Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 29, 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan 1 Ogos 2009

PM Dijadual Lawat Kelantan Pada 1 Ogos 2009
Oleh: yieMEGA

PERDANA Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan akan melawat Kelantan pada 1 Ogos 2009 ini (hari Jumaat). Lawatan itu merupakan Lawatan kedua Najib selepas bergelar Perdana Menteri. Untuk Rekod, lawatan pertama beliau di Kelantan ialah di Manek Urai, Kelantan.

Lawatan ini mungkin akan memberi kesempatan kepada rakyat Kelantan untuk bertemu dengan lebih dekat dengan Perdana Menteri yang melaungkan konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Mengikut beberapa ahli UMNO Kelantan, mereka berharap agar lawatan PM Najib Tun Razak itu akan memberikan 'nafas baru' kepada UMNO Kelantan, tambahan pula prestasi UMNO Kelantan yang meningkat pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai baru-baru ini.

Manakala, rakyat Kelantan pula menyambut baik kedatangan Najib ke Kelantan terutamanya peniaga-peniaga kecil yang teringin sangat bertemu dengan Perdana Menteri. Mereka juga berharap Najib akan melawat tempat-tempat penjaja seperti Medan Selera Buluh Kubu dan juga Pasar Malam Wakaf Che Yeh untuk memudahkan mereka menyampaikan permasalahan yang di alami mereka.

Harapan penjaja kecil ialah supaya mereka juga akan dilawat Najib sepertimana Najib melawat penjaja kecil di Lembah Klang baru-baru ini kerana dengan lawatan Najib itu mereka lebih mudah untuk menyampaikan apa yang mereka mahukan.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin