteri kelak.

Dakwaan Wan Azizah Sistem Kehakiman Malaysia Tidak Boleh Dipercayai

Mengenai dakwaan Wan Azizah yang mengatakah sistem Kehakiman Malaysia tidak boleh dipercayai, ini paling mudah sekiranya Sistem Kehakiman Malaysia tidak boleh dipercayai maka keputusan hakim yang membebaskan Anwar Ibrahim juga tidak boleh dipercayai dan maknanya pembebasan Anwar Ibrahim adalah keputusan Hakim yang 'Terkhilaf' membuat keputusan sekiranya betul Sistem Kehakiman Malaysia tidak boleh dipercayai.

Jadi penuliskan 'orang gila tempat no 2' di dalam kerajaan Malaysia ini fikir dulu sebelum berkata, berkata-katalah seumpama orang cerdik, bukanya berkata-kata sama seperti orang paleolitik inilah yang dikatakan 'bodoh tak boleh ajar, cerdik tak boleh tumpang'.

Amerika Syarikat Cuba Campur Tangan Berhubung Tuduhan Liwat Anwar Ibrahim

Beberapa hari yang lalu Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada Kerajaan Malaysia berhubung tuduhan liwat kepada Anwar Ibrahim, pertama sekali sudah menampakkan satu tanda bahawa Amerika Syarikat pro kepada Anwar Ibrahim, Fikir sejenak: Kenapa ya? Penulis rasa rakyat semua tahu sekiranya Amerika memberi sokongan kepada sesuatu pihak sudah tentu mereka mempunyai 'maksud tersirat' contohnya Amerika Syarikat yang memberi sokongan kepada Tentera Pakatan Utara di Afghanistan. Tahukah anda siapa yang berada di belakang Amerika? Yahudi sebenarnya menguasai Amerika dan boleh dikatakan hampir 80% pelabur di Amerika adalah pelabur Yahudi. Tindakan Amerika yang seolah-olah berpihak kepada Anwar Ibrahim ini telah membuktikan bahawa AnwarIbrahim adalah ejen Amerika dan Amerika sememangnya menantikan Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri dan boleh dijadikan 'boneka' kepada Amerika.

Anwar Ibrahim Bersembunyi di Kedutaan Turki

Anwar Ibrahim mendakwa ada ugutan bunuh terhadapnya dan menyebabkan beliau telah bersembunyi di kedutaan Turki. Apa yang anehnya 'ugutan bunuh' itu timbul selepas laporan Polis kerana tuduhan liwat ke atasnya sebelum ini tidak timbul pula 'ugutan bunuh' tersebut. Mengenai Turki pula, penulis yakin umum mengetahui bahawa Turki merupakan negara Sekular dan mengistiharkan yang mereka adalah kerajaan sekular dan perlu mengikuti fahaman sekular. Mungkin dengan ini dakwaan sesetengan orang bahawa Anwar Ibrahim ingin mensekularkan PAS adalah benar malahan sudah ramai pro Anwar sudah mula menguasai PAS dan menenggelamkan Ulama-Ulama di dalam PAS dan golongan profesional adalah golongan Pro Anwar Ibrahim di dalam PAS, tambahan pula Anwar Ibrahim pernah berkata yang beliau tidak menyokong apa-apa tuntutan 'Islamic States' atau 'Negara Islam'.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin