Bilangan Pengunjung:

Friday, July 31, 2009

Takziah dan Al-Fatihah.....

TAKZIAH DAN AL-FATIHAH
Oleh: yieMEGA

TAKZIAH di atas kembalinya ke Rahmatullah ADUN PAS Permatang Pasir, Pulau Pinang iaitu Allahyarham Hamdan Abdul Rahman, 60. Allahyarham dikatakan menghebuskan nafasnya yang terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Untuk rekod dalam pilihan raya yang lalu Hamdan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 5,433 menewaskan Calon BN Ahmad Sahar Shuib. Allahyarham dikatakan menyandang kerusi berkenaan sejak tahun 1999, Tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 697 undi. Allahyarham juga merupakan seorang ADUN PAS tunggal dalam DUN Pulau Pinang dan menjadi ADUN disitu selama tiga penggal.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Semoga Allah tuhan seru sekian alam mencucuri rahmat ke atas rohnya hendaknya. Samalah-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham.

Sudah menjadi kelaziman jika ada seorang ADUN Meninggal Dunia, selepas itu soal Pilihan Raya Kecil akan dibincangkan mengenai perihal siapa bakal jadi calon, parti mana yang mempunyai peluang dan permasalahan-permasalahan parti-parti yang bertanding.

Namun, penulis merasakan buat kali ini penulis tidak mahu membuat sebarang ulasan mengenai perihal Pilihan Raya Kecil yang bakal diadakan bagi menghormati roh Allahyarham dan penulis hanya akan membuat ulasan mengenai perihal PRK selepas satu tempoh yang akan ditetapkan kemudian. Penulis berharap pembaca tidak mendesak penulis untuk membuat ulasan tentang pilihan raya kecil yang bakal diadakan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 30, 2009

Bilakah Mentaliti Bangsaku Nak Berubah?

Bilakah Mentaliti Bangsaku Nak Berubah?
Oleh: yieMEGA

MENTALITI bangsaku masih tak berubah dari hari ke hari. Nak pastikan tandas awas bersih dan kebersihan tandas terjaga terpaksa pula diadakan kempen Tandas Bersih. Nak memulakan perniagaan pula tak ada modal lepas tu buat pinjaman dengan TEKUN dan Amanah Ikhtiar, dapat pula bukan guna untuk memajukan perniagaan sebaliknya buat bergaya akhir sekali mereka tak mampu bangsaku tak mampu bayar pinjaman tersebut.

Bila tak mampu bayar pinjaman, mulalah cari jalan yang singkat buat pulak pinjaman dengan along, dapat duit bukan buat bayar pinjaman TEKUN atau Amanah Ikhtiar sebaliknya terus bergaya dengan membeli kereta-kereta dan macam barang-barang peribadi. Akhir sekali, tak dapat bayar pinjaman Along, Along pun cari nak potong kepala pasal tak bayar pinjaman. Bilakah mentaliti ini nak berubah.

Bab pergaulan sesama bangsapun bangsaku masih di takuk lama, dan seringkali bergaduh sesama bangsa, kalau nak ikutkan pergaduhan sesama bangsa ni berlaku sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, empayar Melaka jatuh disebabkan pertelingkahan sesama bangsa. Zaman Dato Onn' pun masih ada pergaduhan sesama bangsa, kini walaupun zaman Dato Onn' dan Kejatuhan Empayar Melaka sudah lama berlalu pun masih ada pergaduhan sesama bangsa.

Bangsaku sepatunya mencontohi bangsa lain, walaupun mereka berbeza fahaman politik zahirnya, namun dari segi batinya merek bersatu, dan penyatuan mereka kukuh disebalik 'Persatuan-Persatuan Bangsa Bukan Politik' tapi ia tidak berlaku pada bangsaku masing-masing berkeras untuk mempertahankan ideologi politik masing-masing sehinggakan mengabaikan penyatuan bangsa dan mungkin satu hari nanti bangsaku ini akan kehilangan negara Malaysia yang tercinta ini sepertimana nasib bangsaku di Singapura.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor
Oleh: yieMEGA

MENJADI kebiasaan bagi penulis selepas Solat Asar Berjemaah penulis akan singgah di kedai kopi untuk mendengar apa isu-isu semasa yang dibincangkan oleh 'jemaah kedai kopi' kerana penulis berpandangan dengan berkunjung ke kedai kopi penulis akan dapat gambaran sebenar permasalahan yang dialami rakyat.

Kelmarin kebetulan rata-rata 'jemaah Kedai Kopi' berbincang mengenai isu Insurans Kenderaan Motor. Izinkan penulis menggunakan istilah 'Wakil Rakyat Kedai Kopi' menjadi istilah pengganti kepada 'Jemaah Kedai Kopi'.

Kebanyakkan daripada mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kadar bayaran baru insurans kenderaan motor yang dikatakan terlalu membebankan. Ada yang mendakwa insurans motosikalnya naik sehingga empat kali ganda. Sebagai contoh jika insurans motornya sebelum ini 100 jadi beliau terpaksa membayar RM100x4 bersamaan dengan RM400. Secara tidak langsung ia memang membebankan.

Bagaimana pula yang mereka hanya membayar sahaja insurans tersebut tetapi tidak pernah membuat sebarang tuntutan(Claim). Jadi mereka seolah-olah memberikan duit semata-mata padahal pada masa yang sama Syarikat Insurans mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bertahun-tahun mereka membayar insurans tetapi mereka tidak ada apa-apa keuntungan buat mereka, Adakah adil ini?

Memang penulis tidak dinafikan mereka diberikan potongan NCD, namun ia tidak mampu meringankan beban mereka. Perlu diingatkan di sini, motosikal dimiliki oleh semua golongan termasuk golongan bawahan yang berpendapatan rendah jadi secara tidak langsung rakyat marhaen ini akan terbeban denganya ataupun mereka memilih dengan cara tidak memperbaharui Insurans dan juga Lesen Kenderaan Motor mereka.

Penulis merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil pusing di dalam hal ini selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaung-laungkan beliau demi kepentingan rakyat dan juga untuk kelebihan beliau sendiri selaku Perdana Menteri.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 29, 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan 1 Ogos 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan Pada 1 Ogos 2009
Oleh: yieMEGA

PERDANA Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan melawat Kelantan pada 1 Ogos 2009 ini (hari Jumaat). Lawatan itu merupakan Lawatan kedua Najib selepas bergelar Perdana Menteri. Untuk Rekod, lawatan pertama beliau di Kelantan ialah di Manek Urai, Kelantan.

Lawatan ini mungkin akan memberi kesempatan kepada rakyat Kelantan untuk bertemu dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri yang melaungkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mengikut beberapa ahli UMNO Kelantan, mereka berharap agar lawatan PM Najib Tun Razak itu akan memberikan 'nafas baru' kepada UMNO Kelantan, tambahan pula prestasi UMNO Kelantan yang meningkat pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini.

Manakala, rakyat Kelantan pula menyambut baik kedatangan Najib ke Kelantan terutamanya peniaga-peniaga kecil yang teringin sangat bertemu dengan Perdana Menteri. Mereka juga berharap Najib akan melawat tempat-tempat penjaja seperti Medan Selera Buluh Kubu dan juga Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk memudahkan mereka menyampaikan permasalahan yang di alami mereka.

Harapan penjaja kecil ialah supaya mereka juga akan dilawat Najib sepertimana Najib melawat penjaja kecil di Lembah Klang baru-baru ini kerana dengan lawatan Najib itu mereka lebih mudah untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, July 28, 2009

Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia...

Perginya Seorang Tokoh 1Malaysia
Oleh: yieMEGA

BEBERAPA hari yang lalu kita dikejutkan dengan pemergian Pengarah Filem yang terkenal iaituJustify Full Yasmin Ahmad. Pengarah filem yang pernah mengarah beberapa filem Melayu berkonsepkan 1Malaysia seperti Sepet dan bermacam-macam lagi. Tidak keterlaluan jika penulis katakan beliau seorang tokoh 1Malaysia berdasarkan filem-filem yang diarahkanya.

Pemergian beliau memberi kehilangan besar di dalam industri perfileman Malaysia kerana karya beliau mempunyai mesej yang tersendiri walaupun kadang-kadang dilanda kontroversi. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhama Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Selepas ini mungkin sukar kita hendak mencari pengarah filem yang sanggup menerbit dan mengarahkan filem bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Semoga selepas ini Pengarah seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dapat dilahirkan di Malaysia bagi meneruskan perjuangan seni Allahyarham. Kata orang 'Patah tumbuh Hilang Berganti' namun ia tidak sama dengan apa yang diberikan oleh Allahyarham Yasmin Ahmad sebelum ini.

Dalam merealisasikan impian 1Malaysia semoga selepas ini banyak pengarah seperti Yasmin Ahmad dengan menghasilkan filem-filem yang menitik beratkan perpaduan kaum di Malaysia sebagai sebuah negara multi-bangsa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 27, 2009

Mengimbau Kenangan Padang Bas Lama (Pasar Malam Parit Dalam)

Mengimbau Kenangan Padang Bas Lama (Pasar Malam Parit Dalam)
Oleh: yieMEGA

PADANG Bas mungkin orang yang berada di luar kawasan Kelantan tidak kenal di mana Padang BAS sebenarnya ia turut dikenali dengan Pasar Malam Parit Dalam. Tapak Asal Padang Bas ialah tapak yang dijadikan Bangunan MPKB-BRI dan memuatkan pasaraya Parkson sekarang (masih belum dibuka).

Kini sudah sekian lama Padang Bas telah dipindahkan ke Medan Selera Buluh Kubu (Berdekatan dengan Flat Buluh Kubu). Mungkin peniaga-peniaga Padang Bas tidak dapat melupakan memori semasa mereka menjalankan perniagaan di tapak asal Padang BAS itu.

Kebetulan kelmarin penulis sempat berjumpa dengan bekas peniaga Padang BAS yang kini berniaga di Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Beliau meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya sebelum ini. Katanya selepas Padang Bas dipindahkan daripada tapak asal ke Tapak berdekatan Flat Buluh Kubu (yang katanya dulu tempat itu asalnya tempat perlupusan sampah) perniagaan beliau dan rakan-rakan niaga yang lain terus merosot sehinggakan selepas satu-satu terpaksa gulung tikar sehingga tinggalah peniaga yang ada sekarang.

Memang beliau tidak menafikan memori di tapak asal Padang Bas memang tidak dapat dilupakan tambahan pula di tapak asal mereka mempunyai ramai pengungjung tidak seperti di tapak baru berdekatan dengan Flat Buluh Kubu.

Penulis juga cuba mendapatkan respons dari peniaga sekarang di Padang Bas (Medan Selera Buluh Kubu) berhubung jualan mereka, nyata sekali dakwaan bekas peniaga Padang Bas itu benar apabila mereka berkata pendapatan daripada jualan mereka agak kurang jika dibandingkan semasa mereka berniaga di tapak asal terlebih dahulu.

Mereka juga turut mendengar khabar yang katanya Tapak Padang Bas sekarang (Medan Selera Buluh Kubu) bakal dipindahkan untuk kali ketiga tetapi lokasi perpindahan masih menjadi tanda tanya, ada yang mengatakan di Pengkalan Chepa, ada juga yang mengatakan berdekatan Tesco dan tidak kurang yang mengatakan mereka akan ditempatkan di tingkat atas bangunan MPKB-BRI (Parkson) namun ia terus menjadi tanda tanya.

Padang Bas yang dahulunya menjadi tempat persinggahan pelancong kini sudah kelihatan kelihatan pudar dan bilangan pengunjungnya terus berkurang dari hari ke hari. Itulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh peniaga Padang Bas hasil dari tindakan 'tidak cerdik' MPKB-BRI.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Setahun Jagung Suara Generasi Muda Malaysia

Setahun Jagung Suara Generasi Muda Malaysia
Oleh: yieMEGA

SETAHUN jagung mungkin itulah boleh diberikan kepada blog Suara Generasi Muda Malaysia ini. Esok 28 Julai 2009 genaplah setahun blog Suara Generasi Muda Malaysia di dalam dunia maya atau virtual ini. Penulis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada pembaca blog ini kerana terus memberi sumbangan dengan melayari dan memberikan komen-komen mereka di dalam blog ini.

Bilangan pengujung yang dicatatkan oleh Pembilang Web (Web Counter) blog ini mencatatkan 28,433 pengunjung unik (Hanya satu Hits dikira bagi seseorang pengunjung yang mengujung blog walaupun mereka membaca artikel-artikel yang lain dalam satu masa). Walaupun ia tidak sehebat bilangan pengunjung blog Tun Dr. Mahathir mahupun MSO tetapi berpuas hati dengan pencapaian blog ini walaupun baru setahun jagung.

Berkemungkinan juga blog lain menggunakan pembilang web yang membilang hits satu pengunjung berpuluh-puluh hits tetapi tidak diketahuilah pula adakah mereka benar-benar menggunakan pembilang web sedemikian kerana hanya mereka sahaja yang tahu.

Ranking Alexa blog ini mencatatkan kedudukan dunia di tempat ke 3,928,971 setakat ini, Alhamdulillah ranking blog ini pun semakin meningkat berkat sokongan semua pembaca blog ini yang terus melawati blog ini walaupun penulisan penulis tidaklah sehebat MSO dan tidak juga sesinis tulisan Tun Dr. Mahathir. Kedudukan Ranking Alexa di Malaysia bagi blog ini ialah 53,395.

TERIMA KASIH semua yang telah menjayakan blog ini, tanpa anda pasti blog ini tidak bermakna. Teruskan menjadi pembaca setia blog ini, penulis janjikan akan berikan yang terbaik untuk anda.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, July 26, 2009

Virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Dapat Mula Menyerang MIC...

VIRUS SINDROM GAGAL KELUAR MASUK DAPAT MULA MENYERANG MIC
Oleh: yieMEGA

VIRUS Sindrom gagal keluar masuk dapat mula menyerang MIC sebuah parti yang mewakili suara kaum india di Malaysia apabila bekas Naib Presiden MIC SS Subramaniam telah mengumumkan keluar dari MIC dan menyertai PKR.

Sebelum ini virus ini pernah menyerang UMNO dengan akhirnya Zaid Ibrahim telah bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR dan mendapat 'layanan istimewa' di PKR seolah-olah anak emas Anwar Ibrahim sehinggakan diberi peluang untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti tersebut. Ramai tidak mengetahui Zaid Ibrahim ini tidak disukai oleh ahli UMNO akar umbi.

Kemudian virus itu menyerang pula MCA apabila Chua Jui Meng bertindak nekad mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR, dan khabarnya beliau juga akan diberikan tempat untuk membarisi kepimpinan tertinggi PKR. Mungkinkah ada tawar-menawar berlaku bagi memikat Chua Jui Meng dan Juga Zaid Ibrahim.

Virus itu cuba juga disuntik kepada Tengku Razaleigh oleh Zaid Ibrahim, namun mungkin kerana keimunan Ku Li amat tinggi terhadap virus tersebut menyebabkan virus itu gagal menjangkiti Ku Li seorang pemimpin berdarah Raja berjiwa Rakyat itu.

Kini virus itu menyerang pula MIC apabila bekas naib Presiden MIC SS Subramaniam mengumumkan untuk keluar parti MIC dan menyertai Parti PKR. Beliau awal-awal lagi membuat kenyataan hanya mahu menjadi ahli biasa tidak sebagai barisan kepimpinan PKR. Penulis percaya SS Subramaniam akan tetap membarisi kepimpinan PKR soal penafian itu perkara biasa tambahan pula dia memang terkenal dengan cakap yang berbelit-belit atau dengan kata lain 'putar alam'.

Selepas ini virus ini pasti akan terus menyerang dan membaham mangsa dengan rakusnya lebih pantas dari virus H5N1 atau Selsema Babi yang mula menyerang negara kita. Parti-parti yang belum terkena virus ini adalah lebih baik memberikan 'vaksin' secepat mungkin kepada ahli-ahli mereka tertutamanya di peringkat kepimpinan tertinggi.

Dengan kejayaan Virus ini telah membuktikan bahawa PKR merupakan tempat yang sesuai bagi Pemimpin Kena Reject (PKR) ekoran kebanyakkan yang menyertai PKR adalah sampah-sarap yang sememangnya telah memberi liabiliti kepada parti terdahulu, oleh kerana ketua umumnya secara kebetulan adalah Pemimpin Kena Reject jadi secara tidak langsung PKR adalah Reject Shop.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, July 25, 2009

Demi Kuasa Politik Anwar Ibrahim Gadaikan Islam?

Demi Kuasa Politik Anwar Ibrahim Gadaikan Islam?
oleh: yieMEGA

DEMI kuasa politik Anwar Ibrahim Gadaikan Islam itulah yang menjadi tajuk artikel blog penulis pada kali ini. Selepas kematian Beng Hock sudah banyak upacara keagamaan agama lain telah dipratikkan oleh pemimpin-peminpin parti politik yang beragama Islam. Baru-baru ini Bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Perak Ir. Nizar Jamaluddin menyalakan lilin di satu majlis, dan diikuti pula dengan Anwar Ibrahim dengan membuat tiga kali tunduk hormat kepada mendiang Beng Hock.

Gambar di atas menunjukkan tindak-tanduk Anwar Ibrahim dan beberapa yang lain turut menyembah colok semasa majlis memperingati Beng Hock tersebut. Jelas sekali Anwar Ibrahim sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat 'kuas politik' untuk membolehkan impian beliau menjadi Perdana Menteri tercapai termasuklah mengandaikan agama yang beliau anuti yakni Islam dengan melakukan upacara-upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam tersebut.

Mungkin ada yang berpandangan sekadar gambar belum cukup bukti bahawa itu adalah gambar beliau, mungkin akan timbul dakwaan bahawa gambar beliau itu di edit menggunakana perisian photoshop, jadi penulis cuba mencari video tersebut di youtube dan penulis dapat mengambil video tersebut, jadi anda boleh menonton video tersebut di bawah:




Video itu menunjukkan dengan jelas tindak tanduk Anwar Ibrahim menyembah colok semasa upacara memperingati Beng Hock, jadi sahlah dakwaan Anwar Ibrahim menyembah colok adalah benar dan bukan rekaan semata-mata, mungkin beliau akan memberi alasan 'niatnya' lain tetapi jauh di sudut hatinya adalah demi mendapat sokongan kaum Cina beliau sanggup membuat apa sahaja termasuk mengandaikan Islam demi hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Itulah dinamakan ayam kalau dah gilakan sangkak, tak bertelur pun masih mengeram di sangkak. Fahamilah kata-kata ini dan renung-renungkanlah. Satu ketika dahulu ketika Tun Dr. Mahathir berucap di satu Majlis isu mengenai janggut dan gillete dijaja oleh PAS dengan mengatakan ucapan Tun tersebut sebagai Menghina Sunnah Nabi tapi bagaimana pula pandangan mereka mengenai tindakan Anwar Ibrahim ini adakah mereka akan 'menghalalkan saja' tindakan Anwar Ibrahim ini demi kuasa politik mereka atau selama ini mereka hanya memperalatkan Islam untuk politik dan bukanya memperalatkan politik untuk Islam. Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 23, 2009

Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat...

Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat
oleh: yieMEGA

SINDROM gagal keluar masuk lain dapat ini bukanlah menujukan kepada Syndrom Down tetapi ianya istilah baru untuk arena politik tanah air. Sindrom ini seolah-olah menjadi 'penyakit' baru untuk arena politik tanah air. Ramai yang telah terkena sindrom ini, namun ia bukan sindrom yang baru pernah berlaku satu masa dulu.

Apa yang dimaksudkan dengan "Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat"? Sebenarnya sindrom ini menujukan kepada seseorang ahli politik yang gagal mendapat jawatan lantas keluar parti dan menyertai parti lain dan dengan mudahnya mendapat jawatan di parti lain seolah-olah ada tawar-menawar sebelum ini.

Penulis memberi contoh Zaid Ibrahim dan Chua Jui Meng. Zaid Ibrahim yang gagal dalam pemilihan UMNO memilih untuk keluar parti dan masuk pula parti PKR berselindung di sebalik perjuangan nasional parti itu. Selang beberapa hari aje dah diberi jawatan barisan kepimpinan parti tertinggi tersebut. Wah memang pantas mendapat jawatan atau dengan perkara lain jawatan mi segera, pemimpin pun mi segera.

Chua Jui Meng pula yang beberapa hari lalu membuat peristiharan keluar MCA dan menyertai PKR juga khabarnya akan diberikan jawatan penting di dalam parti yang berkaronim PKR itu. Sekaligus membuatkan satu lagi pemimpin Mi Segera dilahirkan oleh PKR. Untuk rekod Chua Jui Meng juga gagal di pemilihan MCA ini bermakna beliau juga terkena virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat.

Mudah betul nak dapat jawatan dalam PKR ini, tetapi tidak untuk ahli yang sudah lama bersama PKR walaupun mereka antara di barisan hadapan semasa demonstrasi-demonstrasi yang dianjurkan PKR (sebuah parti yang sudah sinonim dengan demonstrasi) tetapi mereka dinafikan hak sebaliknya 'bekas musuh' pula diberi layanan istimewa.

Bercakap berkenaan dengan 'bekas musuh' Ezam Mohd Noor yang telah keluar PKR dan menyertai semula UMNO beberapa bulan yang lalu tidak pula mudah untuk mendapatkan jawatan di dalam UMNO, malah beliau terpaksa melalui jalan-jalan yang berliku sekiranya mahu mendapatkan jawatan di dalam UMNO. Sudah pasti ia membezakan UMNO dengan PKR. Mungkin sesuai dengan akronimnya PKR = Parti Kuasa Rasuah.

Selepas ini penulis percaya sekiranya ada pemimpin-pemimpin BN yang menyertai PKR pasti akan diberikan tempat untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti tersebut. Baru-baru ini Zaid Ibrahim juga telah cuba untuk 'menyuntik' virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Lain Dapat pada YBM Tengku Razaleigh Hamzah namun oleh kerana Ku Li mempunyai keimunan yang tinggi terhadap virus tersebut menyebabkan virus tersebut gagal menjangkiti Ku Li apabila beliau menolak pelawaan Zaid Ibrahim (seorang pemimpin yang sentiasa mahu publisiti).

Penulis pasti Zaid Ibrahim ataupun PKR akan cuba sedaya upaya mereka untuk 'menyuntik' virus berkenaan kepada peminpin-pemimpin yang berada dalam BN bagi merealisasikan impian Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Akhir kalam penulis akhiri dengan kata-kata mutiara "Jika Berada Di Atas Kita Hanya Nampak yang berada di bawah, Jika Kita Berada Di Bawah kita Nampak yang berada di atas di bawah, walaupun kita berada di atas sesekali kita kena juga berada di bawah" Fahamilah dan fikir-fikirkanlah....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 22, 2009

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI!!

Peniaga Persoal Tindakan MPKB-BRI
Oleh: yieMEGA

TINDAKAN Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dipertikai oleh seorang peniaga di premis milik MPKB-BRI berdekatan dengan Kampung Kraftangan Kota Bharu dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan. Peniaga mempersoalkan kenapa hanya kedainya sahaja yang disita oleh MPKB-BRI kerana kelewatan membayar sewa premis berkenaan sedangkan kebanyakkan pemilik premis itu juga rata-rata tidak membayar sewa ataupun lewat membayar sewa.

Beliau mempersoalkan tindakan itu kerana ada yang tidak membayar sewa tidak pula dikenakan tindakan yang sama sedangkan kesalahan mereka adalah sama. Seolah-olah mereka yang tidak dikenakan tindakan itu berlindung di bawah orang yang mempunyai 'kuasa' di MPKB-BRI ataupun mungkin juga peniaga-peniaga lain mengamalkan 'bawah meja' untuk meneruskan perniagaan mereka.

Dalam pada itu, beliau menuntut MPKB-BRI mengambil tindakan yang sama ke atas peniaga-peniaga yang lain. Tambahnya lagi, ada juga dia mendengar khabar kebanyakkan peniaga-peniaga lain itu diselamatkan dengan menggunakan 'kabel politik' tetapi beliau tidak tahu sejauh mana benarnya dakwaan itu.

Beliau juga menuntut agar MPKB-BRI agar berlaku lebih adil, jangan pilih bulu dalam membuat tindakan kerana tindakan itu boleh dianggap satu kezaliman yang akan menjadi kelaziman. Lagipun beliau pun adalah rakyat Kelantan juga, bukan pendatang siam, bukan pendatang haram dan juga bukan peniaga haram.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Apabila Penentang Hudud Cuba Menyesatkan Ku Li..

Tengku Razaleigh HamzahImage via Wikipedia

Apabila Penentang Hudud Cuba Menyesatkan Ku Li
Oleh: yieMEGA

Beberapa bulan yang lalu Zaid Ibrahim Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu telah mengisytiharkan menyertai Parti Keadilan Rakyat dan secara automotisnya dia terus dilantik ke jawatan barisan kepimpinan tertinggi parti tersebut dan disebut sebagai pemimpin masa depan kononya. Wah senang benar dapat jawatan di dalam PKR ini, orang yang sudah 'bertumas (sudah lama mengikut loghat kelantan)' di dalam PKR tidak pula diberi peluang sebaliknya orang yang baru masuk tiba-tiba sahaja dapat masuk kepimpinan tertinggi. Terbaru pula Chua Jui Meng yang turut membuat kenyataan menyertai PKR juga khabarnya akan diberi jawatan tertinggi di dalam PKR. Bagi penulis sudah tentu ada tidak kena dengan keadaan ini.

Apa yang tidak kenanya dengan keadaan itu? Ya seolah sebelum berlaku rundingan tawar-menawar yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim untuk kedua-dua mereka itu, yang berjuang atas dasar kuasa semata-mata. Kecewa tak dapat kuasa terus mengambil langkah alternatif dengan sertai PKR. Kedua-dua mereka adalah sama walaupun berlainan agama tetapi kedua-dua mereka juga minum benda yang sama (faham-faham ajalah).

Sebelum penulis terus melalut kepada penulisan yang panjang-panjang dan lari dari tajuk, khabarnya si penentang Hudud (Zaid Ibrahim) ini telah membuat jemputan kepada Calon Presiden UMNO dalam pemilihan lepas iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai PKR, pada pandangan penulis jemputan itu sekadar untuk merendah-rendahkan kewibawaan Tengku Razaleigh merupakan pemegang rekod tidak pernah kalah di Gua Musang tersebut.

Undangan tersebut dibuat menerusi blog Zaid Ibrahim itu sendiri dengan harapan agar Tengku Razaleigh yang terkenal dengan nama 'Ku Li' itu menyertai PKR sebagai langkah persediaan jika Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara sekali lagi sekiranya di dapati bersalah. Mungkin sudah banyak Zaid Ibrahim hantar 'rombongan meminang' kepada Ku Li namun kesemua pinangan itu ditolak oleh Ku Li kerana penulis tahu prinsip yang ada pada diri Ku Li seorang pemimpin berdarah raja berjiwa rakyat itu.

Berita yang baru penulis terima ialah Ku Li telah membuat kenyataan menolak jemputan si penentang hudud tersebut. Jadi benarlah bahawa Ku Li seorang yang berprinsip tidak mudah termakan dengan pujukan pangkat dan kedudukan, harta atau kekayaan sepertimana yang diimpikan Zaid Ibrahim.

Bagi penulis Zaid Ibrahim akan terus berusaha sedaya upaya untuk 'menyesatkan' Ku Li dengan harapan ianya akan membuka jalan yang cerah kepadanya untuk berkuasa ye lah pemimpin masa depan lah katakan.

Cukuplah Zaid Ibrahim sudah mempermainkan-mainkan hukum hudud dulu, kini nak jadi hero menyesatkan orang pula. Sudah banyak ajaran sesat di Malaysia, mungkin Zaid Ibrahim perlu Ayah Pin Kot di Sky Government cara-cara untuk menyesatkan orang. Celakalah ke atas penentang hudud....

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, July 21, 2009

Antara Dua Kematian.....

Antara Dua Kematian...
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis memohon maaf di atas lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana terlupa atau tidak berminat untuk mengulas kematian seorang Pembantu Peribadi di Plaza Massalam itu.

Penulis juga ada menerima email berupa komen terhadap penulis yang mengatakan penulis tidak membuat ulasan isu berkenaan adalah kerana isu tersebut tidak mendatangkan keuntungan sama sekali terhadap Barisan Nasional. Bagi menjawab komen ini, penulis sebenarnya bukan tidak mahu membuat ulasan tetapi penulis sibuk dengan sebuah kajian yang bertajuk "Pengaruh Persekitaran Tempat Tinggal Pelajar Terhadap Tahap Disiplin Pelajar" yang baru sahaja dapat disipakan pada petang tadi.

Penulis berharap tidak lagi selepas ini ada yang membuat komen berupa kesimpulan mudah tersebut tanpa usul periksa. Oleh kerana hadirnya komen seperti itu ke dalam kotak email penulis jadi, penulis merasakan masih belum terlewat untuk membuat ulasan terhadap isu itu.

Pertama sekali, penulis berpendapat kematian Teo Beng Hock seolah-olah ada perancangan teliti, kalau di Amerika Syarikat ramai saksi dibunuh 'untuk menutup rahsia penyelewengan' oleh seseorang individu yang di dakwa korup jadi tidak mustahil perkara ini pun berlaku di Malaysia.

Menariknya mengapa lokasi berdekatan Pejabat SPRM dipilih? Jika benar SPRM terlibat dalam pembunuhan ini mengapa pula ia berlaku berdekatan dengan Pejabat SPRM tidakkah tindakan ini tidak cerdik, jikalau tidak pasti mereka memilih untuk membunuhnya berjauhan dari pejabat SPRM. Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini.

Mengapa tiba-tiba terus SPRM dipersalahkan? Satu soalan dari penulis untuk pembaca jika anda berada satu kereta, tiba-tiba anda terbau busuk kentut, apabila anda bertanya sudah pasti orang yang berkentut itu akan cepat-cepat menunding jari kepada orang lain, jadi samalah dengan keadaan yang berlaku kini secara pantas ia dijadikan 'modal politik' untuk mengaut keuntungan agar terus berkuasa.

Tak perlulah penulis memberi ulasan panjang lebar lagi. Khabarnya modal kematian Teo Beng Hock terus dijaja dan SPRM terus dipersalahkan selain Kerajaan Barisan Nasional. Sampai ada Bekas Menteri Besar dan juga Ahli Parlimen di bawah bendera bulan yakni PAS sanggup sama-sama membakar lilin sebagai tanda entah pulak pun tak tahu.

Dalam kesibukkan pihak tertentu yang menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat insiden malang yang menimpa Teo Beng Hock itu tidak ada pula yang menuntut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk Allahyarham Siti Farhan (juga jatuh dari dari bangunan).

Adakah mereka berpendapat kematian Siti Farhan itu tidak Sepenting Kematian Teo Beng Hock? Adakah kerana Teo Beng Hock berbangsa Cina perlu diutamakan dan Siti Farhan yang berbangsa Melayu itu tidak perlu diutamakan ataupun kerana kematian Siti Farhan tidak memberi keuntungan untuk kesinambungan politik mereka?

Sekiranya Kematian Teo Beng Hock ditubuhkan Suruhanjaya adalah lebih adil kematian Siti Farhan juga ditubuhkan suruhanjaya. Ini barulah dinamakan 1Malaysia. Dalam masa yang sama pihak-pihak yang menuduh SPRM juga wajar disiasat adakah mereka terlibat dalam pembunuhan tersebut. Akhirkalam semoga pihak berkuasa dapat mengendalikan kedua-dua kes ini dengan seadil-adilnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 15, 2009

Antara Peraih Ikan dan Nyawa-Nyawa Ikan...


Antara Peraih Ikan dan Nyawa-Nyawa Ikan...
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai telah diketahui. Di mana Mohd Fauzi telah disytiharkan pemenang bagi DUN Manek Urai dengan Majoriti 65 undi. Walaupun PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai tetapi kemenangan itu diibaratkan 'nyawa-nyawa ikan' bagi PAS apabila berlaku kemerosotan undi terhadap PAS dan juga paling mengejutkan apabila beberapa Peti Undi yang dikatakan 'kubu Kuat PAS' telah dimenangi oleh BN. Peti undi tersebut ialah Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

Bekas Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan membuat kenyataan 65 undi pun dikira menang sambil menyifatkan senario majoriti tipis itu berlaku kerana 'umpan wang ringgit' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (umum mengetahui alasan ini alasan lapuk seolah-olah sekadar untuk melepaskan diri dari lilitan semata-mata).

Apa yang penulis dapat lihat daripada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai ialah pertambahan sokongan terhadap Barisan Nasional mungkin kerana berlakunya 'peralihan kuasa' ditambah pula 'slogan baru' yang diperkenalkan seperti "1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Selain itu, Strategi atau pendekatan baru yang digunakan oleh Barisan Nasional juga nampaknya membuahkan hasil yang memberangsangnya walaupun gagal merampas DUN Manek Urai tetapi sekurang-kurangya telah menafikan majoriti PAS yang sebelum ini lebih kurang 1,000 lebih. Strategi tersebut adalah strategi Psikologi di mana penulis juga pernah meminta BN Menggunakan strategi Psikologi dalam artikel penulis sebelum ini.

Sebelum ini juga penulis pernah 'menegur' penulis bebas Mohd Sayuti Omar (MSO) mengenai artikel beliau yang seakan-akan terlalu yakin PAS akan menang dengan majoriti besar di Manek Urai, nampaknya teguran penulis itu ada kebenaranya apabila 'virus senyap' hampir-hampir melumpuhkan PAS di Manek Urai.

Dalam artikel lain sebelum ini yang juga dikeluarkan oleh MSO, membuat ramalan bahawa PAS akan memenangi DUN Manek Urai tetapi majoritinya akan berkurang iaitu dengan kemenangan majoriti 500 undi, walaupun ramalan MSO dikatakan meleset dari segi bilangan majoriti undian tetapi sekurang-kurangya ramalan bahawa majoriti pas bakal berkurang adalah tepat.

Apa yang Penulis dapat rumuskan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai berlaku persandingan sengit tidak sebagaimana biasa yang lazimnya BN akan ditinggal jauh ke belakang oleh PAS. Namun kali ini ada sedikit perubahan di mana kadang-kadang BN Mendahului dan Kemudian PAS Mendahului....


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Najib Menjana perubahan...

100 Hari Najib Menjana Perubahan
Oleh: yieMEGA

Hari ini genaplah 100 hari Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membawa perubahan kepada Malaysia. 100 Hari dikatakan tempoh eddah bagi seseorang ahli politik ataupun dengan kata lain ia merupakan tempoh 'Percubaan" sebagai Perdana Menteri.

Biasanya insan politik akan, berusaha-usaha bersungguh-sungguh dalam eddah yang dinyatakan ini bagi memastikan kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dari setiap genap lapisan masyarakat yang bertaraf 'MultiCultural' di Malaysia ini. DS Najib perlu berusaha untuk memuaskan hati semua pihak di dalam tempoh ini dan juga tempoh selepas ini.

Kalau kita lihat 100 hari DS Najib sebagai Perdana Menteri banyak juga perubahan yang beliau telah lakukan yang bersifat serampang dua mata iaitu memberi kesenangan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memperkukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Antara perkara-perkara baru yang diperkenalkan beliau adalah konsep 1Malaysia di mana menyeru ke arah masyarakat berbilang bangsa di Malaysia menghormati antara satu sama lain dan bernaung di bawah payung bernama Malaysia. Ia adalah usaha ke arah perpaduan nasional. Namun, adat manusia sukar berpuas hati dengan pendekatan orang lain jadi ada juga yang mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ini hanyalah retorik semata-mata.

DS Najib juga telah memperkenalkan Biasiswa Nasional yang diberikan secara merit yang membawa maksud hanya yang betul-betul layak sahaja dapat. Biasiswa ini telah sedikit sebanyak mendatangkan kemarahan sesetengah pihak, penulis sendiri pernah mengkritik penubuhan biasiswa ini kerana penulis rasakan ia seolah-olah terlalu gelojoh untuk mengembalikan kepercayaan bangsa lain terhadap BN, namun setelah penulis mengkaji semula ada baiknya juga penubuhan Biasiswa Nasional ini.

Dalam masa yang sama, 100 hari sebelum ini DS Najib telah melaksanakan beberapa 'revolusi ekonomi' dengan meliberalkan ekonomi dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia hasil daripada kelembapan ekonomi dunia.

Selain itu, beliau juga dikatakan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan 'identiti' bangsawan yang berada di dalam susuk tubuhnya itu, ini jelas apabila beliau 'turun padang' kepada banyak kawasan yang menjadi permasalahan rakyat seperti LRT, tempat penjaja dan bermacam-macam lagi.

Setakat ini, maaf cakap penulis boleh memberikan Najib 98% markah di atas kesungguhan beliau untuk melakukan perubahan di Malaysia, markah ini penulis berikan berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh beliau 100 hari sebelum ini, permakahan seterusnya akan menyusul selepas 100 hari akan datang.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, July 9, 2009

Semoga Cepat Sembuh Ustaz Nasharuddin..



Gambar Ihsan MSO

Baru sekejap tadi penulis menjenguk blog Merah Tinta MSO Kendalian Penulis terkenal Mohd Sayuti Omar, alangkah terkejutnya penulis apabila mendapat berita Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa dimasukkan ke hospital untuk menjalani satu pembedahan kecil di Hospital Serdang, Selangor.

Pembedahan itu dibuat bagi mengatasi masalah pendarahan usus kecilnya. Beliau di masukkan ke hospital berkenaan pada pagi tadi, dan pembedahan ke atasnya baru aje selesai sekejap tadi.

Beliau dijangka keluar pada petang ini, Penulis berharap semua pihak turut mendoakan agar Timbalan Presiden PAS cepat sembuh, lupakan perbezaan politik, doakanlah untuk beliau, bagi yang sibuk berkempen di Manek Urai penulis berharap mereka pun tidak terkecuali untuk mendoakan kesejahteraan kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Penulis juga mendoakan moga-moga Ustaz Nasharuddin cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok semula dengan selamat hendaknya. Penulis juga ingin menggesa mereka yang mendakwa Ustaz Nasharuddin tak pergi Ke Manek Urai kerana 'Malu Mata' memohon maaf kepadanya kerana penulis yakin dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, July 8, 2009

Perlawanan Persahabatan Di Manek Urai...


Perlawanan Persahabatan Di Manek Urai
Oleh: yieMEGA

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai satu Perlawanan Persahabatan antara BN/UMNO dengan PAS/Pakatan Rakyat. Hari ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin juga mengharapkan hal yang sama berlaku di Manek Urai.

PAS juga nampaknya ingin menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebagai perlawanan persabahatan antara UMNO-PAS, jadi Alhamdullilah walaupun 'unity government' telah ditalkinkan namun usaha-usaha seperti ini wajar disokong semua, tak perlu 'unity government' kalau nak perpaduan, cara ini pun boleh dikira satu cara perpaduan.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai dilihat pilihan raya kecil paling aman setakat ini, menandakan satu revolusi baru dalam suasana pilihan raya tanah air, pada pilihan raya kecil kali ini juga penulis melihat 'kurangya' berlaku 'propa' serang menyerang, dan juga budaya saling menyalahkan sudah pun kurang, mungkin semua petugas-petugas kempen sudah bersedia untuk berkempen secara berhemah dan penuh berbudi bahasa.

Suasana beginilah yang penulis ingin lihat, penulis percaya pembaca atau pelayar yang lain juga ingin melihat perkara yang sama. Satu perubahan 'mendadak' dalam arena politik tanah air ini adalah wajar diterima semua pihak tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera berlambang apa sekalipun.

Penulis berharap status 'pilihan raya paling aman' akan terus berkekalan di Manek Urai jangan nanti menjelang hari pengundian sesuatu diingini berlaku. Penulis sudah penat melihat 'pilihan raya' yang penuh dengan 'ejek mengejek', 'caci mencaci', 'cerca mencerca' dan macam-macam lagi.

Sudah tiba masanya kita perlu menerima corak baru kempen untuk arena politik tanah air kita. Cara yang lebih selamat, mesra dan tidak mendatangkan musibah ataupun akibat buruk kepada rakyat kita. Tahniah penulis ucapkan kepada 'jurukempen' parti-parti politik di Manek Urai kerana telah memberikan 'suatu yang luar biasa baik' setakat ini. Terima kasih banyak-banyak atas sumbangan mereka.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Apabila 'Roket' Menghala Ke Bulan II...

Apabila 'Roket' Menghala Ke Bulan II
Oleh: yieMEGA

Masihkah pembaca/pelayar blog ini ingat dengan artikel "Apabila 'Roket' Menghala Ke 'Bulan' yang penulis terbitkan dalam blog ini beberapa hari yang lepas?. Jika ingat baguslah pada artikel penulis kali ini penulis ingin menyampaikan kesinambungan daripada artikel "Apabila 'Roket' Menghala ke "Bulan".

Penulis dapat merasakan sedikit sebanyak penulis merasakan Krisis DAP-PAS di Kedah sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada PAS Kelantan dan tidak keterlaluan jika penulis katakan isu itu akan memberi kemenangan kepada PAS di Manek Urai.

Kenapa penulis berpendapat demikian? Jawapanya mudah sahaja apabila isu krisis DAP-PAS ditafsir secara ''strategi-psikologi" ia bukan membawa maksud 'berpecah' tetapi sebenarnya ia bermaksud satu 'taktikal' atau taktik psikologi. Cuba bayangkan penyokong-penyokong PAS yang marah kepada PAS kerana beberapa isu yang seolah-olah PAS memihak kepada DAP tidak akan jadi marah apabila PAS dengan DAP bertelagah kerana menyangka PAS mempertahankan perjuangan Islamnya dan sekaligus akan memberikan undi kepada PAS. Jadi siapa yang berpendapat krisis PAS-DAP ini satu 'bunga' perpecahan Pakatan Rakyat ternyata mereka silap.

Dalam zaman serba moden dan canggih ini, kempen-kempen politik juga menggunakan kaedah yang moden serta canggih termasuklah kaedah 'psikologi taktikal' ini. Jadi tidak mustahilah krisis DAP-PAS itu satu strategi untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.

Penilaian yang penulis buat daripada sudut 'taktikal psikologi' nampaknya Pakatan Rakyat telah berjaya 'mengelabui' mata petugas-petugas kempen BN kerana menyangka Pakatan Rakyat sudah berpecah walhal sebaliknya. Begitu juga pengundi-pengudi di manek urai mungkin juga 'kelabu mata' dengan kaedah psikologi ini kerana menyangka ianya bukan satu strategi atau taktik psikologi dalam politik.

Penulis mengakhiri artikel penulis pada kali ini dengan satu mutiara kata yang berbunyi "Manusia Dalam Mencapai Kejayaan Mereka Menggunakan Pelbagai Cara, pada mulanya mereka merangkak, kemudianya mereka berjalan, kemudian berlari, kemudian mendaki sehinggalah mencapai kemuncak kejayaan" Jadi Fikir-fikirkanlah....

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, July 6, 2009

Merisik Khabar Di Manek Urai...

Merisik Khabar Di Manek Urai....
Oleh: yieMEGA
Penyatuan Islam

Terlebih dahulu penulis ingin memohon maaf kerana kelewatan menyiarkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Untuk Pilihan Raya Kecil Manek Urai, sebenarnya penulis merancang untuk menerbitkan pada petang tadi sekitar pada pukul enam petang, namun setelah penulis mendapat komen daripada PKR Bahagian Seremban jadi penulis memberi laluan untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban tersebut untuk mengelakkan penulis terlupa untuk menjawab komen tersebut nanti apa pula kata mereka, manalah tahu mereka akan kata penulis 'tong sampahkan' komen mereka.

Oleh yang demikian penulis telah menggunakan peluang yang ada pada petang tadi untuk menjawab komen PKR Bahagian Seremban itu, sekali lagi penulis mengucapkan Terima Kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana tidak memberi komen yang bersifat emosional dan subversif. Cara mereka komen wajar dicontohi oleh 'jurukomen' lain blog ini tidak kiralah mereka bernaung di bawah bendera mana sekalipun tetapi jagalah budi bahasa dalam memberikan komen dan janganlah menjadikan komen anda yang boleh dikategorikan sebagai 18SG ataupun 18SX.

Setakat itu sahaja penulis akan menyentuh mengenai kenapa penulis lewat menerbitkan artikel berkenaan dengan Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai. Penulis ingin terus bercerita mengenai Penamaan Calon di Manek Urai. Alhamdulillah tiada 'pergeseran' yang berlaku di Manek Urai, penulis amat gembira dengan situasi ini. Mungkin ini adalah kerana 'pengaruh Kerajaan Perpaduan' masih melekat di kalangan penyokong parti walaupun ianya telah 'ditalkinkan' baru-baru ini.

Kegembiraan penulis makin jelas terpancar apabila melihat gambar detik penamaan calon di umumkan yang menunjukkan kedua-dua calon dan 'orang penting' bagi parti yang diwakili calon berdiri bersama-sama sambil mengangkat tangan sama-sama. Ini menandakan satu revolusi telah berlaku di dalam arena politik tanah air. Inilah yang penulis mahukan dan penulis juga percaya ramai dari rakyat Malaysia yang mahu keadaan seperti ini.

Penulis boleh sifatkan satu Pilihan Raya Kecil yang aman (buat masa ini) dan penulis berharap ianya terus menjadi 'pilihan raya kecil' yang aman selepas ini sehingga Pilihan Raya ini melabuhkan tirainya.

Penulis akui kehadiran penyokong BN di Manek Urai untuk mengiringgi calon BN tidaklah seramai penyokong yang mengiringi calon PAS. Ini bermakna BN perlu melalui 'jalan yang sukar' untuk memenangi DUN Manek Urai tambahan pula penulis yakin bahawa calon PAS iaitu Fauzi Abdullah walaupun beliau hanyalah seorang pemborong ikan tetapi tentu beliau ada kelebihanya sendiri 'satu perkara yang pelayar/pembaca perlu ingat pemborong ikan ada kelebihanya sendiri' tak perlulah penulis menceritakan 'kelebihan' tersebut dengan lebih mendalam.

Dalam pada itu, izinkan penulis 'menegur' sedikit MSO (Mohd Sayuti Omar) mengenai artikelnya yang bertajuk "Pusingan Pertama PAS Telah Menang". Ya penulis akui beliau seorang penulis berpengalaman luas dalam bidang politik, penulis memang 'tak setaraf' denganya tetapi tidak salah kalau penulis memberi teguran. Penulis berharap MSO dapat menerima teguran ini. Memang benar kehadiran penyokong BN mengiringi calon partinya tidak seramai penyokong PAS yang mengiringi calonya ini memang penulis tidak nafikan.

Mungkin ada sebab tertentu bilangan penyokong BN mengiringi calon BN tidak seramai PAS, penulis masih ingat pesan Pengerusi SPR yang meminta agar parti yang bertanding tidak membawa begitu ramai penyokong semasa proses penamaan calon, jadi ada juga kebarangkalian ketidakhadiran mereka adalah disebabkan mereka 'taat' kepada arahan SPR.

Apa yang penulis bimbangi ialah serangan 'virus senyap' yang pernah menyerang PAS pada 2004 dan juga BN pada 2008 di Kelantan. Sepertimana yang penulis kata dalam artikel penulis sebelum ini, orang kelantan ada keunikan mereka sendiri, mereka marah dalam senyap tetapi tidak menzahirkan 'marah' mereka di dalam keadaan bentuk tindakan fizikal. Jadi MSO tidaklah boleh terlalu yakin membuat tafsiran berdasarkan 'bilangan penyokong' yang mengiringi calon kerana apa sahaja boleh terjadi di dalam 'politik'.

Memang kalah dan menang adat pertandingan, penulis juga tidak memperlekehkan kebolehan 'calon PAS', namun apa yang perlu ingat ialah mengenai 'virus senyap' kerana susah untuk kita mengesanya, mungkin jika mereka marah kepada PAS dan kemarahan mereka pada BN sudah reda mereka akan mentafsirkan dalam bentuk 'pangkah dacing', namun jika mereka masih tidak dapat 'memadamkan' kemarahan mereka kepada BN mereka pasti akan 'memangkah bulan'.

Penulis masih ingat dengan satu mutiara kata yang berbunyi "Meninggi diri mengundang kegagalan, merendah diri mengundang kejayaan" jadi fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan Allah tuhan seru sekian alam.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Menjawab Komen Parti KeADILan Bahagian Seremban...

Suara Generasi Muda Malaysia & adalah generasi BN dan mempunyai rentak UMNO / BN. jadi apa yang dikomenkan mempunyai prinsip BN tetapi sebagai membangun bersama ISLAH membangun bersama perjuangan keadilan dan keimanan siapa jua calon berpegang prinsip alQuran dan Hadis sbg jalan arah hidup maka nilai wang ringgit, harta tidak terlihat oleh mata sbg pedoman pentadbiran, kepimpinan dan mengimarahkan rakyat sebagai jalan pentadbiran bukan sbg.peraih diwaktu pilihan raya aje akhirnya nilai sbnr hilang tanpa prinsip...di sini pada pandangan prinsip keislaman lebih dari segalanya.....
- Parti Keadilan Bahagian Seremban (http://pkrseremban.blogspot.com/ )


Terlebih dahulu penulis mengucapkan terima kasih kepada PKR Bahagian Seremban kerana sudi komen dalam blog Suara Generasi Muda Malaysia ini. Penulis juga mengucapkan tahniah kepada PKR Bahagian Seremban kerana telah memberikan komen yang tidak bersifat subversif dan emosional inilah cara komen yang paling betul walaupun tidak bersetuju dengan penulis tetapi tidaklah mengeluarkan komen yang emosional dan subversif seperti kebanyakkan komen yang penulis pernah terima sebelum ini.

Dalam pada itu penulis ingin memberikan sedikit pujian kepada PKR Bahagian Seremban kerana telah mengekalkan nilai Budi Bahasa dalam memberikan komen. Penulis tidak 'double stardard' dalam memuji orang kerana yang benar perlu dikatakan benar, yang salah perlu dikatakan salah.

Penulis melihat komen yang diberikan oleh PKR Bahagian Seremban bersifat membina dan bukanya sekadar melempiaskan nafsu amarah seperti mana-mana 'jurukomen' yang pernah 'komen' blog ini sebelum ini.

Terima kasih sekali lagi penulis ucapkan kepada PKR Bahagian Seremban di atas 'susah payah' memberikan komen di blog ini. Penulis ingin menjelaskan kepada PKR Bahagian Seremban bahawa penulis bukanlah 'jurutulis' berbayar bagi pihak Barisan Nasional dan penulis sudah cuba sedaya upaya untuk 'mengurangkan' rentak BN di dalam penulisan penulis cuma penulis berpegang kepada prinsip yang salah perlu dikatakan salah, yang benar perlu dikatakan benar. Kalau PKR Bahagian Seremban masih ingat sudah banyak artikel penulis yang mengkritik beberapa dasar Barisan Nasional untuk menampakkan penulisan penulis yang lebih adil penulis juga mengkritik parti yang lain adalah diharap PKR Bahagian Seremban dapat menerima penjelasan ini dengan hati yang terbuka.

Penulis sentiasa akan memastikan agar penulisan artikel penulis bebas mengkritik sesiapa sahaja yang penulis rasakan melakukan satu tindakan yang tidak betul, pernah juga sebelum ini seorang 'jurukomen' blog ini bertanyakan penulis dengan soalan "Parti Apa Yang Menjadi Anutan Penulis' kerana beliau mendapati penulisan artikel penulis sekejap condong ke pembangkang sekejap condong ke Barisan Nasional". Apa yang penulis jawab ialah "Itulah prinsip saya di dalam menulis, parti apa saya anuti biarlah rahsia".

Prinsip yang sentiasa penulis pegang sampai ke hari ini ialah "Mengkritik Bukan Bermakna Tidak menyokong, Menyokong bukan bermakna tidak perlu mengkritik" jadi penulis berharap PKR Bahagian Seremban dapat memahami apa yang dimaksudkan dengan 'prinsip' penulis ini.

Penulis tidak juga menolak bahawa 'prinsip keislaman' tidak penting di dalam politik. Penulis sendiri pernah menegur beberapa pemimpin besar di dalam BN yang terbaru mengenai keprihatinan kerajaan tentang "Solat" di kalangan rakyat Malaysia yang penulis tujukan terus kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penulis sentiasa berusaha agar memastikan 'prinsip keislaman' tidak diabaikan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab dengan mengeluarkan artikel-artikel yang bertindak ke arah 'memartabatkan' 'prinsip keislaman' di dalam pemerintahan tidak kira siapa.

Penulis berharap selepas ini tidak berlaku 'salah tafsir' terhadap penulisan penulis di dalam blog ini, pelayar blog ini hanya perlu ingat prinsip penulis adalah "Mengkritik Bukan Kerana Tidak Menyokong, Menyokong bukan bermakna tidak boleh mengkritik" Jadi fikir-fikirkanlah....




Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, July 5, 2009

Apabila 'Roket' Menghala Ke 'Bulan'...


Apabila Roket Menghala Ke Bulan
Oleh: yieMEGA

Artikel penulis pada kali ini berbunyi apabila roket menghala ke bulan. Tajuk ini sengaja penulis pilih bersesuaian dengan isu perang DAP VS PAS yang rancak berlaku di Kedah itu. Sebelum ini DAP Mendakwa bahawa ada Kerajaan Negeri ada merancang untuk merobohkan kuil hindu dan tokong cina di Kedah.

Isu ini yang 'menghangatkan' arena politik tanah air buat masa ini akhirnya dijawab oleh Menteri Besar Kedah Melalui Komenya yang bernada menafikan kenyataan DAP sebelum ini. Azizan juga turut melabelkan perbuatan DAP ini sebagai 'fitnah'. Nampaknya berlaku sepertimana permainan ping-pong di sini, di mana rakyat menjadi bolanya. DAP kata PAS, PAS Pulak Salahkan DAP rakyat pula terpaksa terlopong melihat telatah mereka ini.

Pada pandangan penulis mungkin PAS tersalah pilih kawan, ya lah kawan ketawa senang dicari, kawan menangis jarang sekali. Teringat pesan Mak Penulis di dalam memilih kawan. Katanya "Kalau nak berkawan, pilih-pilihlah jangan tersalah pilih nanti kelak merana akhirnya". Dengan apa yang terjadi pada PAS pada hari ini jelas sekali "pesan emak" penulis ada kebenaranya.

Bagi penulis, di dalam isu ini nampaknya DAP lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'subversif' kepada PAS. Nampaknya 'roket' sudah dilancarkan kepada PAS walaupun PAS pada asalnya adalah 'kawan' politik mereka. Kenyataan-kenyataan DAP sejak akhir-akhir ini 'berbaur' perkauman, adakah mereka ingin menguji sesuatu ataupun mereka bersandiwara untuk melekakan BN?

Pada pandangan penulis BN harus berwaspada dalam hal ini, petugas-petugas BN di Manek Urai jangan sekali 'merendahkan gear' kempen di Manek Urai ekoran isu yang melanda Pakatan Rakyat Kedah ini kerana mungkin ia adalah salah satu strategi 'psikologi' Pakatan Rakyat untuk melemahkan jentera BN di Manek Urai, kepada para petugas teruskan kerja kuat anda agar Manek Urai tidak terlepas jangan terleka dengan sandiwara terbaru Pakatan Rakyat.

Penulis juga hairan sebelum ini PAS telah menurut kemahuan DAP untuk 'metalkinkan' "Kerajaan Perpaduan" kemudian pula dituntut agar Kandang Babi tidak diroboh. Kenapa DAP suka membuat tuntutan? adakah mereka sengaja ingin 'memperbodohkan' PAS dan dalam masa yang sama memastikan orang Melayu terus berpecah agar mereka dapat menjalankan 'misi rahsia' mereka sendiri sepertimana nasib Melayu di Singapura.

Saya yakin DAP akan menganggap kenyataan saya 'berbaur perkauman' selepas ini, walhal tujuan saya bukanya hendak menyemarakkan api perkauman, penulis hanya mahu mempertahankan 'hak bangsa' penulis sepertimana DAP yang mempertahankan BABI di kedah dan janganlah kenyataan penulis ini disalah tafsirkan oleh DAP dan 'diputar belitkan' mereka.

Penulis masih ingat mengenai Video You tak Suka You Keluar yang disebarkan di internet menggunakan perantaraan YouTube, apa yang mereka buat ialah memaparkan bahagian "Ini Malaysia Bukan China, you tak suka you keluar" sedangkan mereka tidak menyertakan video penuh bagi video tersebut, yang sebenarnya video persidangan Parlimen itu memaparkan kenyataan seorang ahli Parlimen yang tidak bermaksud demikian. Kenyataan itu dibuat atas tuntutan mereka supaya 'azan subuh diperlahankan' kerana dakwa mereka ia menganggu bangsa mereka hendak tidur. Sebagai seorang Islam sudah tentu mereka akan terguris dengan kenyataan sebegitu. Itulah antara kejayaan DAP 'memutar belitkan' fakta dan membuat tafsiran yang salah tentang kenyataan Ahli Parlimen tersebut.

DAP sebenarnya mengamalkan 'double-standard' apabila kita bercakap sedikit sahaja mengenai Melayu mereka sudah kata kita bersifat 'perkauman', tapi mereka walaupun selebih mana pun kenyataan bersifat perkauman mereka tidak akan kata 'perkauman' sebaliknya mempertaruhkan rakyat di atas tindakan mereka.

Apabila 'Roket' di hala kepada 'Bulan' menandakan berakhirnya episod sepasang kawan yang begitu akrab sebelum ini, dari kawan menjadi musuh dalam selimut. PAS tidak perlulah memujuk DAP kerana ia akan membuatkan maruah PAS tercalar dan lebih rendah dari DAP.

Sebagai penyudah kepada artikel ini penulis ingin memberikan sedikit petikan mutiara kata yang berbunyi "Kadang-kadang yang kita sangka kawan adalah lawan, yang kita sangka lawan adalah kawan" Jadi fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, July 4, 2009

Dari Pakatan Rakyat Kepada BEBAS!

Democratic Action PartyImage via Wikipedia


Dari Pakatan Rakyat Kepada BEBAS!
Oleh: yieMEGA

Arena politik tanah air kita memang dipenuhi dengan warna yang pelbagai atau dengan kata lain politik kita penuh dengan warna-warni. Macam-macam terjadi ke atas arena politik tanah air kita. Macam-macam permasalahan yang timbul ke atas parti-parti politik tanah air, ya lah pantai yang mana tidak dipukul ombak.

Bagi penulis masalah yang menimpa sesebuah parti adalah perkara biasa yang normal dan tidaklah satu keajaibpan sekiranya sesebuah parti dilanda masalah. Melainkan sesebuah parti itu tidak ditimpa masalah inilah baru boleh dikatakan ajaib.

Perkembangan terbaru politik tanah air menyaksikan DAP Kedah 'merajuk' dengan bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat Kedah. Kelmarin ADUN Tunggal DAP Kedah telah membuat perisytiharan keluar daripa Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan menjadi ADUN BEBAS! difahamkan mereka berbuat demikian ekoran tindakan Kerajaan Negeri untuk merobohkan sebuah Kandang BABI Di Kedah.

Selain itu DAP Kedah turut mendakwa bahawa Kerajaan PAS Kedah bakal merobohkan beberapa 'kuil' yang terdapat di Kedah. DAP Kedah juga mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan PAS Kedah lebih teruk daripada Kerajaan BN Kedah sebelum ini.

Penulis pun hairan mengapa pula DAP Kedah mengamuk apabila Kerajaan Kedah mahu merobohkan kandang Babi tersebut, adakah DAP Kedah turut mempunyai saham dalam kandang Babi tersebut ataupun DAP ingin mempertahankan perusahaan yang menjadi kegemaran kaum cina itu daripada diganggu-gugat oleh pentadbiran Kerajaan PAS. Tidakkah mereka tahu sudah banyak penyakit yang dicetuskan oleh binatang yang berkaki pendek itu.

Penulis melihat tindakan DAP itu seolah-olah tindakan budak-budak yang tak dapat makan gula-gula setelah beberapa kali memujuk ibu-bapanya kerana ibu-bapanya tahu tentang bahaya makan gula-gula namun si anak tetap mahukkan ia apa lagi 'mengamuk' lah menjadi pilihan. Itulah yang boleh digambarkan dengan keadaan DAP Kedah, sudah tahu kaki pendek ini berbahaya kesanya namun ia tetap mahukan ia sampai mengamuk begitu lalu.

Penulis memuji langkah yang dibuat oleh Kerajaan PAS Kedah dengan merobohkan Kandang Babi tersebut tetapi bukanlah bermaksud perkauman tetapi lebih kepada untuk membendung Virus Selsema Babi yang semakin menular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. DAP sepatutnya berhenti menyalahkan Kerajaan PAS Kedah kerana mereka mungkin sedang berusaha untuk mengurangkan impak Selsema Babi kepada rakyat Kedah.

Walaubagaimanapun penulis tidak bersetuju sekiranya Kerajaan Negeri Kedah bertindak untuk merobohkan kuil-kuil tertentu kerana ia adalah bertentangan dengan kebebasan beragama dan juga bertentangan dengan tiada paksaan di dalam Islam. Penulis berharap Kerajaan Kedah berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil tindakan tersebut demi menjamin perpaduan nasional.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, July 3, 2009

Khutbah Jumaat(3.7.2009): Pelihara Solat Anda..

Alhamdulillah hari ini penulis bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tetap memberi kekuatan kepada penulis untuk mengerjakan solat jumaat, walaupun cuaca di Kota Bharu, Pada waktu tengahari tadi agak panas, rasanya macam kulit penulis sudah masak seolah-olah dipanggang di atas bara api, tapi tak mengapa penulis tetap bertahan itu baru panas dunia belum lagi panas di hari pembalasan tambahan pula kiamat sudah dekat!.

Hari ini penulis menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi Kota Bharu, Tajuk Khutbah hari ini penulis simpulkan dengan "Pelihara Solat Anda", khutbah jumaat hari ini agak bagus untuk penulis bermuhasabah diri dan menambah apa yang kurang di dalam diri penulis yang juga insan biasa yang tidak 'maksum' daripada melakukan kesilapan.

Penulis merasakan tidak salah jika penulis berkongsi dengan pembaca blog ini tentang apa yang penulis fahami daripada khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid Muhammadi ini, tetapi penulis memohon maaf tidak dapat tahu siapakah gerangan Khatib pada kali ini.

Apa yang lebih penting ialah intisari khutbahnya agar dapat diterima oleh hati sanubari muslimin dan muslimat di seluruh Malaysia dan mengaplikasinya ke dalam kehidupan seharian. Penulis berharap jika 'apa yang penulis faham' tentang khutbah hari ini tidak kena atau ada berunsur kesalahan janganlah segan untuk menegur penulis dengan cara yang hikmah bukanya cara yang emosional.

SOLAT merupakan komponen terpenting di dalam agama kita yakni Islam ini diyakinkan lagi dengan ungkapan "Solat Tiang Agama" yang seringkali telinga kita dengari sejak dari kecil hinggalah kita dewasa. Apa pula yang dimaksudkan oleh 'tiang'? Tiang ialah bahagian yang menyokong pembinaan sebuah-buah rumah dalam konteks pembinaan rumah, secara jujurnya jika 'tiang' sesebuah rumah itu tidak kukuh, rumah akan roboh menyembah bumi.

Begitu jugalah dengan 'solat', tanpa solat 'kekukuhan' kita terhadap agama Islam juga bakal 'tergugat', senario hari ini kita dapati sudah ramai umat Islam yang bukan sahaja melalaikan 'solat' malah ada yang 'mengabaikan' terus solat mereka mungkin ada beberapa faktor penyebab yang menjadikan semakin ramai Umat Islam yang mengabaikan Solat di Bumi Malaysia ini.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk menggesa Perdana Menteri Malaysia yang memegang slogan "Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Diutamakan" iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak supaya 'memperhebatkan' usaha-usaha untuk 'memberikan kesedaran' kepada 'umat Islam di Malaysia dengan 'kepentingan solat' ia bukan sahaja melalui medium-medium seperti ceramah agama ataupun Forum Perdana yang beronrientasikan agama. Adalah lebih molek dan elok jika Kerajaan merangka satu peruntukkan bagi membolehkan "Solat" dijadikan satu mata pelajaran di sekolah-sekolah bawah seliaan Kementerian Pelajaran. Solat juga perlu dijadikan subjek wajib untuk 'lulus peperiksaan awam' dengan cara ini ia secara tidak langsung membantu menyedarkan rakyat tentang kepentingan Solat.

Hari ini kalau kita lihat semakin ramai anak-anak muda yang sudah tidak lagi bersolat lima waktu dan Islam mereka hanya sekadar nama. Berdasarkan pengalaman penulis sebagai seorang Kaunselor penulis mendapati kebanyakkan pelajar sekolah yang tidak bersolat dan juga bermasalah disiplin ialah ibu dan bapa mereka turut mengabaikan solat mungkin kerana mereka ingat pekerjaan mereka lebih penting daripada 'Solat', ternyata perkiraan mereka silap sebenarnya perbuatan mereka telah menjadi salah satu sebab kenapa Umat Islam ketinggalan jauh ke belakang.

Para ibu-bapa sepatutnya mencontohkan perkara yang baik buat anak mereka kerana anak mereka menganggap mereka sebagai 'role model' lagipun tak kanlah ketam nak mengajar anaknya berjalan lurus walhal dia sendiri berjalan tak betul. Sikap ibu-bapa yang terlalu mendewakan 'pencarian rezeki' menyebabkan mereka 'mengabaikan' solat dan keputusanya anak mereka menjadi 'rosak'. Itulah hakikat yang mereka terima.

Penulis ingin berpesan kepada semua muslimin-muslimat di Seluruh Malaysia supaya jangan mengabaikan solat, kerana tanpa solat 'kekuatan kita' untuk melawan 'godaan syaitan' untuk mendorong kita melakukan perkara-perkara yang mungkar menjadi lemah, jadilah jagalah solat anda dan anak anda sebaik mungkin. Penulis juga turut berpesan pada diri penulis sendiri agar tidak 'alpa' di dalam menjaga 'Solat Penulis'.

Akhir kalam penyudah bicara penulis akhiri dengan ungkapan kata-kata mutiara yang berbunyi " Jika anda memperoleh ilmu jangan takut untuk berkongsinya kerana jika salah orang yang lebih tinggi ilmunya akan memperbetulkanya dan berpesan-pesanlah kamu ke arah kebenaran".
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin