Bilangan Pengunjung:

Sunday, July 26, 2009

Virus Sindrom Gagal Keluar Masuk Dapat Mula Menyerang MIC...

VIRUS SINDROM GAGAL KELUAR MASUK DAPAT MULA MENYERANG MIC
Oleh: yieMEGA

VIRUS Sindrom gagal keluar masuk dapat mula menyerang MIC sebuah parti yang mewakili suara kaum india di Malaysia apabila bekas Naib Presiden MIC SS Subramaniam telah mengumumkan keluar dari MIC dan menyertai PKR.

Sebelum ini virus ini pernah menyerang UMNO dengan akhirnya Zaid Ibrahim telah bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR dan mendapat 'layanan istimewa' di PKR seolah-olah anak emas Anwar Ibrahim sehinggakan diberi peluang untuk membarisi kepimpinan tertinggi parti tersebut. Ramai tidak mengetahui Zaid Ibrahim ini tidak disukai oleh ahli UMNO akar umbi.

Kemudian virus itu menyerang pula MCA apabila Chua Jui Meng bertindak nekad mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR, dan khabarnya beliau juga akan diberikan tempat untuk membarisi kepimpinan tertinggi PKR. Mungkinkah ada tawar-menawar berlaku bagi memikat Chua Jui Meng dan Juga Zaid Ibrahim.

Virus itu cuba juga disuntik kepada Tengku Razaleigh oleh Zaid Ibrahim, namun mungkin kerana keimunan Ku Li amat tinggi terhadap virus tersebut menyebabkan virus itu gagal menjangkiti Ku Li seorang pemimpin berdarah Raja berjiwa Rakyat itu.

Kini virus itu menyerang pula MIC apabila bekas naib Presiden MIC SS Subramaniam mengumumkan untuk keluar parti MIC dan menyertai Parti PKR. Beliau awal-awal lagi membuat kenyataan hanya mahu menjadi ahli biasa tidak sebagai barisan kepimpinan PKR. Penulis percaya SS Subramaniam akan tetap membarisi kepimpinan PKR soal penafian itu perkara biasa tambahan pula dia memang terkenal dengan cakap yang berbelit-belit atau dengan kata lain 'putar alam'.

Selepas ini virus ini pasti akan terus menyerang dan membaham mangsa dengan rakusnya lebih pantas dari virus H5N1 atau Selsema Babi yang mula menyerang negara kita. Parti-parti yang belum terkena virus ini adalah lebih baik memberikan 'vaksin' secepat mungkin kepada ahli-ahli mereka tertutamanya di peringkat kepimpinan tertinggi.

Dengan kejayaan Virus ini telah membuktikan bahawa PKR merupakan tempat yang sesuai bagi Pemimpin Kena Reject (PKR) ekoran kebanyakkan yang menyertai PKR adalah sampah-sarap yang sememangnya telah memberi liabiliti kepada parti terdahulu, oleh kerana ketua umumnya secara kebetulan adalah Pemimpin Kena Reject jadi secara tidak langsung PKR adalah Reject Shop.
Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

kembara putih said...

Yang 3 ekor katak di Perak yang lompat sokong UMNO/BN tu virus apa pula?

Blog Widget by LinkWithin