Sebelum ini penulis menjangkakan Ketua Pembangkang Selangor yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir Toyo berkemungkinan akan digantung oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan akan hilang hak kelayakkan sebagai seorang ADUN selama setahun akhirnya cakap-cakap tersebut menjadi realiti apabila Dr. Khir sah digantung setahun oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.
Jelas sekali sekarang ini Kerajaan Negeri Selangor mengamalkan "Politik Balas Dendam" dan "Politik Ugutan" sepertimana yang penulis bincangkan pada artikel pertama berkenaan isu ini di blog ini. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor perlu ingat jatuhnya Kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 adalah kerana mereka mengamalkan "Politik Balas Dendam" atau "Politik Ugutan" ini.
Penulis langsung tidak terkejut dengan tindakan menggantung Dr. Khir ini kerana speaker Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini telah memberi pembayang dengan mengatakan "I Can Punnish Everyone" dan sekaligus terbukti Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menggunakan kuasanya sesuka hati atau dengan kata lain membabi-buta.
Tindakan mengantung Khir Toyo dari tugas sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan juga Ketua Pembangkang ini bakal mengundang kemarahan orang ramai terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan tindakan ini boleh dikira zalim dan tidak bezanya Kerajaan Pakatan Rakyat dengan Kerajaan Barisan Nasional.

1 comment:
Saudara Yiemega.
Ketika kita tidak berkuasa amat lancang kita menuduh orang lain sebagai tidak demokratik. Tetapi rupa-rupa ketika kita diberi kuasa, kita bukan saja tidak demokratik malah menjadi kejam membunuh kebebasan bersuara dan hak asasi seseorang Yang Berhormat. Itulah suara yang mewakili rakyat. Itulah PKR.Hala tuju PKR samakin lama semakin kabur. Sama seperti pemimpinnya yang semakin kabur dan berjerubu.
Post a Comment