Bilangan Pengunjung:

Wednesday, July 15, 2009

Antara Peraih Ikan dan Nyawa-Nyawa Ikan...


Antara Peraih Ikan dan Nyawa-Nyawa Ikan...
Oleh: yieMEGA

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai telah diketahui. Di mana Mohd Fauzi telah disytiharkan pemenang bagi DUN Manek Urai dengan Majoriti 65 undi. Walaupun PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manek Urai tetapi kemenangan itu diibaratkan 'nyawa-nyawa ikan' bagi PAS apabila berlaku kemerosotan undi terhadap PAS dan juga paling mengejutkan apabila beberapa Peti Undi yang dikatakan 'kubu Kuat PAS' telah dimenangi oleh BN. Peti undi tersebut ialah Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

Bekas Naib Presiden PAS yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan membuat kenyataan 65 undi pun dikira menang sambil menyifatkan senario majoriti tipis itu berlaku kerana 'umpan wang ringgit' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (umum mengetahui alasan ini alasan lapuk seolah-olah sekadar untuk melepaskan diri dari lilitan semata-mata).

Apa yang penulis dapat lihat daripada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai ialah pertambahan sokongan terhadap Barisan Nasional mungkin kerana berlakunya 'peralihan kuasa' ditambah pula 'slogan baru' yang diperkenalkan seperti "1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Selain itu, Strategi atau pendekatan baru yang digunakan oleh Barisan Nasional juga nampaknya membuahkan hasil yang memberangsangnya walaupun gagal merampas DUN Manek Urai tetapi sekurang-kurangya telah menafikan majoriti PAS yang sebelum ini lebih kurang 1,000 lebih. Strategi tersebut adalah strategi Psikologi di mana penulis juga pernah meminta BN Menggunakan strategi Psikologi dalam artikel penulis sebelum ini.

Sebelum ini juga penulis pernah 'menegur' penulis bebas Mohd Sayuti Omar (MSO) mengenai artikel beliau yang seakan-akan terlalu yakin PAS akan menang dengan majoriti besar di Manek Urai, nampaknya teguran penulis itu ada kebenaranya apabila 'virus senyap' hampir-hampir melumpuhkan PAS di Manek Urai.

Dalam artikel lain sebelum ini yang juga dikeluarkan oleh MSO, membuat ramalan bahawa PAS akan memenangi DUN Manek Urai tetapi majoritinya akan berkurang iaitu dengan kemenangan majoriti 500 undi, walaupun ramalan MSO dikatakan meleset dari segi bilangan majoriti undian tetapi sekurang-kurangya ramalan bahawa majoriti pas bakal berkurang adalah tepat.

Apa yang Penulis dapat rumuskan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai berlaku persandingan sengit tidak sebagaimana biasa yang lazimnya BN akan ditinggal jauh ke belakang oleh PAS. Namun kali ini ada sedikit perubahan di mana kadang-kadang BN Mendahului dan Kemudian PAS Mendahului....


Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin