Bilangan Pengunjung:

Showing posts with label revolusi. Show all posts
Showing posts with label revolusi. Show all posts

Sunday, May 13, 2018

Revolusi UMNO

Revolusi UMNO/BN 
Oleh: yieMEGA

HARI ini Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Malaysia telah meletakkan jawatan berkuat-kuasa serta merta ekoran daripada Kekalahan Teruk Barisan Nasional di dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 hingga mengakibatkan Barisan Nasional gagal mempertahankan Putrajaya kerana Keputusan PRU14 ternyata tidak memihak kepada Barisan Nasional sehinggakan Pakatan Harapan (sebelum ini Pembangkang) membentuk Kerajaan Malaysia.

Bukan itu sahaja, beberapa negeri yang sebelum ini dalam penguasaan Barisan Nasional terlepas ke tangan Pakatan Harapan dan Satu negeri terlepas menjadi negeri Jajahan PAS. Di samping PAS mengekalkan penjajahanya di Kelantan. Penjajahan PAS di Terengganu mengembalikan semula pemerintahan mereka yang hanya mampu bertahan selama satu penggal pada tahun 1999.

Berbalik kita kepada topik utama, dengan berundurnya Najib Razak walaupun agak terlambat namun ia mungkin boleh dikira langkah terbaik kerana selagi Najib Razak memimpin UMNO selagi itulah kedudukan UMNO menjadi parah. Namun, penulis juga berpandangan bahawa Naib Presiden yang menjalankan Tugas Timbalan Presiden juga perlu mengambil langkah yang sama iaitu berundur dari jawatan tersebut dan memberikan jawatan-jawatan tersebut kepada mereka yang lebih berpengalaman di dalam parti.

Baca Lagi!

Saturday, March 5, 2011

Revolusi Mentaliti Umat Melayu

Revolusi Mentaliti Umat Melayu
Oleh: yieMEGA

REVOLUSI Mentaliti Umat Melayu sengaja penulis memilihnya untuk menjadi tajuk artikel penulis pada kali ini. Tujuanya ialah tiada lain untuk merubah mentaliti umat Melayu dan tiada niat walau sedikitpun ataupun sebesar zarah sekalipun untuk menghina atau merendah-rendahkan umat Melayu, niat saya ialah untuk mempertingkatkan keupayaan Melayu kerana saya pun Melayu (meminjam ungkapan yang diberikan oleh Zaid Ibrahim).

Hari ini kita lihat bangsa Melayu semakin layu dan lemah, masalah sosial turut menyerang anak-anak muda remaja Melayu kita. Selain itu, bilangan pembabitan anak-anak Melayu di dalam kes-kes jenayah terus meningkat saban hari. Ini sesuatu yang merbahaya kepada umat Melayu kita jika tidak ditangani dengan segera besar kemungkinan anak-anak Melayu di satu hari nanti akan senasib dengan anak-anak Melayu di Singapura.

Jadi hari ini penulis ingin membuat seruan kepada semua umat Melayu dan anak-anak Melayu seluruh Malaysia agar bersama-samalah kita membuat Revolusi Mentaliti Melayu. Fikirlah sejenak sampai bila kita mahu biarkan bangsa kita terus dihina, dihina dan dihina lagi.

Bangkitlah wahai umat Melayu sedarlah daripada tidurmu, jangan bermimpi di siang hari lagi. Tiba masanya kita merubah kehidupan kita. Tingkatkan usahamu agar bangsa kita tidak akan dihina lagi. Marilah kita buktikan kepada dunia yang umat Melayu boleh lakukanya.

Hari ini, kita masih belum mendengar lagi anak-anak Melayu boleh membuat kapal terbang, boleh membuat senjata untuk kelengkapan perang, malah kita tidak boleh lihat pun anak-anak Anak Melayu yang boleh mencipta sekecil-kecil jarum.

Kini tiba masanya kita buktikan kepada dunia yang Umat Melayu boleh lakukanya dengan lebih hebat lagi. Berusahalah agar di suatu hari nanti ada anak-anak Melayu yang mampu membuat Kapal Terbang, membuat senjata dan kelengkapan perang dan pelbagai peralatan yang canggih yang lain.

Hentikanlah perbuatan yang membuang masa, berhentilah menjadi bangsa yang suka membuang masa. Ubahlah menjadi satu bangsa yang pentingkan masa dan anggaplah masa itu emas tak pun masa itu wang.

Marilah bersama-sama kita membuat revolusi mentaliti bangsa kita, berusahalah agar kita tidak lagi menjadi bangsa yang masih berpegang kepada mentaliti subsidi. Berusahalah sekeras-kerasnya agar bangsa kita terus Maju dan musuh-musuh bangsa kita terus kecut perut dengan kedudukan kita.

Ingatlah berapa lama lagi bangsa kita mampu bertahan, kita tak tahu esok milik siapa. Jangan dibilang esok masih ada, ingatlah esok mungkin bukan milik bangsa kita lagi. Anak-anak Melayu di bangku pelajaran tingkatkan usahamu agar kamu akan lulus cemerlang.

Sudah tiba masanya kita membuat perubahan drastik terhadap bangsa kita sendiri. Jangan biarkan kita akan menerima nasib yang sama sepertimana rakan-rakan serumpun kita di Singapura.

Baca Lagi!

Saturday, December 18, 2010

Revolusi Melayu

Revolusi Melayu
Oleh: yieMEGA

APABILA kita bercakap mengenai Melayu pasti ada yang mengatakan kita bersemangat perkauman. Tak apalah penulis tak hiraukan apa yang orang akan kata demi masa depan umat Melayu juga. Penulis bukanlah seorang yang mengamalkan perkauman yang ekstrem.

Kali ini penulis memilih untuk bercakap mengenai Revolusi Melayu. Bagi memudahkan pembaca memahami apa yang ingin disampaikan oleh penulis, penulis memberi contoh mengenai berlaku di Iran di mana Revolusi Iran telah banyak memberikan kejayaan kepada Iran.

Melayu sebagai kaum pribumi perlulah melakukan satu revolusi untuk menjana kejayaan bukan sahaja untuk bangsa malahan untuk negara kita yang tercinta yakni Malaysia.

Kalau kita lihat di negara kita pada hari ini, Melayu merupakan bangsa yang lemah dan kurang dari segi produktivitinya. Kita sebagai bangsa Melayu perlu mencari jalan agar kelemahan bangsa kita ini dapat diatasi.

Apa yang penulis dapat lihat ialah, kelemahan-kelemahan yang ada pada bangsa Melayu dewasa ini hanya dapat diperbetulkan dan diletakkan di landasan yang betul dengan adanya satu Revolusi untuk Melayu.

Revolusi ini akan menjana perubahan kepada bangsa-bangsa Melayu dan tidak akan menjadikan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang layu. Walaubagaimanapun, di dalam menjalankan revolusi ini perlu mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada bangsa Melayu sendiri.

Di dalam menjayakan Revolusi Melayu, ayuh bangkitlah Melayu seluruh Malaysia untuk menjadi satu bangsa yang gagah dan bukan lagi bangsa yang suka mengikut terlunjuk dan menjadi 'kuli batak' kepada bangsa lain.

Marilah bersama-sama kita berusaha untuk menjadikan misi Revolusi Melayu ini tercapai, ubahlah cara pemikiran kita daripada nak segala-gala yang senang kepada nak segala-gala yang susah.

Sekarang bukan zaman bermenung, Ayuh bangunlah dari tidurmu kita bersatu untuk Revolusi Melayu. Masa sudah tiada, jangan berlengah lagi marilah kita berganding bahu demi masa depan bangsa Melayu.

Baca Lagi!

Monday, December 21, 2009

Revolusi Bangsa Melayu....


Revolusi Bangsa Melayu....
oleh: yieMEGA

REVOLUSI di definisikan sebagai "perubahan (terutamanya dlm sistem pemerintahan atau dlm sistem sosial) yg dilakukan dgn kekerasan. merevolusikan mengubah sistem pemerintahan negara atau sistem sosial dgn kekerasan." mengikut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kebetulan petang tadi penulis berkesempatan membaca satu artikel di ruangan Wacana Pembaca Harian Cahaya yang bertajuk "Revolusi Bangsa Melayu". Penulis mendapati artikel ini sangat sesuai dan mempunyai nilainya yang tersendiri terutamanya untuk kegunaan atau rujukan bangsa Melayu.

Banyak perkara-perkara yang dilontarkan oleh penulis artikel, kalau tak silap penulis orang yang menulis artikel itu menggunakan nama Pejuang Revolusi Melayu. Ada banyak juga hujah-hujah yang diberikan pembaca berkenaan yang ada kebenaranya kalau kita tidak menilai secara emosional.

Benar sekali Melayu perlu mengadakan revolusi untuk mengangkat kembali martabat bangsa kita yang sekian lama, sekian tercalar. Kalau kita lihat semakin hari bangsa kita semakin lemah. Sebaliknya bangsa imigran pula semakin hari semakin gagah.

Begitu juga "Ketuanan Melayu" juga semakin hari, semakin lemah paling menyedihkan ada juga bangsa Melayu yang menuntut ketuanan Melayu ini dihapuskan. Penulis pun hairan kenapa bangsa imigran ini takut sangat dengan "Ketuanan Melayu" sedangkan ekonomi mereka masih jauh lebih maju daripada bangsa kita walaupun kita menjadi tuan, cuba lihat di Singapura di mana mereka menjadi tuan, bangsa mereka juga yang menguasai ekonomi negara itu, walaupun bangsa serumpun kita dipinggirkan mereka.

Cuba kita lihat, bangsa kita sering berbalah sesama sendiri dan agak payah untuk bersatu kerana masing-masing ada ego masing-masing, walhal ego mereka itu tak dapat membawa mereka ke mana-mana pun. Sebaliknya bangsa imigran pula yang bertepuk tangan melihat kita berkelahi sesama sendiri.

Tidak keterlaluan mereka telah berjaya menggunakan strategi Yahudi atau Israel yang memecahkan Palestin kepada dua iaitu Hamas dan Fatah. Begitu juga di negara kita bangsa imigran telah berjaya memecahkan bangsa kita kepada tiga iaitu UMNO, PAS dan PKR.

Kalau kita tak membuat revolusi ke atas bangsa kita, tidak mustahil satu hari nanti bangsa kita menjadi hamba di bumi sendiri. Jadi berjuanglah untuk membuat revolusi ke atas bangsa kita terutamanya dari segi revolusi ekonomi kerana kalau kita ada kekuatan ekonomi kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu termasuklah melaksanakan Hukum Hudud dan Qisas.

Penulis juga harap Melayu sedar segera agar jangan terus tertipu dengan misi dan agenda yang tersirat bangsa imigran, jadi bangkitlah memperkasakan ekonomi bangsa kita. Jangan biarkan bangsa kita ketinggalan dari segi ekonomi.

Penulis juga berharap satu masa nanti, selagi ada waktu bangsa Melayu bersatu sepertimana Melayu bersatu pada tahun 1946. Bangsa kita kelihatan kuat sehinggakan Inggeris pun takut dengan kita, ingatlah apa yang penjajah paling takut ialah "Bangsa Melayu yang bersatu".

Ayuh ketepikan perbezaan politik, kita berjuang dalam matlamat yang satu untuk menyelamatkan bangsa kita agar bangsa kita tidak terus ditipu mereka. Selama-lamanya mereka akan terus menipu dan mempergunakan kita kalau kita tidak merevolusikan bangsa kita.

Ayuh rapatkan saf, teruskan perjuangan, demi Agama, Bangsa dan Negara.


Baca Lagi!
Blog Widget by LinkWithin