Bilangan Pengunjung:

Tuesday, July 21, 2009

Antara Dua Kematian.....

Antara Dua Kematian...
Oleh: yieMEGA

TERLEBIH dahulu penulis memohon maaf di atas lama tidak mengemaskini blog ini, bukan kerana terlupa atau tidak berminat untuk mengulas kematian seorang Pembantu Peribadi di Plaza Massalam itu.

Penulis juga ada menerima email berupa komen terhadap penulis yang mengatakan penulis tidak membuat ulasan isu berkenaan adalah kerana isu tersebut tidak mendatangkan keuntungan sama sekali terhadap Barisan Nasional. Bagi menjawab komen ini, penulis sebenarnya bukan tidak mahu membuat ulasan tetapi penulis sibuk dengan sebuah kajian yang bertajuk "Pengaruh Persekitaran Tempat Tinggal Pelajar Terhadap Tahap Disiplin Pelajar" yang baru sahaja dapat disipakan pada petang tadi.

Penulis berharap tidak lagi selepas ini ada yang membuat komen berupa kesimpulan mudah tersebut tanpa usul periksa. Oleh kerana hadirnya komen seperti itu ke dalam kotak email penulis jadi, penulis merasakan masih belum terlewat untuk membuat ulasan terhadap isu itu.

Pertama sekali, penulis berpendapat kematian Teo Beng Hock seolah-olah ada perancangan teliti, kalau di Amerika Syarikat ramai saksi dibunuh 'untuk menutup rahsia penyelewengan' oleh seseorang individu yang di dakwa korup jadi tidak mustahil perkara ini pun berlaku di Malaysia.

Menariknya mengapa lokasi berdekatan Pejabat SPRM dipilih? Jika benar SPRM terlibat dalam pembunuhan ini mengapa pula ia berlaku berdekatan dengan Pejabat SPRM tidakkah tindakan ini tidak cerdik, jikalau tidak pasti mereka memilih untuk membunuhnya berjauhan dari pejabat SPRM. Persoalan ini masih belum terjawab sehingga kini.

Mengapa tiba-tiba terus SPRM dipersalahkan? Satu soalan dari penulis untuk pembaca jika anda berada satu kereta, tiba-tiba anda terbau busuk kentut, apabila anda bertanya sudah pasti orang yang berkentut itu akan cepat-cepat menunding jari kepada orang lain, jadi samalah dengan keadaan yang berlaku kini secara pantas ia dijadikan 'modal politik' untuk mengaut keuntungan agar terus berkuasa.

Tak perlulah penulis memberi ulasan panjang lebar lagi. Khabarnya modal kematian Teo Beng Hock terus dijaja dan SPRM terus dipersalahkan selain Kerajaan Barisan Nasional. Sampai ada Bekas Menteri Besar dan juga Ahli Parlimen di bawah bendera bulan yakni PAS sanggup sama-sama membakar lilin sebagai tanda entah pulak pun tak tahu.

Dalam kesibukkan pihak tertentu yang menuntut penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat insiden malang yang menimpa Teo Beng Hock itu tidak ada pula yang menuntut untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk Allahyarham Siti Farhan (juga jatuh dari dari bangunan).

Adakah mereka berpendapat kematian Siti Farhan itu tidak Sepenting Kematian Teo Beng Hock? Adakah kerana Teo Beng Hock berbangsa Cina perlu diutamakan dan Siti Farhan yang berbangsa Melayu itu tidak perlu diutamakan ataupun kerana kematian Siti Farhan tidak memberi keuntungan untuk kesinambungan politik mereka?

Sekiranya Kematian Teo Beng Hock ditubuhkan Suruhanjaya adalah lebih adil kematian Siti Farhan juga ditubuhkan suruhanjaya. Ini barulah dinamakan 1Malaysia. Dalam masa yang sama pihak-pihak yang menuduh SPRM juga wajar disiasat adakah mereka terlibat dalam pembunuhan tersebut. Akhirkalam semoga pihak berkuasa dapat mengendalikan kedua-dua kes ini dengan seadil-adilnya.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin