Image by AFP/Getty Images via Daylife
Anak kedua penulis blog dan juga pengendali blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Raja Kamaruddin mengaku salah di Mahkamah Majistret Shah Alam semalam terhadap empat pertuduhan termasuk tiga tuduhan mencuri.
Nampaknya penulis blog Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamaruddin tidak pandai menjaga anak kerana sibuk "mengutuk" dan mengadakan cerita-cerita untuk menjatuhkan orang tertentu. Mungkin ini adalah balasan yang diberikan Allah tuhan seru sekian alam ke atasnya kerana membuat cerita-cerita yang berorientasikan fitnah semata-mata untuk mencapai cita-cita politik.
Teringat Penulis dengan satu pepatah melayu yang berbunyi "Gajah depan mata tak nampak, tapi kuman di seberang lautan nampak" pepatah ini mungkin boleh dihubungkaitkan dengan Raja Petra Kamaruddin.
Sesungguhnya Allah melindungi orang yang dizalimi dan doa orang yang di zalimi makbul. Tindakan cerita bukan-bukan tentang seorang boleh diertikan sebagai tindakan menzalimi seseorang itu.
Mungkin juga beliau terlalu sibuk dengan blog Malaysia Today beliau sehinggakan tak ada masa untuk menguruskan anak-anak dan keluarga dan membuatkan anak beliau terbiar kerana baginya politik lebih penting daripada anaknya dan keluarga.
Penulis berharap selepas ini Raja Petra Kamaruddin akan insaf dengan perbuatanya dan kembali ke pangkal jalan dan tidak lagi mengada-adakan cerita yang bukan-bukan tentang seseorang di blognya.

1 comment:
Saya anggap entri ini sangat tidak bermakna (bagaikan kuman). Tapi saya komen juga kerana perlu cuba satu reaksi sekurang2nya. Mahu survey apakah tindak balas.
Ini pemikiran kurang matang. Entri sebegini boleh didapati dalam mana2 blog dimana pemikiran 'ikut lalang' atau lebih menyedihkan, plagiaris dari Utusan.
Maaf, hanya cadangan - mungkin ada baiknya jika saudara lepasi had dunia manipulasi. Cuba mengukur dimensi kebenaran vs. apa yang 'dianggap' kebenaran oleh majoriti.
Oh ya. Best tak kalau misal katakan anak saudara kena belasah setiap hari di Penjara Sg Buloh. Lambat laun apa2 pun boleh mengaku ye tak...
Post a Comment