Bilangan Pengunjung:

Sunday, May 24, 2009

Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia !





Apa itu Revolusi?

Revolusi mengikut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ialah perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir, bertindak dan sebagainya. Revolusi memang penting untuk kehidupan dan rakyat Malaysia.

Apa itu Revolusi Malaysia?

Revolusi Malaysia adalah satu perjuangan untuk membuat perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir dan bertindak bukan sahaja rakyat Malaysia malah pemimpin-pemimpin Malaysia dan juga beberapa pendekatan Kerajaan Malaysia.

Mengapa perlu Revolusi Malaysia?

Dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang adalah wajar kita membuat satu revolusi supaya kita mendapat menjadikan ilusi menjadi realiti dan disambing memperkemaskan corak pentadbiran Kerajaan Malaysia dan parti-parti yang menunjanggi Pemerintahan Malaysia.

Komponen-komponen Revolusi Malaysia:

Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Persekutuan:

Hapuskan karenah birokrasi di jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan disamping menitikberatkan intergriti di kalangan anggota kerajaan. Pendekatan dan Pengurusan di jabatan-jabatan atau agensi-agensi yang ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah lebih mesra kepada rakyat dan hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan kepada anggota kerajaan yang gagal menunjukkan layanan mesra kepada rakyat.

Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan:

Projek-projek Kerajaan Persekutuan terutamanya yang dijalankan di negeri-negeri bawah pemerintahan Pakatan Rakyat hendaklah tidak dilabelkan "Projek Kerajaan Barisan Nasional" sepertimana lazimnya sebelum ini. Adalah lebih baik projek-projek Kerajaan Persekutuan dilabelkan sebagai "Projek dari Kerajaan Persekutuan Untuk Kesenangan Rakyat". Elakkan menggunakan logo Barisan Nasional.

Program Membasmi Kemiskinan Kerajaan Persekutuan:

Seperti kelaziman kebanyakkan bantuan-bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dibuat melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK), Cara ini sudah tidak praktikal kerana kebanyakkan Pengerusi JKKK ada kepentingan politik. Adalah lebih baik Program Membasmi Kemiskinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dijalankan oleh badan bebas untuk memastikan program tersebut benar-benar mencapai matlamatnya dan tidak berlaku kes pemberian "double standard" atau 'pilih bulu'.

Program Membasmi Pengangguran Kerajaan Persekutuan:

Program membasmi pengganguran Kerajaan Persekutuan hendaklah diperhebatkan dan sasaran pengangguran sifar hendaklah ditetapkan. Mungkin juga Kerajaan Persekutuan boleh mencontohi Kerajaan Brunei dengan memberikan Elaun Khas kepada mereka-mereka yang menganggur sementara mereka mendapat kerja.

Program Peningkatan Akhlak Remaja:

Akhlak dan akidah remaja di Malaysia pada masa kini semakin hari semakin teruk. Kerajaan Persekutuan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan akhlak remaja ini dapat diperbaiki sebelum ianya terlewat, program-program mencegah remaja daripada terlibat dengan jenayah hendaklah diperhebatkan.

Program Dakwah dan Menegakkan Syiar Islam:

Program-program dakwah Islam yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan perlu dikaji semula agar ia benar-benar dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mendengarnya. Perhebatkan usaha-usaha menarik golongan bukan muslim menjadi saudara baru dan menyertai kita sebagai Umat Islam. Bebaskan badan-badan Kerajaan Persekutuan yang berkait dengan Islam daripada "campur tangan" politik. Perkenalkan Konsep "Islam untuk semua" di kalangan rakyat Malaysia.

Membanteras Rasuah dan Meningkatkan Integriti:

Kerajaan Persekutuan hendaklah memperhebatkan usaha-usaha membanteras rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin, anggota-anggota kerajaan seperti PDRM, KDRM dan sebagainya dan beri kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa ada "campur tangan" politik.

Memperkasakan Pertahanan Negara:

Kerajaan Persekutuan juga hendaklah memperkasakan pertahan negara demi Keselamatan Negara dan rakyat Malaysia. Memperkasakan Pertahanan negara bukan sahaja melalui pembelian kelengkapan tentera semata-mata tetapi galakkan syarikat-syarikat tempatan mencipta kelengkapan perang "Made In malaysia" kerana kita tak akan menang sekiranya kita membeli senjata daripada mereka yang mungkin satu hari menjadi musuh kita.

Penyelidikan untuk "Senjata Nuklear" hendaklah dilakukan oleh Malaysia kerana "Senjata Nuklear" sudah menjadi kelengkapan penting untuk setiap angkatan tentera. Kalau Amerika Syarikat, Russia dan Korea Utara boleh memakai "Senjata Nuklear" kenapa tidak kita.

Memperkasakan Sistem Pendidikan Negara:

Sistem Pendidikan Negara hendaklah digubal kembali dengan penambahan beberapa elemen baru. Pendekatan "Ulul ALbab" yang diguna pakai di Sekolah Menengah IMTIAZ di Terengganu hendaklah diterapkan di semua sekolah di bawah Pentabiran Kerajaan Persekutuan. Penerapan Elemen Islam seperti itu amatlah penting untuk negara.

Menukar Sistem Undang-undang Sedia-ada:

Perlembagaan Malaysia perlu digubal semula dengan undang-undang Hudud dan Qisas diterapkan dalam sistem undang-undang di Malaysia menggantikan Perlembagaan Konvesional yang mirip kepada sekular. Undang-undang ini juga dipastikan akan menuruti konsep "Islam untuk semua" dan berdasarkan Al-quran dan Al-Sunnah.

Penggunaan Penghasilan Kerajaan Persekutuan:

Penggunaan Penghasilan Kerajaan Persekutuan hendaklah dijimatkan dan tidak dibazirkan dengan projek-projek yang boleh dianggap satu pembaziran. Elaun-elaun ataupun gaji untuk pemimpin hendaklah dikurangkan agar mereka benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukan berkhidmat kerana wang.

Itulah antara komponen-komponen yang ada di dalam Revolusi Malaysia, Insya-Allah penulis akan hasilkan buku yang akan menerangkan secara jelas mengenai idea "Revolusi Malaysia" ini. Penulis akan cuba siapkanya dengan secepat mungkin.

Akhirkata marilah kita bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia, bersama-sama kita laungkang:

Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !

Revolusi Malaysia !
Hidup Revolusi Malaysia !
Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia !



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

PELUANG TIPIS BN DI MANIK URAI !

