Bilangan Pengunjung:

Sunday, May 24, 2009

Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia !





Apa itu Revolusi?

Revolusi mengikut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) ialah perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir, bertindak dan sebagainya. Revolusi memang penting untuk kehidupan dan rakyat Malaysia.

Apa itu Revolusi Malaysia?

Revolusi Malaysia adalah satu perjuangan untuk membuat perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir dan bertindak bukan sahaja rakyat Malaysia malah pemimpin-pemimpin Malaysia dan juga beberapa pendekatan Kerajaan Malaysia.

Mengapa perlu Revolusi Malaysia?

Dalam suasana politik yang tidak menentu sekarang adalah wajar kita membuat satu revolusi supaya kita mendapat menjadikan ilusi menjadi realiti dan disambing memperkemaskan corak pentadbiran Kerajaan Malaysia dan parti-parti yang menunjanggi Pemerintahan Malaysia.

Komponen-komponen Revolusi Malaysia:

Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Persekutuan:

Hapuskan karenah birokrasi di jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan disamping menitikberatkan intergriti di kalangan anggota kerajaan. Pendekatan dan Pengurusan di jabatan-jabatan atau agensi-agensi yang ada kaitan dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah lebih mesra kepada rakyat dan hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan kepada anggota kerajaan yang gagal menunjukkan layanan mesra kepada rakyat.

Projek Pembangunan Kerajaan Persekutuan:

Projek-projek Kerajaan Persekutuan terutamanya yang dijalankan di negeri-negeri bawah pemerintahan Pakatan Rakyat hendaklah tidak dilabelkan "Projek Kerajaan Barisan Nasional" sepertimana lazimnya sebelum ini. Adalah lebih baik projek-projek Kerajaan Persekutuan dilabelkan sebagai "Projek dari Kerajaan Persekutuan Untuk Kesenangan Rakyat". Elakkan menggunakan logo Barisan Nasional.

Program Membasmi Kemiskinan Kerajaan Persekutuan:

Seperti kelaziman kebanyakkan bantuan-bantuan yang diberikan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah dibuat melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKK), Cara ini sudah tidak praktikal kerana kebanyakkan Pengerusi JKKK ada kepentingan politik. Adalah lebih baik Program Membasmi Kemiskinan Kerajaan Persekutuan hendaklah dijalankan oleh badan bebas untuk memastikan program tersebut benar-benar mencapai matlamatnya dan tidak berlaku kes pemberian "double standard" atau 'pilih bulu'.

Program Membasmi Pengangguran Kerajaan Persekutuan:

Program membasmi pengganguran Kerajaan Persekutuan hendaklah diperhebatkan dan sasaran pengangguran sifar hendaklah ditetapkan. Mungkin juga Kerajaan Persekutuan boleh mencontohi Kerajaan Brunei dengan memberikan Elaun Khas kepada mereka-mereka yang menganggur sementara mereka mendapat kerja.

Program Peningkatan Akhlak Remaja:

Akhlak dan akidah remaja di Malaysia pada masa kini semakin hari semakin teruk. Kerajaan Persekutuan perlu mengambil tindakan drastik untuk memastikan akhlak remaja ini dapat diperbaiki sebelum ianya terlewat, program-program mencegah remaja daripada terlibat dengan jenayah hendaklah diperhebatkan.

Program Dakwah dan Menegakkan Syiar Islam:

Program-program dakwah Islam yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan perlu dikaji semula agar ia benar-benar dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mendengarnya. Perhebatkan usaha-usaha menarik golongan bukan muslim menjadi saudara baru dan menyertai kita sebagai Umat Islam. Bebaskan badan-badan Kerajaan Persekutuan yang berkait dengan Islam daripada "campur tangan" politik. Perkenalkan Konsep "Islam untuk semua" di kalangan rakyat Malaysia.

Membanteras Rasuah dan Meningkatkan Integriti:

Kerajaan Persekutuan hendaklah memperhebatkan usaha-usaha membanteras rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin, anggota-anggota kerajaan seperti PDRM, KDRM dan sebagainya dan beri kuasa penuh kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa ada "campur tangan" politik.

Memperkasakan Pertahanan Negara:

Kerajaan Persekutuan juga hendaklah memperkasakan pertahan negara demi Keselamatan Negara dan rakyat Malaysia. Memperkasakan Pertahanan negara bukan sahaja melalui pembelian kelengkapan tentera semata-mata tetapi galakkan syarikat-syarikat tempatan mencipta kelengkapan perang "Made In malaysia" kerana kita tak akan menang sekiranya kita membeli senjata daripada mereka yang mungkin satu hari menjadi musuh kita.

Penyelidikan untuk "Senjata Nuklear" hendaklah dilakukan oleh Malaysia kerana "Senjata Nuklear" sudah menjadi kelengkapan penting untuk setiap angkatan tentera. Kalau Amerika Syarikat, Russia dan Korea Utara boleh memakai "Senjata Nuklear" kenapa tidak kita.

Memperkasakan Sistem Pendidikan Negara:

Sistem Pendidikan Negara hendaklah digubal kembali dengan penambahan beberapa elemen baru. Pendekatan "Ulul ALbab" yang diguna pakai di Sekolah Menengah IMTIAZ di Terengganu hendaklah diterapkan di semua sekolah di bawah Pentabiran Kerajaan Persekutuan. Penerapan Elemen Islam seperti itu amatlah penting untuk negara.

Menukar Sistem Undang-undang Sedia-ada:

Perlembagaan Malaysia perlu digubal semula dengan undang-undang Hudud dan Qisas diterapkan dalam sistem undang-undang di Malaysia menggantikan Perlembagaan Konvesional yang mirip kepada sekular. Undang-undang ini juga dipastikan akan menuruti konsep "Islam untuk semua" dan berdasarkan Al-quran dan Al-Sunnah.

Penggunaan Penghasilan Kerajaan Persekutuan:

Penggunaan Penghasilan Kerajaan Persekutuan hendaklah dijimatkan dan tidak dibazirkan dengan projek-projek yang boleh dianggap satu pembaziran. Elaun-elaun ataupun gaji untuk pemimpin hendaklah dikurangkan agar mereka benar-benar berkhidmat untuk rakyat bukan berkhidmat kerana wang.

Itulah antara komponen-komponen yang ada di dalam Revolusi Malaysia, Insya-Allah penulis akan hasilkan buku yang akan menerangkan secara jelas mengenai idea "Revolusi Malaysia" ini. Penulis akan cuba siapkanya dengan secepat mungkin.

Akhirkata marilah kita bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia, bersama-sama kita laungkang:

Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !
Revolusi !

Revolusi Malaysia !
Hidup Revolusi Malaysia !
Bersatu Ke Arah Revolusi Malaysia !



Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin