Bilangan Pengunjung:

Friday, May 15, 2009

Politik Wang Mula Berputik Di Dalam PAS?

Bendera PAS, Kemaman, TerengganuImage by onggon ~ [ outstation ] via Flickr

"Politik Wang" satu kaedah sonsang untuk mendapat kekuasaan politik di dalam Parti tertentu. Istilah "Politik Wang" digunakan bagi mengantikan istilah "Rasuah Politik", sebenarnya "Politik Wang" dan "Rasuah Politik" adalah perkara yang sama.

Bercakap mengenai "Politik Wang" sudah tentu orang akan menunding jari ke arah UMNO, kerana banyak pemimpinya yang begitu sinonim dengan "Politik Wang". Tetapi kali ini penulis bukan ingin bercakap mengenai "Politik Wang" di dalam UMNO tetapi lebih kepada "Politik Wang" yang mula berputik di dalam PAS.

Penulis percaya penyokong-penyokong PAS sudah tentu merasa aneh dan janggal dengan "Politik Wang", kerana mereka begitu mentah denganya tidak seperti UMNO yang begitu sinonim dengan "Politik Wang".

Perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS sedikit tercalar dengan isu "Politik Wang" yang berlaku di dalam PAS. Persoalanya kenapa sejak kebelakangan ini "Politik Wang" mula wujud di dalam PAS?

Penulis masih ingat lagi cerita orang Politik dulu-dulu yang sealiran dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba, penulis ingin ceritakan balik apa yang diceritakan oleh beliau kepada penulis, katanya "Orang yang memperkenalkan "Politik Wang" di dalam UMNO adalah Anwar Ibrahim dan kekalahan Tun Ghafar Baba adalah disebabkan strategi "Politik Wang" yang digunakan oleh Anwar Ibrahim". Itulah sahaja yang dapat penulis ceritakan kepada pembaca blog ini.

Penulis juga sempat berbual dengan seorang ahli PAS yang beraliran "Kepimpinan Ulama'", beliau mendakwa sejak ahli PAS beraliran "Profesional" semakin ramai di dalam PAS dan ada yang jadi pemimpin, sejak itulah "Politik Wang" mula menular di dalam PAS.

Penulis percaya ramai yang mengetahui ahli PAS beraliran "Profesional" di dalam PAS adalah"Orang Anwar Ibrahim" atau apa yang penulis gelarkan "Stealth Soldier Anwar Ibrahim" dalam artikel penulis sebelum ini. Berbalik kepada teori "Anwar Ibrahim Pelopor Politik Wang Di dalam UMNO", berdasarkan teori ini dan apa yang terjadi pada PAS sekarang seolah-olah ia saling berhubungan.

NASIHAT KEPADA AHLI PAS

Penulis ingin menasihati kepada ahli-ahli PAS, ingatlah "Politik Wang" hampir-hampir menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 12 baru-baru ini, jika anda sayangkan PAS janganlah terlibat dengan "Politik Wang", bantulah pucuk pimpinan membanteras "politik wang" di dalam PAS, jika tidak PAS juga akan menerima nasib yang sama seperti UMNO.

Beringatlah sebelum kena, jangan nanti sudah terhantuk, baru nak tergadah. Jika anda benar-benar sayangkan PAS berjuanglah tanpa kepentingan kewangan, jangan jadikan PAS sebagai Parti Korporat agar Perjuangan Asal PAS tidak terpesong.

Reblog this post [with Zemanta]

1 comment:

Aduweh said...

terima kasih kepada saudara menyatakan sudi berkongsi idea tentang sejarah politik wang di Malaysia. Masih lagi saya inigat pada tahun 1993, ketika itu saya masih lagi belajar di Tahun 1(UM, pensyarah membincangkan bagaimana strategi politik DS Anwar dan Tun Ghafar. dalam janjinya untuk tidak menentang Ghafar, tut-tut, Ghafar tersungkur kerana janji manisnya.

Blog Widget by LinkWithin