BN CarImage by Azmil77 via Flickr

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai (DUN Manik Urai) akan diadakan tidak berapa lama lagi. Barisan Nasional telah membuat kenyataan bahawa mereka bersedia untuk bertanding di Manik Urai. Bagi penulis tiada salahnya bagi Barisan Nasional untuk menyatakan kesediaan untuk bertanding di manik urai kerana pada kali ini Pilihan Raya Kecil di situ diadakan kerana kematian ADUNya dan bukan kerana "main-main" seperti di Penanti, mungkin juga pada waktu kecil Anwar Ibrahim tak puasa main pondok-pondok kot.

Tajuk artikel penulis pada kali ini berbunyi "Peluang Tipis BN di Manik Urai", tentu pembaca tertanya-tanya kenapa penulis mengeluarkan kenyataan seolah-olah penulis cuba 'condemn' Barisan Nasional. Penulis akan jawab mengenainya di hujung artikel ini.

Penulis merasakan peluang Barisan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai amatlah tipis memandangkan DUN Manik Urai memang kawasan kubu kuat PAS tanpa sokongan padu daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional tidak mungkin Barisan Nasional akan menang di Manik Urai. Penyokong-penyokong Barisan Nasional DUN Manik Urai yang berada di luar negeri Kelantan hendaklah berpusu-pusu balik memberi sokongan kepada Barisan Nasional barulah peluang BN cerah untuk memenangi PRK Manik Urai.

Peluang BN untuk memenangi PRK DUN Manik Urai memanglah amat tipis. Di sini penulis melihat pengalaman dan kebijaksanaan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baru iaitu Datuk Mustafa Mohamed hendaklah dipertaruhkan. Memang Datuk Mustafa mempunyai "track record" yang baik sebelum ini yang hampir-hampir mengambil alih pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan daripada PAS.

Penyokong-penyokong BN di Kelantan amnya dan di DUN Manik Urai khasnya kena bekerja kuat memandangkan peluang BN amatlah tipis di Manik Urai. Mereka hendaklah bersatu dan mengenepikan persengketaan tertentu demi memenangi PRK Manik Urai.

Sebenarnya bukanlah penulis bertujuan untuk 'condemn' BN dengan membuat artikel ini, ini adalah salah satu strategi pendekatan psikologi untuk membakar semangan penyokong-penyokong Barisan Nasional di DUN Manik Urai.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 23, 2009

Pakatan Rakyat Jangan Terlalu Yakin !

"Pakatan Rakyat Jangan Terlalu Yakin" menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini, tajuk ini sengaja penulis pilih untuk mengisi artikel di blog Suara Generasi Muda Malaysia ini selepas membaca artikel Mohd Sayuti Omar atau MSO di blognya http://msomelayu.blogspot.com yang bertajuk "Dari Penanti Tanda Jelas UBN akan terkubur" .

Penulis terpanggil untuk memberi pandangan mengenai artikel yang ditulis oleh MSO itu, yang juga kadang-kadang menggelarkan dirinya Murai. Sepertimana yang kita tahu Barisan Nasional buat tidak menyertai Pilihan Raya Kecil DUN Penanti dan ini menjadikan kali pertama Pakatan Rakyat menyertai Pilihan Raya tanpa kehadiran penyokong Barisan Nasional.

Penulis ingin menasihati kepada Pakatan Rakyat agar tidak terlalu yakin Barisan Nasional akan berkubur kerana sekiranya Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui penguburan Barisan Nasional ia tetap tak akan terjadi walau kita berkata apa sekalipun.

ARTIKEL SOMBONG DAN ANGKUH PAKATAN RAKYAT

Penulis ingin menyifatkan artikel yang ditulis oleh MSO itu sebagai artikel yang sombong dan angkuh dan langsung tidak melambangkan kesederhanaan sedangkan Islam mengajar kita bersederhana, bagaimana seorang penyokong Parti Islam bersingkap angkuh, sombong, dan bangga diri seperti itu.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk menegur beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang sejak akhir-akhir ini suka membuat kenyataan yang agak "Bongkak", bangga diri dan mendabik dada. Mereka perlu ingat tiada kuasa yang kekal di atas muka bumi ini, mungkin hari ini anda berkuasa tetapi sapa tahu esok milik siapa.

Sikap yang dintunjukkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memang menjengkelkan, seolah mereka tidak ingat kepada kuasa yang MAHA KUASA lebih berkuasa daripada mereka. Marilah bersama kita perjuangan prinsip Wassatiyah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 22, 2009

Dr. Zambry kekal MB Perak !!!

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, Chief...Image via Wikipedia

Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir distiharkan kekal sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah Rayuan di Istana Keadilan, Putra Jaya, Malaysia. Keputusan tersebut telah memberi ruang dan peluang untuk DR. Zambry terus berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak.

Dr. Zambry melahirkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Rayuan tersebut, beliau berharap selepas ini beliau akan dapat berkhidmat kepada rakyat Perak sambil menyifatkan sesungguhnya kebenaran akan datang dan kebatilan akan tenggelam jua.

Sementara itu, Nizar Jamaluddin membuat kenyataan bahawa beliau menghormati dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut tetapi akan mengambil tindakan susulan bagi mendapatkan pembelaan untuknya.

Dengan Keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan tersebut kini Dr. Zambry sah sebagai Menteri Besar Perak dan boleh menjalankan tugas-tugas sebagai Menteri Besar Perak.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

BN Perlu Bertanding di Manik Urai

A party flag of the United Malays National Org...Image by AFP/Getty Images via Daylife

Penulis percaya ramai pembaca sudah mengetahui dan mendapat berita berhubung kematian Ahli Dewan Undangan Negeri Manik Urai iaitu Ismail Yaakob, 60 yang turul dikenali dengan nama Pak Su Weil di kalangan penduduk tempatan.

Disebabkan Ismail Kembali ke Rahmatullah, satu Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Manik Urai (DUN Manik Urai) akan diadakan dalam tempoh maksima 60 hari dari sekarang. Ekoran kematian Allahyarham, penulis mengesyorkan Barisan Nasional masuk bertanding untuk Pilihan Raya Kecil ini, tambahan pula PRK ini diadakan ekoran kematianya wakilnya jadi tiada sebab untuk Barisan Nasional tidak bertanding di PRK DUN Manik Urai.

Penyertaan Barisan Nasional dalam PRK ini boleh diibaratkan sebagai satu peluang untuk BN "Test Market" dan melihat siapa yang lebih hebat di Dewan Undangan Negeri Manik Urai. Dalam masa yang sama kehebatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan iaitu Datuk Mustafa Mohamed juga dapat diuji di dalam menggunakan strategi memperkasakan BN Kelantan.

Penulis berharap Barisan Nasional tidak akan membuat keputusan untuk tidak bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Manik Urai kerana disinilah merupakan medan ujian sebenar buat UMNO.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

ADUN PAS MANIK URAI MENINGGAL DUNIA!

KOTA BAHARU 22 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Ismail Yaacob, 60, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini kira-kira 5.55 pagi tadi kerana sakit jantung.

Beliau dimasukkan ke hospital tersebut untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Allahyarham meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.

Ismail yang mewakii PAS mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Bagaimanapun pada pilihan raya umum 2004, beliau tidak mempertahankan kerusi tersebut, sebaliknya diwakili oleh Zamzuri Mat Lazim.

Namun Ismail dipilih semula bertanding di DUN berkenaan pada pilihan raya umum tahun lalu dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Beliau merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS bahagian Kuala Krai.

Manik Urai terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Krai, yang turut mempunyai DUN Dabung, Guchil dan Mengkembang. - Bernama

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, May 21, 2009

HINDRAF yang tak sudah!!!

U.S. Secretary of Defense William S. Cohen (ri...Image via Wikipedia

Penulis percaya ramai pembaca yang meminati lagu "Mimpi yang tak Sudah" nyanyian Ibnor Rizar, lagu itu memang hits satu ketika dulu dan bukan sahaja diminati oleh orang dulu tetapi juga orang zaman sekarang pun masih meminati lagu itu yang sudah boleh digelar "Lagu Evergreen" itu.

Pada kali ini bukan penulis bermaksud untuk berbicara mengenai lagu itu, apa yang penulis ingin bincangkan di sini ialah "Hidraf yang tak sudah" mengisahkan sebuah pertubuhan haram yang tak sudah-sudah mencabar kewibaan kerajaan iaitu HINDRAF. Kebetulan pula penulis mendapat inspirasi untuk membuat tajuk artikel ini semasa mendengar lagu "Mimpi yang tak sudah" nyanyian Ibnor Riza itu di laman web video atas talian youtube.

Baru sahaja beberapa hari lalu pemimpin pertubuhan haram ini yang ditahan di bawah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan dah mula nak buat hal balik dengan merancang mengadakan Perhimpunan Haram sekali lagi.

Penulis ingin menyamakan HIDRAF dengan LTTE kerana corak perjuangan mereka hampir sama cuma pendekatan mereka berbeza iaitu LTTE menggunakan senjata manakala HINDRAF pula lebih kepada menganjurkan perhimpunan-perhimpunan haram walaupun tindakan tersebut boleh dikira membuang masa, mungkin "Orang-Orang Kuat HINDRAF" ini memang suka membuang masa.

HINDRAF memang mengancam keselamatan negara kerajaan perlu berbuat sesuatu agar HINDRAF ini tidak naik lemak, kerajaan boleh isytiharkan HINDRAF sebagai musuh nombor satu negara sepertimana Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu.

Penulis pun hairan dengan HINDRAF ini apa tujuan perjuanganya pun kurang jelas ataupun ia sekadar sandiwara Politik yang dicipta oleh Anwar Ibrahim untuk mendatangkan kemarahan kaum India kepada Kerajaan Malaysia.

Cuba kita simpulkan apakah makna sebenar disebalik perkataan HINDRAF, Hidup Ikut Naluri Raja Anwar Fulus mungkin ini salah satu kita boleh tafsirkan daripada akronim HINDRAF. Persoalanya kenapa baru sekarang timbul HINDRAF tidak dari dulu lagi, apa yang menarik selepas Anwar Ibrahim dibebaskan maka timbullah HINDRAF seolah-olah ia berkaitan.

Teringat penulis kepada Pemimpin Kerajaan Langit iaitu Ayah Pin yang mendakwa beliau ketua semua agama, memang tidak bezanya dengan Anwar Ibrahim. Mereka berdua ini memang serupa. Cuma orang yang mudah terpedaya dengan "jelmaan" yang ditunjukkan oleh beliau.


Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, May 20, 2009

Seperti yang dijangka Khir Toyo digantung setahun !


Sebelum ini penulis menjangkakan Ketua Pembangkang Selangor yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo berkemungkinan akan digantung oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan akan hilang hak kelayakkan sebagai seorang ADUN selama setahun akhirnya cakap-cakap tersebut menjadi realiti apabila Dr. Khir sah digantung setahun oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Jelas sekali sekarang ini Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan "Politik Balas Dendam" dan "Politik Ugutan" sepertimana yang penulis bincangkan pada artikel pertama berkenaan isu ini di blog ini. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ingat jatuhnya Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 adalah kerana mereka mengamalkan "Politik Balas Dendam" atau "Politik Ugutan" ini.

Penulis langsung tidak terkejut dengan tindakan menggantung Dr. Khir ini kerana speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini telah memberi pembayang dengan mengatakan "I Can Punnish Everyone" dan sekaligus terbukti Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menggunakan kuasanya sesuka hati atau dengan kata lain membabi-buta.

Tindakan mengantung Khir Toyo dari tugas sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ketua Pembangkang ini bakal mengundang kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan tindakan ini boleh dikira zalim dan tidak bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Anak Raja Petra Kamaruddin Mengaku Salah Mencuri !

Malaysia's most prominent blogger Raja Petra K...Image by AFP/Getty Images via Daylife

Anak kedua penulis blog dan juga pengendali blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku salah di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam terhadap empat pertuduhan termasuk tiga tuduhan mencuri.

Nampaknya penulis blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin tidak pandai menjaga anak kerana sibuk "mengutuk" dan mengadakan cerita-cerita untuk menjatuhkan orang tertentu. Mungkin ini adalah balasan yang diberikan Allah tuhan seru sekian alam ke atasnya kerana membuat cerita-cerita yang berorientasikan fitnah semata-mata untuk mencapai cita-cita politik.

Teringat Penulis dengan satu pepatah melayu yang berbunyi "Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak" pepatah ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan Raja Petra Kamaruddin.

Sesungguhnya Allah melindungi orang yang dizalimi dan doa orang yang di zalimi makbul. Tindakan cerita bukan-bukan tentang seorang boleh diertikan sebagai tindakan menzalimi seseorang itu.

Mungkin juga beliau terlalu sibuk dengan blog Malaysia Today beliau sehinggakan tak ada masa untuk menguruskan anak-anak dan keluarga dan membuatkan anak beliau terbiar kerana baginya politik lebih penting daripada anaknya dan keluarga.

Penulis berharap selepas ini Raja Petra Kamaruddin akan insaf dengan perbuatanya dan kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi mengada-adakan cerita yang bukan-bukan tentang seseorang di blognya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, May 19, 2009

Jika Gantung Khir Toyo Bermakna Kerajaan Selangor Zalim !!!


Berkemungkinan besar Ketua Pembangkang Selangor yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo dan empat ADUN Barisan Nasional yang lain iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam), dan Mohd Isa Abdul Kassim (Batang Kali) akan digantung oleh Dewan Undangan Negeri Selangor selama setahun dan juga segala Elaun ADUN juga tidak akan diberikan kepada kelima-lima ADUN ini.

Penulis tertarik dengan kenyataan Speaker DUN Selangor YB Teng Chan Kin yang berbunyi "I can punish anyone. I can be the complainant, the prosecutor and also the judge in this case. All this is allowed according to the law". Berdasarkan kenyataan ini penulis mentafsirkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan "Politik Balas Dendam" dan "Politik Ugut-mengugut" atau dengan kata yang lebih keras lagi "Politik ala Gangster".

Bagi Penulis tindakan menggantung kelima-lima ADUN tersebut membuktikan bahawa tidak ada bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional. Apabila mereka mula berkuasa, mulalah mereka hendak membuat ugutan dan membuat tindakan yang boleh dikira zalim.

Speaker DUN Selangor pula tidak profesional dalam membuat kenyataan seolah-seolah kenyataan seorang tauke babi yang membawa penyakit Selsema Babi di Malaysia dan langsung tidak mencerminkan sebagai seorang speaker DUN. Mungkin dia terlebih makan babi sebab itulah perangai dia macam babi, entah bila dia nak mampus entah.

Penulis menyeru rakyat Selangor sekiranya kelima-lima ADUN ini digantung suatu hari nanti bangkitlah menentangnya, kita tidak mahu DUN Selangor membuat tindakan membabi-buta seperti itu, tentang dan berjuanglah selagi hidup walau hingga ke titisan darah yang terakhir jangan biarkan mereka menyalahgunakan kuasa mereka, ayuh segeralah bertindak.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Apa Agenda Sebenar Hussam Musa?

Penulis percaya pembaca sudah tentu kenal jika penulis sebut "Hussam Musa" kerana beliau memang terkenal tambahan dia antara nama-nama yang disebut bakal menggantikan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa Hussam Musa telah membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang popular dengan panggilan Ku Li. Penulis difahamkan bahawa tujuan pertemuan tersebut adalah bagi menyelesaikan "Krisis Politik" di Perak. Kalau itu tujuanya Alhamdullilah itu adalah salah satu cara penyelesaian yang amat baik.

Persoalanya adakah agenda tersembunyi Hussam mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah? Perjumpaan dengan beliau sekadar hanya untuk menyelesaikan krisis politik Perak semata-mata sudah tentu ada agenda yang tersirat yang lain mungkin yang agak peribadi untuk diceritakan.

Khabarnya Pembantu Peribadi Hussam Musa sendiri tidak berapa menyukai beliau kerana ada sebab-sebab yang tidak boleh diceritakan jika mahu mengetahuinya bolehlah cuba mencungkil sendiri dengan bertanya dengan Pembantu Peribadi Hussam Musa tersebut.

Khabarnya juga beberapa rakyat Kelantan yang tinggal di Hulu Kelantan juga "marah" dengan Hussam Musa atas satu tindakan yang tidak perlu penulis ceritakan kerana kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.

Adakah agenda tersirat Hussam membuat pertemuan dengan Tengku Razaleigh sebagai langkah untuk "menyambung nyawa" kerjaya politiknya, itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang mengetahuinya. Bersama-sama kita nantikan apakah agenda tersirat Hussam Musa.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

BN Konsisten dengan Pendirian Tidak Bertanding di Penanti !

Malaysian Minister of Defense, Najib Razak, pi...Image via Wikipedia

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang akan diadakan tidak lama lagi. Barisan Nasional sebelum mengandaikan mereka tidak mahu bertanding di "Penanti", semalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional memutuskan "BN Tidak Akan Bertanding di PRK DUN Penanti".

Selepas beberapa pihak di dalam BN yang memberikan pandangan berhubung cadangan supaya BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti, akhirnya pendirian BN tetap konsisten dengan tidak bertanding di Penanti.

Sebelum ini Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menentang cadangan tidak bertanding di Penanti kerana katanya nanti pihak pembangkang akan mengatakan BN "Penakut", "Dayus" dan bermacam-macam lagi. Namun pandangan Tun Dr. Mahathir itu sedikitpun tidak dipedulikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan tetap dengan pendirian beliau tidak bertanding di Penanti.

Selain itu, UMNO Pulau Pinang sebelum ini turut menentang cadangan tidak bertanding di PRK DUN Penanti, namun ianya juga tidak diendahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau masih konsisten dengan keputusanya untuk tidak bertanding di Penanti.

Bagi Penulis keputusan BN tidak bertanding di PRK DUN Penanti ini adalah satu tindakan bijak kerana pada masa ini masa tidak sesuai untuk BN menyertai sebarang pilihan raya kerana pada masa ini ialah masa untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada di dalam BN untuk melakukan penambahbaikan demi kesinambungan kepimpinan BN di Malaysia.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, May 18, 2009

Satu Sekolah Untuk Semua !

"Satu Sekolah Untuk Semua, Satu Bahasa Satu Bangsa Satu Negara" satu kempen yang mulia ke arah merealisasikan Matlamat 1Malaysia yang sering diucapkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebenarnya "Satu Sekolah Untuk Semua" ini banyak faedahnya demi negara yang tercinta. Selain ia boleh memupuk perpaduan antara kaum ia juga boleh mendidik agar anak-anak kita menghormati hak bangsa lain contohnya Hak Istimewa Melayu.

Matlamat 1Malaysia yang sering diperkatakan Perdana Menteri ialah untuk menyatupadukan kaum-kaum yang ada di Malaysia. Semangat 1 Malaysia secara tidak langsung akan membantu mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Pada dasarnya penulis bersetuju dengan cadangan "Satu Sekolah Untuk Semua" ini kerana ia mampu memupuk semangat perpaduan antara kaum-kaum yang ada di Malaysia. Bagi penulis amatlah rugi bagi sesiapa yang menentang "Satu Sekolah Untuk Semua" ini.

"Satu Sekolah Untuk Semua" ini bukanlah bertujuan untuk menghapuskan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan tak kira Cina ataupun Tamil tetapi ia lebih kepada bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum ada di Malaysia dan menyeru ke arah kedamaian.

Orang yang menentang "Satu Sekolah Untuk Semua" ini boleh dilabelkan sebagai "Pencinta Keganasan" kerana mereka masih mahu semangat Assabiyah diteruskan di Malaysia. Sudah tiba masanya kita membuat transformasi agar "Satu Sekolah Untuk Semua" menjadi realiti.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Nik Aziz Tidak Menolak Kemungkinan Berlaku Rasuah Dalam PAS

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Baru-baru ini penulis mengeluarkan artikel yang bertajuk "Politik Wang Mula Berputik di dalam PAS" artikel itu mengenai "Politik Wang" yang berlaku di dalam PAS pada masa kini. Pembaca yang ingin membaca artikel itu boleh klik disini.

Hari ini diberitakan bahawa Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS iaitu Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku "rasuah" di dalam PAS untuk memenangi jawatan yang dipertandingkan di Muktamar tahunan PAS. Nik Aziz turut mencadangkan kepada ahli-ahli PAS agar menerima rasuah yang diberikan tetapi jangan undi calon tersebut kerana katanya itu sahaja cara untuk mengajar orang yang menggunakan pendekatan rasuah untuk memenangi jawatan Parti.

Kenyataan Nik Aziz itu membuktikan "Rasuah" benar-benar berlaku di dalam PAS dan bukanlah retorik ataupun "Sandiwara" dari UMNO. Persoalanya kenapa "Rasuah" mula menular di dalam PAS sejak akhir-akhir ini tetapi tidak sewaktu dulu? Adakah ini kerana puak Endorgan semakin ramai di dalam PAS? Ada juga kemungkinanya.

Ahli-ahli PAS yang pro Kepimpinan Ulama' hendaklah bertindak dengan segera membuat "puak-puak Endorgan" di dalam PAS. Puak-puak Endorgan ini dikhuatiri akan merosakkan perjuangan PAS yang diperjuangkan sebelum ini oleh pemimpin-pemimpin PAS yang terdahulu.

Mungkin tidak mustahil satu masa nanti misi puak Endorgan di dalam PAS untuk menghancurkan PAS akan berjaya sekiranya langkah drastik tidak diambil untuk menyekat kemaraan puak-puak Endorgan yang ada di dalam PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 17, 2009

Anifah Aman Berani Kerana Benar !!!

ANWAR IBRAHIMImage by KamalSell via Flickr

Datuk Anifah Aman Vs Anwar Ibrahim kini menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh rakyat Malaysia. Datuk Anifah Aman yang juga merupakan Menteri Luar sebelum ini mendakwa bahawa Anwar Ibrahim pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya sewaktu Misi 16 September 2009 baru-baru ini.

Kenyataan Datuk Anifah Aman itu dinafikan oleh peguam Anwar Ibrahim iaitu Sankara Nair dan kenyataan "berani mati" Datuk Anifah itu juga telah membawa kepada "ugutan" Anwar Ibrahim dengan mendesak Datuk Anifah menarik balik kata-kata beliau dan juga memohon maaf kepadanya sekiranya tidak beliau akan memfailkan saman (Sekali lagi Anwar Ibrahim menggunakan pendekatan saman-menyaman dan penulis lebih suka memangilnya Ketua Penyaman).

Ugutan Anwar Ibrahim itu sedikitpun tidak membuat Datuk Anifah merasa takut dan merasa ingin memohon maaf kepada Anwar Ibrahim malah semangatnya semakin berkobar-kobar. "Berani Kerana Benar" satu prinsip yang popular di dalam masyarakat Melayu telah menyebabkan Datuk Anifah sedia untuk disaman oleh Anwar Ibrahim kerana beliau yakin dia di pihak yang benar.

Mungkin Anwar tidak berapa faham dengan konsep "Berani Kerana Benar" kerana beliau bukanlah berketurunan Melayu tetapi berketurunan Arab dan jika di tempat penulis lazimnya orang yang berketurunan Arab ini akan dipanggil "Tok Seh Jual Karpet" .

Penulis yakin Datuk Anifah sedikitpun tidak merasa takut dan tercabar dengan "ugutan" yang dibuat oleh Ketua Penyaman tersebut. Sama-samalah kita nantikan siapa yang benar dan siapa yang hipokrit sebenarnya, satu hari nanti pasti akan terjawab jua.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Abdul Hadi Awang Kekal Presiden PAS

PAS President, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul...Image via Wikipedia

Muktamar tahunan PAS pusat yang dijadualkan Jun depan bagi membuat pemilihan Pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui dan memperkasakan Parti Islam seMalaysia (PAS). Semalam Presiden PAS sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden Parti.

Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Presiden PAS. Adalah diharapkan agar Abdul Hadi dapat memberikan komitmen yang sewajarnya terhadap PAS.

Adalah diharapkan agar Abdul Hadi dapat memacu dan memimpin PAS ke arah kejayaan, disamping berusaha menghapuskan "Politik Wang" yang mula berputik di dalam PAS.

Bagi Penulis, pemilihan Abdul Hadi untuk terus kekal sebagai Presiden PAS merupakan satu pilihan yang tepat di dalam meneruskan Perjuangan Membina Negara Islam di Malaysia ini.

Penulis bersyukur kerana "Puak Endorgan" di dalam PAS tidak berjaya menjadi Presiden kerana kehadiran "puak Endorgan" ini telah banyak memesongkan perjuangan PAS sebelum ini. Penulis ingin menasihati kepada Abdul Hadi agar beliau berwaspada dengan "Puak Endorgan" yang ada dalam PAS.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Kenapa Kerap Kali Kota Bharu Mengalami Ganguan Bekalan Elektrik?

Elektrik pada masa ini begitu penting kepada rakyat Malaysia. Ada sesetengah tempat tanpa elektrik perniagaan tidak boleh dijalankan dan ia mendatangkan kerugian kepada syarikat tersebut. Bagi suri-suri rumah pula mereka juga akan banyak tertangguh kerana ketiadaan bekalan elektrik tambahan pula kebanyakkan perkakasan untuk membuat kerja rumah menggunakan elektrik.

Pada malam ini rumah penulis mengalami gangguan bekalan elektrik, oleh yang demikian penulis terpaksa menunggu berjam-jam untuk mengemaskini blog ini. Sebenarnya dalam bulan ini bukan kali pertama rumah dan kawasan berdekatan mengalami gangguan bekalan elektrik, penulis merasakan ini sudah kali kedua rumah mengalami gangguan bekalan elektrik pada bulan ini.

Gangguan elektrik kali pertama berlaku beberapa hari yang lalu. Gangguan itu berlaku lebih kurang pada pukul 4 pagi waktu Malaysia. Gangguan bekalan elektrik itu menyebabkan penulis tidak dapat tidur lena kerana suhu di dalam bilik penulis terlalu panas ditambah pula dengan nyamuk yang bebas berterbangan memandangkan lampu dan kipas tidak berfungsi dek kerana ketiadaan bekalan elektrik.

Ganguan Elektrik kali kedua ini berlaku pada pukul 8 malam tadi sehinggakan penulis gagal untuk mengemaskini blog penulis pada waktu itu, Alhamdullilah penulis dapat mengemaskini blog penulis pada waktu ini.

Persoalanya di sini, kenapa bekalan elektrik di kawasan Kota Bharu ini kerap mengalami gangguan bekalan elektrik. Sepertimana yang pembaca tahu gangguan bekalan elektrik ini benar-benar membuat kita merasa rimas.

Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepatutnya perlu lebih berhati-hati agar insiden gangguan elektrik ini tidak berulang lagi demi memastikan rakyat selesa dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa



"Guru Pembina Negara Bangsa" itulah tema bagi sambutan hari guru pada tahun ini. Sebenarnya misi "Membina Negara Bangsa" ini terdapat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

Jasa Guru memang tidak ternilai, mereka ibarat lilin membakar diri untuk menerangi dan kesenangan orang lain. Pada zaman penulis bersekolah dulu pelajar-pelajar sekolah memang menghormati guru dan tidak berani untuk melawan guru.

Namun, itu dulu, sekarang zaman sudah berubah dunia sudah maju. Kalau perhatikan pada hari ini berapa kerat sahaja pelajar-pelajar sekolah yang menghormati gurunya. Pada masa ini lebih ramai pelajar yang suka melawan guru. Kerjaya sebagai seorang guru memang mencabar dewasa ini.

Ditambah pula dengan banyak ibu-bapa yang "Educated" dan juga suka menyebelahi anak-anak mereka membuta tuli tanpa usul periksa. Pendek kata sekiranya guru membuat silap sedikit mereka akan berdepan dengan saman yang akan dikenakan oleh pihak ibu-bapa. Penulis memberi contoh jika dahulu kita dirotan ataupun apa sahaja di sekolah kita balik dan cerita kepada ibu-bapa kita, apa yang kita dapat ialah silap-silap mereka akan menambah rotan kat kita, namun itu dulu, sekarang ibu-bapa lebih mendengar anak daripada guru.

Cabaran sebagai seorang guru dewasa ini memang agak mencabar jika dibandingkan dengan dahulu. Penulis kecewa dengan kebanyakkan ibu bapa yang suka menyebelahi anak mereka, tak hairanlah bilangan Pelajar sekolah yang terlibat dengan jenayah semakin meningkat dari hari ke hari.

Pada masa ini undang-undang melibatkan guru lebih memihak kepada ibu-bapa, guru terlalu terikat dengan undang-undang yang langsung tidak memberi keuntungan kepada guru. Pihak kerajaan sepatutnya menggubal undang-undang yang lebih "pro" kepada guru agar misi membina negara bangsa dapat menjadi realiti.

Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang pernah mengajar penulis dari tadika hinggalah sekolah menengah. Jasamu sentiasa aku kenang sampai bila-bila, terima kasih di atas ilmumu.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 15, 2009

Politik Wang Mula Berputik Di Dalam PAS?

Bendera PAS, Kemaman, TerengganuImage by onggon ~ [ outstation ] via Flickr

"Politik Wang" satu kaedah sonsang untuk mendapat kekuasaan politik di dalam Parti tertentu. Istilah "Politik Wang" digunakan bagi mengantikan istilah "Rasuah Politik", sebenarnya "Politik Wang" dan "Rasuah Politik" adalah perkara yang sama.

Bercakap mengenai "Politik Wang" sudah tentu orang akan menunding jari ke arah UMNO, kerana banyak pemimpinya yang begitu sinonim dengan "Politik Wang". Tetapi kali ini penulis bukan ingin bercakap mengenai "Politik Wang" di dalam UMNO tetapi lebih kepada "Politik Wang" yang mula berputik di dalam PAS.

Penulis percaya penyokong-penyokong PAS sudah tentu merasa aneh dan janggal dengan "Politik Wang", kerana mereka begitu mentah denganya tidak seperti UMNO yang begitu sinonim dengan "Politik Wang".

Perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS sedikit tercalar dengan isu "Politik Wang" yang berlaku di dalam PAS. Persoalanya kenapa sejak kebelakangan ini "Politik Wang" mula wujud di dalam PAS?

Penulis masih ingat lagi cerita orang Politik dulu-dulu yang sealiran dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba, penulis ingin ceritakan balik apa yang diceritakan oleh beliau kepada penulis, katanya "Orang yang memperkenalkan "Politik Wang" di dalam UMNO adalah Anwar Ibrahim dan kekalahan Tun Ghafar Baba adalah disebabkan strategi "Politik Wang" yang digunakan oleh Anwar Ibrahim". Itulah sahaja yang dapat penulis ceritakan kepada pembaca blog ini.

Penulis juga sempat berbual dengan seorang ahli PAS yang beraliran "Kepimpinan Ulama'", beliau mendakwa sejak ahli PAS beraliran "Profesional" semakin ramai di dalam PAS dan ada yang jadi pemimpin, sejak itulah "Politik Wang" mula menular di dalam PAS.

Penulis percaya ramai yang mengetahui ahli PAS beraliran "Profesional" di dalam PAS adalah"Orang Anwar Ibrahim" atau apa yang penulis gelarkan "Stealth Soldier Anwar Ibrahim" dalam artikel penulis sebelum ini. Berbalik kepada teori "Anwar Ibrahim Pelopor Politik Wang Di dalam UMNO", berdasarkan teori ini dan apa yang terjadi pada PAS sekarang seolah-olah ia saling berhubungan.

NASIHAT KEPADA AHLI PAS

Penulis ingin menasihati kepada ahli-ahli PAS, ingatlah "Politik Wang" hampir-hampir menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini, jika anda sayangkan PAS janganlah terlibat dengan "Politik Wang", bantulah pucuk pimpinan membanteras "politik wang" di dalam PAS, jika tidak PAS juga akan menerima nasib yang sama seperti UMNO.

Beringatlah sebelum kena, jangan nanti sudah terhantuk, baru nak tergadah. Jika anda benar-benar sayangkan PAS berjuanglah tanpa kepentingan kewangan, jangan jadikan PAS sebagai Parti Korporat agar Perjuangan Asal PAS tidak terpesong.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Mahu Hak Biasiswa Bumiputera Dikembalikan.....

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

Laporan Utusan Online:

"Kembalikan hak biasiswa bumiputera- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan bersikap tegas dengan mengembalikan sepenuhnya hak biasiswa bumiputera.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, langkah itu wajar agar kepentingan bumiputera sentiasa terpelihara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Sambil menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah angkuh dan buta perlembagaan, beliau berkata, kerajaan 'sudah banyak bertolak ansur' khususnya dalam pemberian biasiswa.

''Kenyataan (Tee Keat) berkenaan juga hanya mementingkan politik kaum semata-mata. Sudah cukup sebelum ini hak biasiswa JPA bumiputera dicabul dengan pembahagian 51-49 peratus.

''Berapa banyak pun kerajaan bertolak ansur dengan kaum Cina, India dan lain-lain, mereka tidak akan berterima kasih atau undi Barisan Nasional (BN) lagi,'' kata beliau dalam kenyataannya yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan mengulas kenyataan Tee Keat dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa kerajaan akan menilai semula kriteria pemilihan bagi biasiswa JPA.

Tee Keat berkata, mesyuarat akan diadakan di antara pemimpin parti komponen BN, Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara hari ini.

Tee Keat menambah, MCA mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut.

Tambah Ibrahim, UMNO akan hilang sokongan orang Melayu sepenuhnya jika terus bertolak ansur.

''Jika kerajaan tidak hormati hak istimewa orang Melayu, Perkasa juga akan mula turun ke jalan raya macam pertubuhan haram Hindraf.

''Jika kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak lama, akan dibebaskan dan tidak payah berterima kasih,'' katanya.

Jelas Ibrahim, ramai anak Melayu kini yang layak mendapat biasiswa, namun tidak menerima biasiswa tersebut."{http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive}

Komen Suara Generasi Muda Malaysia:


Biasiswa kepada Kaum Bumiputera hendaklah diteruskan kerana penulis merasakan belum sampai masanya untuk kerajaan "memansuhkan" biasiswa kepada Bumiputera kerana kedudukan ekonomi kaum Bumiputera masih belum kukuh dan utuh jika dibandingkan dengan kedudukan ekonomi bangsa lain.

Sebagai Contoh, kalau kita lihat senario kedudukan Ekonomi pada hari ini kita akan dapati Kedudukan Ekonomi rakyat Berbangsa Cina lebih terkedepan jika kita bandingkan dengan kedudukan ekonomi umat Melayu pada masa ini.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa supaya Kerajaan perlu meneruskan biasiswa untuk Bumiputera di negara ini. Jangan dalam keghairahan melaksanakan Visi dan Misi 1 Malaysia, bumiputera terabai begitu sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Thursday, May 14, 2009

Penahanan Dr. Ramzi Konspirasi atau Realiti ???

Penulis percaya ramai di kalangan pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia sudah mengetahui mengenai isu 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang menerima SMS Ugutan baru-baru ini.

Bagi pembaca yang mengambil berat mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dalam arena politik tanah air atau dengan kata lain "ambil cakna" sudah tentu mengetahui bahawa sebelum ini pihak Polis telah memberi tempoh tiga hari kepada Bekas Setiausa Politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyerah diri kerana beliau disyakki terlibat dengan 'SMS Ugutan' tersebut. Selepas tempoh tiga hari yang diberikan pihak Polis tamat, akhirnya pihak Polis terpaksa mengeluarkan "Waran Tangkap" untuk menahan Dr. Ramzi bagi membantu siasatan.

Polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Polis mempunyai cukup bukti untuk menyabit dan mendakwa Dr. Ramzi terlibat di dalam kes SMS Ugutan kepada sepuluh orang ADUN tersebut.

Rosol Wahid Dakwa Satu Konspirasi...

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil iaitu Datuk Rosol Wahid mendakwa penahanan Dr. Ramzi merupakan satu "konspirasi" pihak yang mendakwa Rosol dan 9 orang rakan-rakanya yang lain cuba menjatuhkan "kepimpinan Kerajaan Negeri" sekarang dan beliau amat yakin bahawa Dr. Ramzi tidak bersalah berhubung insiden ini. Kenyataan Datuk Rosol dikeluarkan di blog milik beliau {http://drosol.blogspot.com/}.

Berdasarkan kenyataan Datuk Rosol penulis percaya wujud satu konspirasi untuk mempersalahkan Dr. Ramzi berhubung insiden 10 Orang ADUN yang menerima SMS ugutan baru-baru ini, ada juga kemungkinan Dr. Ramzi "forward" SMS Ugutan yang beliau terima kepada 10 orang ADUN dan Polis mengesan ia datang dari Dr. Ramzi walhal SMS itu datang daripada lain cuma Dr. Ramzi "forward" SMS tersebut untuk memberi peringatan agar mereka semua berjaga-jaga.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, May 13, 2009

Sekejap Nizar, Sekejap Zambry.....

Coat of arms of PerakImage via Wikipedia

"Sekejap Nizar, Sekejap Zambry" mungkin itulah yang dapat digambarkan kepada situasi yang berlaku di Perak pada masa ini. Sebelum ini Mahkamah meisytiharkan bahawa Nizar Jamaluddin masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah. Namun, tidak sampai 24 jam Mahkamah meisytiharkan Zambry boleh terus menjalankan tugas-tugas Menteri Besar sementara menunggu keputusan rayuan oleh Mahkamah.

Politik di Perak semakin bercelaru, penulis percaya sudah ada yang mula naik jelak dan muak untuk membincangkan isu yang berkait dengan Kerajaan negeri Perak kerana sampai sekarang isu itu masih diperkatakan sehinggakan ia telah membuat orang ramai sudah merasa bosan untuk memperkatakan mengenainya.

Penulis sendiri pun sudah naik muak untuk memperincikan isu ini, kerana bagi penulis seolah-olah isu ini tiada berkesudahan. Pada pandangan penulis "kedua-dua belah pihak" baik kerajaan mahupun pembangkang perlu mengambil peranan dalam menyelesaikan isu yang berbangkit ini.

Penulis merasakan isu ini akan selesai dengan aman sekiranya pembubaran Dewan Undangan Negeri dilakukan dengan kadar seberapa segera dan kembalikanya kepada rakyat untuk menentukanya.

Jika pihak kerajaan memikirkan sekiranya Pilihan Raya diadakan ia akan membazirkan wang rakyat, adalah lebih baik kerajaan mempercepatkan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana dengan cara ini ia mampu mengurangkan kos berbanding melakukan Pilihan Raya Kecil. Sudah tiba masanya kedua-dua belah pihak berfikir secara rasional menggunakan akal fikiran yang waras demi kepentingan bersama.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Sunday, May 10, 2009

Cubaan Menjadikan Malaysia Negara Republik?

Dewasa ini kita dapati sudah ada tanda-tanda, atau orang-orang yang tertentu cuba menjadikan Malaysia sebagai negara republik. Apabila sesebuah negara menjadi negara republik sudah tentu kedudukan raja-raja akan terjejas.

Di Malaysia raja-raja Melayu berperanan sebagai "Penyelamat" sekiranya berlaku sebarang musibah yang boleh memusnahkan khasnya umat Melayu. Singapura adalah salah satu contoh negara republik.

Sekiranya Malaysia dijadikan negara republik, secara tidak langsung kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia juga dihapuskan, dan hak-hak mereka juga dinafikan serta mereka akan dibuang begitu sahaja seperti kain buruk.

SIAPA YANG MENJADI DALANG?

Siapa yang menjadi dalang di dalam misi untuk menjadikan Malaysia negara Republik? Sudah tentulah orang yang sejak dulu lagi membenci raja-raja Melayu walaupun dia adalah orang Melayu. Jika pembaca masih ingat tidak berapa lama dulu mengenai isu "Diablo" yang melibatkan Sultan dan Pemimpin Pusat Pada Masa itu yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kewangan.

Dari dulu lagi pemimpin ini tidak suka dengan raja-raja Melayu tambahan pula dia bercita-cita untuk menjadi Presiden bukanya Perdana Menteri kerana jika beliau menjadi Presiden tidak perlu lagi mendapatkan perkenan raja-raja Melayu atau YDP Agung dan apabila negara kita dijadikan negara republik Jawatan Yang Dipertuan Agung pun akan dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Presiden.

Pemimpin ini tidak ubah seperti "Dajjal" demi mencapai cita-cita sanggup berbuat apa sahaja, kehadiran pemimpin ini telah banyak memporak-peranda persada politik tanah air. Orang seperti ini sepatutnya dari dulu lagi dihukum mati kerana dengan adanya dia politik tanah air menjadi kelam kabut.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, May 9, 2009

POLIS TERENGGANU BERI TEMPOH DR RAMZI 3 HARI

Polis Terengganu semalam mengeluarkan kenyataan memberi tempoh tiga hari kepada Dr Ramzi (bekas setiausaha politik Idris Jusoh) untuk tampil memberi kenyataan kepada Polis Terengganu. Dr Ramzi diperlukan polis Terengganu untuk membantu siasatan Kes Ugutan terhadap 10 orang ADUN Terengganu baru-baru ini.

Penulis dengan ini menasihati agar Dr. Ramzi tampil segera untuk membantu Pihak Polis menyelesaikan kes yang membabitkan kepentingan ramai ini. Dr. Ramzi tidak perlu takut, sepatutnya sekiranya dia di pihak yang benar, tampil lah segera kerana doa orang yang dizalimi lazimnya dimakbulkan tuhan.

Usah takut, mari membantu Polis Terengganu menyelesaikan kes ini, sekiranya kes ini selesai dapatlah kita tahu siapa dalang sebenar di sebalik insiden ugutan terhadap 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu ini.

KERJASAMA ORANG RAMAI

Orang ramai juga boleh membantu mengesan kedudukan Dr. Ramzi pada masa ini, kerana kes seperti perlu diselesaikan dengan secepat mungkin, jika tidak ia akan terus dilanda pelbagai spekulasi dan persepsi.

Marilah bersama-sama membantu pihak Polis menyelesaikan kes ini dengan seberapa segera dengan memberi kerjasama yang sewajarnya demi Agama, Bangsa dan Negara.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Friday, May 8, 2009

Lagi-lagi REMPIT@Mat Rempit

"Mat Rempit" istilah yang begitu popular sejak akhir-akhir ini, kalau kita perhatikan dada-dada akhbar tempatan banyak berita mengenai mat rempit dikeluarkan dari hari ke hari. Terbaru mengenai kumpulan mat rempit yang bertindak liar dengan meragut seorang wanita di Kota Bharu, Kelantan.

Isu melibatkan mat rempit ini bukanlah satu isu yang lapuk, malah penulis melihat seolah-olah isu ini tidak ada jalan penyudahnya, ia akan terus kekal begini buat selamanya sekira langkah-langkah drastik tidak di ambil oleh kerajaan untuk menanganinya.

Cadangan Buat Kerajaan

Kerajaan perlu menambah baik undang-undang sedia ada, mana yang kurang kerajaan perlu mengkajinya semula. Perlaksanaan undang-undang hendaklah tegas dan tiada rayuan atau "Surat-Surat Sokongan YB" diterima pakai. Hukuman ke atas mat rempit hendaklah mandatori bukanya nak cakap "sorry, sorry".

YB yang mengeluarkan surat sokongan untuk membantu pesalah-pesalah yang dikaitkan dengan rempit adalah sama seperti mereka memberi sokongan kepada mat-mat rempit ini, mulai dari hari ini YB-YB hendaklah berhenti dari mengeluarkan surat-surat yang menyokong insan yang digelar "mat rempit" tersebut.

Kerajaan juga perlu bertungkus lumus untuk membebaskan agensi-agensi di bawah seliaanya seperti Polis, SPRM dan JPJ daripada sebarang anasir-anasir rasuah. sudah tiba masanya kerajaan perlu bertindak dengan lebih tegas lagi.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin