Bilangan Pengunjung:

Thursday, December 31, 2009

Menutup Buku 2009

Menutup Buku 2009
Oleh: yieMEGA

BEGITU pantas masa berlalu, bagai baru semalam 2009 menemui kita. Begitulah dunia, semakin hari semakin cepat masa berlalu. Jadi betul lah kata orang "Masa itu Emas" dan ada juga setengahnya mengatakan "Masa adala wang" walaupun berbeza ejaanya tapi kedua-duanya adalah bernilai.

2009 Penulis tempuhi dengan melalui beberapa siri kehidupan yang berliku-liku. Begitu juga pentas politik tanah air kita 2009 adalah tahun yang 'unik' bagi pentas politik kita. Ye lah bermacam-macam isu yang mewarnai pentas politik kita.

Bermacam isu yang penulis telah muatkan dalam blog ini dalam bentuk artikel, ada yang terasa hati ada juga yang tidak berpuas hati, serta ada juga segelintir pembaca yang agak emosional ketika memberikan komen. Walauapapun perasaan pembaca tujuan penulis hanyalah satu iaitu mempertahankan apa yang benar, dan menghapuskan apa yang salah tidak kiralah siapa yang salah sekalipun kerana penulis lebih suka menjadi Blogger Liberal daripada Blogger yang masih berfikiran 'ortodoks'.

Kalau kita imbau balik politik tanah air kita, banyak juga peristiwa besar yang berlaku sepanjang tahun 2009 ini. Pertamanya, 'Peralihan Kuasa' daripada pimpinan Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak. Isu tuntutan royalti oleh Kelantan, Isu Kepala Lembu, Isu Ladang Babi Moden di Selangor, Isu Teoh Beng Hock, Isu Menantu Menteri Besar Kelantan.

Paling menarik adalah isu yang melibatkan Bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr. Rosli Allani yang diperintahkan 'berpisah' buat sementara dengan isteri keduanya dan juga insiden Mertua Kepung Rumahnya juga menghiaskan isu bagi tahun 2009.

Selain itu Kerajaan Anak Beranak Versi Kelantan juga menjadi 'buah mulut' akhbar-akhbar dan blogawan-blogawan tempatan bagi tahun 2009.

Istilah "Celaka, Celaka, Celaka" menjadi popular apabila ia dipopularkan semula oleh MB Kelantan kerana bengang dengan kelakuan blogawan yang kerap kali menyerang kepimpinan beliau dan juga menantu beliau. Mungkin dia dah terlupa 'kejayaan' PAS menguasai Kedah dan Kelantan adalah disebabkan blogawan-blogawan inilah yang bersungguh berusaha untuk memberikan kemenangan kepada PAS, tapi akhirnya "Celaka, Celaka, Celaka" menjadi hadiah untuk mereka.

Isu MB Terengganu juga masih belum ada jalan penyudah, perkara ini bukan disebabkan oleh orang lain tetapi ia disebabkan oleh MB Terengganu itu sendiri, beliau seolah-olah melupakan daeerah-daerah lain yang ada di dalam Terengganu, daerah lain kebanyakkanya di anak tirikan.

Di kesempatan ini penulis ingin berterima kasih kepada rakan-rakan blogawan yang telah membantu di dalam memberikan 'pengunjung-pengunjung' baru ke blog yang tak seberapa ini tertutamanya kepada MSO, Husin Lempoyang, BigDog, Rocky Bru's, Dunia Tiger, Datuk A Kadir Jasin, Tun Dr. Mahathir Mohammad, Meli Kapak Jangak dan juga Kickdefella. Tak lupa juga kepada Harian Cahaya.

Blog ini juga pernah menerima cabaran demi cabaran terutamanya daripada Jurukomen yang beremosional dan juga beberapa blog yang tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh penulis. Namun, cabaran itu dapat ditempuhi dan blog ini mampu bertahan sampai sekarang.

Artikel ini menjadi tanda penulis menutup Buku 2009 dan dilain masa penulis akan Membuka Buku 2010. Semoga 2010 memberikan kita semangat dan daya juang yang baru, akhir kalam "Berbaktilah Selagi Hidup, Berjuanglah Selagi Ada Waktu".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, December 30, 2009

Apa perlunya Kita Ganti MiG-29


Apa perlunya Kita Ganti MiG-29

BERCAKAP soal kententeraan mestilah kita perlu mempunyai aset yang berdaya maju dan berteknologi tinggi. Sejak Kebelakangan ini kendengaran Kerajaan Malaysia ingin menghentikan khidmat MiG-29 dan menukarkanya dengan Model yang lain. Dengan kata lain ia akan melibatkan kos tambahan kepada Kerajaan Malaysia dan di mana pendapatan Kerajaan Malaysia dibiayai oleh cukai yang dibayar oleh rakyat.

Penulis pun hairan kenapa kita begitu ghairah ingin menukar dan menghentikan operasi jet ini. Adakah MiG-29 hanya dapat bertahan beberapa tahun sahaja? Sedangkan kita beli dengan harga berjuta-juta tapi tak kan hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja. Tidak bolehkah kita hanya perbaikinya sahaja? Lagipun kalaupun kita membeli jet pejuang baru untuk menggantikan MiG-29 ini tidakkah ia tetap ada kos servis?

Penulis bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad di dalam blognya. Tidakkah kita mempunyai kepakaran untuk memperharui semula MiG-29? Mustahil kita tak mampu lakukanya, sedangkan Iran pun lakukanya.

Syor Keluar Sendiri Jet Pejuang

PENULIS merasakan sudah tiba masanya kita tak perlu bergantung kepada kuasa-kuasa dunia lain untuk memiliki aset-aset ketenteraan yang berteknologi tinggi. Kita perlu membuat sendiri semua aset ketenteraan kita kerana kalau kita terus bergantung daripada negara-negara berkuasa besar, mana mungkin mereka akan memberikan yang terbaik buat kita, apa yang mereka tahu hanyalah pedajal kita, lebih-lebih lagi mereka mengenali kita sebagai sebuah negara Islam. Mereka masih ada Islamophobia tersimpan hati mereka, jadi mereka tak akan berikan yang terbaik buat negara Islam.

Sudah bertahun-tahun kita bergantung kepada aset ketenteraan dari luar, kini walaupun tahun 2020 hanya tinggal 10 tahun aje lagi tapi kita masih membeli daripada orang. Penulis nak tanya sedikit siapa sanggup untuk membeli senjata yang dijual musuh, sedangkan kelemahan dan kekurangan senjata itu mereka ketahui, tidakkah sama perbuatan itu seperti memberikan 'senjata' kepada musuh?

Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. Hanya kita yang dapat mengubah nasih negara kita. Revolusi sekarang untuk menjadikan negara kita sebagai pengeluar peralatan perang utama dunia dan meletakkan kita setaraf dengan Amerika Syarikat dan juga Russia.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, December 29, 2009

Apa yang tinggal untuk bangsa Melayu?


Apa yang tinggal untuk bangsa Melayu?
Oleh: yieMEGA

KITA Sering bercakap mengenai 'kesamarataan' antara kaum, adakah adil kesamarataan itu kalau tidak ada yang ditinggalkan untuk bangsa Melayu, Melayu pula perlu terus lakukan pengorbanan demi pengorbanan demi 'kesamarataan' sedangkan 'kesamarataan' itu hanya menguntungkan kaum-kaum tertentu sahaja dan merugikan bangsa kita Melayu sendiri.

Dulu kita hanya berikan kaum imigran 'kuasa ekonomi' yang sebenarnya melalui bangsa Melayu juga, dan boleh dikatakan perniagaan 'kaum imigran' hidup dek kerana titik peluh Melayu. Ye lah Melayu kerja penat-penat bila masa gaji atau pendapatan mereka masuk, mereka akan berurusniaga dengan memberi barang-barang keperluan di kedai kaum Imigran, ini menjadikan kaum imigran semakin hari semakin maju dan kekuatan ekonomi mereka terus bercambah. Sehingga hari ini mereka berjaya 'menguasai ekonomi' di negara yang melaung-laungkan 'Ketuanan Melayu'.

Oleh kerana sifat 'kelembutan' yang ada pada Melayu itulah mereka berjaya menjadi peniaga yang berkuasa. Orang Melayu memang terkenal dengan sifat lembutnya, mereka sudah banyak sebenarnya berkorban demi perpaduan nasional dan juga keharmonian antara kaum sehinggakan apabila ada orang Melayu yang bercakap mengenai 'Hak Orang Melayu' mereka akan dilabelkan 'perkauman' oleh orang yang sebangsa dengan mereka itu tak termasuk label yang diberikan oleh kaum-kaum Imigran.

Salah satu pengorbanan Melayu untuk kaum imigran ialah memberikan sumber kekayaan ekonomi kepada kaum Imigran dan pada masa masa yang sama ada orang Melayu yang menjatuhkan perniagaan yang didominasi Melayu kerana sebab hasad dan dengki selain tak mahu tengok Melayu lebih maju daripada Kaum Imigran.

