Bilangan Pengunjung:

Thursday, July 30, 2009

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor

Rakyat Didahulukan: Kerajaan Perlu Kaji Semula Bayaran Insurans Kenderaan Motor
Oleh: yieMEGA

MENJADI kebiasaan bagi penulis selepas Solat Asar Berjemaah penulis akan singgah di kedai kopi untuk mendengar apa isu-isu semasa yang dibincangkan oleh 'jemaah kedai kopi' kerana penulis berpandangan dengan berkunjung ke kedai kopi penulis akan dapat gambaran sebenar permasalahan yang dialami rakyat.

Kelmarin kebetulan rata-rata 'jemaah Kedai Kopi' berbincang mengenai isu Insurans Kenderaan Motor. Izinkan penulis menggunakan istilah 'Wakil Rakyat Kedai Kopi' menjadi istilah pengganti kepada 'Jemaah Kedai Kopi'.

Kebanyakkan daripada mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kadar bayaran baru insurans kenderaan motor yang dikatakan terlalu membebankan. Ada yang mendakwa insurans motosikalnya naik sehingga empat kali ganda. Sebagai contoh jika insurans motornya sebelum ini 100 jadi beliau terpaksa membayar RM100x4 bersamaan dengan RM400. Secara tidak langsung ia memang membebankan.

Bagaimana pula yang mereka hanya membayar sahaja insurans tersebut tetapi tidak pernah membuat sebarang tuntutan(Claim). Jadi mereka seolah-olah memberikan duit semata-mata padahal pada masa yang sama Syarikat Insurans mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Bertahun-tahun mereka membayar insurans tetapi mereka tidak ada apa-apa keuntungan buat mereka, Adakah adil ini?

Memang penulis tidak dinafikan mereka diberikan potongan NCD, namun ia tidak mampu meringankan beban mereka. Perlu diingatkan di sini, motosikal dimiliki oleh semua golongan termasuk golongan bawahan yang berpendapatan rendah jadi secara tidak langsung rakyat marhaen ini akan terbeban denganya ataupun mereka memilih dengan cara tidak memperbaharui Insurans dan juga Lesen Kenderaan Motor mereka.

Penulis merayu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil pusing di dalam hal ini selaras dengan slogan rakyat didahulukan yang dilaung-laungkan beliau demi kepentingan rakyat dan juga untuk kelebihan beliau sendiri selaku Perdana Menteri.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin