Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 23, 2008

Muzakarah UMNO-PAS Mungkin Gagal

Penulis sekali lagi terpanggil untuk mengulas isu Muzakarah UMNO-PAS yang nampaknya semakin bermasalah, masalah ini mungkin timbil disebabkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan seakan tidak merestui Muzakarah tersebut dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga merupakan Naib Presiden PAS iaitu Datuk Hussam Musa.

Daripada pemerhatian penulis Muzakarah UMNO-PAS ini mungkin akan menemui kegagalan tambahan pula yang bersuara ialah orang yang paling berkuasa dan menduduki di hierarki tertinggi di dalam organisasi PAS. Sekiranya Muzakarah UMNO-PAS ini menemui jalan kegagalan bermakna saranan mufti telah dibuat umpama saranan seorang musafir di jalanan atau dengan kata lain tidak menghormati saranan mufti tetapi bukan ini yang menjadi isu.

Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang Sudah Berubah?

Tuan Guru Nik Aziz satu ketika dahulu dikenali dengan keterbukaanya, lemah lembutnya, mudah dibawa berbincang dan kurang mengambil pendekatan yang agak ekstrem serta berhemah di dalam menjawab sesuatu isu yang timbul. Beliau juga antara orang yang disenangi oleh orang UMNO Kelantan kerana pentadbiran beliau yang mungkin tidak memilih bulu pada pandangan ahli UMNO Kelantan.

Sekarang ini pula beliau nampaknya sudah berubah, kenyataan-kenyataan beliau boleh dikatakan penuh dengan baur-baur kebencian dan apabila isu muzakarah UMNO-PAS yang timbul baru-baru ini beliau yang pada mulanya menyambut baik Muzakarah UMNO tersebut dan tiba-tiba melenting dengan mengarahkan agar Muzakarah UMNO-PAS dihentikan segera. Beliau juga telah mengamalkan sikap "You are dirties people and not suitable for me".

Penulis amat terkejut dengan sikap Tuan Guru Nik Aziz kebelakangan ini kerana sebelum ini beliau orang paling disenangi dan senang apabila dibawa berbincang, malah penulis berani mengatakan Tuan Guru Nik Aziz sudah jauh berubah. Sebab apa Tuan Guru Nik Aziz berubah sebegitu rupa? Itu kalau nak minta jawab dengan tepat hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang ada upayanya, namun ia telah mengingatkan penulis dengan kata-kata "People Can Change With Others Peoples Mouth". Mungkin ada yang mengetahui mengenai orang-orang Anwar Ibrahim yang telah menyusup masuk menjadi pemimpin PAS dan pemimpin tersebut telah menjadi "Stealh Soldier" Anwar Ibrahim di dalam Parti PAS tersebut kerana Anwar Ibrahim ingin menguasai PAS daripada dalam. Mungkin ramai lagi yang masih ingat kontroversi ini dan ada juga yang pernah menerima VCD mengenai isu ini yang disebarkan oleh ahli PAS sendiri. Di dalam VCD tersebut terdapat pemimpin-pemimpin yang menjadi "Stealh Soldier" Anwar Ibrahim.

Datuk Hussam Musa adalah antara orang yang dinamakan "Stealth Soldier" Anwar Ibrahim yang berada di dalam PAS. Jadi kemungkinan 'Stealth Soldier' inilah yang telah membuatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berubah kebetulan pula pendirianya sama dengan Tuan Guru Nik Aziz. Jadi mungkin orang yang paling kanan di Kerajaan Negeri Kelantan ini sudah berjaya menguasai pemikiran Tuan Guru.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang dahulunya dianggap ekstrem, keras kepala, pongoh (dlm bahasa kelantan bermaksud pemarah), sukar dibawa berbincang, tindakan yang biasanya radikal dan dia tidak disukai oleh orang ramai termasuklah ahli PAS sendiri terutamanya ahli PAS yang berada di Besut kerana mereka lebih menghormati Tuan Guru Nik Abdul Aziz lagi berbanding Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Namun, zaman sudah berubah, dunia sudah canggih perubahan tetap berlaku tidak kira di mana. Alhamdullilah Tuan Guru Haji Abdul Hadi sudah berubah dan penulis sendiri sudah mula menyukai pendekatanya dan penulis berharap agar Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi kenyataan agar mengelakkan umat Islam bertelagah sesama sendiri dan elakkan sembahyang berjemaah dua masjid dalam satu kampung kerana ia mengalakkan lagi perpecahan berlaku dan kalau boleh tarik balik amanat yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

1 comment:

Edaran Husna (KT 0386368-K) said...

Artikel ini patut anda update dengan semasa, serta sejarah lalu.. Isu siapa berubah atau tidak bukan isu utama. Isu yang besar ialah, atas dasar apa muzakarah yang UMNO mahukan? Muzakarah atau sistem Bata yang UMNO mahukan?.. U bagi I itu I bagi U itu. Itukah Muzakarah yang anda mahu?

Isu peribadi tuan-tuan guru bukanlah pengukur keputusan hal ini, namun hal ini berkait rapat dengan prinsip. Dan ingatan utk tuan yang menulis, ISU MUZAKARAH ini hanyalah di Label Oleh UMNO sebagai MUZAKARAH namun sebenarnya ia berbentuk tawaran berkepentingan. Saranan MUFTI itu adalah idea yang benar, namun pelaksanaannya bergantung pada keadaan.

Hati-hati sebelum menulis ya, Jangan jadikan diri anda setaraf Shebery yang pandai komen peribadi tanpa singkap masalah sebenar.

Wslm

Blog Widget by LinkWithin