Sudah banyak kali juga Melayu 'merestui' dasar-dasar yang sememangnya tidak menguntungkan Melayu tetapi demi perpaduan kaum mereka sanggup berkorban dengan harapan pengorbanan mereka dibalas dengan baik, tapi tidak pengorbanan mereka seolah-olah melepaskan 'anjing tersepit' ditambah pula 'munculnya' pejuang-pejuang Ultrakiasu kaum Imigran dengan mendesak bermacam-macam lagi di tambah pula kelahiran semula Anwar Ibrahim ke pentas politik tanah air.

Bermula daripada "Kelahiran Semula Anwar" semakin ramai kaum imigran sudah berani menunjukkan taringnya salah seorangnya ialah Lim Guan Eng (Mungkin pembaca ada yang sudah mengetahui bahawa apa kaitan Lim Guan Eng dan Lee Kuan Yew di Singapura dan Anuar Tan di Kelantan). Antara pejuang-pejuang Ultrakiasu yang memuja-muja Anwar di hadapanya, sedangkan jauh di sudut hatinya ia lebih kepada untuk mempergunakan Anwar sepertimana Tok Guru Nik Aziz dipergunakan di Kelantan.

Waspada Wawasan 20 Tahun Perluasan Tanah Singapura

Penulis juga ada membaca Harian Cahaya melalui artikelnya yang bertajuk "Melayu Malaysia Di Ambang Kehancuran". Artikel ini memang ada kebenaranya sekiranya Melayu terus menjadi bangsa pemberi dan tidak mahu bersatu sesama Melayu yang beragama Islam.

Kita tahu kebanyakkan tanah-tanah dan hartanah yang ada di bandar-bandar utama di negara kita ini ia dipunyai oleh bangsa imigran, sebaliknya bangsa kita hanya mempunyai tanah dan hartanah di sekitar desa dan pendalaman, itu pun hanya sekangkang kera. Dengan kata lain, dalam kita menyanyi lagu "Negaraku, Tanah Tumpahnya darahku" kebanyakkan tanah kita pun sudah dikuasai bangsa Imigran yang sebangsa dengan Pemerintah Singapura. Tanah di Kelantan pun tidak terkecuali walaupun pada masa "Kanun Tanah" dibuat oleh Tok Kenali tidak membenarkan kaum-kaum Imigran memilikinya walaupun sekangkang Kera. Mungkin juga Tok Guru Nik Aziz lebih tinggi pengetahuan Islamnya berbanding Tok Kenali.

Hari ini kita terus memberi hadiah lagi kepada kaum Imigran dengan memberikan mereka jawatan MB di negeri yang didominasi kaum Melayu ini. Cuba kita perhatikan betul-betul apa yang kita telah beri kepada kaum imigran:

  • Kuasa Ekonomi
  • Tanah
  • Kuasa

Jadi sekarang apa yang tinggal untuk Melayu dan Islam? Dulu boleh kita nyanyikan "Kini kita cuma tinggal kuasa" tapi sekarang apa yang kita nak nyanyi "Kini kita sudah tiada apa-apa" itu ke yang kita nak nyanyikan, hanya kerana untuk pengaruh politik kita sanggupkan korban itu semua.

Mari kita teliti sedalam-dalamnya Wawasan 20 Tahun Perluasan Tanah Singapura berdasarkan kronologi di bawah:

1949 - darurat (kejayaan pertama bangsa Imigran)
1969 - 13 Mei 1969 (bangsa imigran telah membuat dunia melabelkan Melayu bangsa ganas) dan keluarnya Singapura daripada Malaysia (satu lagi kejayaan bangsa imigran)
1989 - Bangsa Imigran muncul Kuasa Utama Ekonomi Negara
2009 - Singapura sudah kehabisan kawasan @ tanah di negaranya
- Lahirnya semula Anwar Ibrahim ke Pentas Politik Tanah Air
- Pejuang Ultrakiasu makin bertambah
- Tok Guru Nik Aziz Tawarkan jawatan MB kepada kaum imigran
- Kaum Imigran ada di kedua-dua belah pihak Pembangkang dan Kerajaan.
- dan banyak lagi

Mungkin ada pembaca yang sedar, kejayaan bangsa Imigran muncul di setiap 20 tahun itulah yang dinamakan Wawasan 20 Tahun Perluasan Tanah Singapura atau Perluasan Kuasa Singapura.

Selagi Melayu tidak bersatu, mereka akan terus melakarkan kejayaan demi kejayaan dan akhir sekali lagi Melayu bukan lagi Tuan di negara Ini tetapi akan diperlakukan mereka lebih teruk daripada Haiwan. Sedarlah wahai bangsaku.

Penulis pun hairan kenapa yang bercakap mengenai "Perjuangan Islam", "Keadilan Islam" tidak pula bercakap hal dalam Al-Quran yang telah menyebut "Berlembutlah kamu dengan sesama Islam, dan tegaslah Kamu dengan Kafir" tapi hari ini nampaknya Islam yang diperjuangkan tetapi Sesama Islam berkelahi dan saling berkeras tapi tidak pada kafir malah mendewa-dewakan dan terus berlembut dengan kafir.

Kalau Melayu yang beragama Islam terus berpecah tidak mustahil satu masa nanti apa yang tinggal cumalah Baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu. Bangsa Melayu terus mundur dan layu selagi bangsa Melayu itu tidak membuat revolusi.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, December 27, 2009

Perhimpunan Mendesak PAS Keluar Pakatan Rakyat?

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Perhimpunan Mendesak PAS Keluar Pakatan Rakyat?
Oleh: yieMEGA

MUNGKIN berita mengenai Perhimpunan Mendesak PAS Keluar Pakatan Rakyat sudah dijaja oleh media-media arus perdana. Mungkin pada sangkaan mereka dengan menyiarkan berita itu akan membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat kerajaan yang lemah. Kalau yang masih belum membaca berita itu bolehlah membacanya sekarang DI SINI.

Pada penulis tak usahlah menjaja berita tersebut kerana kalau menjaja tersebut kelak UMNO juga yang dituduh menjadi dalang. Bagi penulis ia satu sandiwara yang sengaja dibuat untuk menarik dan menuduh UMNO yang menjadi dalang, dengan ini ia akan berjaya mengalihkan beberapa isu yang timbul di Pakatan Rakyat dan UMNO jugalah yang terus dihina dan dipandang 'jijik' oleh rakyat.

Mungkin pandangan penulis ini berasas apabila Harakah Daily melaporkan bahawa "Umno anjur perhimpunan desak PAS Keluar Pakatan". Jadi terbuktilah bahawa perhimpunan ini sengaja dianjurkan untuk dikaitkan dengan UMNO. Seperti biasa UMNO akan menjadi kambing hitam PAS jika berlaku sesuatu yang tidak menguntungkan mereka.

Sekiranya media-media arus perdana mahu juga menjaja berita perhimpunan ini, adalah lebih mengkaji dahulu siapa pendokong utama perhimpunan itu sedalam-dalamnya sebelum menjajanya kerana menjadi kebiasaan ia akan dikaitkan dengan UMNO yang dikatakan bersandiwara.

Para blogawan boleh berusaha mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi menafikan bahawa UMNO yang anjur perhimpunan desak PAS keluar Pakatan. Sekiranya dakwaan mereka tidak berasas ini maknanya satu cubaan untuk memfitnah UMNO dan sepatutnya UMNO tidak boleh berdiam diri.

Sebenarnya sudah lama penulis mengetahui tentang rancangan untuk mengadakan perhimpunan ini, tetapi tidak berminat untuk mempromosikanya sebelum ini kerana bimbang ia satu sandiwara untuk mengenakan UMNO, jadi tak perlulah media-media arus perdana 'menjaja' berita ini lagi ia bukan memberikan keuntungan kepada UMNO tetapi memberi kerugian kepada UMNO.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, December 26, 2009

Menjawab Komen Fazli Salleh

Menjawab Komen Fazli Salleh
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis ucapkan terima kasih kepada Fazli Salleh kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk memberikan komen beliau di blog ini. Komen beliau amatlah penulis alu-alukan kerana sudah menjadi lumrah kehidupan yang betul kita sahkan, yang salah kita salahkan.

Keratan Komen Saudara Fazli Salleh di bawah:

Apa salahnya Ulama berpolitik? Adakah Ulama hanya perlu duduk di masjid memegang tasbih dan membaca al-Quran sahaja? Sedangkan Nabi Besar Muhammad juga seorang ahli politik.

Suka tidak suka bukannya dari keterlibatan Ulama dalam politik. Memang resam manusia. Nabi dulu pun dihina dan dicerca. Memang pahit mengatakan yang benar.

Ulama hanya dihina bagi orang yang jauh dari agama. Mengapa perlu dihina sedangkan perselisihan pendapat adalah perkara biasa.

Mufti yang dipecat kerana melarang gadis melayu masuk pertandingan ratu cantik, Ulama yang digam kerana tak sehaluan, Tok Guru yang diputar belitkan setiap ucapannya. Mana lebih hina?

Ulama bebas untuk memilih pegangan ideologi politik mereka serta percaya dengan apa yang mereka yakini. Adakah kerana Ulama tidak memihak kita, perlu ada cacian dan makian?

Jika kita tak bersetuju dengan Ulama, jalan yang terbaik adalah diam kerana Ulama adalah pewaris nabi.


Jawapan Penulis adalah sepertimana di bawah:

Saudara Fazli Salleh, mohon maaf mungkin saudara telah keliru dengan artikel saya, saya dah jelaskan di awal artikel lagi bahawa saya bukanya menghalang mana-mana ulamak untuk menyertai politik, apa yang saya cuba kata melalui artikel penulis ialah tidak mahu kenyataan ulamak dipolitikkan, di tokok-tambah semata-mata untuk meraih sokongan kerana yang mendapat aniaya ialah Ulama itu sendiri yang akan dihamburkan dengan kata-kata yang tak sepatutnya dan artikel penulis bukan ditujukan kepada Ulamak tetapi ditujukan kepada sesiapa yang cuba mempolitikkan kenyataan ulama' dan menambah dengan 'perisa' mengikut selera politik masing-masing sahaja, jadi dengan kenyataan ini harap saudara Fazli Salleh dapat memahaminya.

Penulis juga faham bahawa nabi dahulu pun dihina dan dicerca, bukan setakat faham malah menulis memang dah lama mengetahuinya. Cuma satu soalan penulis kepada Fazli Salleh, adakah pada masa itu ada tak Nabi dihina oleh umat Islam sendiri?

Ya betul Ulama hanya dihina oleh orang yang jauh dari agama, memang penulis tak bersetuju sekiranya Ulama dihina, itulah tujuan sebenar artikel penulis sebelum ini. Ulama memang bebas memilih fahaman dan laluan politik masing-masing, dan tak semestinya mesti duduk di Masjid memegang tasbih dan membaca al-quran semata-mata.

Penulis juga bersetuju bahawa apabila Ulama tidak memihak kepada kita tidak perlulah dihamburkan kata-kata yang tak sepatunya dilemparkan kepada insan yang bergelar Ulama. Penulis pun berharap sekiranya Ulama yang tak memihak kepada Fazli Salleh tidak dicerca oleh Fazli Salleh, jangan ada double standard di dalam membela Ulama.

Bercakap cercaan terhadap Ulama' penulis masih teringat dengan kejadian di mana Bekas Mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin) pernah dilabelkan "Bapak Setan" oleh Penceramah PAS, apa pula pendapat saudara Fazli Salleh dalam hal ini?

Namun penulis tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa Ulama adalah perwaris nabi, jika tidak bersetuju dengan Ulama jalan terbaik ialah diam. Mungkin saudara dah tersasar sedikit, Ya betul Ulama itu perwaris nabi tetapi Nabi tu maksum, tetapi Ulama' tidak maksum jadi maknanya tak semestinya Ulama' itu tidak akan melakukan kesalahan. Diam bukanlah cara yang sesuai, bukankah kita kena menyampaikanya, cuba saudara lihat dalam Solat Berjemaah, kan boleh Makmum menegur Bacaan Imam sekiranya bacaanya tidak betul asalkan dengan teknik yang betul. begitu juga dengan Ulama selagi menggunakan cara yang betul tidak ada salahnya untuk kita menegur kesilapan Ulama.

Penulis berharap saudara Fazli Salleh memahami apa yang cuba disampaikan melalui kenyataan ini. Mohon maaf sekiranya kenyataan ini membuatkan saudara Fazli Salleh marah ataupun sakit hati, bukan niat penulis untuk menyakiti hati Fazli Salleh malah penulis sudah berusaha sedaya upaya agar, kenyataan penulis ini tidak akan menyakiti hati saudara Fazli Salleh, tetapi kalau terjadi juga, apakan daya penulis pun manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan, Yang Baik datangnya dari Allah, Yang Buruk datangnya dari penulis, Wallahualam.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, December 25, 2009

Jangan Politikkan Ulamak....


Jangan Politikkan Ulamak....
Oleh: yieMEGA

KEBELAKANGAN ini ramai juga ulamak-ulamak yang terjun ke dalam arena Politik itu tak mengapa, tapi paling memeranjatkan apabila ulamak ini diperdagangkan oleh pihak tertentu dan menjadikan Ulama' itu sebagai isu politik.

Baru-baru ini keluar berita bahawa Yusof Qardhawi Rujuk Penangguhan Kes Qazaf Anwar Ibrahim ke Perhatian Dunia Islam. Jangan pula artikel penulis ini disalahertikan kononya penulis tidak bersetuju dengan ulama tersohor itu. Sebaliknya, apa yang dibimbangi penulis apabila 'kenyataan seorang ulama' diperdagangkan dan dijaja sesuka hati untuk meraih sokongan itu perkara yang tidak wajar dan bakal membuatkan Ulama' itu akan dihina oleh masyarakat.

Penulis percaya Yusof Qardhawi bukan dengan sendirinya atau automatiknya mengeluarkan kenyataan tersebut, berkemungkinan besar ada orang ketiga yang cuba mempergunakan kedudukanya sebagai ulama' untuk meraih sokongan.

Kalau pembaca tertanya-tanya kenapa penulis tidak bersetuju apabila Ulama' dipolitikkan. Jawapanya ialah apabila sesuatu perkara ada benda hidup dijadikan isu politik, pasti dia akan menjadi bahan cacian dan kutukkan, tahu sajalah ramai yang berada di dalam dunia politik negara kita ni suka membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur emosional dan bukanya profesional, jadi macam-macam akan diberikan gelaran atau jolokkan oleh orang yang tidak senang dengan kenyataanya itu, malah penulis percaya orang yang tak senang dengan kenyataanya itu bakal memberikan hujah-hujah yang emosional dan sekaligus berlaku penghinaan terhadap Ulama' di sini. Tidakkah terfikir bahawa kaum kafir akan bertepuk tangan sekiranya umat Islam sendiri yang menghina Ulama' kerana agenda mereka memecah belahkan Islam telah tercapai.

Perlu dijelaskan di sini, kenyataan Yusuf Qardhawi itu tidak sesekali membuat penulis merasa tidak senang, cuma apa yang penulis bimbangkan yang beliau beliau akan menjadi bahan ejekkan, cacian apabila kenyataan beliau dipolitikkan orang-orang yang tertentu. Apa yang penulis kesal ialah 'orang yang mempergunakan beliau dan mempolitikkan kenyataan beliau.

Mungkin ada segelintir pembaca yang memandang remeh hal ini, tapi penulis tidak. Perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Janganlah kita memperdagankan dan mempolitikkan ulama untuk kepentingan politik kita, kelak Ulama' kita juga yang disakiti.

Penulis merasakan tidak sesuai kenyataan Ulama' dipolitikkan hanya kerana untuk meraih sokongan politik kelak merana juga Ulama' itu, sedangkan orang yang mempergunakan beliau tersenyum girang dapat meraih sokongan dengan menggunakan kenyataan beliau.

Penulis percaya dengan kenyataan Yusof Qardhawi itu telah berjaya dipolitikkan, maka berlambaklah artikel-artikel yang menghina Yusof Qardhawi itu. Tat kala itu juga kaum kafir berhilai tawa, dan bertepuk tangan kerana telah berjaya melaga-lagakan kita.

"Walau siapa pun kita janganlah sesekali meletakkan Ulama' di tempat yang hina" dan "Seorang orang sesat boleh menyesatkan seribu orang alim" kata-kata ini memang berguna untuk difikirkan oleh semua.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 24, 2009

Perlukah MB Terengganu Bersumpah?


Perlukah MB Terengganu Bersumpah?
Oleh: yieMEGA

BERITA MB Terengganu Datuk Ahmad Said yang bersumpah semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu tentu sudah ramai yang mengetahuinya. Bagi yang belum mengetahuinya boleh membaca berita mengenainya DI SINI. Begitu memalukan seorang MB berperangai seperti budak-budak.

Penulis pun hairan kenapa MB Terengganu yang sebodoh itu melafazkan sumpah. Mungkin juga ekoran daripada peristiwa dua orang wira-wira rakyat yang mempersoalkan ketelusan dan kewibawaanya di dalam Sidang DUN sebelum ini.

Nampaknya kebodohan MB itu semakin terserlah selepas melafazkan sumpah itu. Soalnya di sini, adakah rakyat Terengganu akan mempercayai sumpah beliau? sedangkan Sumpah Bekas Pembancuh Kopi Anwar itu pun tidak dipercayai.

MB Terengganu itu begitu mudah mengambil jalan singkat dengan melakukan perbuatan demikian. Ternyatalah dakwaan-dakwaan yang timbul sebelum ini bahawa beliau adalah MB Paling Bodoh dalam sejarah MB Terengganu ada kebenaranya setelah beliau berbuat demikian.

Sepatutnya daripada bersumpah adalah lebih baik MB Terengganu itu mendedahkan siapakah yang menjadi syarikat pembekal Buah Kurma dan Air Zam Zam itu dan juga siapakah Ahli Lembaga Pengarahnya dan adakah syarikat itu ada kaitan dengan kaum keluarganya?

Adalah lebih baik Ahmad Said Menjawab soalan-soalan seperti sedemikian daripada terus bersumpah macam budak-budak. Teringat penulis pada zaman kanak-kanak, kerap mendengar rakan masa tu bersumpah, jadi maknanya tapi tak sangka pula 'otak' MB setaraf dengan mereka.

Kalau Ahmad Said ingat dengan bersumpah akan dapat membersihkan namanya, tindakanya itu ternyata silap sepatutnya beliau mengambil pengajaran daripada Sumpah Saiful. Untuk pengetahuan Ahmad Said kini rakyat Terengganu begitu hairan dengan kejadian Bumbung Runtuh yang kerap berlaku di negeri itu, paling menghairankan lagi kesemuanya melibatkan bumbung seakan-akan ianya telah dirancang.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, December 21, 2009

Revolusi Bangsa Melayu....


Revolusi Bangsa Melayu....
oleh: yieMEGA

REVOLUSI di definisikan sebagai "perubahan (terutamanya dlm sistem pemerintahan atau dlm sistem sosial) yg dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan." mengikut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kebetulan petang tadi penulis berkesempatan membaca satu artikel di ruangan Wacana Pembaca Harian Cahaya yang bertajuk "Revolusi Bangsa Melayu". Penulis mendapati artikel ini sangat sesuai dan mempunyai nilainya yang tersendiri terutamanya untuk kegunaan atau rujukan bangsa Melayu.

Banyak perkara-perkara yang dilontarkan oleh penulis artikel, kalau tak silap penulis orang yang menulis artikel itu menggunakan nama Pejuang Revolusi Melayu. Ada banyak juga hujah-hujah yang diberikan pembaca berkenaan yang ada kebenaranya kalau kita tidak menilai secara emosional.

Benar sekali Melayu perlu mengadakan revolusi untuk mengangkat kembali martabat bangsa kita yang sekian lama, sekian tercalar. Kalau kita lihat semakin hari bangsa kita semakin lemah. Sebaliknya bangsa imigran pula semakin hari semakin gagah.

Begitu juga "Ketuanan Melayu" juga semakin hari, semakin lemah paling menyedihkan ada juga bangsa Melayu yang menuntut ketuanan Melayu ini dihapuskan. Penulis pun hairan kenapa bangsa imigran ini takut sangat dengan "Ketuanan Melayu" sedangkan ekonomi mereka masih jauh lebih maju daripada bangsa kita walaupun kita menjadi tuan, cuba lihat di Singapura di mana mereka menjadi tuan, bangsa mereka juga yang menguasai ekonomi negara itu, walaupun bangsa serumpun kita dipinggirkan mereka.

Cuba kita lihat, bangsa kita sering berbalah sesama sendiri dan agak payah untuk bersatu kerana masing-masing ada ego masing-masing, walhal ego mereka itu tak dapat membawa mereka ke mana-mana pun. Sebaliknya bangsa imigran pula yang bertepuk tangan melihat kita berkelahi sesama sendiri.

Tidak keterlaluan mereka telah berjaya menggunakan strategi Yahudi atau Israel yang memecahkan Palestin kepada dua iaitu Hamas dan Fatah. Begitu juga di negara kita bangsa imigran telah berjaya memecahkan bangsa kita kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR.

Kalau kita tak membuat revolusi ke atas bangsa kita, tidak mustahil satu hari nanti bangsa kita menjadi hamba di bumi sendiri. Jadi berjuanglah untuk membuat revolusi ke atas bangsa kita terutamanya dari segi revolusi ekonomi kerana kalau kita ada kekuatan ekonomi kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu termasuklah melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas.

Penulis juga harap Melayu sedar segera agar jangan terus tertipu dengan misi dan agenda yang tersirat bangsa imigran, jadi bangkitlah memperkasakan ekonomi bangsa kita. Jangan biarkan bangsa kita ketinggalan dari segi ekonomi.

Penulis juga berharap satu masa nanti, selagi ada waktu bangsa Melayu bersatu sepertimana Melayu bersatu pada tahun 1946. Bangsa kita kelihatan kuat sehinggakan Inggeris pun takut dengan kita, ingatlah apa yang penjajah paling takut ialah "Bangsa Melayu yang bersatu".

Ayuh ketepikan perbezaan politik, kita berjuang dalam matlamat yang satu untuk menyelamatkan bangsa kita agar bangsa kita tidak terus ditipu mereka. Selama-lamanya mereka akan terus menipu dan mempergunakan kita kalau kita tidak merevolusikan bangsa kita.

Ayuh rapatkan saf, teruskan perjuangan, demi Agama, Bangsa dan Negara.


Baca Lagi!

Sunday, December 20, 2009

Perkaumankah Kita? Toleransikah Mereka?

Perkaumankah Kita? Toleransikah Mereka?
Oleh: yieMEGA

PERKAUMANKAH kita dan toleransikah mereka menjadi tajuk artikel pilihan penulis pada kali ini. Artikel penulis kali ini bertujuan untuk membuka minda para pembaca yang budiman berkenaan dengan bangsa kita yang sering dilabel 'perkauman' sekiranya membuat sesuatu.

Penulis percaya artikel ini juga akan dilabel 'perkauman' oleh mereka, namun kerana berani kerana benar penulis tetap mengeluarkan artikel ini untuk Agama, Bangsa dan Negara kita. Berdasarkan 'Alif, Ba, Ta' jugalah penulis nekad untuk mengeluarkan artikel ini di blog ini.

Perlu ditekankan di sini, artikel ini tidak bertujuan untuk meniupkan semangat perkauman tetapi ia lebih untuk bangsa kita memperbaiki diri mereka sendiri agar bangsa kita tidak terus dipergunakan mereka.

Cuba perhatikan, setiap kali kita cuba mempertahankan apa yang menjadi hak bangsa kita. Kita terus dilabel perkauman oleh segelintir mereka. Sampai bila kita sanggup bangsa kita terus dilabel sedemikian rupa?

Paling menyedihkan ada juga anak bangsa kita yang bersetuju dengan mereka. Mereka berjuang untuk kesamarataan dan juga untuk semua, mereka juga berjuang untuk menghapuskan Ketuanan Melayu, itu pun juga turut dibantu oleh anak bangsa kita sendiri.

Sedar atau tidak, itulah peninggalan atau harta warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Sedar atau tidak, kita tidak mempunyai kuasa ekonomi sehebat mereka, sedar atau tidak bangsa kita lebih ketinggalan daripada mereka, namun ada juga anak bangsa kita yang menyokong perjuangan mereka.

Mari kita menilai samaada bangsa kita ini adalah bangsa yang sukakan perkauman atau bangsa mereka yang suka bertoleransi atau tidak. Pertamanya cuba kita lihat walaupun bangsa kita Melayu menjadi pemimpin utama negara tetapi dari segi kekayaan ekonomi negara dikuasai mereka. Cuba kita lihat bangsa serumpun kita di Singapura, tempat di mana bangsa mereka menjadi tuan:

Households income from work by ethnic group of head
Ethnic group
Average household
income (SGD$)
Median household
income (SGD$)
1990 2000 1990 2000
Total 3,076 4,943 2,296 3,607
Chinese 3,213 5,219 2,400 3,848
Malays 2,246 3,148 1,880 2,708
Indians 2,859 4,556 2,174 3,387
Others 3,885 7,250 2,782 4,775

Bangsa kita tidak juga mampu menewaskan kuasa ekonomi mereka. Kalau negara yang bangsa kita menjadi tuan pun kita masih jauh terkebelakang, apatah lagi bangsa serumpun kita di Singapura di mana mereka menjadi tuan pun turut ketinggalan.

Jadi tiada sebab untuk mereka takut dengan 'Ketuanan Melayu', malah bangsa kita redha dengan kelebihan mereka di dalam untuk menjana ekonomi untuk bangsa mereka. Tak ada satu pun bangsa kita yang marah ataupun dengki dengan kebolehan mereka, malah bangsa kita jugalah yang turut membantu bangsa mereka menjana ekonomi.

Tengok sahaja di bandar-bandar rata-rata perniagaan di situ dikuasai oleh bangsa mereka, bangsa kita tak pula mengkhianati perniagaan mereka. Jadi dimanakah 'perkauman' yang dilabelkan oleh bangsa mereka terhadap kita itu?

Sekolah Berasaskan Kaum

Uniknya di Malaysia, bangsa-bangsa yang berada di bumi Malaysia bebas mengadakan sekolah berasaskan kaum masing-masing, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Juga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan kita dapat lihat di seluruh negara.

Bangsa kita jugalah yang merestui penubuhan sekolah-sekolah tersebut tanpa ada bantahan malah ada juga yang menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah berasaskan kaum itu. Adakah kita dapat jumpa Sekolah Berasaskan Kaum di Indonesia? tidak sama sekali itulah jawapan yang pasti malah di negara China pun tidak wujud sekolah berasakan kaum seperti negara kita.

Ada tak sebelum ini kita mendengar, bangsa kita menentang penubuhan sekolah-sekolah berasakan kaum bangsa mereka? tidak bukan? tidakkah bangsa kita kelihatan lebih bertoleransi daripada mereka? Tetapi kenapa mereka tetap melabelkan kita sebagai 'perkauman'?

Di Alam Siber

Kita beralih pula kepada situasi alam siber, di mana kalau kita melihat sesetengah portal sosial seperti Facebook, Tagged dan sebagainya kita akan dapati bangsa mereka meluahkan ungkapan-ungkapan berunsur perkauman di dalam komen-komen mereka, tetapi tidak pula dilabel 'perkauman' oleh bangsa kita.

Begitu juga, bagi sesentengah permainan komputer dalam talian yang membolehkan pemain chat dengan pemain lain, di situ jugalah kita dapat melihat bangsa mereka dengan begitu aktifnya meniupkan semangat perkauman dengan provokasi-provokasi yang boleh membuatkan bangsa kita hilang sabar.

Politik

Dari segi politik adakah bangsa kita tidak bertoleransi kepada mereka. Kalau tidak kenapa mereka mempunyai hak untuk memilih kerajaan dan menjadi pengundi untuk Pilihan Raya di negara kita.

Sedangkan dulu sepatutnya kita tidak boleh memberikan mereka hak sedemikian, tapi atas alasan toleransi bangsa kitalah akhirnya kita tetap memberi laluan kepada mereka untuk turut serta dalam pentas politik negara kita tetapi mereka tetap melabelkan kita 'perkauman' itulah hakikatnya, apa yang kita buat semuanya perkauman, apa yang mereka buat semuanya betul.

Penulis ada beberapa soalan toleransikah mereka dengan:

  1. Bercakap dalam bahasa yang bangsa kita tidak fahami semasa bercakap sesama mereka?
  2. Menggunakan akhbar-akhbar yang tulisanya tidak difahami oleh kita dalam sesuatu isu yang berkaitan dengan bangsa mereka.
  3. Mengambil pekerja daripada bangsa mereka sahaja.
  4. Memberi keuntungan untuk bangsa mereka sahaja.
Ada banyak lagi soalan yang boleh penulis soal, tetapi empat soalan dah cukup untuk bangsa mereka menjawabnya dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Akhir kalam, semoga bangsa kita cepat sedar dan janganlah kita terus diperbodohkan mereka. Kerana dasar pecah dan perintah kali kedua sudah bermula.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, December 19, 2009

Teguran Untuk Blogger Pembela Negara...

Khairy Jamaluddin, Deputy Youth Chief of Baris...Image via Wikipedia

Teguran Untuk Blogger Pembela Negara...
Oleh: yieMEGA

KEWUJUDAN Blogger Pembela Negara mungkin telah banyak membantu para blogger atau blogawan yang menjadi 'pembela kepada negara'. Namun penulis setakat ini tidak mahu menjadi Ahli Blogger Pembela Negara kerana lebih suka menjadi Blogawan Bebas tanpa menurut rentak sesuatu persatuan blogger seperti BPN.

Walaupun penulis bukan ahli BPN tetapi tidak ada salahnya penulis menegur BPN kerana itulah tugas kita sesama manusia, yang salah kita cuba betulkan tetapi terpulang BPN untuk menerima atau tidak teguran ini, penulis berjanji akan cuba memberikan teguran yang bercorak membina dan bukanya emosional serta tanpa auta.

Merujuk kepada kenyataan YDP Majlis Tertinggi BPN yang bertajuk "Edisi Khas: Resolusi BPN Boikot Blogger Biadap terhadap Pemimpin Pilihan Rakyat". Penulis bersetuju dengan beberapa resolusi tetapi untuk Resolusi bernombor 2 penulis sukar untuk bersetuju dengan BPN. Sebagai rujukan penulis menyertakan resolusi nombor 2 tersebut di bawah ini:

2. BPN telah mengenalpasti ada blogger yang menzahirkan sokongannya kepada Kerajaan/BN namun masih mengamalkan budaya 'kotor' dalam menjadi seorang blogger. Termasuklah mengugut PM jika melantik individu tertentu menjadi anggota kabinet dan mengutuk Ketua Pemuda UMNO yang telah dipilih oleh perwakilan sehingga menimbulkan polemik sesama blogger yang berjuang membela negara.


Terlebih dahulu sebenarnya penulis kurang faham apa yang cuba dimaksudkan oleh resolusi nombor dua ini. Adakah ianya bermaksud kita tidak boleh mengkritik Ketua Pemuda UMNO ataupun hanya tidak boleh mengutuk Ketua Pemuda UMNO semata-mata? Kalau mengutuk dengan perkataan-perkataan kesat memang penulis bersetuju tetapi bagaiamana dengan yang mengkritik dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lebih berilmiah, adakah mereka akan dikenakan tindakan juga, jika ya penulis tidak bersetuju dengan resolusi ini?

Kalau apa yang saya andaikan benar, maknanya ahli-ahli Blogger Pembela Negara tidak boleh mengkritik Ketua Pemuda UMNO dan juga Perdana Menteri kalaupun mereka melakukan kesilapan. Bagi penulis ahli-ahli BPN berhak mengkritik apa-apa tindakan yang salah, tambahan pula ia adalah salah satu cara untuk membela negara, mereka mengkritik pun kerana sayangkan negara bukan kerana membenci negara.

Merujuk kepada Ketua Pemuda UMNO, mungkin BPN telah terlupa ataupun sengaja buat-buat lupa yang salah satu sebab kejatuhan beberapa negeri BN ke Pakatan Rakyat adalah bencinya rakyat terhadap Khairy Jamaluddin, sekali lagi penulis tidak faham kenapa BPN meistilahkan KJ ini sebagai Pemimpin Pilihan Rakyat, sedangkan kemenangan beliau di Parlimen Rembau pun kerana nasib menyebelahi beliau dan hampir-hampir tersungkur, bermakna beliau bukan menjadi pilihan rakyat. Jadi merasakan tindakan blogger mengkritik beliau kena dengan tempatnya.

Ingatlah sehebat mana pun kita, berjalan di dalam gelab kita tetap memerlukan bantuan lampu. Begitu juga sehebat mana pun pemimpin kita, tetapi dia tetap memerlukan pertolongan rakyat dan mengkritik adalah salah satu caranya.

Jangan pula artikel penulis ini disalah ertikan oleh orang tertentu untuk menyekat Khairy Jamaluddin daripada menjadi anggota kabinet, bagi penulis ini bukan masa yang sesuai untuk Khairy dilantik menganggotai kabinet, mungkin selepas tiba waktu yang sesuai barulah beliau boleh dilantik menggaggotai kabinet.

Bukan niat penulis untuk menyekat rezeki mana-mana orang mahupun pemimpin, tetapi yang terbaik itulah harapan daripada penulis. Dalam pada itu, penulis juga tidak gemar orang yang mengkritik pemimpin dengan gaya yang terlampau-lampau seperti menggunakan perkataan yang tak sepatutnya kerana itu bukan budaya kita.

Tiada salahnya mengkritik asalkan tidak bertentangan dengan norma-norma masyarakat kita, tidak mengandungi tingkah laku bi lazim dan juga kritikan itu perlulah membina dan tidak emosional serta berlandaskan fakta dan bukanya auta.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, December 18, 2009

Tokoh Maal Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan

Tokoh Maal Hijrah 1431H Peringkat Kebangsaan Tan Sri Dr. Yusof Bin Haji Mohd Noor

1 Muharam detik permulaan, Maal Hijrah disambut dan seperti kelaziman setiap kali sambutan Maal Hijrah beberapa tokoh dipilih untuk di anugerahkan Tokoh Maal Hijrah. Sambutan Maal Hijrah untuk 1431H ini meneruskan tradisi sebelum ini yang diamalkan oleh Malaysia sebelum ini dengan 'menobatkan' Tan Sri Dr. Yusof Noor Pengerusi Kumpulan Felda sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan.

'Hijrah' mungkin kita selalu mendengar orang mendefinisikanya sebagai berubah atau berpindah daripada satu tempat ke tempat, perangai jahat kepada perangai baik, perangai baik kepada perangai yang lebih baik.

Itulah Ertikata Hijrah yang sering disajikan kepada kita setiap Kali Detik 1 Muharam datang menjumpai kita. Ada juga yang menanam azam baru untuk berubah setiap kali 1 Muharam menjelang tiba. Itulah yang menjadi kebiasaan.

Berbalik kita kepada Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kita yakni Tan Sri Dr. Yusof Noor. Boleh dikatakan pengurniaan Tokoh Maal Hijrah ini memberi sejuta makna kepada insan yang lebih dikenali dengan nama Yusof Noor di kalangan rakyat Besut ini.

Sebenarnya boleh dikatakan Tan Sri Yusof Noor ni juga ada pengalaman 'hijrah'nya yang tersendiri. Dulu beliau seorang ahli politik yang terkenal dan pernah menjadi ADUN untuk DUN Kampong Raja (sekarang DUN Kota Putra) sehingga namanya disebut-sebut untuk menjadi pengganti Wan Mokhtar Ahmad, namun ia telah dipintas awal-awal lagi apabila diletakkan sebagai calon Parlimen Besut semasa Pilihan Raya Umum 1999.

1999 jugalah menyaksikan kejatuhan Empayar BN di Terengganu dan juga tersingkirnya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Amar Diraja Wan Mokhtar Ahmad dan PAS berjaya memerintah di Terengganu.

Selepas kejatuhan BN di Terengganu Tan Sri Dr. Yusof Noor mengambil keputusan untuk berhijrah daripada bidang politik, dan kemudianya dilantik menjadi Pengerusi Kumpulan Felda sehingga hari ini dan berjaya menjadikan Felda sebuah syarikat yang berdaya maju dan inovatif.

Penulis ada sedikit cerita benar yang diceritakan kepada Penulis mengenai Tan Sri Dr. Yusof Noor semasa beliau adalah ADUN Kampong Raja (Kini Kota Putra), orang yang menceritakan kepada penulis ialah seorang peniaga yang juga ibu tunggal di Pasar Awam Kota Putra.

Hendak dijadikan cerita Mak Cik ini telah meluahkan masalah mengenai perniagaanya semasa Bazaar Ramadhan yang pada waktu itu lokasinya di hadapan kedai mak cik tersebut, dan menghalang pandangan orang lain terhadap kedai mak cik tersebut kepada Tan Sri Dr. Yusof Noor.

Tan Sri Yusof Noor segera mengambil tindakan untuk menyelesaikan permasalahan yang di alami oleh mak cik itu, hasilnya permasalaahan mak cik itu dapat di atasi pada hari itu juga tanpa lengah dan tanpa alasan.

Begitulah begitu bersungguh beliau bekerja untuk rakyat di kawasan DUN yang diwakilinya itu. Penulis percaya jika Tan Sri Dr. Yusof Noor diberi peluang sekali lagi untuk menjadi ADUN Kawasan yang sama beliau tetap akan disanjung tinggi oleh rakyat sekitar DUNnya.

Itulah serba sedikit kisah mengenai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1431H kali ini, semoga tokoh-tokoh berusaha agar turut dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah. Dalam masa yang sama Dr. Yusof Al-Qardhawi seorang Ulama' yang terkenal di anugerahkan Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 17, 2009

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah mengulas berkenaan isu Bazaar Tok Guru yang timbul di negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga ini di dalam artikel yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan".

Bagi memberikan ulasan mengenai beberapa perkembangan terkini yang berlaku berhubung isu tersebut, penulis telah membaca blog-blog lain untuk mendapatkan sedikit maklumat. Antaranya ialah Blog Harian Cahaya menerusi artikelnya yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Semakin Celaru" yang disiarkan menerusi ruangan Pena Cahaya blog tersebut.

Selain itu, tidak ketinggalan blog yang menjadi kegemaran penulis iaitu Blog MSO atau Merah Tinta MSO menerusi artikelnya yang bertajuk "Bila Tulisan Saya 300% Palsu". Dengan pembacaan blog-blog tersebut dapatlah penulis membuat sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

Pertamanya, tahniah penulis ucapkan kepada MSO kerana telah menjadi blogawan yang baik dengan memberikan peluang kepada orang yang terlibat membela diri di dalam blognya dan juga beliau cuba menjadi blogawan yang beretika sepertimana saranan Perdana Menteri.

Keduanya, tahniah juga penulis ucapkan kepada wakil peniaga yang berani memberi penjelasan perkara sebenar yang terjadi. Namun, penulis tidak boleh mempercayai 100% yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang yang hadir ini adalah benar-benar wujud, penulis meletakkan hanya 35% penulis percaya dengan jurukomen yang mengelarkan dirinya Arif ini.

Kenapa penulis berpendirian sedemikian? Zaman serba canggih ini kita tidak boleh mempercayai orang kerana penipuan mereka pasti secanggih zamanya. Kita lihat internet adalah dunia tanpa sempadan, jadi macam-macam orang lakukan untuk menipu termasuklah menyamar lagipun latar belakang seperti gambar dan nama penuh orang yang memberikan komen itu tiada, ini juga membuatkan kita boleh mempersoalkan adakah benar beliau salah seorang daripada peniaga yang hadir.

Mungkin apabila kita membaca kenyataanya seperti mana di bawah:

Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.


Orang akan mengatakan beliau telah bercakap benar kerana telah bersumpah dengan nama Allah. Persoalanya bolehkah kita mempunyai sumpah ini sedangkan Sumpah Saiful pun tidak dipercayai orang.

Penulis tetap berpendirian yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang daripada mereka yang hadir dalam pertemuan itu supaya tampil mendedahkan dirinya, beliau tak perlu takut kerana takut kerana salah, berani kerana benar.

Penulis maaf kalau artikel penulis ini tidak sependapat dengan pembaca, namun itulah hakikatnya tiada salahnya kalau kita berbeza pendapat. Penulis turut mengalu-alukan apa jua pandangan daripada pembaca asalkan komen yang pembaca berikan itu tidak emosional dan juga mulai hari ini komen tanpa nama atau annnymous tidak akan disiarkan lagi sepertimana sebelum ini bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab membuat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, December 15, 2009

Dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) 2009

Dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) 2009
Oleh: yieMEGA

SEMALAM telah diumumkan kadar dividen yang akan diagihkan kepada pelabur-pelabur Amanah Saham Bumiputra (ASB) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad. Kadar dividen yang diumumkan ialah 7.30 Sen bagi seunit dan kadar bonus pula ditetapkan 1.25 sen seunit ia menjadikan kesuluruhan pendapatan pelabur ialah 8.55 sen bagi seunit.

Penulis mendapati berdasarkan rekod-rekod pengagihan yang tiga tahun lepas, kebanyakkanya pendapatan pelabur daripada pelaburan itu di bawah 10.00 sen seunit dan tidak pernah melepasinya sepanjang tiga tahun lalu termasuk juga pada tahun ini.

Nampaknya pulangan ASB ini amat sedikit jika dibandingkan dengan pulangan bagi pelabur-pelabur di pelaburan-pelaburan lain. PNB selaku entiti yang berkait langsung dengan Kerajaan perlu di nilai semula oleh Kerajaan.

Hasil maklumbalas awal yang penulis terima daripada para pelabur ASB, rata-rata daripada mereka melahirkan rasa kecewa dengan pulangan yang tidak kompetitif sejak tiga tahun kebelakangan ini. Lebih-lebih mereka yang membuat pelaburan secara pinjaman daripada beberapa institusi perbankkan tempatan kerana mereka terpaksa membayar faedah pinjaman yang agak tinggi kepada bank.

Kerajaan perlu membuat sesuatu dengan Aset yang begitu besar dimiliki oleh PNB, tidak kah mereka mampu untuk membayar dividen keseluruhan termasuk bonus sebanyak 10.00 sen seunit ataupun lebih.

Mengikut pengetahuan penulis ada sebuah Bank yang mampu memberikan pulangan sebanyak 20% kepada-kepada pelabur-pelaburnya, kenapa tidak PNB? Begitu juga dengan pinjaman untuk Pelaburan ASB, penulis akan menyarankan kerajaan menurunkan kadar faedah untuk pinjaman tersebut kerana kadar faedah semasa amat membebankan pelabur.

Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan hendaklah direalisasikan dalam bentuk yang benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat. Bukan PNB yang mengaut untung berganda-ganda, pelabur pula yang dapat hasil 'lekat di celah gigi' sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, December 14, 2009

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan

Isu Bazaar Tok Guru di Kelantan
Oleh: yieMEGA

BAZAAR Tok Guru merupakan salah satu projek pembinaan yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Mengikut maklumat yang penulis terima peniaga-peniaga daripada Pasar Lambak Arked UDA akan ditempatkan di Bazaar berkenaan dan juga mereka dinjanjikan tingkat bawah oleh Kerajaan Negeri.

Namun akhirnya Bazaar Tok Guru itu tiba-tiba sahaja bertukar menjadi isu apabila seorang blogawan yang mengelarkan dirinya sebagai Kickdefella menerbitkan artikel terbaru di dalam blognya yang bertajuk "Dari Bazaar Tok Guru Menjadi Busut Almentantunya".

Penulis mendapati daripada isu tersebut seolah-olah kickdefella cuba mengaitkan isu ini dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Ahmad Yaakob yang juga dikenali oleh orang tempatan dengan nama "Ustaz Mat". Penulis tidak tahu apakah motif sebenar yang cuba dilakukan oleh kickdefella ataupun syed azidi tersebut.

Cuma seingat penulis, sebelum ini diwar-warkan bahawa Ustaz Mat ini sesuai menjadi pengganti Tok Guru Nik Aziz, adakah artikel kickdefella itu dipengaruhi oleh sesiapa penulis tidak mahu membuat spekulasi mengenainya kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Pembinaan Bazaar Tok Guru akhirnya menerima pertikaian antara peniaga Pasar Lambak Uda dengan Kerajaan Negeri Kelantan. Untuk rekod, Ustaz Mat baru sahaja mengambil tanggungjawab mengenai Bazaar Tok Guru ini daripada seorang yang melepaskan tanggungjawabnya kepada Ustaz Mat. Pertikaian itu timbul kerana tidak peniaga tidak puas hati apabila Kerajaan Negeri Mungkir janji yang telah dibuat dengan mereka di mana sepatutnya mereka diberi hak untuk menyewa tingkat bawah Bazaar berkenaan, namun di dalam perjanjian antara Sensa Timur meletakkan tingkat bawah di bawah penguasaanya sebagai syarat di dalam perjanjian.

Secara tak semena-mena, Ustaz Mat yang baru sahaja diamanahkan untuk memikul tugas berkenaan menjadi mangsa keadaan dengan isu ini. Penulis curiga dengan kenyataan
Syed Azidi bahawa Ustaz Mat telah memaki hamun peniaga yang datang berjumpanya dengan perkataan yang tidak sepatutnya seperti "Bodoh".

Setahu penulis Ustaz Mat ini seorang yang pendiam dan payah melenting orangnya dan agak mustahil perkataan "Bodoh" itu keluar daripada mulutnya. Penulis juga bersetuju dengan artikel blog MSO yang bertajuk "Betulkah Ustaz Mat Bodohkan Peniaga?". Penulis juga ingin menyatakan pendirian penulis yang ragu-ragu tentang artikel yang diterbitkan oleh Kickdefella tersebut.

Penulis musykil bagaimana pula Ustaz baru mengambil tanggungjawap ini terus di hujani pelbagai kritikan oleh peniaga yang seakan-akan sudah mengetahui bahawa Ustaz Mat yang dipertanggungjawabkan berkenaan projek ini. Adakah ada orang tertentu sudah membocorkanya ataupun ia adalah sebahagian daripada rancangan orang tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti Ustaz Mat? Hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya.

Sekiranya ialah perancangan daripada orang tertentu maknanya sudah ada Musuh Dalam Selimut menyelinap ke dalam PAS. Oleh yang demikian semua pemimpin parti berkenaan haruslah berhati-hati tambahan pula "Musuh Kita Adalah Kawan Kita" juga perlu diberi perhatian kerana kawan kita kadang-kadang lebih berbahaya daripada musuh kita.

Dengan tercetuskan Isu Bazaar Tok Guru ini ia sebenarnya mendatangkan keraguan pada penulis sekiranya Ditakdirkan Kerajaan Persekutuan menukar keputusan daripada memberikan Wang Ihsan kepada Royalti yang dibayar terus kepada Kerajaan Negeri adakah ia akan berakhir dengan isu seumpama ini juga. Kalau begitu nanti royalti dapat tetapi rakyat merempat tiada gunanya jika royalti dibayar tetapi rakyat tidak mendapat nikmat.

Berkenaan dengan Isu Tuntutan royalti penulis akan memberikan cadangan khas penulis kepada Perdana Menteri bagi menyelasaikan isu tuntutan royalti ini, ia sekadar cadangan namun terpulang kepada PM untuk menerimanya atau tidak dalam artikel blog penulis yang akan datang.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, December 13, 2009

Kod Etika Blogger...

Kod Etika Blogger

PENULIS telah membaca artikel terbaru daripada blog Perdana Menteri Kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang beralamat di http://www.1malaysia.com.my. Artikel yang bertajuk "Kod Etika Bagi Penulis Blog" bagi penulis kod etika penulis blog ada pro dan kontranya.

Saranan Najib tersebut telah mendapat perhatian beberapa blogger antaranya Blogger atau Blogawan tersohor MSO melalui blognya Merah Tinta MSO melalui satu artikel blognya yang bertajuk "Perlukah Kod Etika Kepada Blogger".

Antara Isi Kandungan Kod Etika Blogger Yang Disarankan Najib Adalah:

Penulis Blog Hendaklah:

  • Jujur dan Adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menintepretasikan maklumat.
  • Jangan Sesekali Menciplak
  • Mengenalpasti sumber dan membuat pautan kepada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan.
  • Jangan sesekali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat sekiranya disiarkan juga perlu dijelaskan keraguan tentangnya.
  • Bezakan sokongan, komentar dan maklumat berasaskan fakta
  • Mengakui Akan Kesilapan dan Cepat Memperbetulkanya.
  • Elakkan daripada rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
  • Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendalianya daripada penulis blog.
  • Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi.
  • Mematuhi standard yang tinggi


Ada juga yang kurang bersetuju dengan saranan kod etika blogger ini izinkan penulis memetik satu komen pembaca blog 1Malaysia yang menggunakan nama YM Tengku Khairol dan penulis tidak pasti adakah jurukomen tersebut menggunakan nama sebenar atau nama samaran.

Di Bawah Ini Ialah Komen Beliau:

YM Tengku Khairol: TAK PERLU WUJUD ETIKA, MANA ERTI KEBEBASAN?
Kod Etika untuk penulis blog tidak perlu diwujudkan kerana negara telah mempunyai undang-undang yang cukup khusus untuk planitif mendakwa atau menyaman atau mengheret penulis blog yg menulis artikel berunsur fitnah atau yg berbau perkauman ke mahkamah. Kita ada suruhanjaya komunikasi dan multimedia yg mampu menyekat keterlaluan atau kebiadapan bloger. Kod etika tidak rasional diwujudkan kerana menyekat cara pemikiran dan pandangan rakyat yang cintakan demokrasi. Rakyat mampu menilaikan mana yang buruk dan mana yang baik. Itu rasionalnya.


Sebenarnya Najib menyarankan Kod Etika tersebut sepertimana yang dicadangkan oleh sebuah portal khas untuk jurnalis siber melalu artikel yang bertajuk "A Bloggers' Code Of Ethics". Penulis sendiri tidak nampak yang akan berlaku terhadap kebebasan blogawan sekiranya Kod Etika ini menjadi kenyataan.

Sebelum itu penulis meminta pembaca cuba fahami betul dengan apa itu Kod Etika dan Apa Itu Undang-Undang. Mungkin kedua-dua hampir sama tetapi ia tidak membawa maksud yang sama. Kod Etika ini sebenarnya panduan untuk menjadikan sesuatu profesyen itu beretika contohnya kaunselor pun mempunyai kod etikanya sendiri. Manakala undang-undang pula merupakan satu arahan atau peraturan yang memang perlu dipatuhi dan bukan sekadar panduan. Oleh yang demikian, penulis tidak melihat Kod Etika Blogger akan menghalang kebebasan bersuara blogger.

Ramai orang yang cepat melenting apabila Najib menyarankan kod etika bagi Blogger. Ini berlaku kerana mereka salah faham tentang konsep Kod Etika dan Undang-undang. Jadi penulis tiada halangan yang timbul sekiranya Kod Etika ini ada.

Malah daripada pandangan penulis Kod Etika ini lebih kepada untuk melindungi blogawan-blogawan dan bukan untuk menyekat kebebasan blogawan-blogawan kita. Cuba kita lihat kod etika yang kedua yang berbunyi "Jangan sesekali menciplak", artikel-artikel blog yang diterbitkan oleh blogawan adalah harta intelek milik blogawan tersebut, sekiranya berlaku ciplak menciplak tidakkah berlaku cetak rompak di situ?.

Kita jangan jumudkan pemikiran kita untuk satu sudut semata-mata, penulis percaya ramai blogawan yang lebih bijak dan cerdik daripada penulis dapat memikirkan apakah kelebihan yang lain sekiranya kod etika ini wujud.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, December 12, 2009

Apa Motif Anwar Membela Chin Peng?


Apa Motif Anwar Membela Chin Peng?
Oleh: yieMEGA

Ching Peng merupakan ketua Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan di bumi Malaysia ini, beliau juga telah dibuang negara. Parti ini memperjuangkan ideologi komunis dan ia tidak sesuai dengan negara kita. Namun, sejak akhir-akhir ini terdapat usaha-usaha untuk membawa Chin Peng balik dan dibantu oleh rakyat kita yang katanya semakin cerdik walhal mereka tu lebih bodoh daripada lembu.

Orang yang bertanggungjawab untuk menimbulkan isu Chin Peng dan juga berusaha untuk membawanya pulang ke Malaysia kononya atas alasan Chin Peng sudah tua. Bagi penulis ianya adalah satu strategi Anwar untuk memerintah Malaysia. Portal berita Alternatif yang merupakan anjing kurap peliharaan Anwar Malaysiakini.com juga berusaha keras untuk berkempen demi untuk membawa balik Chin Peng seperti laporan yang penulis petik daripada portal berita tersebut.

Orang-ramai seharusnya peka dan prihatin kenapakah Anwar beria-ria benar mahukan Chin Peng Kembali ke Malaysia. Adakah ada udang di sebalik batu, penulis percaya ia memang ada udang di sebalik batu kerana ia bakal memberi keuntungan politik terhadap Anwar yang digelar Chameleon ini.

Pertama sekali penulis menyeru pembaca menonton video rakaman ucapan AnwarIbrahim semasa beliau mengikuti kursus Biro Tata Negara dan buatlah penilaian anda sendiri bekenaan ucapan beliau yang dimuatkan di laman web youtube tersebut.

Seterusnya Anwar juga melantik peguam Chin Peng untuk menjadi peguam bela atas kes pertuduhan liwat keatasnya sepertimana yang dilaporkan oleh The Star. Ini adalah bukti pertama yang beliau sengaja menimbulkan isu Chin Peng untuk menjaga kepetingan politik dirinya sendiri kerana beliau dari dulu sampai sekarang memang suka pentingkan diri sendiri.

Penulis sendiri pun tak faham kenapa Anwar menggunakan khidmat begitu ramai peguam sedangkan orang yang menuduh hanya menggunakan seorang sahaja peguam. Adakah Anwar ini takut dengan bayang-bayang sendiri? Jawapan ini hanya beliau dan Allah sahaja yang tahu.

Bagi penulis usaha-usaha Anwar untuk membawa balik Chin Peng adalah salah satu usaha untuk melancarkan perang "An War" terhadap Kerajaan pimpinan Najib sekiranya partinya gagal mencapai kemenangan untuk memerintah Malaysia pada pilihan raya yang akan datang.

Kehadiran Chin Peng akan melengkapkan lagi Yakjuk dan Makjuk di Malaysia. Di Mana Anwar ialah Yakjuk dan Chin Peng adalah Makjuk. Tidak mustahil Anwar akan menggunakan Chin Peng untuk menjatuhkan Malaysia. Oleh itu, jangan biarkan anda terus tertipu dengan Anwar sepertimana Pengikut Ayah Pin yang ditipu dan diperbodohkan Ayah Pin dan mungkin juga Ayah Pin adalah idola Anwar.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, December 10, 2009

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid

Ubudiah Mosque, Masjid Ubudiah is Perak's roya...Image via Wikipedia

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid
Oleh: yieMEGA

YB Nga Kor Ming merupakan Ahli Parlimen Taiping membuat kenyataan dengan mempersoalkan dan mengungkit perbelanjaan kerajaan membina Masjid di Seluruh negara. penulis melihat tindakan YB tersebut seolah-olah untuk menyemarakkan api permusuhan antara Islam dan Bukan Islam, sebelum ini YB inilah yang menggunakan Ayat Al-Quran semasa berceramah dan di bela oleh segelintir umat Islam yang mengatakan itu tandanya orang bukan Islam telah berminat untuk memeluk Islam.

Ternyata pandangan-pandangan yang keluar daripada mereka yang mendakwa lebih mendalam pengetahuanya tentang agama adalah meleset. Tindakan mempersoalkan pembinaan masjid ini membuktikan bacaan ayat Al-Quran oleh beliau sebelum ini bukan ikhlas tetapi sekadar 'sandiwara politik' untuk memperbodohkan orang yang mendakwa diri lebih cerdik daripada orang lain.

Kalau benar-benar YB tersebut ikhlas ingin memeluk Islam beliau tidak akan bertindak dengan membuat kenyataan mengungkit perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan untuk membina masjid di seluruh negara. Nah inilah yang dikatakan bahawa Allah tuhan seru sekian alam itu Maha Kaya dan Maha Besar, mungkin inilah cara untuk Allah membuka kesedaran kepada umat Islam di Malaysia.

Jangan pula selepas ini ada umat Islam yang berdiri teguh di belakangnya menyokong beliau dan dalam masa yang sama terus bermusuhan sesama umat Islam. Sepertimana yang dilakukan oleh Blogawan KhairilAzuar yang mempertahankan tindakan YB ini membaca ayat Al-Quran ini ketika berceramah sepertimana yang dikeluarkan di dalam artikel blognya.

Beberapa pihak telah tampil membuat kenyataan media berhubung tindakan Nga Kor Ming itu antaranya ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali dengan menyifatkan tindakan Nga itu seperti menyalakan api dalam sekam sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Selain itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut membuat kenyataan bahawa tindakan Nga itu bakal membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dengan orang Bukan Islam itu dan juga cuba mengapikan sentimen kebencian antara kaum yang juga dilaporkan oleh Utusan Online.

Manakala pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut membuat kenyataan menerusi Ketua Pengarahnya yang berkata Kor Ming sengaja tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang hanya memperuntukkan kepada pembangunan Agama Islam. Katanya lagi sikap ihsan kerajaan sebelum ini (peruntukkan kepada institusi ibadat untuk agama lain) tidak dihargai sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Penulis dengan ini mendesak YB Nga Kor Ming supaya memohon maaf kepada Umat Islam di Malaysia berhubung kenyataan beliau tersebut dan juga menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap YB ini.

Penulis juga ingin mendesak pemimpin mana-mana parti sekalipun jangan sesekali mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan cuba membeza-bezakanya dari segi peruntukkanya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, December 9, 2009

Nazri Menteri Terlampau


Nazri Menteri Terlampau

Sebelum ini penulis tidak mahu mengulas mengenai Nazri kerana kurang berminat untuk membuat ulasan mengenainya tambahan pula Nazri siapa, bagi penulis ia hanyalah seekor anjing yang suka bertukar tuannya dan akan menyalak apabila tuanya minta dia menyalak. Namun kali ini berbeza sedikit apabila anjing ini menyalak tanpa arahan tuanya mungkin untuk menarik minat orang yang lalu-lalang untuk melihatnya.

Oleh kerana kenyataan yang beliau keluarkan terhadap Mantan Perdana Menter Tun Dr. Mahathir Mohammad yang penulis anggap ianya agak melampau dan menjadikan beliau seorang Menteri yang terlampau. Mungkin Tun Dr. Mahathir dulu membuat kesilapan dengan memilih beliau untuk dibersihkan daripada anjing kurap menjadi pemimpin.

Mungkin Nazri begitu excited bagi menarik sokongan pembangkang tambahan pula kebanyakkan negeri pembangkang telah mengharamkan BTN sehinggakan sanggup melabelkan Tun Dr. Mahathir sebagai seorang yang "Racist" kerana hanya mengatakan BTN tidak perlu digubal semula.

Penulis terfikir juga, betapa bodohnya Menteri Ini sekalipun tidak bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir, tidaklah perlu membuat kenyataan media kan lebih elok membuat pertemuan empat mata, ini lebih rasional berbanding membuat kenyataan media kerana ia bakal di ekploitasikan pembangkang apabila ia menjadi 'buah mulut' media massa.

Nazri mungkin tidak tahu di sebalik kesanggupan beliau untuk merombak semula kursus BTN itu hanya kerana mengikut kemahuan pembangkang sebenarnya ia telah diperbodohkan oleh pembangkang. Dengan membuat rombakan itu bermakna Nazri bersetuju dengan dakwaan pembangkang sebelum ini yang mengatakan kursus BTN ini mempunyai unsur perkauman dan dalam masa yang sama ia telah mengesahkan perkara tersebut. Tidakkah saudar-saudari pembaca yang budiman rasa yang Nazri sudah di tipu mentah-mentah bak kata orang Kelantan "Ditipu atas darat lagi".

Penulis dengan ini mendesak supaya Nazri membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Tun Dr. Mahathir di atas telajak kata beliau itu. Jangan jadi kacang lupakan kulit, jangan jadi Melayu sekiranya hanya tahu peribahasa tidak tahu implementasikanya.

Dalam masa yang sama penulis bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin sepertimana yang dikeluarkan oleh portal berita AgendaDaily. Pada kesempatan ini juga penulis ini juga menggesa Lembaga Disiplin UMNO mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap Nazri ia adalah sebagai pengajaran kepada yang lain.

Penulis memberi tempoh tiga hari daripada tarikh artikel ini untuk Nazri membuat permohonan maaf atau sekiranya beliau enggan berbuat demikian, beliua harus melepaskan jawatanya sebagai Menteri kerana tak guna seorang yang bodoh diberi jawatan menteri.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, December 8, 2009

Float Dan Caj Deposit Syiling Menyusahkan rakyat

Float Dan Caj Deposit Syiling Menyusahkan rakyat
Oleh: yieMEGA

FLOAT dan caj deposit duit syiling yang dikenakan oleh Bank Simpanan Nasional memang benar-benar menyusahkan rakyat. Kebetulan pagi tadi penulis ke bank berkenaan untuk membuat deposit duit, ditakdirkan penulis terjumpa dengan seorang hamba Allah yang ingin membuat deposit duit syiling.

Hamba Allah ini tidak mengetahui bahawa deposit duit syiling dikenakan float selama tiga hari dan dikenakan caj RM2 oleh pihak BSN. Memang kalau penulis sekalipun tidak tahu bahawasanya deposit duit syiling dikenakan caj RM2 dan dikenakan float selama tiga hari oleh pihak BSN. Tambahan pula tiada notis berkenaan ditulis di dalam bank berkenaan. Jadi penulis tidak akan menyalahkan hamba Allah tersebut.

Untuk pengetahuan semua cawangan Bank Simpanan Nasional tersebut ialah terletak di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu, Kelantan. Oleh kerana bank ini menggunakan 'tagline' Simpanan Anda Di Jamin oleh Kerajaan jadi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menjelaskan hal ini.

Bagi pengenaan caj deposit syiling dan juga float tiga hari untuk deposit duit syiling ini amat menyusahkan rakyat dan tidak selari dengan slogan "Rakyat Di Dahulukan, Pencapaiaan Di utamakan".

Kerajaan perlu bertindak dengan menghapuskan caj deposit duit syiling dan juga float selama tiga hari untuk deposit duit syiling oleh mana-mana bank sekalipun di dalam negara ini. Tak pun sekiranya tidak boleh dimansuhkan sekurang-kurangnya beri rakyat pilihan seperti sekiranya tidak membayar caj deposit syiling maka ia akan dikenakan float selama tiga hari, tetapi sekiranya membayar caj deposit duit syiling makanya deposit akan di depositkan ke dalam akaun rakyat secara serta merta.

Kerajaan tidak boleh memandang remeh perkara seperti ini, walaupun perkara ini nampak remeh namun ia tetap akan memberikan impak yang besar terhadap Kerajaan Malaysia yang menggunakan slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan" dan besar kemungkinan ia turut sama menjejaskan imej Barisan Nasional.

********
Rujukan:
Float = Satu tempoh bertenang yang dikenakan oleh pihak bank semasa melakukan deposit syiling lazimnya tiga hari.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin