Bilangan Pengunjung:

Friday, May 15, 2009

Pertubuhan Pribumi Perkasa Mahu Hak Biasiswa Bumiputera Dikembalikan.....

Official logo of United Malays National Organi...Image via Wikipedia

Laporan Utusan Online:

"Kembalikan hak biasiswa bumiputera- Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR 14 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan bersikap tegas dengan mengembalikan sepenuhnya hak biasiswa bumiputera.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali menegaskan, langkah itu wajar agar kepentingan bumiputera sentiasa terpelihara seperti yang termaktub di dalam perlembagaan.

Sambil menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat supaya kerajaan mengkaji semula dasar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah angkuh dan buta perlembagaan, beliau berkata, kerajaan 'sudah banyak bertolak ansur' khususnya dalam pemberian biasiswa.

''Kenyataan (Tee Keat) berkenaan juga hanya mementingkan politik kaum semata-mata. Sudah cukup sebelum ini hak biasiswa JPA bumiputera dicabul dengan pembahagian 51-49 peratus.

''Berapa banyak pun kerajaan bertolak ansur dengan kaum Cina, India dan lain-lain, mereka tidak akan berterima kasih atau undi Barisan Nasional (BN) lagi,'' kata beliau dalam kenyataannya yang dihantar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kenyataan berkenaan mengulas kenyataan Tee Keat dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa kerajaan akan menilai semula kriteria pemilihan bagi biasiswa JPA.

Tee Keat berkata, mesyuarat akan diadakan di antara pemimpin parti komponen BN, Ketua Pengarah JPA dan Ketua Setiausaha Negara hari ini.

Tee Keat menambah, MCA mendapat banyak aduan mengenai pelajar terbaik dari beberapa negeri yang tidak menerima biasiswa tersebut.

Tambah Ibrahim, UMNO akan hilang sokongan orang Melayu sepenuhnya jika terus bertolak ansur.

''Jika kerajaan tidak hormati hak istimewa orang Melayu, Perkasa juga akan mula turun ke jalan raya macam pertubuhan haram Hindraf.

''Jika kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pun tidak lama, akan dibebaskan dan tidak payah berterima kasih,'' katanya.

Jelas Ibrahim, ramai anak Melayu kini yang layak mendapat biasiswa, namun tidak menerima biasiswa tersebut."{http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_20.htm&arc=hive}

Komen Suara Generasi Muda Malaysia:


Biasiswa kepada Kaum Bumiputera hendaklah diteruskan kerana penulis merasakan belum sampai masanya untuk kerajaan "memansuhkan" biasiswa kepada Bumiputera kerana kedudukan ekonomi kaum Bumiputera masih belum kukuh dan utuh jika dibandingkan dengan kedudukan ekonomi bangsa lain.

Sebagai Contoh, kalau kita lihat senario kedudukan Ekonomi pada hari ini kita akan dapati Kedudukan Ekonomi rakyat Berbangsa Cina lebih terkedepan jika kita bandingkan dengan kedudukan ekonomi umat Melayu pada masa ini.

Penulis secara dasarnya bersetuju dengan pandangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa supaya Kerajaan perlu meneruskan biasiswa untuk Bumiputera di negara ini. Jangan dalam keghairahan melaksanakan Visi dan Misi 1 Malaysia, bumiputera terabai begitu sahaja.
Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin