Bilangan Pengunjung:

Thursday, December 10, 2009

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid

Ubudiah Mosque, Masjid Ubudiah is Perak's roya...Image via Wikipedia

Nga Kor Ming Tidak Patut Persoalkan Pembinaan Masjid
Oleh: yieMEGA

YB Nga Kor Ming merupakan Ahli Parlimen Taiping membuat kenyataan dengan mempersoalkan dan mengungkit perbelanjaan kerajaan membina Masjid di Seluruh negara. penulis melihat tindakan YB tersebut seolah-olah untuk menyemarakkan api permusuhan antara Islam dan Bukan Islam, sebelum ini YB inilah yang menggunakan Ayat Al-Quran semasa berceramah dan di bela oleh segelintir umat Islam yang mengatakan itu tandanya orang bukan Islam telah berminat untuk memeluk Islam.

Ternyata pandangan-pandangan yang keluar daripada mereka yang mendakwa lebih mendalam pengetahuanya tentang agama adalah meleset. Tindakan mempersoalkan pembinaan masjid ini membuktikan bacaan ayat Al-Quran oleh beliau sebelum ini bukan ikhlas tetapi sekadar 'sandiwara politik' untuk memperbodohkan orang yang mendakwa diri lebih cerdik daripada orang lain.

Kalau benar-benar YB tersebut ikhlas ingin memeluk Islam beliau tidak akan bertindak dengan membuat kenyataan mengungkit perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan untuk membina masjid di seluruh negara. Nah inilah yang dikatakan bahawa Allah tuhan seru sekian alam itu Maha Kaya dan Maha Besar, mungkin inilah cara untuk Allah membuka kesedaran kepada umat Islam di Malaysia.

Jangan pula selepas ini ada umat Islam yang berdiri teguh di belakangnya menyokong beliau dan dalam masa yang sama terus bermusuhan sesama umat Islam. Sepertimana yang dilakukan oleh Blogawan KhairilAzuar yang mempertahankan tindakan YB ini membaca ayat Al-Quran ini ketika berceramah sepertimana yang dikeluarkan di dalam artikel blognya.

Beberapa pihak telah tampil membuat kenyataan media berhubung tindakan Nga Kor Ming itu antaranya ialah Presiden Perkasa yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali dengan menyifatkan tindakan Nga itu seperti menyalakan api dalam sekam sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Selain itu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut membuat kenyataan bahawa tindakan Nga itu bakal membangkitkan sentimen permusuhan antara orang Islam dengan orang Bukan Islam itu dan juga cuba mengapikan sentimen kebencian antara kaum yang juga dilaporkan oleh Utusan Online.

Manakala pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut membuat kenyataan menerusi Ketua Pengarahnya yang berkata Kor Ming sengaja tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan yang hanya memperuntukkan kepada pembangunan Agama Islam. Katanya lagi sikap ihsan kerajaan sebelum ini (peruntukkan kepada institusi ibadat untuk agama lain) tidak dihargai sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.

Penulis dengan ini mendesak YB Nga Kor Ming supaya memohon maaf kepada Umat Islam di Malaysia berhubung kenyataan beliau tersebut dan juga menggesa Kerajaan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap YB ini.

Penulis juga ingin mendesak pemimpin mana-mana parti sekalipun jangan sesekali mempersoalkan hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan cuba membeza-bezakanya dari segi peruntukkanya.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Anonymous said...

UMNO tak akan jawab Racist Ignoramus DAP Haram ini!

Walau pun di cemoh dan di caci dan ampu, UMNO tidak akan mengambil sikap “champion” jagoh orang Melayu sebab faktor yang utama ialah ,tradisi tradisi UMNO sebagai pejuang, di cairkan olih aliran sejarah.
UMNO , sebagai monolith, secara menyeluruh “evolve and assimilate contemporary values”.
“Sudah mengambil sikap ” kita telah buat apa yang patut “,cukup lah perjuangan, orang melayu sudah selesa,sekarang la ni 1Malaysia ujud, dan bangsa melayu tukar identiti menjadi Malaysia.
Ini berlaku secara perlahan semenjak 2004 peralih kuasa, dan secara mendadak pada Mac 2008, dan secara mengejut apabila DSNajib naik jadi PM.
UMNO juga kecewa dengan pengundi pengundi yang tolak BN dan UMNO pada Mac 2008.
UMNO hingga hari iniMasih merajuk ,sakit hati,tawar hati,monyok,dendam dll kapada “electorate” Melayu.
Maka UMNO sekarang hanye ada “auto pilot” and “cruising” hingga 13PRU.
Sikap nya : menang okay,kalah pun ok, dunia dah berubah dan zaman dah maju, cari kontak dan peluang aje sekarang untuk sendiri.
Nak lawan dengan pembangkang, tak payah lah,dia orang guna saman dan peguam, mana bolih tahan(takut).
Kalau ade masalah, baca skrip dan jawapan yang telah sediakan olih pegawai kerajaan, tak perah otak.
Ini simpulan apabila di kaji mengapa bangsa pendatang cukup lantang soal ini dan soal itu.
Orang Melayu tidak bolih angggap UMNO sebagai lambang orang Melayu, sebab peranan itu telah di curi olih orang lain pada Mac 2008.
Dan UMNO masih lagi merajuk dan salah kan orang lain,sebab tiada cermin secukup besar untuk UMNO lihat apa itu UMNO, dan ahli UMNO dah tak kesah ,melain beli baju dan sampin baru dan beg untuk pergi ke PWTC untuk jamu perut dan diberi halwa telinga olih pemimpin yang tidak mahu berubah.
Maka akibat nya , pada saat ini dan hingga PRU 13, Melayu terkapar terkapai menerima asakkan demi tomahan dan pengyakit hati olih kaum cina India dan kafir yang mengunakan peluang ,saman dan peguam untuk menghentam Melayu dan mengheret semangat Melayu.
Kaum cina india dan kafir di bantu olih orang melayu yang hanye ikut nafsu serta pesongan otak intelek ala barat.
Teraju Orang Melayu dan atasan Melayu(contoh Jen Zaini) tahu apa yang huraikan di atas dan mereka tahu lebih banyak daripada itu.
Tapi olih kerana masing masing ade kepentingan ,maka “nothing happens”,go with wind, dont rock the perahu,syiok sendiri.PEEM ta da,pe luar negeri tiap minggu,l semua BN AP lari dan hampir tombang kerajaan.
changkat lobak
arjuna waspada

Blog Widget by LinkWithin