Bilangan Pengunjung:

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Najib Menjana perubahan...

100 Hari Najib Menjana Perubahan
Oleh: yieMEGA

Hari ini genaplah 100 hari Perdana Menteri Malaysia yang Keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membawa perubahan kepada Malaysia. 100 Hari dikatakan tempoh eddah bagi seseorang ahli politik ataupun dengan kata lain ia merupakan tempoh 'Percubaan" sebagai Perdana Menteri.

Biasanya insan politik akan, berusaha-usaha bersungguh-sungguh dalam eddah yang dinyatakan ini bagi memastikan kepimpinan beliau diterima oleh rakyat dari setiap genap lapisan masyarakat yang bertaraf 'MultiCultural' di Malaysia ini. DS Najib perlu berusaha untuk memuaskan hati semua pihak di dalam tempoh ini dan juga tempoh selepas ini.

Kalau kita lihat 100 hari DS Najib sebagai Perdana Menteri banyak juga perubahan yang beliau telah lakukan yang bersifat serampang dua mata iaitu memberi kesenangan kepada rakyat dan dalam masa yang sama memperkukuhkan semula kedudukan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Antara perkara-perkara baru yang diperkenalkan beliau adalah konsep 1Malaysia di mana menyeru ke arah masyarakat berbilang bangsa di Malaysia menghormati antara satu sama lain dan bernaung di bawah payung bernama Malaysia. Ia adalah usaha ke arah perpaduan nasional. Namun, adat manusia sukar berpuas hati dengan pendekatan orang lain jadi ada juga yang mendakwa bahawa konsep 1Malaysia ini hanyalah retorik semata-mata.

DS Najib juga telah memperkenalkan Biasiswa Nasional yang diberikan secara merit yang membawa maksud hanya yang betul-betul layak sahaja dapat. Biasiswa ini telah sedikit sebanyak mendatangkan kemarahan sesetengah pihak, penulis sendiri pernah mengkritik penubuhan biasiswa ini kerana penulis rasakan ia seolah-olah terlalu gelojoh untuk mengembalikan kepercayaan bangsa lain terhadap BN, namun setelah penulis mengkaji semula ada baiknya juga penubuhan Biasiswa Nasional ini.

Dalam masa yang sama, 100 hari sebelum ini DS Najib telah melaksanakan beberapa 'revolusi ekonomi' dengan meliberalkan ekonomi dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia hasil daripada kelembapan ekonomi dunia.

Selain itu, beliau juga dikatakan berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan 'identiti' bangsawan yang berada di dalam susuk tubuhnya itu, ini jelas apabila beliau 'turun padang' kepada banyak kawasan yang menjadi permasalahan rakyat seperti LRT, tempat penjaja dan bermacam-macam lagi.

Setakat ini, maaf cakap penulis boleh memberikan Najib 98% markah di atas kesungguhan beliau untuk melakukan perubahan di Malaysia, markah ini penulis berikan berdasarkan apa yang telah dilakukan oleh beliau 100 hari sebelum ini, permakahan seterusnya akan menyusul selepas 100 hari akan datang.


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin