Bilangan Pengunjung:

Thursday, May 14, 2009

Penahanan Dr. Ramzi Konspirasi atau Realiti ???

Penulis percaya ramai di kalangan pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia sudah mengetahui mengenai isu 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang menerima SMS Ugutan baru-baru ini.

Bagi pembaca yang mengambil berat mengenai isu-isu semasa yang berlaku di dalam arena politik tanah air atau dengan kata lain "ambil cakna" sudah tentu mengetahui bahawa sebelum ini pihak Polis telah memberi tempoh tiga hari kepada Bekas Setiausa Politik Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyerah diri kerana beliau disyakki terlibat dengan 'SMS Ugutan' tersebut. Selepas tempoh tiga hari yang diberikan pihak Polis tamat, akhirnya pihak Polis terpaksa mengeluarkan "Waran Tangkap" untuk menahan Dr. Ramzi bagi membantu siasatan.

Polis juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihak Polis mempunyai cukup bukti untuk menyabit dan mendakwa Dr. Ramzi terlibat di dalam kes SMS Ugutan kepada sepuluh orang ADUN tersebut.

Rosol Wahid Dakwa Satu Konspirasi...

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil iaitu Datuk Rosol Wahid mendakwa penahanan Dr. Ramzi merupakan satu "konspirasi" pihak yang mendakwa Rosol dan 9 orang rakan-rakanya yang lain cuba menjatuhkan "kepimpinan Kerajaan Negeri" sekarang dan beliau amat yakin bahawa Dr. Ramzi tidak bersalah berhubung insiden ini. Kenyataan Datuk Rosol dikeluarkan di blog milik beliau {http://drosol.blogspot.com/}.

Berdasarkan kenyataan Datuk Rosol penulis percaya wujud satu konspirasi untuk mempersalahkan Dr. Ramzi berhubung insiden 10 Orang ADUN yang menerima SMS ugutan baru-baru ini, ada juga kemungkinan Dr. Ramzi "forward" SMS Ugutan yang beliau terima kepada 10 orang ADUN dan Polis mengesan ia datang dari Dr. Ramzi walhal SMS itu datang daripada lain cuma Dr. Ramzi "forward" SMS tersebut untuk memberi peringatan agar mereka semua berjaga-jaga.



Reblog this post [with Zemanta]

No comments:

Blog Widget by LinkWithin