Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label 1malaysia development berhad. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia development berhad. Show all posts

Monday, May 11, 2015

Najib, saya juga tidak gentar

Najib, saya juga tidak gentar
Oleh: yieMEGA

TADI penulis ada pembaca sebuah laporan akhbar di Harian Metro online, di mana laporan tersebut menyebut najib berkata "Saya tidak Gentar" laporan tersebut boleh dibaca di sini. Nampak begitu berani sekali Najib pada kali ini walaupun bermacam-macam isu timbul berkenaan dengan pemerintahan beliau saban hari. Mungkin juga dia ingin menunjukkan beliau bukanlah PM yang lemah lantas mengeluarkan ungkapan sebegitu rupa.

Pada hari ini Isnin 11 Mei 2015 penulis ingin mengiytiharkan bahawa penulis akan memulakan perjuangan penulis untuk mendesak agar DS Najib meletak jawatan dengan seberapa segera bagi memulihkan sokongan terhadap UMNO. Penulis juga tidak gentar dengan Najib sebegaimana Najib yang tidak gentar. Dalam masa yang sama penulis akan berusaha untuk mewujudkan Gerakan Undur Najib (GUN) bagi memperhebat usaha-usaha untuk mendesak DS Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. 

Penulis merasakan sudah tiba masanya untuk kita meminta DS Najib berundur daripada jawatan nombor satu negara itu. Setelah beberapa isu yang timbul penulis sehinggakan menjejaskan imej UMNO di mata rakyat, penulis merasa kita tidak perlu membuang masa dengan terus memberi sokongan kepada beliau untuk mengekalkan kerusi empuk Perdana Menteri di Putrajaya untuk terus menjadi miliknya. 

Apa yang penulis bimbang, sekiranya kita terus memberi sokongan kepada beliau untuk terus jadi PM sokongan rakyat terhadap BN akan terus berkurangan dan tidak mustahil pada PRU yang akan datang BN akan jadi pembangkang di Malaysia. Untuk apa kita membela seorang sedangkan ramai yang ternaniaya sekiranya kita terus memberi sokongan terhadap Najib. 

Baca Lagi!

Tuesday, September 21, 2010

Anwar Membuat Kenyataan Ekonomi Bersandarkan Khabar Angin?

Anwar Membuat Kenyataan Ekonomi Bersandarkan Khabar Angin?
Oleh: yieMEGA

TELAH lama blog ini tidak dikemaskini, ini berikutan penulis baru sahaja pulang dari bercuti beberapa hari yang lalu, maaf dipohon kepada semua pembaca setia blog ini, dan diharapkan mereka terus setia membaca blog ini kerana tanpa mereka tidak berfungsilah blog ini. Terima kasih di atas sumbangan pembaca sebelum ini.

Pada artikel kali ini penulis ingin mengulas berhubung dakwaan Ketua Pembangkang Malaysia DS Anwar Ibrahim yang mempersoalkan "Akaun 1Malaysia Development Fund Berhad". Setelah membuat beberapa analisa terhadap kenyataan beliau penulis mendapati ia seolah-olah kenyataan ekonomi yang dibuat bersandarkan khabar angin atau dengan kata lain auta dan bukanya fakta.

Penulis sertakan cebisan kenyataan beliau di bawah ini:

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut.

Kenyataan di atas telah mengambarkan bahawa Anwar Ibrahim telah membuat satu kenyataan atau ramalan yang ada sangkut paut dengan ekonomi hanya bersandarkan khabar angin. Penulis pun hairan bagaimana orang yang dikatakan Pakar Ekonomi ini boleh mengguna pakai khabar angin untuk dijadikan kenyataan ekonomi.

Penulis juga berharap agar kenyataan Anwar Ibrahim ini dikeluarkan bukanlah bertujuan mengalihkan 'tumpuan' rakyat di dalam beberapa isu yang timbul di dalam Pakatan Rakyat termasuk pemilihan PKR sebelum ini atau dengan kata lain ianya adalah hanya satu 'tricks' untuk menyelamatkan diri.

Walaubagaimanapun dalam masa yang sama penulis ingin meminta Kerajaan Malaysia membuat kenyataan berhubung Akaun 1Malaysia Development Fund Berhad ini. Kerajaan tidak boleh main-main dengan hal ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan rakyat patut tahu mengenainya.

Perdana Menteri mungkin orang yang paling layak tampil mengeluarkan kenyataan kerana 1Malaysia diilhamkan oleh beliau. Penulis berharap PM tidak terus membuatkan rakyat tertanya-tanya dan akhir sekali terpengaruh dengan dakwaan Anwar itu.

Dalam masa yang sama penulis juga ingin menggesa kerajaan berdasarkan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebarang apa jua bentuk program yang dibuat yang melibatkan wang rakyat ia hendaklah dibuat dengan benar-benar telus kerana ini lah baru dipanggil 'Rakyat Didahulukan'.


Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin