Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz Nik Mat. Show all posts

Friday, February 3, 2012

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal

PAS Perlu Kembali Ke Perjuangan Asal
Oleh: yieMEGA

DEMI Politik manusia sanggup berbuat apa sahaja asalkan mereka mendapat kuasa politik. Realiti Politik di Malaysia pada hari ini ialah penggiat-penggiat politik sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan demi kuasa politik.

PAS tidak terkecuali dengan realiti ini, mereka terpaksa melakukan apa sahaja demi kuasa dan kesinambungan politik. Mereka perlukan sokongan semua kaum untuk membolehkan mereka berkuasa. Oleh yang demikian, kita lihat PAS sejak akhir-akhir ini sudah jauh berubah tak keterlaluan kalau penulis kata PAS sekarang merupakan sebuah Parti Islam yang Liberal.

Lihat saja apa yang parti ini lakukan sejak akhir-akhir ini, keputusan-keputusan yang dibuat oleh parti ini kebelakangan ini ternyata kelihatan lebih Liberal berbanding sebelum ini. Adakah PAS terpaksa menjadi Liberal untuk mendapat sokongan ataupun dipaksa oleh parti yang menunjangi Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan ramai.

Lihat sahaja keputusan terbaru yang PAS buat iaitu keputusan memecat keahlian Hassan Ali daripada menjadi ahli PAS dan pemecatan itu berpunca daripada satu saja iaitu kritikan Hassan Ali terhadap Anwar Ibrahim. Nampaknya sekarang ini Anwar Ibrahim lebih berkuasa di dalam PAS berbanding Hadi Awang mahupun Tok Guru Nik Aziz.

Timbul juga persoalan di benak pemikiran penulis, adakah akan berlaku sebagaimana yang pernah terjadi di dalam UMNO di mana Anwar Ibrahim telah berjaya menjatuhkan Allahyarham Tun Ghafar Baba suatu masa dulu.

Tidak dinafikan perkara ini akan terjadi, tambahan pula baru-baru ini Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang meluahkan hasrat ingin bersara dan melepaskan jawatan Presiden. Sekiranya ini berlaku bermakna Anwar Ibrahim sudah berjaya mencorakkan PAS mengikut corak yang diingini oleh beliau.

Begitu juga, demi Pakatan Rakyat PAS sanggup menjadi parti Islam yang Liberal. Kadang-kadang kelihatan PAS hanyalah sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat. Bagi penulis PAS sememangnya tidak layak menjadi parti 'Pak Turut' sepatutnya merekalah yang menunjangi Pakatan Rakyat.

Entah sampai bila PAS ingin terus membiarkan parti mereka terus diperalat oleh Anwar Ibrahim. Sekiranya PAS masih belum sedar sampai bila-bila pun mereka akan dipergunakan oleh Anwar Ibrahim untuk kepentingan diri Anwar Ibrahim sendiri.

Hassan Ali seorang bekas pemimpin PAS yang tabah, impian murni beliau untuk membersihkan PAS daripada anasir-anasir jahat atau yang dilabel sebagai 'Parasit' oleh Hassan Ali telah disekat sehinggakan beliau dikeluarkan dari PAS, namun perjuangan itu diteruskan di luar PAS.

Daripada beberapa kenyataan Hassan Ali jelas sekali 'hati dan jiwanya' masih lagi PAS dan tidak berminat untuk berhijrah kepada parti-parti yang menjadi lawan kepada PAS mahupun parti yang menjadi 'kawan' kepada PAS. Bagi meneruskan agenda perjuangan beliau menubuhkan JATI.

Hari-hari terus berlalu, PAS terus berubah dan berubah lagi berubah....perjuangan mereka selama ini sekarang ini sudah tidak kendengaran mungkin benar mereka sudah menjadi sebuah parti 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang dilabel 'parasit' oleh Hassan Ali kerana mereka sudah berjaya merosakkan PAS. Perjuangan mereka-mereka di dalam PAS sebelum ini sudah menjadi sia-sia dek kerana 'parasit-parasit' di dalam PAS.

Akhirkalam, pada pandangan penulis PAS perlu kembali kepada perjuangan asal dan berhenti daripada menjadi parti yang hanya menjadi 'Pak Turut' di dalam Pakatan Rakyat.

Baca Lagi!

Wednesday, January 11, 2012

Hassan Ali Dan Adam Adli

Hassan Ali Dan Adam Adli
Oleh: yieMEGA

Hassan Ali dan Adam Adli, bunyinya dah dekat-dekat nak sama tetapi mereka daripada dunia yang berbeza. Cuma nama Hassan Ali ini sudah lama kita mendengarnya cuma Adam Adli je baru akhir-akhir ini namanya meletup. Mungkin Adam Adli seorang yang suka mendapat publisiti murahan atau mungkin juga ini adalah jalan pintas baginya untuk menjadi pemimpin dengan menjadi pengampu Anwar Ibrahim. Biarkan saja persoalan itu terus menjadi persoalan.

Adam Adli satu nama yang semakin popular sejak akhir-akhir ini, bertambah popular lagi apabila satu berita yang dilaporkan Agenda Daily. Mengikut berita tersebut Adam Adli digantung pengajian selama tiga semester, tindakan itu dikenakan oleh Jawatankuasa Tata Tertib UPSI kerana dia didapati mencemarkan reputasi UPSI. Walaubagaimanapun Adam Adli bercadang ingin mencabar keputusan penggantungan beliau dengan membawanya ke Mahkamah.

Penulis kagum dengan keberanian Adam Adli, namun adakah Adam Adli sedar berapa ramai yang berada di luar sana yang berminat untuk masuk UPSI tetapi tidak diberikan peluang, orang yang diberikan peluang untuk belajar di UPSI seperti Adam Adli asyik sibuk berpolitik, pelajaran entah ke mana, bagi penulis sekiranya Adam Adli berminat sangat dengan politik adalah lebih baik baginya supaya berundur daripada UPSI secara sukarela dan menyertai mana-mana parti politik.

Penulis ada juga mendapat maklumat bahawa Adam Adli ini begitu mesra dengan Anwar Ibrahim, sejauh mana kemesraan beliau dengan  Anwar Ibrahim tidakah penulis ketahui, apa yang penulis tahu dia seorang yang bermuka jambu atau jejaka jambu. Kita akhiri kisah Adam Adli di sini untuk memberi laluan kepada kisah Hassan Ali.

Hassan Ali

SEPERTIMANA yang kita tahu bahawa EXCO Selangor yang juga merupakan bekas Pesuruhjaya
PAS Selangor Hassan Ali telah pun dipecat daripada PAS, pemecatan ini adalah dipercayai berpunca daripada beberapa kritiikan pedas yang dibuat Hassan Ali beberapa hari yang lalu.

PAS yang selama ini mendokong dan berkempen untuk "kebebasan bersuara", tetapi hari ini tindakan pemecatan Hassan Ali ini membuktikan bahawa tiada kebebasan bersuara di dalam PAS dan demokrasi juga sudah mati di dalam PAS.

Hassan Ali yang juga dilabel "Hassan Akidah" oleh Mohd Sayuti Omar (MSO), manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa tindakan Hassan Ali tersebut adalah tidak senonoh. Hebat juga ya, hanya melemparkan beberapa kritikan sudah dikatakan tidak senonoh, ini bermakna kritikan tersebut hampir sama dengan seorang yang bertelanjang bulat dihadapan ramai.

Penulis pun hairan adakah TG Nik Aziz ini tersalah guna istilah ataupun beliau sendiri sememangnya tidak reti menggunakan istilah. Jawapan itu hanya ada pada beliau. Namun, penulis tidak bersetuju dengan hanya kritikan tersebut sudah dianggap tidak senonoh.

Ada yang mengatakan Hassan Ali akan dilamar UMNO, namun berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa UMNO tidak akan melamar Hassan Ali tetapi menyerahkan kepada Hassan Ali untuk menyertai organisasi politik mana yang menjadi minat di hati beliau.

Baca Lagi!

Friday, November 25, 2011

Ruang Dan Peluang BN PRU 13

Ruang Dan Peluang BN PRU 13
Oleh: yieMEGA

TEMPOH Penggal Pilihan Raya Umum ke 12 masih belum tamat lagi, namun ia akan menemui penghujungnya tak berapa lama lagi. Namun kini cakap-cakap mengenai Pilihan Raya Umum 13 sudah mula kendengaran di sana dan sini. Sudah menjadi lumrah politik di Malaysia apabila mereka merasakan saat pilihan raya sudah hampir jadi mulalah mereka terus mepergiatkan aktiviti politik mereka.

Oleh kerana musim sekarang orang bercakap mengenai PRU13, jadi tidak salah penulis rasakan sekiranya penulis pun mengulas perkara yang sama, kata orang barulah tak ketinggalan zaman. Di dalam kita mengharungi arus perubahan adalah elok kita berbicara mengenai politik seketika.

Politik satu perkara yang unik, Politik boleh menjana Kebaikkan malah Politik juga boleh menjana kejahatan terpulang kepada sesiapa yang mengemudi dan membawa politik tersebut mengikut arus yang mereka inginkan. Kali ini penulis ingin berbicara mengenai Ruang Dan Peluang BN di PRU 13. 

"Ruang dan Peluang BN PRU13" itulah yang penulis ingin bincangkan pada hari ini. Pastinya semua parti politik bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia mempunyai satu matlamat yang sama iaitu memenangi hati rakyat.

Pertama sekali ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh BN sekiranya mereka ingin berjaya di dalam PRU  13 kelak. BN Pasti tidak mahu tragedi PRU12 akan berulang sekali lagi pada PRU13.  Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) sebagai orang yang paling dekat dengan rakyat di kampung-kampung perlulah dinilai semula kerana mengikut risikan yang dibuat sendiri oleh penulis banyak bantuan-bantuan yang tidak sampai kepada rakyat kerana wujudnya Pengerusi JKK yang pilih bulu dengan tidak memberikan bantuan kepada rakyat yang berlainan ideologi politik dengan mereka.

Perkara yang sedemikian bakal mengurangkan ruang dan peluang BN untuk berjaya di PRU13 sekiranya perkara ini tidak mengalami proses transformasi besar kemungkinan BN bakal terlepas peluang untuk menguasai majoriti 2/3 di Parlimen.

Keduanya ialah calon Pilihan Raya. Pemilihan calon yang diterima oleh rakyat memainkan peranan yang penting di dalam menjana kejayaan di dalam BN. Jalan yang terbaik yang BN boleh gunakan ialah mencalonkan ahli-ahlinya yang di kalangan graduan menganggur kerana ini adalah strategi serampang dua mata, pertama dapat memberikan kelebihan kepada BN dan yang keduanya membantu mengurangkan kadar penganguran di Malaysia.

Ketiga, kikis sifat Elitis yang ada di kalangan pemimpin-pemimpin BN, sebaliknya tukar sifat elitis kepada sifat yang lebih merendah diri bagi meletakkan pemimpin BN sama aras dengan rakyat Marhaen. Tanyalah kepada semua rakyat pasti mereka mahukan ini.

Keempat, elakkan kempen secara keterlaluan sebaliknya jadikan kempen Pilihan Raya lebih bersemangat kekitaan atau perpaduan tanpa mengira di bawah bendera mana mereka bernaung. Apa yang pasti kempen biarlah bersederhana dan kurangkan projek mee segera kerana pada zaman sekarang pembangunan tidak lagi menjadi pilihan wajib rakyat di dalam memilih pemimpin.

Kelima dan terakhir, pastikan janji-janji di dalam PRU yang lepas ditunaikan dengan cemerlang dan dalam masa yang sama jangan janjikan bulan, bintang cakerawala kepada rakyat kerana apa yang ditentukan oleh rakyat ialah perkhidmatan yang terbaik yang diberikan oleh parti-parti yang bertanding. 

Akhir kalam, semoga apa yang penulis nukilkan di sini mendapat perhatian pendokong-pendokong BN sekiranya mereka inginkan kejayaan di pihak mereka. Ingat buatlah betul-betul jang main-main.

Baca Lagi!

Sunday, October 2, 2011

Bila PAS nak buat Hudud...

Bila PAS nak buat Hudud...
Oleh: yieMEGA

BILA PAS nak buat Hudud menjadi tajuk pilihan artikel penulis pada kali ini. Sesuai lah juga dengan isu semasa sekarang ini apabila PAS sudah mula menayangkan kembali apa yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini dipendamkan sementara mungkin kerana mahu menjaga hati parti sekutu mereka bernama DAP.

Bila saja PAS menayangkan kembali perjuangan asal mereka untuk menegakkan undang-undang Hudud di negara bernama Malaysia ini, tiba-tiba sahaja DAP melatah. Sehingga menyebabkan perang mulut antara Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan orang kuat DAP iaitu Karpal Singh. Nik Aziz bertegas mahu menegakkan undang-undang Hudud manakala Karpal Singh pula bertegas mahu menegakkan undang-undang yang dilabel 'sekular' oleh Nik Aziz.

Penulis ingin bertanya dengan anda semua pembaca setia blog Suara Generasi Muda Malaysia, apa yang kita lihat apabila isu ini meletus, ramai pula pemimpin-pemimpin kita sibuk memberikan komen terhadap isu tersebut, kenapa ya? Adakah mereka merasakan inilah masa yang sesuai untuk mereka "menanguk di air yang keruh"? Kalau mereka fikir begitu ternyata mereka silap.

Kenapa penulis berkata sedemikian rupa? Jawapanya mudah sahaja tidak terfikirkah mereka bahawa kenapa isu itu tiba-tiba aje timbul tambahan pula ia boleh dikira ditimbulkan apabila Pilihan Raya Umum 13 semakin dekat, sudah tentu ada udang di sebalik mee.

Pada pandangan penulis, ianya satu strategi pilihan raya PAS atau lebih tepat lagi Pakatan Rakyat. Anda semua perlu ingat apa yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil yang melibatkan PAS yang lalu, ternyata sokongan kaum Melayu terhadap mereka semakin berkurangan, jadi bagi menarik semula sokongan kaum Melayu yang beragama Islam mereka terpaksa melaung-laungkan kembali yang mereka nak buat undang-undang hudud. Walaupun mereka tahu yang persediaan untuk menggubal undang-undang hudud masih belum cukup dan juga ia juga akan dalam konteks Malaysia ia juga sukar dilaksanakan kerana negara ini mempunyai masyarakat berbilang kaum.

Mereka tahu itu semua mustahil tetapi mereka nak buat juga bagi mengembalikan semula sokongan kaum Melayu beragama Islam kepada mereka yang telah beralih arah sebelum ini. Inilah yang dikatakan "Demi Kuasa Manusia Sanggup Melakukan Apa sahaja untuk mendapatkan kuasa".

Baca Lagi!

Sunday, July 25, 2010

Perpaduan Yang Ditolak

Official Logo of Pan-Malaysian Islamic Party (...Image via Wikipedia

Perpaduan Yang Ditolak
Oleh: yieMEGA

TAK Berapa lama dahulu, timbul isu Unity Government (UG) yang menyeru ke arah perpaduan Melayu yang ingin melihat kerjasama UMNO dan PAS. Isu tersebut hangat seketika dan akhirnya PAS kekal dengan keputusan untuk menolak perpaduan.

Hari ini, kendengaran lagi seruan ke arah perpaduan, namun sekali lagi ia ditolak oleh PAS. Punca mereka menolak perpaduan ialah kerana mereka sudah berada di ambang kuasa dan mungkin lebih percayakan DAP dan PKR berbanding UMNO.

Penulis sedikit pun tidak hairan dengan penolakkan oleh PAS itu, kerana satu masa dahulu TG Nik Aziz pernah berkata "Berkawan dengan syaitan pun tak apa". Ini maknanya PAS lebih percaya pada syaitan berbanding percaya kepada manusia.

Tetapi apa yang penulis hairan, kenapa isu perpaduan UMNO-PAS ini ditimbulkan semula. Sedangkan PAS sudah beberapa kali menolak perpaduan sebelum ini, secara jelasnya PAS sememangnya menolak perpaduan.

Begitu juga kepada yang menimbulkan semula isu ini, adakah beliau tidak sedar dan serik bahawa PAS tidak akan berganjak kerana di dalam 'benak' pemimpin-pemimpin mereka sudah terbayang mereka akan membarisi menteri-menteri kabinet di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak apa pentingnya perpaduan Melayu umumnya, perpaduan Islam khasnya.

Penulis juga ada terbaca artikel blog Merah Tinta MSO berkenaan isu ini, beliau mengatakan UMNO akan kelihatan lebih ikhlas di dalam seruan perpaduanya sekiranya mengajak PKR turut serta di dalam perpaduan anjuran UMNO itu.

Persoalanya di sini, PKR adalah parti berbilang kaum dan berbilang agama, sedangkan berbicara mengenai perpaduan umat Islam. Jadi apa kena mengena PKR dengan perpaduan umat Islam.

Penulis merasakan tidak perlu lagi 'menghantar undangan' perpaduan kepada PAS, kerana mereka tidak mahukan perpaduan mereka mahukan kuasa untuk mengaut harta dan kekayaan. Mereka lebih gilakan kuasa berbanding perpaduan.

Cukuplah melayan mereka lagi, biarkan mereka terjun dengan labunya, kita sepatutnya bekerja dengan lebih kuat dan gigih agar tercapai hasrat negara maju pada tahun 2020. Sama-samalah kita berusaha.
Enhanced by Zemanta

Baca Lagi!

Thursday, December 17, 2009

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan

Perkembangan Terkini Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan
Oleh: yieMEGA

SEBELUM ini penulis telah mengulas berkenaan isu Bazaar Tok Guru yang timbul di negeri Cik Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga ini di dalam artikel yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Di Kelantan".

Bagi memberikan ulasan mengenai beberapa perkembangan terkini yang berlaku berhubung isu tersebut, penulis telah membaca blog-blog lain untuk mendapatkan sedikit maklumat. Antaranya ialah Blog Harian Cahaya menerusi artikelnya yang bertajuk "Isu Bazaar Tok Guru Semakin Celaru" yang disiarkan menerusi ruangan Pena Cahaya blog tersebut.

Selain itu, tidak ketinggalan blog yang menjadi kegemaran penulis iaitu Blog MSO atau Merah Tinta MSO menerusi artikelnya yang bertajuk "Bila Tulisan Saya 300% Palsu". Dengan pembacaan blog-blog tersebut dapatlah penulis membuat sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

Pertamanya, tahniah penulis ucapkan kepada MSO kerana telah menjadi blogawan yang baik dengan memberikan peluang kepada orang yang terlibat membela diri di dalam blognya dan juga beliau cuba menjadi blogawan yang beretika sepertimana saranan Perdana Menteri.

Keduanya, tahniah juga penulis ucapkan kepada wakil peniaga yang berani memberi penjelasan perkara sebenar yang terjadi. Namun, penulis tidak boleh mempercayai 100% yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang yang hadir ini adalah benar-benar wujud, penulis meletakkan hanya 35% penulis percaya dengan jurukomen yang mengelarkan dirinya Arif ini.

Kenapa penulis berpendirian sedemikian? Zaman serba canggih ini kita tidak boleh mempercayai orang kerana penipuan mereka pasti secanggih zamanya. Kita lihat internet adalah dunia tanpa sempadan, jadi macam-macam orang lakukan untuk menipu termasuklah menyamar lagipun latar belakang seperti gambar dan nama penuh orang yang memberikan komen itu tiada, ini juga membuatkan kita boleh mempersoalkan adakah benar beliau salah seorang daripada peniaga yang hadir.

Mungkin apabila kita membaca kenyataanya seperti mana di bawah:

Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.


Orang akan mengatakan beliau telah bercakap benar kerana telah bersumpah dengan nama Allah. Persoalanya bolehkah kita mempunyai sumpah ini sedangkan Sumpah Saiful pun tidak dipercayai orang.

Penulis tetap berpendirian yang orang yang mendakwa dirinya salah seorang daripada mereka yang hadir dalam pertemuan itu supaya tampil mendedahkan dirinya, beliau tak perlu takut kerana takut kerana salah, berani kerana benar.

Penulis maaf kalau artikel penulis ini tidak sependapat dengan pembaca, namun itulah hakikatnya tiada salahnya kalau kita berbeza pendapat. Penulis turut mengalu-alukan apa jua pandangan daripada pembaca asalkan komen yang pembaca berikan itu tidak emosional dan juga mulai hari ini komen tanpa nama atau annnymous tidak akan disiarkan lagi sepertimana sebelum ini bagi mengelakkan mereka yang tidak bertanggungjawab membuat sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, December 1, 2009

Kolonel Mat dan TG Nik Aziz

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Kolonel Mat dan TG Nik Aziz
Oleh: yieMEGA

KOLONEL Mat itulah nama yang menjadi popular secara automatisnya sejak akhir-akhir ini. Tuan punya nama inilah yang dikatakan sedang merancangkan atau merencanakan (dalam Bahasa Indonesia) atau merance (dalam loghat Kelantan) untuk menjatuhkan kepimpinan Ulama' yang mempunyai Ilmu mantik di Kelantan iaitu MB Kelantan Sekarang Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kolonel Mat ini yang didakwa tok guru Nik Aziz bahawa orang yang bertanggungjawab menjatuhkan beliau. Namun sampai sekarang siapa dia Kolonel Mat ini masih menjadi persoalan umum. Macam-macam persepsi timbul apabila TG Nik Aziz mendedahkan nama Kolonel Mat. Secara jujurnya penulis sendiri tidak tahu siapa sebenarnya 'Kolonel Mat', puas juga penulis mengeledah blog-blog tapi tak jumpa pun siapa yang dikatakan 'Kolonel Mat' ini. 'Geli Mat' penulis tahulah.

Kickdefella kata dia kenal dengan 'Kolonel Mat' ni tapi tak tahulah adakah "Kolonel Mat' yang dia kenal itukah yang dimaksudkan oleh TG Nik Aziz, katanya lagi "Kolonel Mat' yang dia kenal ini sudah meninggal dunia. Kenali 'Kolonel Mat' yang dikenali Kickdefella di blog Kickdefella.

Hari ini MSO (Mohd Sayuti Omar) mengatakan bahawa satu perhimpunan bagi menuntut TG Nik Aziz diadakan di hadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan katanya lagi perhimpunan itu ditaja oleh 'Kolonel Mat', ikuti laporan lintas langsung Perhimpunan Kolonel Mat ini di blog Merah Tinta MSO.

Manakala Blogawan Biggum Dogmannsteinberg turut mengulas mengenai krisis Arifahmi Gate membuka pintu perebutan kuasa di Kelantan. Sepertimana artikel yang dimuatkan di dalam blognya.

Penulis pun naik hairan kenapa jadi begitu sedangkan kerusi PAS di DUN Kelantan lebih selesa berbanding PRU11 di mana pada waktu itu Kerajaan PAS Kelantan memerintah dengan hanya satu kerusi boleh kekal sehingga PRU12 tapi apabila PRU 12 PAS menang 39 kerusi tetapi wujud pula kebrantakkan dalam PAS Kelantan? Adakah kebanyakkan pemimpin PAS Kelantan sudah dijangkiti Virus "Sindrom Selesa?" ataupun apa sebenarnya?

Bagi yang sudah muak dengan senario politik tanah air mungkin tahu bahawa itulah yang dikatakan politik "Mungkin Hari ini Kawan Kita, Esok Lusa mungkin Musuh Kita" teringat kepada kata-kata seorang mak cik kepada penulis "Politik itu Kotor". Fahamilah maksud kata-kata mak cik itu.

Bagi penulis tidak penting siapa dia "Kolonel Mat" itu tetapi jangan sesekali pemimpin-pemimpin PAS di Kelantan terus leka dengan 'zon selesa' dan 'kemenangan selesa' kerana di atas muka bumi Allah tuhan seru sekian alam ini tiada yang kekal setiap yang hidup pasti masti, setiap yang di atas pasti turun ke bawah, setiap yang berkuasa, pasti hilang kuasanya kelak" Fikir-fikirkanlah.



Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, November 17, 2009

Perang Harimau Husam?



Perang Harimau Husam?

PERANG mungkin itulah yang boleh kita nyatakan terhadap perbalahan harimau-harimau yang dipelihara Hussam. Harimau-harimau tersebut ialah Blogger Lidah Rasmi Hussam Syed Azidi ataupun lebih dikenali dengan nama kickdefella dan juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang juga menantu kepada Menteri Besar Kelantan iaitu Ariffahmi.

Mengikut apa yang diceritakan oleh MSO dalam blognya Merah Tinta MSO kedua-duanya dibawa masuk oleh Hussam Musa. Dengan erti kata lain kedua-dua orang ini adalah harimau peliharaan Hussam Musa. Musykil juga apakah perancangan Hussam Musa ini tetapi biarlah hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja yang tahu.

Apa yang membuatkan penulis merasakan sedikit pelik ialah kenapa Hussam tidak mententeramkan sahaja harimau-harimau peliharaan beliau, apa yang penulis dapat lihat setakat ini Hussam masih berdiam diri tanpa membuat sebarang media statement tetapi tak tahulah selepas posting ini adakah Hussam akan membuat media statement atau tidak.

Lagi yang membuat penulis merasa hairan adalah kenapa harimau yang bertuankan yang sama bercakaran sesama sendiri? kalau kita lihat di Zoo Negara sekalipun tak pernah kita lihat harimau di dalam itu bercakaran sesama sendiri. Sekali lagi kenapa Hussam membiarkan sahaja harimau peliharaanya bercakaran sesama sendiri?

Mungkinkah Hussam ada perancangan sendiri? ataupun percakaran itu memang sengaja dirancang Hussam? jawapan itu hanya Allah tuhan seru sekian alam sahaja dan batang tubuh Hussam sendiri yang mengetahuinya,

Percakaran harimau-harimau Hussam ini mengapa Tok Guru Nik Aziz yang mendapat tempiasnya, malah ia menjadikan TG Nik Aziz lebih buruk daripada kedua-dua ekor harimau peliharaan Hussam itu.

Mungkinkah tsunami politik disebabkan Menantu yang pernah berlaku di Malaysia akan berulang di Kelantan? Apa yang penulis boleh jawap adalah perkara ini tak mustahil boleh berlaku tambahan pula iklim politik negara kita menjadi tak menentu sejak akhir-akhir ini.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, November 14, 2009

Perancangan Teliti Menjatuhkan TG Nik Aziz?

Ada Orang Tertentu Cuba Menjatuhkan TG Nik Aziz
Oleh: yieMEGA

KEBELAKANGAN ini kita lihat banyak isu yang timbul yang ada kaitan dengan TG Nik Aziz, bermula dengan SPRM menyiasat PMBK dan ada orang besar PMBK adalah menantu TG Nik Aziz sendiri, selepas itu Kickdefella dipecat dari PMBK hanya beberapa hari selepas pemecatan kickdefella timbul pula tuduhan ada syarikat yang membiayai haji TG Nik Aziz, namun itu tugas SPRM bukan tugas penulis untuk mengatakan bahawa penajaan salah ke betul tetapi apa yang penulis mahu bincangkan pada hari ini ialah mengenai kemungkinan ada orang di dalam PAS sendiri yang cuba menjatuhkan TG Nik Aziz?

Berdasarkan isu-isu yang timbul penulis percaya ada 'orang dalam' yang cuba bermain dengan satu permainan untuk menjatuhkan TG Nik Aziz caranya sama seperti siri Samarinda di TV3 itu, contohnya sepertimana dalam drama Legasi 43 Karat, cuba bayangkan ada watak dalam drama ini mampu bersandiwara sehinggakan ramai percaya kepadanya, dengan menggunakan kepercayaan orang itu dia cuba untuk menjatuhkan seseorang.

Begitulah juga dengan senario yang di alami oleh TG Nik Aziz, penulis percaya isu-isu yang menimpa TG Nik Aziz sejak kebelakangan ini, ada kaitan dengan orang tertentu yang mungkin sudah tidak sabar lagi untuk menjadi Menteri Besar Kelantan mengantikan TG Nik Aziz, mungkin cara mengeluarkan isu-isu sebegini ia akan mempercepatkan proses 'peralihan kuasa' kepada orang itu.

Bagi mengelakkan timbul kekeliruan izinkan penulis jelaskan terlebih dahulu bahawa orang itu bukanlah Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang, mungkin pembaca dapat meneka siapakah orang itu, jadi penulis hanya mahu membiarkan pembaca terus meneka.

posting terbaru blognya yang bertajuk "Anak Quraisy Mana Yang Halang Tok Guru Ke Mekah ".

Pada pandangan penulis sekiranya di dapati ada orang di dalam PAS sendiri yang mengkhianati kepercayaan TG Nik Aziz padanya, hendaklah dipecat serta merta dari sebarang jawatan di dalam Parti mahupun di dalam Kerajaan Negeri Kelantan, dan adalah lebih elok ia dibuang terus daripada PAS.

Apa gunanya terus menyimpan duri dalam daging, dan api dalam sekam di dalam PAS, kelak PAS juga yang merana adalah lebih baik kita membuangnya seperti mana kita buang bahagian yang buruk dalam buah mempelam, selepas kita buang bahagian buruk itu, kita masih boleh menikmati buah mempelam itu.

Ingatlah impian peribadi seseorang boleh menjatuhkan imej parti, malah tidak mustahil PRU13 PAS tersungkur lagi ini berdasarkan Teori Bukit Runtuh Graf pencapaian parti politik dalam PRU, penulis akan terangkan dalam artikel penulis akan datang apakah yang dimaksudkan dengan Teori Bukit Runtuh.

Akhir kalam penulis teringat dengan kata-kata seorang kawan penulis yang berbunyi "Dalam kita tidak sedar, musuh kita adalah kawan kita" jadi fikir-fikirkanlah dengan sedalam-dalamnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Monday, November 2, 2009

Keadilan untuk Dr. Asri...

Keadilan Untuk Bekas Mufti Perlis
Oleh: yieMEGA

Penahanan Dr. Asri

TERKEJUT penulis apabila membaca laporan akhbar pagi tadi yang mengatakan bahawa Bekas Mufti Perlis ditahan oleh JAIS kerana didapati mengadakan ceramah tanpa tauliah JAIS. Maka timbullah bermacam-macam andaian berhubung penangkapan bekas Mufti Perlis itu sehingga ada juga yang mengaitkanya dengan Kerajaan Persekutuan walaupun umum mengetahui bahawa JAIS adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sungguhpun persoalan tauliah ceramah agama di Selangor bukanya baru, kerana Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama semasa era BN di Selangor, namun yang menjadi bezanya TG Nik Aziz bernaung di bawah lambang bulan atau dengan erti kata lain beliau adalah orang Politik manakala Dr. Asri ini bukanlah orang politik seperti TG Nik Aziz.

Persoalan yang penulis ingin lontarkan terhadap pembaca adalah adakah kedudukan Dr. Asri sebagai Bekas Mufti Perlis belum cukup untuk mendapatkan tauliah daripada JAIS? Adakah dengan ini JAIS menyamakan Dr. Asri dengan beberapa ajaran sesat yang bertapak di Selangor? Mungkin Sekyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor ini boleh dijadikan rujukan.

Persoalan lain yang penulis ingin timbulkan apakah ada agenda lain di sebalik penahanan Dr. Asri, adakah Kerajaan Negeri ada niat lain yang bermaksud jahat terhadap Dr. Asri, mengapa tidak diberikan sahaja pentauliahan automatik kepada Dr. Asri memandangkan beliau seorang bekas mufti yang sudah tentu berdasarkan dalil-dalil yang berlandaskan kitab memang tidak akan menyeleweng akidah umat Islam.

Berdasarkan kenyataan Pengarah JAIS mereka bertindak atas aduan, persoalanya siapa yang membuat aduan? kenapa ingin menyembunyikan kebenaran sedangkan biasanya orang berani kerana benar, adakah ceramah yang disampaikan Dr. Asri menyeleweng akidah orang Islam?

Fitnah Persatuan Peguam Syarie Malaysia Terhadap Dr. Asri

Fenomena Peguam nak berpolitik nampaknya sudah berjangkit kepada Peguam Syarie dah lah Majlis Peguam pun nak berpolitik, ni peguam syarie pun nak berpolitik juga, bagi penulis dakwaan-dakwaan yang dikemukan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia itu di dalam memorandum kepada DYMM YDP Agung itu adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali.

Antara tuduhan berunsur fitnah dalam memorandum tersebut:
  • Dr. Asri Tidak Beritiqad dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah
  • Keluar dari Mazhab 4 (Syafie, Hambali, Maliqi, Hanafi)
  • Dr. Asri dituduh mencerca Imam Ghazali dan Imam Nawawi dan menolak hadis Bukhari
  • Mencerca solat hajat

Bagi penulis semua tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Tuduhan tersebut mungkin timbul kerana berlaku salah faham terhadap pemahaman cara penyampaian Ceramah Dr. Asri kerana orang yang membuat dakwaan itu mempunyai ilmu yang cetek dalam Kitab yang digunakan oleh Dr. Asri.

Apa yang penulis ketahui kitab yang digunakan oleh Dr. Asri jika kita hanya sekali dua mendengarnya ataupun mengikuti sekerat sahaja daripada ceramahnya maka ia akan timbul salah faham dan terjadilah dakwaan seperti di atas, mungkin juga orang yang membuat tuduhan itu malas untuk menunggu kesudahan sesebuah ceramah dan membuat menghakimi ceramah itu dari apa yang dilihatnya di sekerat jalan sahaja.

Kenapa mereka semua tergamak memfitnah seorang yang berstatus ulama ini, adakah mereka lebih sayang dunia daripada akhirat, tidakkah mereka terfikir kiamat sudah dekat? Penulis dalam kesempatan ini mendesak dengan sekeras-kerasnya agar Persatuan Peguam Syarie Malaysia mengemukan permohonan maaf secara terbuka dengan kadar segera kepada Dr. Asri dan juga menuntut supaya Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia meletak jawatan dengan kadar segera kerana beliau bertangunggjawab dalam insiden ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Saturday, October 24, 2009

Lintah Bulan PAS...

Parasit Dalam PAS Perlu Dibuang Segera

DALAM artikel penulis terdahulu penulis mempesoaalkan tindakan Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan mencadangkan EGM Khas PAS untuk membuang pemimpin-pemimpin PAS yang dikatakan Pro-UMNO, sebenarnya cadangan ini bertitik-tolak daripada artikel Prof Dr Aziz Baru yang melabelkan pemimpin pas tertentu sebagai Pro-UMNO, penulis pun tak tahu siapa sebenarnya Prof Aziz Bari yang nak menyibuk hal PAS, mungkin alat orang tertentu untuk mencapai misi peribadi dalam PAS ataupun Prof Aziz Bari sendiri berminat untuk menjadi Presiden PAS.

Bagi penulis tindakan 'mengundurkan' Presiden PAS sedia ada iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bukanlah satu tindakan yang bijak, sekiranya mereka ini diketepikan bagaimana pula perasaan para penyokongnya, adakah mereka akan hanya berdiam diri dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka?.

Sebenarnya tindakan 'mengusir' pemimpin-pemimpin tersebut lebih kepada mengalakkan tumbesaran barah di dalam PAS, dan secara tidak langsung ia akan memberikan tempoh hayat yang singkat pada PAS.

Penulis melihat masalah yang berlaku di dalam PAS sekarang bukan berpunca daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Hassan Ali mahupun Mustafa Ali. Permasalahan ini berpunca daripada seorang individu yang juga pemimpin PAS yang merupakan 'Orang Harapan' TG Nik Aziz, dialah 'parasit' sebenar di dalam PAS malah tidak keterlaluan kalau penulis labelkan dia ni sebagai 'lintah bulan' di dalam PAS.

Sebagai 'Lintah Bulan' beliau telah berjaya memporak-perandakan PAS dengan berjaya mempengaruhi TG Nik Aziz 'menari' mengikut impian peribadinya, beliau juga digelar si baju petak-petak merah oleh MSO. Setiap hari dia menghisap darah PAS, beliau tidak akan lepas selagi masih belum kenyang.

Begitu juga liciknya lintah bulan ini, menyebabkan ahli PAS sendiri sukar untuk mencari di mana lintah bulan ini. Itulah sepertimana mana lintah bulan yang bertindak dalam diam, seperti itulah beliau bertindak sehinggakan tak seorang pun yang berjaya 'menghidu' kelicikkan pemimpin ini.

Kalau pembaca masih ingat dengan gandingan Tiga Abdul yang menjadi penasihat kepada TG Nik Aziz dulu, 'lintah bulan' ini lebih hebat daripada 'Tiga Abdul' itu. Bagi penulis tiba masanya 'lintah bulan' ini dibuang dari PAS, kerana beliaulah yang banyak mempengaruhi TG Nik Aziz dan cuba buatkan TG Nik Aziz 'menari' mengikut rentaknya.

Lintah Bulan ini disebut-sebut sebagai Penganti TG Nik Aziz, tak kurang pula yang ada 'tukang kipasnya' mengatakan bahawa dia ni lebih hebat daripada TG Nik Aziz kerana beliau berlatar belakangkan profesional, mungkin selepas ini 'golongan ulama' di dalam PAS akan 'dipupuskan' oleh beliau.

Penulis dengan rendah dirinya mencadangkan agar beliau dibuang segera di dalam PAS, kerana selagi beliau ada di dalam PAS, ia akan memberikan masalah kepada PAS, dan orang ini juga mungkin akan memesongkan perjuangan PAS dan akan sentiasa mengikut telunjuk Anwar.

Mungkin bekas PA-PA 'lintah bulan' ini ada menyimpan 'rahsia besar' yang mungkin tidak kita ketahui buat masa ini, penulis juga meminta bekas-bekas PA 'lintah bulan' ini mendedahkan sekiranya 'lintah bulan' ini ada 'rahsia besar'.

Baca Lagi!

Thursday, October 8, 2009

Jurukomen Pejuang Palsu...

Jurukomen Pejuang Palsu...
Oleh: yieMEGA

JURUKOMEN memang aneh bunyinya kan, sebenarnya ia lebih merujuk seorang pembaca ini yang memberikan komen terhadap satu artikel dalam blog ini. Terlebih dahulu penulis mengucapkan terima kasih kerana sudi memberikan komen untuk blog ini, walaupun komen beliau bakal mencacatkan pemandangan artikel penulis namun penulis tetap luluskan jua komen beliau walaupun beliau menggunakan Anonymous. Cuba lihat di blog MSO adakah beliau menyiarkan komen yang menggunakan Anonymous, jawapanya tidak, tetapi atas dasar demokrasi penulis tetap meluluskanya.

Komen jurukomen tersebut berbunyi "kalo nak berikan hujah pada satu perkara tapi hati berpihak kepda yg lain,hujah akan jadi berat sebelah.. kalo nak tahu cite yg benar,pergi la ke kelantan,tgk sndiri keadaan kat sana.. bukan main petik mana2.. masuk je universiti,tapi otak bangang... cuba buat analisis kenapa kelantan susah ditumbgkan???"

Terima kasih di atas komen yang agak emosional daripada saudara yang tak ada nama, tak tahulah penulis dia ni masuk universiti ke tidak, sepatutnya beliau memperkenalkan dirinya iaitu namanya dahulu sebelum memberikan komen, ini tidak menggunakan Anonymous, kalau dia tak bersekolah memanglah tak tahu mengeja namanya, tetapi komen boleh pula, mungkin dia pandai mengeja, oleh begitu ego dengan kepandaian yang dia ada sampai terlupa nama sendiri.

Takpelah nak buat macamana dia orang yang lebih cerdik daripada penulis, malah boleh dikatakan lebih cerdik daripada Adi Putra. Tak kan lah penulis nak mengajar buaya berenang, dah memang dia pandai berenang buat apa nak ajar lagi.

Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada jurukomen yang budiman itu, Alhamdulillah di atas segala kata-katanya terhadap penulis. Semoga kata-katanya itu menjadi doa ke atas dirinya sendiri.

Keberanian jurukomen tersebut memberikan komen wajarlah kita puji, namun yang tak kenanya, kenapa tak guna nama sebenar tetapi sebalik menggunakan nama Anonymous, kalau dia seorang pejuang, ini maknaya dia seorang pejuang yang palsu. Tak berani mendedahkan diri atau dengan kata lain pejuang hipokrit.

Untuk pengetahuan saudara jurukomen sendiri, saya sendiri sememangnya berada di Kelantan, dan bukan petik mana-mana sepertimana yang saudara tanpa nama dakwa, untuk pengetahuan saudara, penulis bergaul dengan semua penyokong parti tak kira PAS atau UMNO untuk memastikan penulisan penulis tidak berat sebelah, dan untuk pengetahuan juga penulis mendapat tahu tuntutan supaya MB TGNA berundur daripada sahabat penulis yang juga merupakan ahli PAS Kota Bharu.

Mengenai cadangan membuat analisis kenapa Kelantan sukar ditumbangkan, sebenarnya sudah lama penulis ingin buat, namun buat masa ini penulis masih mengumpul maklumat daripada kedua-dua belah pihak agar analisis penulis tidak berat sebelah, dan sabarlah menunggu pasti tiba harinya.

Penulis ingin menegaskan di sini, penulis bukanya ingin mendesak TGNA untuk berundur, penulis hanya menyampaikan apa yang penulis dapati. Terpulang kepada pembaca untuk menerimanya atau tidak. Mungkin satu ungkapan yang boleh menjadi rujukan "Makan sebelum lapar, Berhenti sebelum kenyang" fahamilah apa yang tersirat di sebalik ungkapan itu.

Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Tuesday, September 29, 2009

10 Hujah Ibrahim Ali dan Isa Samad Calon BN

10 Hujah Ibrahim Ali dan Isa Samad Calon BN
Oleh: yieMEGA

BEBERAPA hari yang lalu Datuk Paduka Ibrahim Ali mengemukakan sepuluh hujah kenapa Menteri Besar Kelantan perlu letak jawatan, hujah ini dikeluarkan sebagai kenyataan balas terhadap desakan Nik Aziz supaya Ibrahim Meletak Jawatan sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas.

Hujah Ibrahim Ali tersebut ialah:


  1. Nik Abdul Aziz sudah terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Beliau adalah 'barang lama' manakala naluri manusia pula sentiasa berkehendakkan sesuatu yang baru.
  2. 2.Beliau sudah nyanyuk kerana bercakap tanpa usul periksa apabila menerima maklumat selain melupakan jasa Ibrahim yang bekerjasama sewaktu kerajaan Pas Kelantan berada pada kedudukan getir.
  3. Kerap uzur sedangkan kesihatan yang baik adalah syarat utama untuk menjadi ahli politik.
  4. Tidak menumpukan kepada tugasnya sebagai Menteri Besar kerana asyik berceramah selain diperalat oleh beberapa individu dalam Pas Kelantan.
  5. Tidak cekap mentadbir dan jauh sekali mempunyai idea dan kreativiti yang amat diperlukan dalam era dunia tanpa sempadan.
  6. Menjadi alat kepada DAP walaupun parti itu secara terang-terangan menentang pelaksanaan negara Islam yang menjadi cita-cita Pas.
  7. Menjadi alat kepada pakatan pembangkang untuk menghalalkan agenda memecahkan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu selain mempergunakan Islam untuk kepentingan politik.
  8. Ramai pemimpin Pas Kelantan dan pusat mahu beliau meletak jawatan cuma mereka tidak berani bersuara
  9. Mempunyai sikap riak dan takbur kerana menganggap hanya beliau sahaja yang betul dari segi Islam sehingga sanggup menghukum bahawa ibadah orang yang tidak sehaluan dengannya tidak diterima Tuhan.
  10. Gagal mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan walaupun mempunyai kekuatan modal insan yang rajin bekerja selain kaya dengan hasil bumi, budaya mahupun kepelbagaian makanan.
Apa penulis yang dapat lihat, hujah-hujah Ibrahim Ali tersebut sememangnya ada asasnya, sebagai contoh sudah ramai penyokong PAS di Kelantan inginkan Nik Aziz Berundur tetapi tidak berani memperkatakanya di hadapan Nik Aziz, apa yang mereka boleh buat hanyalah cakap belakang-belakang dengan harapan ia akan timbul desakan supaya Nik Aziz Meletak Jawatan.

Kenyataan Ibrahim Ali ini mungkin merupakan satu peluang terbaik bagi mereka untuk mendesak Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan. Tun Dr. Mahahthir juga bersetuju dengan hujah yang diberikan oleh Ibrahim Ali.

Bagi penulis langkah terbaik adalah kedua-duanya meletak jawatan iaitu Ibrahim Ali meletak Jawatan dan juga Nik Aziz meletak jawatan dalam satu masa yang sama ini adalah lebih adil, tetapi mungkin Ibrahim Ali tidak boleh melepaskan jawatanya kerana sekiranya beliau meletakkan jawatanya dia tidak akan dapat bertanding semula di kerusi Parlimen Pasir Mas yang diwakilinya.

Isa Samad Calon BN di Bagan Pinang

NAMPAKNYA Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Isa Samad telah disahkan menjadi calon BN untuk Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang. Dengan pengesahan ini bermakna Isa Samad Kembali semula ke arena Politik Tanah Air.

Sebelum ini Tun Dr. Mahathir menyarankan agar Datuk Isa Samad tidak dicalonkan, namun BN tetap mengambil keputusan untuk mencalonkan Datuk Isa Samad. Mungkin kerana merasakan Isa Samad ada 'auranya' tersendiri dengan menggunakan 'sifir' 'diterima rakyat' menyebabkan BN tidak mempedulikan nasihat Tun Dr. Mahathir.

Tahniah diucapkan kepada Datuk Isa Samad, kadang-kadang kita tidak boleh terlalu lama menghukum seseorang, kerana mungkin dia pun sudah insaf dengan perbuatanya yang terdahulu sepertimana cerita seorang pelacur yang memberi minum anjing yang haus satu masa yang dahulu.

Ingatlah "Gelap Malam, Pasti Terang, Sang Mentari Pasti Datang", berilah peluang kepada Datuk Isa Samad untuk memperbetulkan kesalahan lampau, berilah peluang untuk beliau berkhidmat untuk rakyat di Bagan Pinang. Semoga Berjaya Datuk....
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!

Wednesday, June 17, 2009

Hasutan 'Endorgan' Berhasil...

Isu "Kerajaan Perpaduan" terus diapi-apikan oleh "Puak Endorgan" Sehingga ianya berjaya membuat Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan mengeluarkan kenyataan berbaur emosi kepada Timbalan Presiden PAS iaitu Nasharuddin Mat Isa.

Puak Endorgan yang sentiasa berada di 'celah kangkang' Anwar itu sudah berjaya menghuru-harakan PAS sehingga PAS berpecah kepada dua Mazhab satu Mazhab Haji Hadi dan Satu lagi Mazhab Nik Aziz. Hasil hasutan 'Puak Endorgan' yang telah diberi 'nasi kangkang' oleh Anwar sudah berjaya memenuhi sedikit impian Anwar walaupun impian sebenar Anwar mahu melihat Puak Endorgan berjaya kerana mereka akan dijadikan "Lembu yang dicucuk hidung" oleh Anwar untuk memesongkan perjuangan PAS demi impianya untuk menjadi Perdana Menteri.

Perpecahan yang dialami oleh PAS ini bakal menyaksikan satu "Mala Petaka Politik Yang Maha Dasyat" akan berlaku terhadap PAS tidak lama lagi sekiranya PAS tidak menanganinya dengan segeranya. Perbalahan Dua Mazhab ini tidak sepatutnya menggunakan 'perantaraan media' kerana ia boleh dimanipulasikan.

Mohd Sayuti Omar atau MSO turut membincangkan hal yang sama yang boleh diikuti dengan klik di sini.

Perpecahan ini juga sedikit sebanyak akan menguntungkan UMNO yang dipandang 'jijik dan hina' oleh Nik Aziz Nik Mat. Mungkin Nik Aziz Lupa bahawa Anwar Ibrahim juga dilahirkan oleh Parti Bernama UMNO, walaupun beliau pembangkang tetapi pemikiranya tetap UMNO. Nik Aziz tidak sedar bahawa beliau sudah dipergunakan oleh Endorgan secara langsung dan oleh Anwar Ibrahim secara tidak langsung demi merealisasikan impian Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Perdana Menteri sejak dulu lagi. Kata-kata mutiara untuk kali ini ialah "Kuasa yang diberi pada manusia adalah Ujian Allah, kuasa ditarik daripada manusia juga ujian Allah". Fikir-fikirkanlah.
Reblog this post [with Zemanta]

Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin