Bilangan Pengunjung:

Friday, September 5, 2008

Berani Kerana Benar !!!

Laporan Utusan Online

Ahmad Ismail tidak perlu minta maaf

05/09/2008 4:38pm

PULAU PINANG 5 Sept. – Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan kaum Cina adalah pendatang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rashid Abdullah berkata, ini kerana perkara yang disebut adalah fakta {http://www.utusan.com.my}

Sebelum penulis turun untuk ke masjid bagi menunaikan Solat Isya' beserta Solat Terawih tadi penulis sempat menonton Buletin Utama yang disiarkan oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad iaitu TV3. Sebuah rangkaian televisyen yang dimiliki oleh Kumpulan Media Prima.

Semasa menonton Buletin Utama, itu penulis sempat melihat sidang akhbar yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Ismail Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Pulau Pinang berhubung isu yang menimbulkan kontroversi sehingga beliau dilabel bersifat perkauman selepas kenyataan beliau dimanipulasi oleh media yang sememangya mementingkan berita yang kontroversi.

Penulis memuji tindakan Datuk Ahmad Ismail kerana bersifat berani kerana benar dan penulis bersetuju bahawa Datuk Ahmad Ismail tidak perlu memohon maaf berhubung kenyataan beliau yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan beliau diheret sebagai 'bapa perkauman' oleh kaum-kaum lain di Malaysia terutamanya kaum cina.

Datuk Ahmad Ismail di dalam sidang media tersebut juga telah mengulas ucapan beliau yang telah dimanipulasi oleh media, beliau juga berkata yang "apa yang diceritakanya ialah apa yang berlaku pada zaman pramerdeka, di mana pada masa itu Melayu ditindas oleh British sehingga membawa kepada masyarakat Melayu yang mundur di dalam segala bidang. Di samping itu, beliau juga menuntut wartawan-wartawan yang memanipulasikan ucapan beliau untuk memohon maaf bukan sahaja kepadanya malah kepada seluruh umat Islam dan Umat Melayu di Malaysia kerana tindakan mereka itu telah menyebabkan 'maruah melayu' tercemar.

Penulis amat bersetuju supaya pemberita atau wartawan yang bertanggungjawab memanipulasi ucapan beliau hendaklah memohon maaf secara terbuka kepada bukan sahaja Datuk Ahmad Ismail, umat Melayu atau Umat Islam tetapi juga masyarakat cina kerana spekulasi dan manipulasi mereka telah menyebabkan 'salah faham' ini timbul terhadap kenyataan yang dilabel berunsur perkauman itu.

Di harap, pada masa-masa yang akan datang pihak media tidak seharusnya memanipulasi isu yang boleh menimbulkan ketegangan kaum. Kadang-kadang kebebasan media juga perlu ada sempadanya atau dengan kata lain jangan terlampau mengokong dan jangan pula terlampau memanjakan media, pendekatan sederharna haruslah diambil bagi mengatasi permasalahan ini yang mungkin akan berlaku pula kelak.

Kepada rakyat Malaysia diharap dapatlah mereka berfikir secara bijaksana tidak kira kaum mana sekalipun kerana berfikir secara bijaksana akan membawa kepada tindakan kita yang berhemah.

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh! Korang semua memang bodoh!

Biar ilmu menerangi kejahilan.
Isu Ahmad Ismail ini adalah teknik silap mata UMNO.

Memupuk kesemua orang untuk perhatikan tangan kanan, sementara tangan kiri mencuri.

Semua ini adalah sandiwara untuk membuat Melayu dan bukan Melayu untuk menyerang sama sendiri.

Manakala isu sebenar dilupakan.

Siapakah yang memerintah negara ini selama 51 tahun? Cina-ke? Cina memang tidak layak dan tidak berkuasa menindas Melayu. Semua masalah Melayu adalah buatan segelintir orang atasan UMNO. Korang ingat mereka ni mementingkan Melayu biasa? Mereka hanya mementingkan kekayaan yang diberikan kepada mereka oleh kerajinan and keusahaan semua rakyat Malaysia.

Buatan mereka hanya untuk membuat Melayu bergantung dan bersedekah untuk mereka. Melayu biasa tidak boleh diberikan peluang untuk berdikari. Semua ini adalah kuasa, kuasa keatas rakyat Melayu biasa supaya memilih UMNO. Membuat rakyat Melayu takut dengan ancaman yang tidak wujud.

Jangan diperdayakan dan digunakan sebagai alat UMNO untuk menyerang yang tidak berdosa. Memyeramkan tangan awak dengan darah yang tidak berdosa, manakala Si Dalang senyum dengan kebodohan korang semua. Sungguh mudahnya Melayu ditipu.

Melayu mempunyai hati pahlawan yang sejati. Tidak takut mati. Tetapi, hati pahlawan tu seringkala mudah diperdaya, kegagahan yang mudah dimupuk tanpa memikirkan siapakah musuh sebenar.

Yang PAS saja boleh dipercayai untuk diberikan kuasa perjuangan Melayu.

Kebodohan berlawanan dengan ilmu. Al-jahalah adalah perbuatan yang dilakukan tanpa ilmu.

Siapakah yang duduk rumah berjuta ringgit, manakala Melayu tinggal di rumah atap. Siapakah yang menghantar anak ke sekolah Amerika, UK dan Australia, manakala Melayu biasa terpaksa meninggal sekolah untuk mencari rezeki.
Siapakah yang pergi melancung ke Eropah tiap-tiap tahun manakala Melayu bersyukur dapat masa untuk pergi taman depan rumah.
Siapakah?

Blog Widget by LinkWithin